Roslan SMS Corner |
Perlukah banduan diberi hak memilih dalam PRU (27/7/13) Posted: 21 Jul 2013 10:50 PM PDT Kerajaan sedang menimbangkan untuk membenarkan banduan yang menjalani hukuman di penjara untuk mengundi semasa PRU (sebelum ini mereka dinafikan hak itu). Beberapa langkah sedang dikaji bagi mewujudkan mekanisma dimana dan bagaimana mereka ini nanti dapat menjalankan tanggungjawab mengundi itu. Menurut statistik setakat ini terdapat l;ebih 35,000 banduan yang sedang menjalani hukuman penjara dalam Negara. Hakikat bahawa setiap warganegara Malaysia layak untuk berdaftar sebagai pengundi tidak dapat dinafikan. Namun demikian idea untuk membenarkan banduan mengundi ini perlu dikaji sedalam-dalamnya. Perlukah mereka diberikan hak demikian? Bukankah sebagai banduan mereka dengan sendirinya, telah dinafikan beberapa hak sehingga mereka selesai menjalankan hukuman masing-masing. Tiada lagi hak kebebasan bergerak, hubungan dengan dunia luar dikawal, mereka tiada hak berjual-beli atau berurusniaga, mudahnya angkara mereka merupakan banduan atas kesalahan sendiri maka segala hak yang diberikan kepada kewarganegaraan mereka terlucut atau tergantung buat sementara sehingga mereka selesai menjalankan hukuman. Jika begitu, apakah rasionalnya maka mereka perlu diberikan hak untuk mengundi? Tidakkah ini nanti mendatangkan kos kepada kerajaan, risiko dan seumpamanya. Bukankah sukar nanti parti-parti bertanding mahu diberikan hak berkempen kepada mereka, dan wakil-wakil parti untuk hadir pula memerhatikan proses pengundianbanduan-banduan ini. Warganegara biasa berhak memilih dan dipilih, tetapi mereka bukan warganegara biasa, mereka banduan. Oleh kerana mereka tidak boleh dipilih (bertanding dalam pilihanraya) maka tiada sebab mengapa mereka perlu pula diberi hak untuk memilih. Namun demikian sekiranya mereka telah bebas menjalankan hukuman, itu perkara lain. Secara peribadi saya berpandangan biarlah mereka menjalani hukuman, diberika pemulihan dan setelah bebas barulah dikembalikan hak memilih itu. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan