Roslan SMS Corner |
- Jangan mudah melatah..... (24/7/13)
- Apabila masyarakat cepat melatah dan menghukum (24/7/13)
- Kalau 16:16 mengapa tidak Hadi? (24/7/13)
Jangan mudah melatah..... (24/7/13) Posted: 24 Jul 2013 12:17 AM PDT Terbaru: Menurut Timbalan Menteri Pelajaran P.Kamalanathan isu "bilik persalinan" di SK Seri Pristana di Sg Buloh telah selesai. Beliau dipetik oleh The Staronline sebagai berkata: "As far as we are concerned, the issue is resolved. The headmaster had good intentions but chose a poor location. He has apologised. I too apologise. It won't happen again," (Setahu kami isu ini telah pun diselesaikan. Guru Besar mempunyai niat baik tetapi telah memilih lokasi yang tidak sesuai. Dia telah memohon maaf dan saya pun memohon maaf. Ia tidak akan berulang) Timbalan Menteri itu turut menjelaskan hakikat bahawa "bilik persalinan" yang dikatakan oleh akhbar The Star hari ini sebagai "Distasteful" atau "menjijikkan" itu telah digunakan sejak bulan Mac lagi. Kalau Guru Besar punya niat baik dan telah pun memohon maaf. Timbalan Menteri pun memohon maaf bagaimana dengan mereka yang mengapi-apikan isu ini? Bagaimana dengan mereka yang memainkan isu ini sebagai isu kaum dan agama? Satu contoh baik buat rakyat Malaysia, jangan mudah melatah. |
Apabila masyarakat cepat melatah dan menghukum (24/7/13) Posted: 23 Jul 2013 11:49 PM PDT Satu kecenderungan kita adalah cepat melatah dan cepat jatuh hukum. Masyarakat kita kebelakangan ini bingkas sangat melenting, isu kaum dan agama menjadi begitu sensitif dan melepaskan marah dan pertuduhan begitu pantas lantas kehadiran media sosial yang serba canggih itu termasuk media cetak yang turut menumpang ceduk. Bukan hanya orang kebanyakkan malah yang memimpin pun terkadang terpengaruh dengan latahan ini dan akibatnya bertindak tanpa banyak usul-periksa. Termasuklah dalam senarai Menteri dan Timbalan Menteri dan tidak terkecuali pimpinan pembangkang termasuk NGO Islam yang diketuai Ulamak Umno Fathul Bari. "Distasteful" Atau menjijikkan demikianlah jerit akhbar The Star dalam muka depannya. Di media sosial masyaralat Islam yang berpuasa pun menumpang cubit dan cucuk, lalu jadi mangsalah si Guru Besar, guru-guru dan PIBG. Perkara yang kalau dijelaskan boleh selesai, telah tiba-tiba menjadi isu perkauman, orang Islam yang kolot, "Taliban" dan macam-macam lagi penghinaan. Tiada siapa pula mengambil peluang membantu menyiarkan penjelasan sebenar. Saya sendiri pun pada mulanya marah, tetapi musykil. Apa yang dikatakan tandas (tetapi disebut "changing room") kelihatan kemas dan rapi dengan meja beralas. Apabila saya membaca kenyataan Guru Besar Mohd Nasir Mohd Nor, SK Seri Pristana, Sg Buloh, saya mula bersimpati, bukan kepada ibu-bapa yang sesuka hati memuatkan pertuduhan dan gambar di internet itu, tetapi kepada pihak sekolah. Kata Guru Besar kantinnya tidak cukup menampung murid sekolah yang melebihi 500 orang jumlahnya itu. Ada murid yang terpaksa makan di di tepi-tepi longkang dan ada yang terpaksa duduk di atas rumput. Dan "point" yang paling penting, kata Guru Besar lagi, "changing room" atau bilik persalinan – bukannya tandas! Itu telah pun digunakan sejak bulan Mac tahun ini lantaran isu kesesakan itu. Bulan Mac adalah hampir 5 bulan dahulu! Bukannya baru dalam bulan Ramadhan ini! Tidak timbul isu Guru Besar dan pihak sekolah tidak membenarkan murid bukan Islam makan dikhalayak ramai dalam bulan Ramadhan lalu di suruh makan dalam bilik persalinan itu sebagaimana dituduh sesetengah pihak. Guru Besar turut menjelaskan kantin terpaksa ditutup untuk kerja-kerja ubashsuai. Tiba-tiba saya yakin Guru Besar, pentadbiran sekolah dan PIBG yang tiada niat memainkan sentimen. agama atau bangsa, menjadi mangsa sumpah seranah dan maki hamun pihak-pihak tertentu. Sikap mereka melenting tanpa usul-periksa dan turut "menipu" masyarakat ramai mempercayai tohmahan mereka itu sangat dikesali. Terbaru apabila muncul gambar guru-guru sekolah berkenaan berbuka puasa di bilik persalinan yang sama yang dikatakan "distasteful" atau menjijikkan oleh akhbar The Star, jadi bagaimana!!??? Semoga Guru Besar dan pihak sekolah tabah dalam menghadapi ujian ini. Dan semoga masyarakat Malaysia lebih banyak bersangka baik dan menyiasat sesuatu perkara itu dengan mendalam sebelum sewenang-wenang menerkam dan membuat tuduhan liar. |
Kalau 16:16 mengapa tidak Hadi? (24/7/13) Posted: 23 Jul 2013 10:12 PM PDT Hakikatnya "hung parliament" atau "dewan tergantung" terjadi apabila tidak ada satu parti yang memiliki majoriti mudah dalam dewan berkenaan. Apa yang akan berlaku berikutan PRK Kuala Besut kiranya PAS ditakdirkan menang adalah satu contoh "hidup" ianya berlaku di Malaysia. Kiranya PAS menang kedudukan DUN di Terengganu akan menjadi BN 16 dan Pakatan Rakyat 16 (PAS 15 PKR 1) maka berlakulah suasana "hung parliament". Apa yang akan terjadi jika 16:16 begitu? Ada yang berpandangan BN tetap membentuk kerajaan kerana Speaker Dewan dari BN sudah mesti mengundi memberikan kelebihan 1 undi buat BN untuk terus memegang jawatan MB dan menerajui kerajaan. Ada pula yang mengatakan jawatan speaker yang dilantik oleh kerajaan terdahulu (sebelum terjadi 16:16) itu dengan sendirinya terbatal oleh kerana BN tidak lagi memiliki kelebihan di Dewan. Bermakna dalam suasana 16:16, MB baru perlu dilantik, namanya dicalonkan, diperkenankan oleh Tuanku Sultan kemudian di undi di Dewan bagi membuktikan ia "command" atau menguasai sokongan majoriti ahli dewan. Jika hanya 16 menyokong dan 16 menentang, maka calon itu gagal dan nama baru perlu dikemukakan.Sudah pasti ia mengambil proses masa kerana apa pun Dewan perlu merestui perlantikannya. Bagaimana dengan jawatan Speaker? Oleh kerana jawatan itu kosong kerana terbatal maka hanya setelah MB baru dilantik barulah calon Spekaer boleh dikemukakan untuk persetujuan Dewan. Lalu apa akan terjadi kalau masing-masing BN dan PR tidak dapat restu lantaran keadaan "hung parliament" atau 16:16 tadi? Di sinilah saya bersetuju dengan pandangan Dr Aziz Bari: Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan. Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan. "Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan. "Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik," katanya kepada Malaysiakini. Isunya kita tahu jika BN, maka mereka akan mengemukakan nama Datuk Ahmad Said untuk kekal sebagai MB dan pastilah sepatutnya PR menolak untuk mengambil kesempatan dari kedudukan 16:16 itu. Jika peluang atau giliran diberikan kepada PR pula untuk mengemukakan calon bagaimana? Kerana itulah juga saya bersetuju dengan Dewan Ulamak PAS Pusat apabila Setiausa Dewan Ulamak Pusat YB Dr Khairuddin menyebut bahawa Dewan Ulamak Pusat bersetuju kiranya PAS diberi peluang mencalonkan MB maka Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang lah yang paling sesuai dicalonkan. Memang sebelum ini Tuan Guru ada menyatakan yang beliau tidak berhajat untuk menjadi MB, begitulah akhlak pemimpin Islam, tidak meminta-minta jawatan tetapi hakikatnya kiranya PAS diberi peluang mengemukakan calon, memang nama beliaulah yang paling layak sebagai ADUN dan pemimpin nombor satu dalam jamaah, tamabahan pernah berpengalaman sepenggal dalam jawatan berkenaan. Jadi saya tidak nampak salah silapnya kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat itu. Tetapi mungkin ada yang lebih nampak, maka mohon diperjelaskanlah mengapa ianya salah dan silap. Apa pun kesemuanya tertakluk kepada keputusan PRK itu malam ini. Dan apa pun saya rasa kenyataan Dewan Ulamak Pusat itu perlu dihadam dan difahamkan, kerana apabila diberi peluang dan mempunyai peluang tiada sebab PAS tidak wajar naik ke atas memimpin ummah. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan