Tukar Tiub |
- PARA PEMBACA SILA TEKA?
- ORANG MELAYU SEDANG KENA TIPU
- JANGAN BUAT SANDIWARA
- SELAMAT BERBUKA PUAS
- CARI SAMPAI DAPAT ORNG JAHAT INI
- GANJIL DAN PELIK - TANDA AKHIR ZAMAN
- MENGENAL SEJARAH TIDAK BERTULIS
- MAT LANCHOW BUAT PERANGAI LAGI
- KESAH SETIA DUA SAHABAT
Posted: 16 Jul 2013 07:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB hanya satu permintaan meminta para pembaca meneka adalah bayi ini melayu? india? china? bangla? bayi apakah ini Mayat bayi ditemui depan pintu masjidKulaijaya: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam balutan kain putih apabila diletakkan dalam sebuah bakul yang ditinggalkan berhampiran pintu pagar Masjid Jamek Ar-Raudah dekat Saleng di sini, awal pagi tadi.Saksi yang juga noja masjid, Hassan Mohd Tap, 63, berkata penemuan mayat bayi itu disedari apabila seorang jemaah mencurigai sebuah bakul bayi ditinggalkan berhampiran pintu pagar masjid sebelum solat Subuh. Curiga keadaan itu, jemaah berkenaan memeriksa keadaan bakul terbabit sebelum terkejut besar apabila mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi perempuan, sebelum bergegas memaklumkan kejadian itu kepada kami semua yang berada dalam masjid. "Ketika turut sama melihat keadaan mayat bayi itu, saya dapati satu sampul surat mengandungi sekeping nota diletakkan pada sisi mayat bayi terbabit yang dipercayai ditulis seorang wanita yang memohon jemaah masjid ini supaya menyempurnakan jenazah anaknya. "Turut disertakan sekeping RM50 dalam sampul surat sama," katanya ketika ditemui di masjid itu, tengahari tadi. --------- |
Posted: 16 Jul 2013 06:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB lihat bagaimana imperialis anglo amerika tipu kaum pemodal antarabangsa punya helah untuk merompak untuk menjarah harta kekayaan rakyat dunia ketiga buat perjanjian dengan negara dunia ketiga tapi rakyat negara dunia ketiga tak tahu isi perjanjian ini jelas satu penipuan! NDA bukan penghalang TPPA dibahaskan di Parlimen KUALA LUMPUR 15 Julai: Kerajaan Umno BN tidak boleh menjadikan Perjanjian Tiada Pendedahan atau Non Disclosure Agreement (NDA) sebagai tembok yang menghalang rakyat daripada mengetahui isi… Jul 15 2013 / » KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... PASAL APA TAK BOLEH TAHU ISI PERJANJIAN.... kah kah kah.. kah kah kah...RAKYAT WAJIB TAHU ISI PERJANJIAN... kah kah kah kah kah kah...KALAU TAK TAHU AMAT BAHAYA..... kah kah kah.. kah kah kah..TETIBA KENA BOM OLEH AMERIKA.... kah kah kah... kah kah kah... KERANA PAKAI BAJU BIRU HARI PADA HARI ISNIN... kah kah kah.. kah kah kah..DALAM PERJANJIAN TAK BOLEH PAKAI BAJU BIRU HARI ISNIN... kah kah kah.. kah kah kah...MATI IBRAHIM ALI... KERANA TAK TAHU ISI PERJANJIAN.... kah kah kah ----------- |
Posted: 16 Jul 2013 10:58 AM PDT tolong jangan buat sandiwara tolong jangan buat tak tahu tolong jangan cuba cari cari sebab tolong jangan cuba tanya tanya harga ayam naik harga barang makanan naik ini adalah hukum ini adalah syarat dalam sistem ekonomi kapitalis jangan buat tak faham dalam sistem ekonomi kapitalis jika ada permintaan maka akan ada pengeluaran jika ada permintaan maka akan wujud pembekal lagi banyak permintaan lagi mahal harga bekalan ini lah yang sedang berlaku inilah sebab harga ayam naik malah ini sebab harga barang naik permintaan di musim perayaan adalah masa yang terbaik untuk melipatkan gandakan untung jangan buat buat bodoh jangan buat buat tak tahu hal ini tolong jangan tipu orang kampong tolong jangan tipu orang melayu tolong jangan bodohkan orang melayu jangan pusing pusing salahkan peruncit jangan putar alam salahkan orang tengah jangan salah kan tok peraih jangan salahkan ah chong selagi ekonomi memakai sistem kapitalis selagi itulah barang akan naik harga kerana ini hukum dan tabiat ekonomi kapitalis ekonomi kapitalis bertuhankan untung SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mencari mekanisme berkesan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam yang saban tahun berlaku sehingga membebankan pengguna terutamanya menjelang musim perayaan. Ayam: Kerja orang tengah? SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat. ------ |
Posted: 16 Jul 2013 02:45 AM PDT PETANG INI petang yang mendung ini sejuk dan nyaman tetiba panggilan masuk berita kemalangan ibu kepada kawan meninggal dunia lalu mengundur lalu pergi ziarah sekarang kesedaran datang bahawa dunia ini hanya pinjaman dunia ini kita jagailah kerana dunia ini kita pinjam dari anak cucu cicit kita selamat berbuka puasa ----- |
CARI SAMPAI DAPAT ORNG JAHAT INI Posted: 16 Jul 2013 01:39 AM PDT INI MOHD SALLEH MD.ALI KOMENTAR TUKAR TIUB hanya satu jawapan cari sampai dapat kenalkan muka umum pada orang ramai ajak makan kenduri KP- 67 111 2665021 Rafizi dedah pembekal dakwat kekal 'rakan rapat' SPRAhli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus. "Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura). "Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat. MUKA ORANG JAHAT CARI SAMPAI DAPAT |
GANJIL DAN PELIK - TANDA AKHIR ZAMAN Posted: 16 Jul 2013 12:30 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB ini satu yang pelik ini satu yang ganjil apa sudah jadi? Peguam Negara tidak bersetuju akta tahan tanpa bicara ganti EO Peguam Negara, Abdul Gani Patail tidak bersetuju cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan undang-undang yang mempunyai unsur tahanan tanpa bicara sebagai langkah untuk mencegah jenayah. Beliau berkata, sehingga hari ini pejabatnya masih belum menerima apa-apa cadangan dari KDN untuk menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) yang membenarkan tahanan tanpa bicara. "Saya tidak akan bersetuju dengan tahanan tanpa bicara," kata Abdul Gani kepada pemberita selepas bercakap dalam satu seminar di Bangi hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... BULAN PUASA INI.... SETAN SEMUA KENA IKAT.... kah kah kah... kah kah kah...JAGA JAGA... MAKIN DEKAT PERSIDANGAN GEROMBOLAN....kah kah kah.. kah kah kah...MAKIN BANYAK SETAN MUNCUL.... kah kah kah ------ |
MENGENAL SEJARAH TIDAK BERTULIS Posted: 15 Jul 2013 09:58 PM PDT SIAPA DIA ISMAIL CHE ROS Teringat Ismail Che Ros antara segelintir KetuaPolis yang tak boleh di rasuah.Di Kelantan ujung 80an,Melayu tokey seludup beras pergi rumah nak kawtim,Ismail Che Ros lari ikut pintu belakang,langsung xbagi chance jumpa. Di Johor,Cina nombor xleh kawtim dgn duit,di bawanya perempuan seksi cun melecun ke opis ICR,ditolak ICR dgn letak Quran dan Yassin suruh perempuan tu pilih.Di Johor juga,drebar dia sendiri di suruh saman diri sendiri kerana potong double line semasa bawa boss. Pendek kata,peribadi Ismail Che Ros jauh beza dgn Khalid Baker,tapi what to do,polis baik seringkali kena tukar sana sini.TT mungkin tau lebih banyak kisah lagenda Ismail Che Ros ni.Che Ros bukan Che RosssssMAH ya on KESAH SETIA DUA SAHABAT Publish | Delete | Spam dinpalat arau on 7/16/13 NOTA siapa tahu sila beri pencerahan ------ |
MAT LANCHOW BUAT PERANGAI LAGI Posted: 15 Jul 2013 09:32 PM PDT Simulasi Celup Jari Dalam Dakwat Mungkin Khamis Ini - SPR KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Khamis ini KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH' woit...MACAM MACAM DIBUAT... kah kah kah.. kah kah kah... SEMUA TUJUAN NAK MENIPU... kah kah kah.. kah kah kah...YANG PENTING ORANG RAMAI TAK LAGI YAKIN DENGAN SPR.... kah kah kah.. kah kah kah.... BUAT LAAA APA SAJA...kah kah kah.. kah kah kah..ORANG RAMAI TAHU INI MENIPU... kah kah kah.. NOTA simulasi simugoli simulonggang semua mu tipu -------- |
Posted: 15 Jul 2013 08:00 PM PDT BERITA DI BELAKANG BERITA sila baca baik baik berita ini berita ini memiliki nilai yang amat tinggi berita ini mengesahkan persahabatan dua kawan persahabatan yang setia persahabatan yang melintasi tembok agama persahabatan yang melintasi tembok bangsa kesah wahid dan lau kesah dua warga malaysia kesah dua sosok yang berjaya dalam hidup wahid donobat untuk menjadi datuk wahid low dinobat untuk menjadi datuk seri low chang hian lihatlah betapa setianya wahid kepada low wahid menerima bungkusan tanpa usul pereksa lihatlah betapa setianya low kepada wahid diwaktu malam pun minta wahid membantu lihatlah bagaimana yakinnya wahid kepada low lihatlah bagaimana yakinya low kepada wahid kalau pun bom dalam bungkusan dari low wahid masih sanggup menerima bungkusan kerana ini tanda persahabatan yang setia lihatlah betapa sucinya hari wahid dia hanya menerima bungkusan tidak pula dibuka tidak pula digoncang tidak pula ditanya apa isinya aduh! inilah contoh kepercayaan inilah contoh keyakina dalam persahabtan kesah ini wajib kita sampaikan kepada anak cucu cicit agar mereka tahu menilai erti persahabatan NOTA bagaimana tentang wang dalam bungkusan? jelas datuk wahid tidak tahu hal wang ini dia hanya letakan bungkusan atas meja belakang pintu duit 60,000 ini datuk wahid tak pandang untuk ketua pengarah imigresen 60,000 ringgit ini hanya taik gigi tolong jangan hina ketua pengarah imigresen malaysia 60,000 ringgit ini duit ciput kah kah kah MANUSIA JUJUR DAN SETIA Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, yang menghadapi pertuduhan menerima rasuah, semalam memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mengetahui satu bungkusan plastik yang ditemui di rumahnya mengandungi wang tunai RM60,000. Wahid, 60, berkata dia menerima bungkusan itu tanpa memeriksa kandungannya memandangkan ia diserahkan kepadanya oleh seorang rakan. Bungkusan plastik itu ditemui di atas sebuah meja di belakang pintu utama rumahnya, katanya semasa menjawab soalan Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dalam prosiding hari pertamanya membela diri terhadap pertuduhan rasuah itu. Menurut Wahid, dalam serbuan yang dilakukan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini SPRM) pada 10 Julai 2008 di kediamannya di Jalan Duta di Kuala Lumpur, turut ditemui wang tunai RM12,300 di ruang tamu dan RM90,500 lagi di bilik tidur. Dia turut menafikan wang RM102,800 itu antara yang dibayar oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian kepadanya dalam urusan mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh. Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 dari Low pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada 10.15 malam, 10 Julai 2008. Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan supaya dia dipanggil membela diri atas pertuduhan itu. Dalam keterangannya, Wahid berkata serbuan BPR itu dilakukan selepas rakannya itu (Low) secara tiba-tiba datang ke rumahnya untuk menyerahkan bungkusan plastik berkenaan. "Dia (Low) datang dengan tergesa-gesa sambil menyerahkan bungkusan itu dan menyuruh saya menyerah (bungkusan) kepada kawannya bernama 'Sim'," kata Wahid. Ditanya sama ada dia mengetahui bungkusan itu mengandungi wang tunai, Wahid menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak membuka bungkusan tersebut." Abdul Razak: "Kalau Low letak bom, Datuk terima begitu sahaja ke?" Wahid: "Mungkin, sebab dia kawan saya." Abdul Razak: "Bahaya ni, pukul 10 malam, Datuk terima apa sahaja. Kalau dadah?" Wahid: "Mungkin (saya terima) sebab dia kawan saya." Wahid menjelaskan disebabkan tidak mengetahui kandungan bungkusan itu, dia tidak menolak pemberian rakannya itu. Selesai Wahid memberi keterangan, Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk mencabar kesahihan keterangan Wahid berikutan percanggahan fakta ketika siasatan kes itu dengan pembelaan Wahid hari ini. Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu dan menyambung perbicaraan. - Tiewnama |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan