Tukar Tiub |
- PANDANGAN DARI PEMBACA
- SELAMAT BERSAHUR DAN BERSUBUH
- PROJEK TIPU RAKYAT DI RAHSIAKAN
- SENYUM SESUDAH BERBUKA
- MERAYAKAN HARI PERTAMA
- MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR
- PENCERAHAN TAMAROD
- RADIO BANGSAR UTAMA KE BESUT
- JANGAN BUAT TAK FAHAM
Posted: 10 Jul 2013 06:00 PM PDT TAMAROD GARIS POLITIK ANAK MUDA LEBAI OPORTUNIS Gua caya lu Hisham,puak2 lebai selalunya oportunis ,Khomeini yg lebai syiah blh disisihkan oleh puak2 lebai di Iran ketika lawan Syah bila berjaya " Islamic Revolution 1979 " dan Syah tumbang , puak2 lebai berduyun2 pegang jubah Khomeini.Walaupun Syiah ada idola nya Imam Husyin,lebai tetap oportunis. Puak lebai sunni lagi teruk, perjuangan tanpa idola, bila tak ada hujah alih alih aja sebut Muhammad s.a.w. Kan Muhammad s.a.w datuk kpd Husyin .Tak mungkin idola Husyin - Hassan Al Bana . on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/11/13 SAMA MACAM MADEY isham same je mcm madey..due2 nyanyok,nk spin cucuk angin tp terbau taik busuk berak dlm sluar..sudah2 la menulis pasal politik/imperialis bagai org tue,sb ko dh nyanyuk,realiti dunia ank mude skg laiiiiiinnn!!! tulis je pasal burung belatok ke burung pegar ke.kisah bdk2 kecik sblom tido,boleh jugak income msuk,xpyh la mengharap duet dr badan2 anti-Islam on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR Anonymous on 7/11/13 ON9 DENGAN ALLAH Tt yg suka pluralkan islam dgn agama lain pun posa ke? Rekalah agama sendiri jgn dok ciplak stgh2 ajaran islam yg kena dgn nafsu je. Sapolah kamu tt nk nilai ajaran Allah swt? yg ini sesuai, yg itu tk sesuai. Kamu lebih bijak dr Allah swt? Sedar diri tt! Elok kau belajar agama dr dok merapu spt diatas. Kitab Allah swt dan hadis Rasulullah saw penuh dgn ilmu dan hikmah yg maha tinggi! on MERAYAKAN HARI PERTAMA Abdul Haq on 7/10/13 MEDIA DUNIA Aden ikuti program politik di Aljazeera, BBC dan CNN mengenai perkembangan politik Mesir tapi belum jumpa pencerahan seperti yang diturunkan oleh TT. Pencerahan yang dibawa oleh TT sulit untuk pengikutnya yang tidak faham politikal ekonomi dan perjuangan sejagat, bukan seperti perjuangan Islam yang walaupun dikatakan sejagat tapi pada hakikatnya lebih memihak kepada mereka yang sebulu dengan kepercayaan agama Islamnya, dan menjadi masealah jika populasi itu mempunyai pelbagai agama dan juga ada populasi yang tak percaya agama. Jadi memanag sosialisme itu yang tak pandang bulu agama kecuali untuk kepentingan semua/majoriti. Oarng banyak tak faham sosialis kerana istilah itu sudah banyak kena momokan atau propaganda kapitalis/korporat/media. on MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR Anonymous on 7/10/13 --------- |
Posted: 10 Jul 2013 02:01 PM PDT BERSAHUR PAGI INI baru selesai bersahur makan nasi dagang dengan ikan tongkol silap ini nasi jualan buka puasa nasi dah macam basi lembik dan tak perisa gulai ikan pun tak panas sayur kacang sejuk menjuk justeru masih belum bertemu masih mencari kedai makan warung makan yang khusus untuk bersahur MENYELEWENG DI JALAN TAR lalu singgah kedai bundle khemah kedai mula dipasang tapi masih belum hebat lagi kerana itu kedai bundle tak padat dan tak sibuk kedai kueh raya belum muncul yang banyak muncul di jalan tar ialah kedai bundle jual kasut ---------- |
PROJEK TIPU RAKYAT DI RAHSIAKAN Posted: 10 Jul 2013 01:42 PM PDT TAMAROD GARIS POLITIK ANAK MUDA KUALA LUMPUR 10 Julai - Pusingan ke-18 perbincangan Perjanjian Trans-pasifik (TPP) bakal diadakan di negara ini, bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, dari 15 Julai hingga 25 Julai ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... TAHUKAH KENAPA TETIBA BUAT DI KOTA KONABALU?... kah kah kah.. kah kah kah...JAWABNYA SENANG SAJE.... kah kah kah.. kah kah kah...INI PROPJEK JUAL NEGARA.... kah kah kah... kah kah kah...INI PROJEK TIPU RAKYAT.... kah kah kah.. kah kah akh.... INI PROJEK BUNGKUS DAN JUAL MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah...BUAT JAUH JAUH... BIAR TAK ADA YANG BERDEMO.... kah kah kah.. woit...NAPA TAK BUAT DI WASHINGTON DC... LAGI BAIK.... kah kah kah NOTA apa jadi dengan dewan perniagaan melayu? apa jadi dengan pukasa? apa jadi dengan pukida? apa jadi dengan pukipm? sennyap saje bila melayu kena jual kah kah kah TEATER POLITIK DAN BERAMAL MALAM INI -------- |
Posted: 10 Jul 2013 08:30 AM PDT TALIPON CAP AYAM alhamdulilah. sehari dah lepas, bos! 29 hari lagi nak lalu. slow2 kayuh. dah arwah phone lu, kena ganti baru la yang smart bukan dumb. kasi upgrade sket, baru awek tertawan melihat! kahkahkah awek hari ni materialistik, bos. mana awek nak rapat kalau lu masih guna dumb phone walaupun dorang sendiri banyak yang bimbo pun.... (sexist giler!) sorry awek peminat TT. kahkahkah.... on MERAYAKAN HARI PERTAMA Publish | Delete | Spam Anonymous at 8:04 PM ------- |
Posted: 10 Jul 2013 04:04 AM PDT SELAMAT BERBUKA PUASA aku berbuka hari pertama dengan buah manggis kopi o kosong udang masak lemak tidak pedas tidak bersantan gulai udang dengan susu NOTA talipon aku tidak berbunyi satu hari bila aku rapati baru aku sedar talipon aku sudah mati aku cuba hidupkan tapi gagal dalam perut talipn ini ada number kawan dan kenalan maka terputuslah hubungan bila talipon mati semua terputus sebelum teknoloji ini semua number aku tulis teknoloji ini baik tapi teknoloji ini lemah PETANG INI HARI PERTAMA petang pertama aku lalui dengan damai terik pun tidak redup pun tidak awan puteh memagar langit biru angin bertiup tidak kencang tidak malas di padang rumput aku nampak ratusan burung pipit uban mamagut biji rumput kemudian terbang mengikut angin lenyap dari mata betapa nikmatnya jika hidup ini dipupus angin belayar dari padang ke padang meragut rumput menyebar benih oh alam yang indah ini oh alam yang aku lihat ini hari demi hari sedang terbakar apakah burung burung ini sedar bahawa bumi semakin panas apakah burung burung ini sedar air laut semakin muntah apakah burung burung ini sedar salju di khutub utara semakin cair dua minggu dahulu aku tak nampak burung burung ini aku tak terdengar kicipan suara si pipit uban kemana si pipit uban menghilang apakah mereka sedar tentang jerebu ketika jerebu melanggar dimanakan mereka bermalam ketika jerebu melanggar bahang yang panas dan angin mati di mana burung burung ini mencari air di mana burung burung ini berpesta makan petang aku tidak ada jawapan aku hanya tahu bertanya ------- |
MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR Posted: 09 Jul 2013 10:30 PM PDT TAMAROD GARIS POLITIK ANAK MUDA Revolusi masih lagi berjalan di Mesir. Anak muda masih lagi turun ke jalan raya. Dataran Tahrir masih lagi dipenuhi oleh ribuan anak muda. Morsi telah disingkir oleh tentera. Penyokong Morsi telah keluar ke jalan raya. Lebih dari 30 warga Mesir telah gugur tewas. Revolusi belum mencapai tujuan. Dalam suasana inilah saya yang telah menerima banyak pesanan ringkas, saya telah menerima e-mail – menerima desakan untuk menerangkan dan membuka wacana pencerahan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir pada ketika ini. Untuk pencerahan bersama – pertamanya kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan Presiden Morsi. Rakyat dunia dan warga demokratik tidak akan menerima tindakan tentera yang bercanggah dengan garis dan cita-cita demokrasi. Rampasan kuasa tentera atas apa sahaja tujuan wajib ditolak dan dilawan. Untuk memahami apa yang berlaku sekarang kita wajib memahami apa yang berlaku dua tahun dahulu. Amat jelas bahawa Revolusi Mesir Pertama dua tahun dahulu telah dibajak. Ada pembajakan yang dilakukan dengan jelas. Dan ada pembajakan yang kabur dan mungkin tidak terlihat dimata kasar. Revolusi Pertama memperlihatkan gerakan spontan anak-anak muda yang bangun menentang 30 tahun rejim zalim Husni Mubarak. Revolusi Pertama ini memiliki sejarahnya sendiri. Revolusi ini adalah hasil rentetan dari babak babak sejarah penindasan dan pengumpulan 30 tahun kemarahan rakyat. Revolusi Pertama ini muncul satelah 30 tahun warga Mesir diinjak-injak oleh rejim Mubarak yang disokong oleh imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel. Rejim Mubarak naik tahtha pada tahun 1975 satelah Presiden Anwar Sadat mati dibunuh. Sadat dibunuh kerana belot. Sadat membuat perjanjian damai – Camp David – dengan Zionis Israel. Perjanjian Camp David ini dilihat sebagai pembelotan yang menusuk ke jantung hati warga Mesir dan bangsa Arab. Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan melalui Camp David. Beberapa tahun sesudah Camp David satu demi satu gerakan Pembebasan Palestin membelot sama. Pertama belot ialah Al-Fatah dibawah pimpinan Arafat yang meninggalkan 'garis berjuang angkat senjata' mereka. Sesudah Perjanjian Camp David kelihatan pembelotan dan bekerjasama dengan Zionis Israel dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Pada tahun 2005 Hosni Mubarak dengan licik telah menipu pilihan raya Presiden. Mubarak dengan licik telah menggunakan SPR Mesir untuk memastikan pilihan raya akan dimenangi oleh partinya – National Demokratik Party. Sama saperti SPR di Malaysia, SPR Mesir juga merancang dan menggunakan pelbgai taktik untuk memastikan National Demokratik Parti akan menang. Ancaman telah digunakan. Duit dan dinar telah membeli sokongan. Ramai politikus yang dibeli. Paling menonjol ialah memasukan kertas undi ke dalam peti undi. Penipuan pilihan raya ini telah mendapat bantahan tetapi tentera telah mematahkan segala bentuk bantahan. Tetapi, pada 2011 semuanya berubah. Anak muda Mesir – malah anak muda seluruh dunia - telah melihat kejayaan anak-anak muda Tunisia menjatuhkan Presiden Zainalabidin Ben Ali. Anak anak muda Tunisia telah menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Politik jalan raya telah berjaya menumbangkan rejim yang zalim. Politik jalan raya ini telah disambut dan diambil oleh anak-anak muda Mesir. Mereka juga meraih kejayaan melalui jalan raya. Tetapi jelas Revolusi Pertama ini telah dibajak. Untuk memahami pembajakan mari kita melihat apa yang telah berlaku. Parti Ikhwan Muslimin dalah parti politik yang besar di Mesir. Ketika anak muda dijalan raya parti ini telah mengambil garis untuk TIDAK bersama anak anak muda. Sebagai contoh, mari kita ingati kembali tarikh 18 Disember 2011 dimana dunia terperanjat melihat imej seorang anak gadis yang sedang dibelash oleh tentera Mubarak. Anak gadis ini dipukul dan diheret diatas jalan raya sehingga dunia melihat melihat perut dan colinya berwarna biru. Dunia gempar dan marah atas keganasan soldadu Mesir ini. Tetapi Ihkawan Muslimin TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tidak mengutuk dan tidak bersuara. Ikhwan buat deek. Ini kerana parti ini tidak mahu dilihat ' bertelagah atau berkonfrontasi' dengan tentera. Ini juga dilakukan kerana parti ini tidak bagitu yakin akan gerakan jalan raya anak muda. Maka parti ini mengambil sikap - tunggu dan lihat - sebelum turun ke jalan raya. Dua minggu sebelum Mubarak dijatuhkan anak-anak muda telah merancang gerakan jalan raya yang paling besar. Ketika ini Parti Ikhwan Muslimin juga tidak memberi arahan secara resmi agar ahli-ahlinya turun. Walau pun dalam satu juta yang berhimpun di Dataran Tahrir pasti ada puluhan ribu ahli Parti Abang Muslim ini. Sesudah Mubarak tumbang maka Parti Ikhwan telah masuk secara sedar ke dalam kancah politik Mesir. Parti ini telah mencalonkan Morsi walau pun pada awalnya ada beberapa nama yang telah muncul. Anak-anak muda ketika itu memberi sokongan yang penuh kepada pemilihan Presiden malah rakyat Mesir bergumbira dengan jatuhnya Mubarak. Pilihanraya Presiden telah diadalakn pada 16/17 June 2012. Muhamad Morsi dari Freedom and Justice Party telah menang tipis mengalahkan Ahamed Shafik. Morsi hanya mendapat 51.7% dari jumlah undi manakala Shafik mendapat 48.3%. Seawal ini telah jelas dapat dilihat bahawa satengah dari warga Mesir TIDAK bersama Morsi. Walau apa pun peratusnya, Morsi secara sah telah dipilih oleh warga Mesir untuk dinobatkan sebagai Presiden. Ini hakikat. Morsi adalah Presiden yang saheh. Sesudah Morsi dinobatkan sebagai Presiden - jelas politik Mesir telah diletakan dilandasan demokratik. Pemilihan Morsi adalah pemilian yang demokratik. Ini satu kerjayaan Revolusi Pertama. Harus diakui bahawa aparachik , elit politik dan elit ekonomi dari rejim lama masih berselirat. Masih kukuh ditangga kuasa. Harus diakui bahawa selama 30 tahun Mubarak berkuasa tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan yang tersusun dan memiliki kepentingan ekonomi. Tentera di Mesir telah dirasuah untuk mendapatkan kesetiaan dan sokongan mereka. Tentera Mesir, bukan saperti tentera lain dalam dunia ini - tentera Mesir telah mencampuri dunia perniagaan. Hampir 30% ekonomi Mesir dimiliki oleh Tentera. Tentera Mesir memiliki syarikat pemaju. Memiliiki 16 buah kilang yang besar. Kilang ini bukan hanya membuat senjata ianya membuat mesin basuh, kain baju dan barangan rumah. Tentera juga menjadi pemaju utama – contohnya Bandar Nasr itu didirikan oleh syarikat tentera. Tentera juga membina lebuh raya, hotel, jambatan, sekolah dan dan dan. Justeru disini kita wajib memahami bahawa tentera Mesir ini bukan saperti tentera profesional lagi. Tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan bersenjata yang bukan hanya memiliki kepentingan ekonomi malah mereka sendiri menjalankan aktiviti ekonomi. Bayangkan sebuah hotel yang dibangunkan oleh tentera ditepi Laut Tengah. Para buruhnya bukan diambil dari luar tetapi para soldadu itulah yang mengetuk dan dan menukul membina bangunan. Para soldadu ini dibayar dengan duit gaji tentera. Banyangkan mana mungkin syarikat pembinaan bersaing dengan syarikat tentera. Apa yang saya ingin paparkan disini ialah elit tentera Mesir adalah juga elit politik dan elit ekonomi. Kita akan gagal memahami politik Mesir jika kita tidak mengambil kira dan memahami hakikat bahawa tentera Mesir itiu sendiri bergerak sebagai satu parti politik yang tersusun. Tentera di Mesir bukan hanya jentera daullah tetapi telah menjadi daulah. Ini hakikat. Kedatangan Morsi sebagai Presiden Mesir pada awalnya melahirakan hu ha hu ha yang hebat. Tetapi Morsi tidak dapat memecahkan tembok-tembok elit yang berkepentingan. Dalam masa yang sama elit politik, elit ekonomi, dan elit tentera terus bekerja rapat dengan kuasa imperial Anglo-Amerika. Morsi juga dilihat mengikut rentak yang sama untuk memastikan kuasanya berterusan. Dalam strateji kuasa imperial, Mesir adalah negara Arab terbesar dan terpenting. Jika Mesir berjaya dimandulkan maka keseluruhan bumi Arab akan mandul sama. Kuasa imperialis sedar bagaimana mereka telah ditentang hebat – diseluruh bumi Arab - oleh garis nasionalisma Presiden Nasser. Dalam negara Nasser telah membawa arus ekonomi progresif- hinggakan Nasser berjaya memilik negarakan Terusan Suez. Diluar pula Naseer bersama Sukarno , Tito dan Chau En Lai telah melahirkan blok Negara Berkecuali. Ini adalah gerakan anti-imperialis ini telah memberi dorongan kepada banyak negara tanah jajahan untuk bangun melawan menuntut kemerdekaan termasuk Tanah Melayu. Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah dirinya gagal untuk menjadi Presiden Mesir. Morsi menjadikan dirinya bukan Presiden Mesir tetapi Presiden Ikhwan Muslimin. Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa bukan semua warga Mesir bersetuju denmgan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3% yang tidak bersama. Untuk memahami apa yang saya maksudkan ' bukan Presiden Mesir ' samalah saperti apabila Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terangganu atau Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, atau Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang atau Khalid menjadi MB Selangor – mereka wajib TIDAK dilihat sebagai MB parti mereka sahaja. Mereka seharusnya dirayakan untuk menjadi MB atau Ketua Menteri untuk seluruh warga – yang menyokong dan tidak menyokong. Morsi tidak dilihat sebagai Presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama saperti apa yang telah berlaku di Kedah di bawah Azizan. Ketidak puasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati Paling memeranjat dunia ialah pada 14 Jun yang lalu Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis dan Nato membuat sekatan udara keatas Syria. Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel. Dasar ini bukan hanya memeranjat dunia malah anak-anak muda Mesir melihat bahawa Revolusi Pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod. (TT) - bersambung tulisan ini telah disiarkan daalam akhbar SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talipon: 03-92-21-1045 ----------- |
Posted: 09 Jul 2013 09:30 PM PDT TT, lu baca petikan rencana di bawah. Lu masih percaya ka yang Tamarod ini bukan gerakan yang dirancang oleh Tentera Mesir sendiri? Soalannya: Kenapa Tamarod menjemput tentera untuk masuk campur, malahan menganggap bahawa campurtangan tentera adalah suatu "kejayaan"? Baca petikan ini: "In the lead up to the protests, one Tamarod organizer, Hazem el-Zohery, said in an interview that he would consider it a "success" if the Army intervened". Baca pula petikan ini di mana terdapat keraguan di kalangan aktivis muda dengan "roadmap" yang diajukan oleh tentera di mana pemerintahan transisisi dipenuhi oleh pegawai-pegawai tentera (a council made up largely of military men) "In private, some of the activists working alongside Tamarod have whispered about the military's potential connection to their new movement. When Tamarod's leaders held a meeting with a newly formed "June 30" opposition front to unveil their road map for Egypt's future—which included a transitional government with on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI Anonymous on 7/9/13 TT sebagai bekas tahanan tanpa bicara ISA pun nampaknya menyokong Tamarod yang menyokong tentera yang menahan Mursi dan pemimpin2 Ikhwan tanpa bicara! Nampak sangat yang analisa TT dah semakin bercelaru dan berbelit-belit macam auta UMNO! Kalau Tamarod ni betul2 jujur, sepatutnya Tamarod tuntut tentera untuk bebaskan Mursi dan pemimpin kanan Ikhwan daripada tahanan! Kenapa Mursi dan pemimpin2 Ikhwan masih ditahan tanpa sebarang perbicaraan? Inikah Tamarod yang disokong oleh TT? Memperjuangkan revolusi konon! Kalau betol2 revolusioner, tuntut tentera bebaskan Mursi dan pemimpin2 kanan Ikhwan! Kenapa tak ada seorang pun pemimpin Tamarod menuntut pembebasan tahanan tanpa bicara yang dilakukan oleh Tentera Mesir ini? on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI Anonymous on 7/9/13 TT ni dah buat perangai UMNO. banyak AUTA dan MENIPU. Tamarod ni gerakan yang telah disusup masuk oleh agen-agen tentera mesir untuk gulingkan kerajaan ikhwan yang telah DIPILIH secara DEMOKRATIK melalui PILIHANRAYA YANG ADIL. Jangan kelentong la TT. Apa bajak-bajak? Siapa yang bajak? Yang sebenarnya dibajak adalah demokrasi bila Tamarod menyokong tentera dan menjemput tentera kembali ke pentas politik! Baca wawancara ini TT. Tengok apa leader Tamarod cakap. Ini petikan sebahagiannya: Q. Does that exclude the military or those affiliated to the Islamist parties from the next government? A. As I said, the main criterion will be competence. Whoever this prime minister was, if he is competent, then that is fine. Nampak TT? Tamarod ni tak kisah walaupun Tentera Mesir yg merupakan talibarut Amerika dan Israel memimpin Mesir! Baca penuh wawancara di sini TT: http://www.aawsat.net/2013/07/article55308770 Analisa TT dah tumpul dan banyak salah! Malaysian Durian tak jadi-jadi. on BERITA DARI MESIR - REVOLUSI DI BAJAK LAGI Anonymous on 7/9/13 --------- |
Posted: 09 Jul 2013 08:30 PM PDT RADIO BANGSAR UTAMA akan membuat laporan langsung dari besut tim radio bangsar akan melaporan suasan penamaan calon politik satempat dan suasana bulan puasa di besut PENDENGAR RADIO BANGSAR dalam dan luar negara sila layari stesen punk rock berani langgar - laporan jelas TEATER DIBUKA MALAM KHAMIS INI JEMPUTAN KHAMIS INI SELAK:SERAK arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT). Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai 2013 di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 tempahan dalam talian di www.tix.my tempahan panggilan di 03-79-60-04-39 dan 017-228-98-46. Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan. ----- |
Posted: 09 Jul 2013 07:30 PM PDT NGO JAKARTA TUNGGU PELUANG KUALA LUMPUR - PR mempersoalkan tindakan kerajaan melantik beberapa bekas menteri sebagai penasihat kepada kementerian dan juga diserapkan semula sebagai anggota Kabinet. Penasihat kementerian: Apa rasional lantik bekas menteri Salmiyah Harun09 Jul 2013 KUALA LUMPUR:Pakatan Rakyat mempertikaikan pelantikan beberapa bekas menteri sebagai penasihat di kementerian yang diberi jawatan sama taraf dengan menteri. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... TAK KAN TAK FAHAM....kah kah kah.. kah kah kah...TAK KAN TAK SEDAR.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU RAIS YATIM TAK DI LANTIK....ROBENAH AKAN SAMPAI.... kah kah kah.. kah kah kah...PERLANTIKAN ITU UNTUK SELAMAT DARI KES ROGOL.... kah kahj kah NOTA jawatan ini sampai rais yatim mati kalau tidak ngo di jakarta akan bertindak kah kah kah ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan