Roslan SMS Corner |
Facebook murtad: Mohon SKMM siasat segera (25/7/13) Posted: 24 Jul 2013 11:37 PM PDT Saya terbaca dalam berita terkini The Staronline bahawa Alvin Tan dan Vivian Lee pasangan kontroversial yang telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi. Mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM30,000 melalui dua penjamin. Dengan itu kedua pasangan tersebut kini dibebaskan dari penjara sementara menunggu tarikh perbicaraan mereka. Semoga mereka menyediakan peguam yang baik untuk membela mereka. Membaca perkembangan itu saya cuba melihat facebook mereka untuk membaca sekiranya ada apa-apa "update" ekoran pembebasan itu. Saya lihat tiada. Cuma apa yang ingin saya ketengahkan dalam posting ini adalah facebook Vivian di https://www.facebook.com/sexychocoholicbabe Di sudut facebook Vivian diruangan "recent activity" nya beliau meletakkan facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" sebagai "like" nya. (Dan ada yang menyatakan pasangan ini sekadar buat lawak dan tiada maksud menghina Islam. Tapi "like" pula group "Murtad"?) Ada facebook "Murtad" rupa-rupanya! Ianya berada di https://www.facebook.com/MurtadsInMalaysiaAndSingapore Siapa yang tidak panas dan terguris membaca posting di dalam facebook ini yang menghina Islam dan penganutnya. Saya syak pemiliknya adalah rakyat Malaysia kerana beberapa postingnya di tulis dalam Bahasa Melayu. Antaranya: Orang Islam sensitive... Hina Nabi bagaikan hina mak bapak dorang... padahal Nabi lebih disanjung tinggi dari mak bapak... Nabi kan hari hari kasi dorang makan, hantar mereka gi sekolah, jaga mereka waktu sakit.. Siapalah mereka kalau bukan tuk Nabi mereka... Patut ler kalau nak buat ranking kasih... Seseorang Muslim mesti mencintai Nabi Muhammad lebih dari mak bapak sendiri... Mereka yang ada anak pun sama.... kena cinta Nabi lebih dari anak sendiri... Maklum lah... kalau tak sayang Nabi... tak dapat masuk syurga... Pandai glam kan namanya.... Satu lagi posting menyebut: Bace quran bertarannum tidak mampu menutup kepalsuan islam. Islam mencuri irama2 tarannum dari daerah2 yg ditaklukinya. Dari 7 taranum utama, 4 berasal dari lagu kafir Parsi iaitu tarannum Ajam, Jiharkah, Rasht dan Nahawand. Bahkan Rasht dan Nahawand ialah nama bandar di Iran. Manakala irama taranum Sikah dicuri oleh Islam dari irama geraja Koptik Mesir. Islam muka tak malu. Banyak lagilah yang sekali lagi membuktikan penyalahgunaan hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat dalam Negara kita. Sekali lagi saya suka tegaskan bahawa kebebasan bersuara bukannya mutlak perlu ada batas dan sempadannya, jika tidak inilah malapetakanya. Diharapkan pihak SKMM akan segera menyaisat dan mengambil tindakan. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan