SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 12 Jul 2013 04:03 AM PDT Oleh: TT Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sadikit untuk difahami. Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu. Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri. ![]() Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah. Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian. Memang saheh, wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga. ![]() Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti oxygen ertinya kontradiski wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud. Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakan alam kita ini. Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah. Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental : penjajah Jepun. ![]() Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria. Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai. ![]() Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika. Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah 'budak setia' kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik. Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel. Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas. ![]() Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu. Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan. Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA. ![]() Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International. Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya - dimana tidak ada bakal Presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal. Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato. Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya. Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila piliharaya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT) |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan