Nuffnang

Pengikut

Addin

sumber :-

Addin


Pecah Rekod!! Petisyen PAS DUN Kuala Berang Paling Mahal, RM150,000

Posted: 01 Aug 2013 09:02 AM PDT


Petisyen pilihan raya yang dibuat oleh PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos sebanyak RM150,000.Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof.

Ahmad Zamani diwakili peguam Saipudin Othman, Faris Irwan Mustafa dan Mohd Azwan Mohd Rosli.Mahkamah menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 kepada setiap respondan petisyen ini iaitu Adun Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pegawai Pengurus pilihan raya DUN ini.

Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari DUN Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.Petisyen yang dikemukan oleh BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah sama.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di DUN Kuala Berang.

Kos petisyen

Sebelum ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000.

Ekoran itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

Semalam Timbalan Presiden PAS,  Mohamad Sabu membangkitkan isu ini dalam sidang medianya."Kes pengendalian pilihan raya semacam ada pengarahan. Ia diselesaikan tanpa perbicaraan dan kos yang dituntut mahkamah amat luar biasa dikenakan ke atas petisyen dari PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mohamad Sabu dalam sidang media itu.

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS melahirkan rasa pelik dengan kepincangan yang berlaku sedangkan sebelum ini SPR dan kerajaan berkata, mana-mana yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya ini boleh membawanya ke mahkamah.

"Jangan salahkan rakyat jika ada persepsi di kalangan mereka mahkamah sekarang kembali ke zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dulu yang boleh ditentukan keputusannya dan berlaku beli belah hakim yang menyebabkan rakyat tidak mendapat keadilan sebenarnya," tambah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media sama.

Beliau bimbang, selepas protes kepada SPR, rakyat akan buat protes pula di depan Istana Keadilan kerana tidak berpuashati dengan pengadilan kes petisyen pilihan raya ini.

Hulu Besut

Dalam perbicaraan hari ini, mahkamah pilihan raya Kuala Terengganu turut menolak petisyen yang dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Seorang pengundi, Salleh Sidek membuat petisyen terhadap Nawi kerana mendakwa beliau memberikan rasuah, satu kesalahan yang dinyatakan dalam peraturan pilihan raya.

Mahkamah juga menolak petisyen ini dengan kesilapan teknikal dan mengarahkan pempetisyen membayar kos RM50,000 terhadap respondan iaitu Adun BN.Pempetisyen turut diwakili peguam Saipudin Othman, Faris Irwan Mustafa dan Mohd Azwan Mohd Rosli. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)

Mat Sabu Belasah Ali Rustam

Posted: 01 Aug 2013 06:23 AM PDT

PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang  dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis," kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? 

Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal," tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam  berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku " katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EOTerdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira  jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi  berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. 

April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Gambar Sekitar Tempat Kemalangan Maut Pemain Hoki Kebangsaan Tersebar

Posted: 01 Aug 2013 04:17 AM PDT


Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Menurut jurucakap polis, Kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian jam 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.






Beliau berkata, Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.

Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.

Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun dan pernah beraksi untuk skuad hoki negara di Sukan Komanwel 1998.

Antara pencapaian mendiang Chua Boon Huat bersama Pasukan Hoki Negara:- Gangsa di Asian Games 2002 Busan, Perak di Sukan Komanwel 1998 KL.

Gangsa di Sukan Komanwel 2006 Melbourne dan Gangsa di Hockey Asia Cup Chennai 2007.


Sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor




Iklan C (ii)

Ini Penjelasan 'Din Ayam' Berkenaan Punca Kekalahan PR Di Kota Damansara

Posted: 31 Jul 2013 11:57 PM PDT

Zaharudin Muhammad mengakui beliau adalah tulang belakang mempertahankan jati diri PAS dalam usaha kelompok kecil parti itu untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan tertinggi parti itu, tetapi menafikan dirinya sebagai seorang menantu presiden parti yang berkuasa.

Menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, beliau terpaksa menjadi entiti sokongan kepada presiden semasa Pilihan Raya 2013 kerana wujud usaha sabotaj daripada kelompok dalaman parti yang mahu prestasi PAS merosot.

Beliau turut menyelar laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang menyebutnya sebagai menantu berkuasa dalam PAS dengan menafikan perumpaan dirinya dan Abdul Hadi seperti hubungan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bapa mertuanya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya rasa lucu dengan perkaitan yang cuba diketengahkan. Jika perumpamaan itu diguna pakai, siapakah yang memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad dan siapa pula Datuk Seri Najib Razak?

"Adakah ini cubaan menjatuhkan Abdul Hadi oleh 'Mahathir PAS' sebagaimana Mahathir Umno pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa 'Najib PAS' yang hendak gantikan Abdul Hadi?" katanya merujuk kepada perdana menteri paling lama berkuasa dan nama timangan kepada Abdullah.

Katanya, beliau akan menampilkan saksi berhubung dakwaan itu jika diperlukan yang membawa maksud bukanlah dirinya menjadi punca tetapi isu sebenar adalah usaha mengambil alih jawatan presiden.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu turut menafikan dakwaan menuduh dirinya sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Kota Damansara pada PRU13 lalu dengan membangkitkan siapa pula yang harus dipersalahkan atas kekalahan PR di Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi dan tempat lain yang juga berlaku pertindanan kerusi antara PAS dan PKR.

Katanya, kekalahan PR di Kota Damansara bukan disebabkan PAS bertanding malah congakan 7,312 undi yang diperolehi PAS akan pergi kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah kiraan tidak berasas.

"Kenapa pengundi PAS, PKR Melayu dan masyarakat awam berjumlah 7,312 undi tidak memberikan undi kepada PSM dalam keadaan mereka dimaklumkan PAS tarik diri dan billboard calon PAS dipatahkan?

"Ini kerana, sebahagian daripada 7,312 undi itu adalah undi protes terhadap PSM atas sebab yang bagi saya tidak sesuai untuk disebutkan secara awam kerana maklumat seperti ini akan menguntungkan Umno.

"Saya ada data dan fakta yang menunjukkan bahawa 7,312 undi ini belum tentu akan menyokong PSM jika PAS tidak bertanding. Perlu diketahui, pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung yang sama ada tegar PAS atau Umno tetapi pengundi berpendidikan yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti," katanya yang lebih dikenali sebagai Din Ayam.

Sebelum ini, Zaharudin menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dituduh menjadi puca kekalahan PR di Kota Damansara dengan memetik Khalid selaku ketua perunding kerusi di Selangor gagal mengambil kira pandangan PAS Kawasan sehingga berlaku pergolakan parti.

Dalam laporan sebelum ini, The Malaysian Insider mendedahkan Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini apabila terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mempertahankan Din Ayam dengan mengatakan bukan Zaharudin sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi pernah berstatus menantu kepada pemimpin PAS sebelum ini, malah ada berstatus anak kepada pemimpin utama parti Islam itu. ~the malaysian insider 



Iklan C (ii)

Rahsia Ali Rustam Terbongkar Lagi..

Posted: 31 Jul 2013 11:21 PM PDT

Anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam menuding jari kepada Pakatan Rakyat yang dianggapnya sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kes bunuh membabitkan senjata api semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, bekas ketua menteri Melaka itu mendakwa, golongan penjenayah berkenaan bermaharajalela kerana kerajaan memenuhi tuntutan Pakatan agar Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.

"Kejadian tembak mati yang makin kerap berlaku sekarang adalah berikutan langkah kerajaan memansuhkan ISA dan EO seperti yang dituntut oleh pembangkang.

"Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Mengulas isu sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata sebahagian besar dari kes kejadian tembakan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dilakukan oleh individu yang dilepaskan dari tahanan EO.

Kenyataan Ahmad Zahid yang dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, perangkaan kementerian itu malah menunjukkan bahawa 90 peratus daripada jenayah berat yang berlaku sekarang dilakukan oleh bekas banduan ini.

Golongan ini kembali aktif dan turut bertindak ke atas seteru dan membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO, katanya.

Oleh yang demikian, kerajaan akan mengemukakan cadangan kepada satu jawatankuasa kecil kabinet bagi menangani kelemahan polis bagi menghadapi keadaan tersebut – ekoran penghapusan EO dan Akta Kediaman Terhad.

Ia antara lainnya melibatkan cadangan untuk memberi lebih kuasa kepada polis untuk melakukan siasatan, tambahnya.

Bagi tujuan itu, pasukan polis akan meohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jawatan pegawai penyiasat untuk memperkukuh jabatan siasatan jenayah, katanya lagi.

Turut bersetuju dengan data berkenaan ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang berkata orang tidak lagi gerun untuk melakukan jenayah berat memandangkan kuasa polis semakin terhad dengan penghapusan EO.

"Kuasa polis terlalu terhad. Mereka (penjenayah) tidak lagi gerun, menyebabkan peningkatan kes jenayah berat semakin berleluasa," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Katanya lagi, EO perlu diakui sebagai undang-undang yang mempunyai elemen pencegahan dan berjasa dalam menjaga ketenteraman awam. ~malaysiakini

Addin :

Inilah rahsia punca Ali Rustam di parlimen Bukit Katil. Kenyataannya suka merepek dan tidak berpijak bumi yang nyata.

Apa kaitan kenaikan kes jenayah dengan PR, siapa yang memerintah negara. Siapa yang cipta undang-undang hinggakak penjenayah tidak takut.




Iklan C (ii)

MCA Mengamuk?

Posted: 31 Jul 2013 09:56 PM PDT


Permohonan maaf Pengetua Sekolah Menengah Alam Megah di Shah Alam berhubung kenyataan "balik China, India" yang dikeluarkannya baru-baru ini tidak ikhlas, serta menunjukkan sikap toleransi masyarakat Malaysia semakin tipis, kata Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar).

Wee menegaskan tindakan disiplin perlu diambil terhadap guru berkenaan yang turut berkata "balik Indonesia" kepada pelajar Melayu kerana tidak menghormati Lagu Negaraku ketika di sekolah berkenaan.

"Permohonan maafnya tidak ikhlas dan sekadar berlakon," kata Wee dalam kenyataannya hari ini.

"Pelajarnya didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan, dan pengetua itu mengarahkan mereka kembali ke negara yang dipercayai tempat asal mereka, termasuk pelajar sebangsanya," tambahnya lagi.

"Apa perasaan beliau apabila orang mengarahkannya balik ke Indonesia?" soal Wee. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Ini Penjelasan MITI Berkenaan TPPA?

Posted: 31 Jul 2013 09:02 PM PDT

Hari ini, Putrajaya mempunyai sedikit peluang untuk memujuk masyarakat bahawa pakatan perdagangan membabitkan 12 negara menerusi  Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) membawa kebaikan kepada Malaysia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menganjurkan hari terbuka hari ini untuk memberi penjelasan bahawa pakatan itu berpotensi meliputi 800 juta pasaran kukuh merentasi 12 negara apabila perjanjian itu lengkap seawall Oktober ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa organisasi bukan kerajaan dan aktivis dijangka berkumpul dibangunan Matrade di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mendengar  penjelasan mengenai TPPA, yang perbincangannya selama ini dilakukan secara berahsia walaupun mesyuarat pusingan ke-18 perjanjian itu berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, minggu lalu.

Semalam, buat pertama kali MITI mengeluarkan senarai beberapa soalan yang kerap ditanya (FAQ) mengenai perjanjian itu selepas mendiamkan diri selama ini walaupun mendapat tekanan daripada pelbagai pihak."Semua negara adalah sama dalam rundingan TPPA dan ia dilakukan berasaskan kepada prinsip persetujuan secara bersama – tidak ada persetujuan sehingga semuanya dipersetujui," katanya bagi meredakan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan akibat buruk pakata itu.

Kekurangan penjelasan dan keterbukaan daripada pihak MITI menyebabkan TPPA diasak kontroversi terutama daripada aspek polisi tindakan dan kos ubat yang dikatakan akan meningkat apabila perjanjian itu itu dipersetujui."Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) akan membolehkan Malaysia menembusi lebih banyak pasaran. Produk Malaysia akan lebih kompetitif berbanding negara yang tidak mempunyai FTA dengan negara berkenaan," kata MITI dalam FAQ mereujuk kepada jumlah FTA yang ditandatangani setakat ini.

Ia berkata, perdagangan Malaysia menerusi FTA dengan negara lain sudah berkembang, memetik pakatan dengan Jepun meningkatkan perdagangan daripada RM112.8 bilion pada 2005 kepada RM145.3 bilion pada 2012, dengan bahagian terbesar ialah minyak sawit dari Malaysia."Kejayaan kesepakatan TPPA akan membentuk pasaran bebas cukai sebanyak 800 juta orang dengan gabungan GDP USD27.5 trilion.

"Jumlah itu jauh melebihi asaran domestic Malaysia yang terhadp kepada 29.5 juta orang dan GDP USD300 bilion," katanya.Kementerian itu turut mendedahkan beberapa isu besar yang dibincangkan dan menjadi pendirian negara untuk memastikan keadilan bagi perniagaan tempatan, dan antaranya ialah pemerolehan kerajaan, Hak Harta Intelektual dan melindungi perniagaan Bumiputera.* Bagi melindungi Bumiputera dan industri kecil dan sederhana (IKS)"Kerajaan mengambil keputusan dengan berhati-hati bagi menyelesaikan kebimbangan IKS dalam semua bahagian ketika menjalankan rundingan. 

Kebimbangan itu termasuk pertambahan persaingan

* Penyelesaian Pertikaian Antara Pelabur-Negeri (ISDS)"Malaysia sudah menandatangani 74 Bilateral investment treaties (BIT) (perjanjian penanaman modal yang disepakati dua negara) sejak 1959, yang mengandungi peruntukan mengenai ISDS. Setakat ini, hanya dua kes pernah dibawa terhadap Malaysia di bawah ISDS; satu diputuskan berpihak kepada kerajaan sementara satu lagi dibatalkan."Malaysia komited untuk melindungi pelabur asing dan pelaburan mereka, pelabur itu dikehendaki mematuhi peraturan domestic. 

Lebih pun, ISDS tidak menghalang kerajaan untuk menggubal dan membuat kawalan," katanya.

* Pemerolehan kerajaan (GP)"Kerajaan akan memastikan pembukaan pasaran dikawal oleh kepentingan pemegang saham, termasuk memastikan tahap mencukupi bagi melindungi IKS."Mereka membuat keputusan mengenai tawaran kita (contohnya, nilai bida akan dibuka untuk bidaan oleh syarikat daripada ahli TPPA) akan diputuskan menerusi konsultasi dengan GLC kita. Bahagian yang mempunyai kepentingan komuniti perniagaan Bumiputera dan IKS dikeluarkan daripada tawaran Malaysia," katanya.

* Hak Harta Intelek dan kos ubat lebih tinggi"Cadangan semasa berkaitan paten akan memberi kesan kepada kos ubat dan penjagaan kesihatan. Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa perjanjian itu tidak boleh mempunyai impak negative kepada penjagaan kesihatan rakyat Malaysia."Rakyat perlu terus menerusi penjagaan kesihatan berkualiti dan akses kepada ubat yang mampu beli, termasuk ubat generic. TPPA perlu melakukan sesuatu untuk memenuhi keutamaan ini," katanya.

* Syarikat Milik Kerajaan Negeri (SOE) dalam rundingan TPPA"Malaysia mencari fleksibiliti dalam perjanjian itu yang akan membenarkan penyertaan berterusan daripada entiti seumpama itu dalam ekonomi kita bagi menyediakan perkhidmatan dan barangan kepada orang awam," katanya.

* Kawalan modal"Bank Negara Malaysia yang mengetuai rundingan dalam aspek perkhidmatan kewangan diberi mandat untuk memastikan mana-mana peruntukan mengenai pengurusan modal tidak akan mengehadkan ruang polisi Malaysia untuk memperkenalkan dan/atau mengekalkan kawalan itu pada masa depan."Melindungi kepentingan Malaysia akan terus kekal menjadi keutamaan tertinggi dalam rundingan TPPA yang masih berterusan," katanya.  

Malaysia berdepan krisis mata wang pada 1997 selepas ia mengenakan kawalan modal hingga menyebabkan kejatuhan Ringgit.Satu penjelasan MITI yang agak menarik ialah jika Malaysia berhasrat untuk menarik diri daripada TPPA di peringkat ini, segala yang dipersetujui di bawah TPPA antara semua ahlinya tidak akan mempedulikan kebajikan rakyat Malaysia.

Ia juga memberi amaran bahawa Malaysia akan berdepan kerugian apabila China dan Indonesia menjadi ahli TPPA pada masa depan. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Tarik Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang

Posted: 31 Jul 2013 07:52 PM PDT

Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam kepada calon Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Sepang kepada calon PAS, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Oleh kerana mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yang remeh, elok kalau parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik daripada meneruskan petisyen mereka dibicarakan.

Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).

Sikap mahkamah berhubung petisyen ini tidak berubah. Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Ketua Hakim Negara mencampuri dan meneliti trend mahkamah dalam membuat keputusan, tetapi Ariffin Zakaria tetap membisu. Kononnya beliau selaku ketua hakim tidak boleh memberi apa-apa ulasan. Melanggar kod kehakiman barang kali.

Sehubungan itu, mungkin perlu dipinda Akta Suruhanjaya Pilihan Raya supaya membuang ruang dan hak untuk membawa mana-mana kes pilihan raya ke mahkamah. Dengan tiada peruntukan undang-undang dan hak itu maka parti politik tidak perlu bersusah payah menyediakan bukti serta wang dan berjujutan ke mahkamah untuk mendapat keadilan setelah mereka merasakan ditipu ataupun diselewengkan oleh mana-mana pihak atau dalam pelbagai bentuk sepanjang proses pilihan raya.

Pakatan Rakyat dianggarkan akan membelanja lebih RM3 juta untuk membiayai kos petisyen. Wang sebanyak itu satu jumlah besar. Dengan menarik balik petisyen ahli juga tidak terbeban kerana selalunya bila parti memerlukan wang untuk sesuatu tujuan ahli yang akan dikerah untuk mendapatkannya. ~msomelayu





Iklan C (ii)

Isu Syiah Rupanya Umno Gunakan Untuk Alih Perhatian Kenaikan Kes Jenayah

Posted: 31 Jul 2013 06:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menggembar-gemburkan isu Syiah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu yang menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tindakan menggembar-gemburkan isu Syiah semakin kelihatan seperti tindakan terancang untuk mengalihkan perhatian orang-orang Melayu dari isu-isu yang lebih menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah yang semakin menakutkan dan kenaikan harga barangan.

"Tetapi tindakan itu pasti tidak akan berjaya kerana rakyat sudah semakin tahu dengan taktik mengalihkan perhatian itu," katanya.

Salahuddin juga melihat apa yang dilakukan itu sebagai lanjutan untuk "mengepung penyokong dan sokongan".

"Boleh dikatakan orang-orang Melayu adalah satu-satu pasaran yang masih terbuka untuk kepentingan politik Umno.

"Umno tahu ia tidak akan dapat menipu semua orang. Tetapi apa yang terus dilakukan oleh parti itu adalah semata-mata untuk mengepung penyokong dan sokongan sedia ada dari terlepas kepada pihak lain.

"Penyokong dan sokongan yang sedia ada perlu dilalaikan dengan perkara-perkara yang sensasi supaya mereka tidak sensitif langsung dengan isu-isu lain yang lebih menekan kehidupan rakyat," katanya.

Malah, katanya lagi, sering kali berlaku apa yang disensasikan untuk mengepung penyokong dan sokongan itu bukannya berasaskan kebenaran tetapi sengaja untuk menimbulkan keraguan.

"Sudah terlalu kerap kita melihat isu-isu yang disensasikan itu hanyalah semta-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan akhirnya terbuktikan tidak benar sama sekali," kata beliau.

Salahuddin berkata, isu Syiah tidak perlu diapi-apikan kerana enakmen dan undang-undang yang sedia ada boleh digunakan untuk menanganinya.

"Kalau kerajaan pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengikut-pengikut Syiah, mengapa tidak digunakan enakmen dan undang-undang yang sudah lama ada.

"Mengapa sengaja membuat bising seolah-olah tidak ada enakmen dan undang-undang yang boleh menangani perkara itu?" beliau mempersoalkan. ~harakahdaily





Iklan C (ii)

Sistem Pemilihan Baru Umno Suatu Transformasi Palsu..Ini Buktinya

Posted: 31 Jul 2013 05:46 PM PDT


Umno menetapkan tarikh pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini pada 5 Oktober depan. Kali ini pemilihan pemimpin di peringkat bahagian akan diadakan serentak dengan pemilihan pemimpin di peringkat nasional. Ia sesuai dengan kaedah pemilihan baru yang diperkenalkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak sebaik mengambil alih teraju kepimpinan Umno pada 2009 lalu dengan tujuan menjadikan ruang demokrasi dalam parti menjadi lebih subur dan supaya Umno lebih diminati oleh lebih ramai orang Melayu.

Sebelum Umno diharamkan pada 1988, sesiapa yang ingin bertanding hanya memerlukan dua pencalonan daripada bahagian Umno tetapi sejak Mahathir menang hanya dengan kelebihan 43 undi di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan kemudian menubuhkan Umno baru, beberapa peraturan untuk mengetatkan pertandingan diperkenalkan.

Antaranya ialah dengan memperkenalkan kouta pertandingan di mana mereka yang ingin bertanding apa-apa jawatan diperlukan melepasi kouta tertentu terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertanding. Kouta pencalonan bagi jawatan Presiden ialah 30 peratus, Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT 10 peratus. Bagi jawatan lain di peringkat sayap dan bahagian juga ada peratusan tertentu yang ditetapkan sebelum layak bertanding. Itu menjadi antara sebab Mahathir mampu kekal selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Berikutuan keputusan buruk pilihan raya 2008 yang kemudian diikuti dengan pengunduran Pak Lah dan Najib mengambil alih teraju parti dan negara, beliau memperkenalkan peraturan baru dengan menghapuskan sistem kouta dan memberi ruang kepada lebih ramai ahli Umno di peringkat bawahan hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Najib yang diperkenalkannya.

Jika dulu pemilihan pemimpin hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan sahaja tetapi kini ia lebih meluas dengan melibatkan 146,500 perwakilan cawangan dari seluruh negara. Pemilihan juga diadakan serentak di seluruh negara untuk menjadikannya lebih adil dan tidak saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Pemimpin Umno, terutamanya Najib sering menjaja sistem baru ini menunjukkan keterbukaannya terhadap pertandingan serta pendirian yang tidak takut terhadap cabaran, selain sebagai usaha untuk menjadikan Umno sebuah parti yang lebih inklusif dan subur sistem demokrasinya.

Ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan dan bawahan pula bagaikan tidak sabar untuk melaksanakan sistem baru kerana sebelum ini sebahagian besar mereka hanya menjadi golongan tumpang tengok saja dalam pemilihan pucuk pimpinan, malah ada yang hanya mengenali pemimpin melalui tatapan wajahnya di akhbar dan tv saja.

Dengan sistem pemilihan baru yang diperkenalkan Najib, ramai yang tidak sabar untuk menggunakan hak mengundi masing-masing, selain merasakan inilah masa untuk mereka mengenali pemimpin kerana percaya ramai pemimpin atasan akan turun ke peringkat bawahan atau cawangan untuk melobi undi serta sokongan daripada perwakilan.

Soalnya benarkah sistem baru ini menjadikan demokrasi dalam Umno lebih subur dan pewakilan seramai 146,500 itu benar-benar bebas memilih pemiimpin?

Apakah 146,500 itu boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka sebagaimana tanggapan ramai?

Jika ditanya kebanyakan ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan mengenai sistem pemilihan baru itu, ramai masih kabur, keliru dan tidak pasti bagaimana kaedah pemilihan baru itu berfungsi. Apa yang mereka tahu, kali ini bukan lagi 2,500 perwakilan yang menentukan kedudukan pemimpin di atas tetapi sudah menjadi 146,500. Kebanyakannya hanya mempunyai pengetahuan setakat itu saja.

Walaupun Umno mengadakan siri taklimat ke negeri-negeri mengenai sistem pemilihan baru ini tetapi tidak semua ketua cawangan menghadirinya. Yang hadir pula kadangkala mempunyai pemahaman terbatas, lalu usaha untuk menerangkannya dengan lebih jelas kepada ahli menjadi terhalang.

Media pula seperti tidak memberi liputan atau huraian yang sejelas-jelasnya mengenai sistem baru ini. Pemimpin Umno juga tidak bercakap banyak mengenainya, sekadar suka menyebut angka 146,500 perwakilan sebagai bukti keterbukaan dan transformasi yang mahu dibawa oleh Najib.

Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa walaupun 146,500 perwakilan diberi ruang mengundi atau memilih pemimpin dalam sistem baru ini tetapi mereka bukan boleh mengundi secara langsung pemimpin pilihan mereka. Meskipun mempunyai 146,500 perwakilan kali ini tetapi sistem yang digunakan ialah satu bahagian satu undi dan bukannya undian langsung perwakilan cawangan.

Ini bermaksud jika sekiranya calon A dan B bertanding jawatan Presiden Umno dan sebagai contoh Umno Bahagian Pekan mempunyai perwakilan seramai 500 orang, sekiranya calon A memperolehi 400 undi manakala calon B memperolehi 100 undi, bermakna calon A memperolehi satu undi. Begitulah seterusnya berlaku di semua 191 bahagian Umno.

Sistem baru ini dikatakan adalah campuran daripada sistem pilihanraya di Amerika Syarikat dan United Kingdom atau dipanggil "electoral college".

Difahamkan juga, sistem baru ini hasil daripada beberapa pencarian serta pengubahsuaian dan hanya dimuktamadkan baru-baru ini sahaja. Nyatanya, sistem ini tetap memberi ruang kepada Ketua Bahagian melakukan kawalan dan Presiden atau sesiapa yang ingin kemenangan pula hanya perlu menjaga tembolok Ketua-Ketua Bahagian untuk memastikan survivalnya terjamin.

Isunya ialah adakah kaedah satu bahagian satu undi ini benar-benar menunjukkan keterbukaan dan keinginan melihat demokrasi lebih subur atau sekadar transformasi palsu sedangkan matlamatnya tetap untuk melindungi mereka yang di atas terus kekal sebagai pemimpin.

Melalui satu bahagian satu undi, kawalan oleh mereka yang berjawatan lebih mudah terhadap bahagian. Untuk mempertahankan jawatannya, Presiden atau Timbalan Presiden misalnya, perlu menemui semua 146,500 perwakilan cawangan untuk mendapatkan undi tetapi cukup sekadar menjaga dan memberi jawatan atau habuan kepada Ketua-Ketua Bahagian saja.

Itulah antara sebabnya, walaupun tarikh pemilihan hanya tinggal kira-kira dua bulan saja lagi tetapi kemeriahan dan kesibukan pemimpin turun ke peringkat bawahan masih tidak kelihatan lagi. Hanya Ketua Bahagian yang sibuk turun naik ke Kuala Lumpur menemui pemimpin atasan sambil diberikan pelbagai jenis habuan, kontrak dan jawatan.

Walaupun sistem ini dikatakan untuk memberi keadilan kepada bahagian kerana jumlah cawangan setiap bahagian adalah berbeza tetapi hakikat yang nyata ialah sistem "electoral college" ini juga bertujuan melindungi penyandang jawatan daripada digugat kedudukannya.

Kaedah ini nampak macam terbuka tetapi sebenarnya bukaannya hanya kecil saja. Ia tidak terbuka sepenuhnya sebagaimana yang disangka. Di sebalik transformasi dan keterbukaan yang dijaja, maksud tersiratnya untuk melindungi kepentingan sendiri nampaknya tetap lebih utama. ~shahbudindotcom





Iklan C (ii)

Rupanya Ini Punca Sebenar Jenayah Makin Berleluasa

Posted: 31 Jul 2013 05:01 PM PDT

MERTAJAM, 31 JULAI: Peningkatan jenayah terutama membabitkan pembunuhan di tempat awam adalah berpunca daripada tindakan kerajaan yang menggunakan instrumen polis untuk kepentingan politik.Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, alasan kerajaan kononnya polis tidak memiliki sumber mencukupi adalah sama sekali tidak berasas.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes tembakan ke atas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dan disusuli dua hari kemudian dengan kes pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, serta pembunuhan lain turut berlaku di Ipoh dan di Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam."Persoalannya sekarang, adakah masalah itu benar-benar berpunca daripada sumber yang tidak cukup atau kekurangan anggota? 

Apa yang jelas sumber yang tidak cukup bukan alasan dalam soal ini kerana bajet PDRM bertambah setiap tahun."Ia diakui sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan Parlimen lalu ketika menjawab soalan saya, beliau menyatakan bahawa peruntukan kepada PDRM bertambah setiap tahun. Dalam tempoh enam tahun antara 2007 dan 2012, bajet polis meningkat 65.17 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam satu kajian yang dilakukan Penang Institute, pembunuhan yang membabitkan tembakan antara Januari dan April tahun ini menunjukkan 38 kes dengan purata dua kes seminggu. (Http://penangmonthly.com/gun-killings-on-the-rise/)Menurut Steven Sim, berdasarkan kajian itu, jelas membuktikan aktiviti jenayah yang berleluasa itu berpunca daripada ketidakcekapan polis sendiri.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan menyifatkan punca utama kelemahan itu adalah disebabkan tindakan kerajaan mempolitikkan badan penguatkuasaan itu untuk tujuan tertentu.

"Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan Isnin lalu, kerajaan cuba mengekalkan kuasa dengan mempolitikan polis untuk melanjutkan hayat kepentingan politik sempit mereka dan daripada salah guna kuasa terhadap polis inilah yang mencipta satu budaya salah guna kuasa dalam pasukan polis sendiri."Semua ini menyebabkan ketidakcekapan dan kehilangan profesionalisme di kalangan PDRM," ujarnya.Beliau turut menyelar tindakan kerajaan yang hanya pandai menabur janji namun tidak bersungguh-sungguh membasmi jenayah.

"Komitmen kerajaan memerangi jenayah hanya sekadar dibibir. Mereka ternyata lebih sibuk melawan perbezaan pandangan politik dan mengintip pimpinan oposisi daripada memerangi jenayah. Ini terbukti berdasarkan statistik yang diberi Ahmad Zahid kepada saya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching. 

Jawapan Ahmad Zahid kepada kami sama sekali berbeza."Jumlah kakitangan dalam Cawangan Khas (SB) dan jabatan khas yang diberi pada saya adalah seramai 7,642 kakitangan manakala Chin Tong dan Nie Ching pula seramai 6,772 orang."Terdapat peningkatan sebanyak 6.24 peratus (583 pegawai) bilangan kakitangan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSK), manakala peningkatan 46.43 peratus kakitangan daripada SB dan petugas khas, ini adalah penambahan seramai 2,423 kakitangan. 

Dalam jawapan diberi kepada Chin Tong dan Nie Ching pula peningkatan kakitangan JSK adalah kira-kira 8.6 peratus (804 pegawai), untuk SB dan petugas khas pula kira-kira 20.18 peratus (1,053 pegawai).

Sehubungan itu, beliau menuntut kerajaan untuk mengesahkan mengenai jumlah angka yang diberi itu."Jika benar, ia perlu dihentikan. Mengapa kerajaan membelanjakan sumber polis untuk melawan pimpinan oposisi dan rakyat yang berbeza fahaman politik bukannya memerangi jenayah."Yang pentingnya adalah menyusun semula pasukan polis supaya dapat menambah bilangan pegawai untuk memerangi jenayah dan rondaan untuk memastikan keselamatan rakyat," tegasnya. ~roketkini




Iklan C (ii)

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT