Isnin, 8 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 9 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Posted: 08 Jul 2013 09:30 PM PDT

Bekas pegawai kanan polis gesa KPN usah rayu kes Kugan

Posted: 08 Jul 2013 09:28 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menolak cubaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk merayu kes kematian dalam tahanan A Kugan.
Bekas Pangarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim, berkata cubaan merayu kes itu 'boleh disifatkan sebagai suatu ancaman dan meletakkan tekanan kepada badan kehakiman.'
"Beliau seolah-oleh telah membuat keputusan awal bahawa beliau tidak akan menerima keputusan Mahkamah Rayuan jika ia tidak memihak kepada Kerajaan. Sedangkan notis rayuan belum lagi difailkan ketika itu.
"Walaupun berhak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan VK Singham itu ke mahkamah yang lebih tinggi, namun saya berpendapat wajar menolak 'tawaran' yang diumumkan oleh menteri itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat terbuka kepada Khalid yang turut dikirimkan kepada media pagi ini. 

Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera

Posted: 08 Jul 2013 09:13 PM PDT



Ketua kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran masa segera untuk sebuah pilihan raya umum bagi menarik keluar negara Arab terbesar di dunia itu keluar daripada krisis, selepas bantahan berdarah ekoran penggulingan presidennya Mohamed Mursi.

Perintah yang dikeluarkan Adli Mansour itu menuju ke arah pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan sebelum diikuti pilihan raya presiden, lapor Reuters.

Keperluan ke arah tindakan politik yang berjaya dilihat amat mendesak di negara itu buat masa ini.

Sekurang-kurangnya 51 terkorban pada Ahad apabila tentera melepas tembakan kepada penyokong Mursi di luar berek tentera Pengawal Republik di Kaherah, tempat tokoh Ikhwanul Muslimin itu dipercayai ditahan.

Pihak tentera menjelaskan, tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka diserang secara bersenjata. Pada Jumaat, berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi menyebabkan 35 terkorban.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam

Posted: 08 Jul 2013 09:03 PM PDT


 
(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)

MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.

Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.

Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.

Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan

Posted: 08 Jul 2013 09:02 PM PDT

MESIR: Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini."

Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu.

Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau.
Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Minta sejadah dan al-Quran

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan PRK Kuala Besut bakal jadi penentu potensi Pulau Perhentian..!!

Posted: 08 Jul 2013 08:59 PM PDT

Mustapa Mohamed, 58, sudah 30 tahun tinggal di Pulau Perhentian, pulau pelancongan yang terkenal di seluruh dunia, yang terletak kira-kira setengah jam menaiki bot dari jeti Kuala Besut.

Setiap hari dianggar RM2 juta wang mengalir ke industri pelancongan di pulau ini. Ia meliputi penyewaan bot, chalet dan hotel penginapan, pembekalan dan lain-lain.

Ketika Mustapa masuk ke pulau itu, umurnya baru 18 tahun. Kepulauan itu syurga untuk nelayan. Ikan, sotong dan udang memenuhi kawasan itu.

Namun sejak beberapa tahun lalu, menjadi nelayan di situ menimbulkan masalah besar apabila kerajaan mengisytiharkan Pulau Perhentian bersama dengan Pulau Redang dan sekitarnya sebagai Taman Merin (Merine Park).

Ia menyebabkan ikan-ikan tidak boleh ditangkap sama ada dengan pukat atau pancing. Ekoran itu, cara hidup penduduk Pulau Perhentian mulai berubah. Dari nelayan kepada pengusaha industri perlancongan.

Hari ini, Mustapa dan penduduk pulau ini bukan lagi nelayan. Hampir semua adalah pekerja dan operator industri pelancongan. Mustapa sendiri mempunyai kedai runcit di samping sebahagian rumahnya dijadikan bilik-bilik untuk pelancong sewa.

Di samping itu, Mustapa sebagaimana penduduk lain di pulau yang berjumlah 2,300 orang itu, mempunyai bot pelancong. 

Satu bot yang agak besar berharga RM50,000 digunakan untuk membawa pelancong dari tanah besar di Kuala Besut ke pulau ini. Satu lagi bot kecil yang digunakan sebagai teksi air (water teksi).
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin komponen BN tak sekata keputusan PRU13 sebagai ‘tsunami Cina’

Posted: 08 Jul 2013 08:12 PM PDT

Kunci untuk mengkaji keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menggambarkan hanya orang Cina mengundi pembangkang hingga mendominasi undi popular.
Itu yang digembar-gembur media arus perdana terhadap masyarakat Cina yang digelar mereka sebagai mengkhianati Barisan Nasional (BN).
Akan tetapi, apakah ahli parti komponen BN bersetuju? Benarkah ada tsunami Cina atau tidak?
Tentulah ada dan apa salahnya ungkapan itu," tanya Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum cepat-cepat menyatakan mereka tiada niat jahat sebalik ungkapan itu.
"Benar, orang Melayu dan India juga undi pembangkang tapi ia tidak seketara orang Cina.
"Dalam sesetengah kawasan, hingga 96 peratus orang Cina mengundi pembangkang," katanya pada forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menyimpulkan kegagalan BN akibat tindak balas pengundi bandar, bukannya tsunami Cina.
Kata Rahman, makna tsunami ialah sesuatu perubahan yang besar dengan merujuk bencana di Banda Aceh sebagai contoh dan menganggap ia berlaku dalam perubahan undi Cina.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin juga percaya ia sememangnya tsunami Cina terutama di lokasi tertentu, hasil kempen intensif pembangkang dan isu yang mereka canang.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa kos perkhidmatan bas PLKN naik 500%?

Posted: 08 Jul 2013 08:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) ingin menarik perhatian kerajaan berhubung dengan kos pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak cekap dan gagal mengoptimumkan kemudahan yang diperuntukkan.


Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,


Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.

Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.
Read More / Baca Lagi >>

Analisa prestasi PAS di Dun Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 07:59 PM PDT

ADA beberapa pemerhatian menarik yang dapat saya simpulkan tatkala meneliti semula keputusan-keputusan pilihan raya lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu. Menghayati pemerhatian dan kesimpulan itu insya Allah sedikit sebanyak akan dapat membantu peminat politik lebih memahami perkembangan terkini perebutan pengaruh dan kuasa di kawasan tersebut.
Dun Kuala Besut sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara apabila satu pilihan raya kecil bagi kawasan itu bakal diadakan dalam masa terdekat. Menurut catatan sejarah pilihan raya negara, ini merupakan pilihan raya kecil kedua berlaku di Dun berkenaan. Kali pertama ialah pada 30 Julai 1979, ekoran kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN), Zakaria Muda.
Rabu (26 Jun) lalu, kerusi berkenaan kosong lagi, juga berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Dr. A. Rahman Mokhtar, akibat paru-paru berair.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Puan Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu memperolehi 8,809 undi berbanding Napisah yang mendapat 6,375 undi.
Ini merupakan penggal kedua bagi Allahyarham. Pada 2008, beliau menewaskan calon PAS, Ustaz Muhammad Zawawi Salleh dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mengumpul 7,123 undi manakala lawannya mengutip 4,492 undi.
Allahyarham dipilih mewakili BN menggantikan penyandang, Abdullah Che Muda yang memenangi kerusi berkenaan pada 2004 dengan majoriti 2,027. Abdullah mendapat 6,334 undi sekaligus menewaskan Ustaz Muhammad Zawawi yang memperolehi 4,307 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Doa buat PAS bagi PRK Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 07:40 PM PDT

Oleh mahmudah

"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu.

Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda

Ya Allah, sesungguhnya kau maha berkuasa dan maha adil, Ya Allah dengan keberkatan bulan Ramadhan ini kau menangkan PAS dalam PRK di Kuala Besut dan kalahkan UMNO yang tersangat sombong dan bongkak dengan kemenangan yang lalu. Amin Amin AMINN

Jangan kembalikan akta zalim

Posted: 08 Jul 2013 07:32 PM PDT

anti-isaKUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggubal akta baru bagi menggantikan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Menurut Steven, usaha Zahid Hamidi menghidupkan kembali akta zalim yang sering diperalat untuk menindas rakyat terutamanya ahli politik dan penyokong pembangkang tidak wajar dilaksanakan.
"Seharusnya tumpuan perlu diberi keutamaan bagi memerangi kes jenayah yang semakin meningkat," katanya dalam kenyataan.
Beliau menggesa kerajaan memperbaiki undang-undang jenayah seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah selain meningkatkan kecekapan polis dan bukannya membuat intipan politik.
Kata Steven, kerajaan hanya memperuntukkan sembilan peratus sumber manusia PDRM untuk kerja-kerja Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
"Ini bukan sahaja menyebabkan kecekapan polis merudum, malah tindakan kerajaan itu membahayakan anggota polis yang berhadapan dengan jenayah," ujarnya.
Justeru, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu dilaksana segera bagi membanteras rasuah dan meningkatkan profesionalisme PDRM.

Pusat hiburan dekat masjid bukan salah kementerian, kata Nazri

Posted: 08 Jul 2013 07:31 PM PDT

nazrKUALA LUMPUR, 9 JULAI: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz enggan bertanggungjawab jika sesebuah pusat hiburan dibina berhampiran masjid.
Nazri berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi.
"Kalau ada pun pusat hiburan beroperasi dekat masjid dan surau, kena kejar kerajaan tempatanlah (PBT).
"Ini tiada kena mengena dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
"Kita tidak bertanggungjawab atas pengeluaran lesen bagi menentukan kawasan itu boleh digunakan sebagai pusat hiburan," kata ahli parlimen Padang Rengas itu di Dewan Rakyat, semalam.
Nazri turut enggan bertanggungjawab jika seseorang melakukan jenayah di Malaysia walaupun memasuki negara ini sebagai pelancong.
"Pelancong tak pulang, itu bukan salah kita. Saya nak beritahu, promosi kita mengenai pelancongan kepada mereka yang memiliki kuasa pendapatan.
"Bila mari sini, di hotel, mereka ada duit. Tapi jika mereka tak balik, itu bukan salah pelancongan," kata Nazri.

Ketua Hakim: Hukuman berat pada pesalah jenayah jalanan

Posted: 08 Jul 2013 07:28 PM PDT

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menggesa semua hakim agar bertindak tegas dan menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah yang disabit dengan jenayah jalanan, termasuk ragut serta rasuah.

Beliau berkata hukuman yang bakal dijatuhi harus mencerminkan atau menjadi satu amaran keras bagi menangani jenayah berkenaan.

"Saya meminta semua hakim di semua peringkat supaya mengenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka ini, yang menjadi perosak kepada ketenteraman negara kita," katanya pada majlis mengangkat sumpah enam pesuruhjaya kehakiman yang baharu dilantik di Putrajaya semalam.

Arifin berkata mahkamah juga harus lebih peka dalam mempertimbang hukuman setimpal untuk pesalah terbabit.

"Hukuman yang bakal dijatuhi itu harus berupaya mengubah pesalah menjadi manusia yang lebih baik, dan pada masa sama, mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan serupa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pas tanding atas dasar prinsip

Posted: 08 Jul 2013 07:16 PM PDT

Mustafa Ali SHAH ALAM – Pas menegaskan sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip demokrasi, ia tetap akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, isu menghormati  bulan Ramadan dan keputusan PRU lalu sekali gus meminta parti itu tidak bertanding, tak berbangkit.

Tambahnya, menyertai pilihan raya dan bertanding adalah salah satu ciri demokrasi yang menjadi amalan parti.

"Kita hormat proses demokrasi sebab itu meletakkan calon pada PRK ini.

"Kalau nak kata kena hormat bulan Ramadan, PRK tahun 1979 dulu pun kita pernah ada PRK di Dun Kuala Besut juga, itu pun dalam bulan puasa.

"Lagipun itu bukan kuasa kita meletakkan tarikh, itu kuasa SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Read More / Baca Lagi >>

Politik ugut : Lembut gigi dari lidah

Posted: 08 Jul 2013 07:14 PM PDT

Tuhan Maha Mengetahui apa yang ada didalam diri kita

Posted: 08 Jul 2013 07:09 PM PDT

Sesebuah negara itu memerlukan perubahan setiap waktu kerana dunia ini berubah setiap waktu. Tidak mungkin keadaan sesebuah negara itu statik tanpa berlaku perubahan. Kenapa dan mengapa ia sentiasa melalui perubahan itu merupakan soalan yang susah untuk mendapat jawapan melainkan seseorang itu mampu untuk belajar terus-terusan dan menjadikan alam ini sebagai guru. 
Negara kita sendiri melalui proses perubahan ini dan ia tidak terlepas dari perubahan yang datang secara 'natural' itu. Dunia ini sendiri berubah mengikut masa dan waktunya. Rupa bentuk bumi ini pun berubah selepas berlakunya evolusi 'ice age' dahulu. Perubahan itu telah merubah bentuk dunia ini dan perubahan fisikal itu juga telah juga membawa perubahan kepada persempadanan sesebuah negara dan membentuk benua-benua yang berbeza keadaan dan juga membina perbezaan bangsa dan budaya nilai manusia yang berbagai-bagai.
Secara 'natural' bumi ini lebih bijak melakukan perubahannya, malahan bumi ini lebih bijak dibandingkan dengan pemikiran keseluruhan manusia jika dicampurkan semua sekali. Bumi ini sendiri adalah objek yang hidup dan ia juga melalui proses perubahan walaupun secara evolusi. Negara kita sebagai satu unit yang sangat kecil jika dibandingkan dengan dunia dan alam ini pun turut berubah.  Semua makhluk itu berubah kerana makhluk itu adalah elemen yang hidup.
Gunung-ganang itu hidup dan pokok-pokok dan rimbunan itu hidup. Tumbuh-tumbuhan itu hidup dan ia memerlukan makanan dan minuman serta makanan. Pendeknya apa sahaja yang dijadikan Tuhan itu hidup termasuk batu-batu yang pejal dan gunung-ganang yang tinggi dan lautan yang luas itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRK KUALA BESUT: PERJUMPAAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA DENGAN PENDUDUK PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU, LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!

Posted: 08 Jul 2013 07:01 PM PDT

Semalam Ketua Penerangan UMNO, Malaysia, merangkap Timbalan Menteri Kewangan,  Datuk Ahmad Maslan telah melakukan lawatan dan tinjauan di Pulau Perhentian, Terengganu yang difahamkan sebahagian dari kawasan dalam DUN N01 Kuala Besut yang bakal menyaksikan suatu Pihanraya Kecil yang pertama selepas PRU 13.

Lawatan untuk melihat segala persiapan jentera UMNO/BN di pulau tersebut dalam menghadapi PRK DUN Kuala Besut.

Apa yang menyedihkan sekali ialah beliau langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

PRK Kuala Besut: Siapa calon BN dan Pas?

Posted: 08 Jul 2013 06:49 PM PDT

PRK Dun Kuala Besut SIAPA calon yang bakal diumumkan untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar sehingga petang semalam, masih menjadi teka-teki.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail, antara calon BN yang menjadi sebutan bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Sementara itu, Pas juga tidak kurang hebatnya apabila Bendahari Pas Kawasan Besut,  Azlan Endut@Yusof  dikatakan berada dalam carta tertinggi parti itu untuk dipilih menentang calon BN.

Ahli korporat dari Kampung Baharu, Kuala Besut yang lebih dikenali sebagai Che Long ini dikatakan antara calon yang disenarai pendek oleh parti.

Semuanya masih ternanti-nanti dan menunggu dengan penuh debaran pengumuman calon hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

UAI gempur Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 06:47 PM PDT

MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.
Azhar Idrus Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.
"Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).
"Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini," katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.

"Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas," katanya.

Mursi dikhianati bekas penyokong sendiri

Posted: 08 Jul 2013 06:46 PM PDT

Kejatuhan Dr Mohamed Mursi dari kerusi Presiden Mesir bukan sahaja kerana asakan pembangkang tetapi juga daripada usaha oleh mereka yang pernah bersekutu dengannya pada pilihan raya lalu.
Mursi Penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malek berkata, sejak menang pilihan raya pada pertengahan 2011, Mursi bukan sahaja tidak mampu menarik sokongan pembangkang sebaliknya gerakan untuk menggulingkan beliau semakin rancak.
"Keadaan semakin parah apabila parti politik Salafi yang bersama dengan parti Mursi, FJP yang didokong oleh pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pada asalnya bergabung semasa revolusi Januari 2011, turut bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkannya," katanya.
Maszlee berkata, mereka termasuk pendokong revolusi 25 Januari 2011 yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak.
"Mereka pernah jatuhkan Mubarak, jadi tak susah juga mahu jatuhkan Mursi. Golongan Salafi, asalnya mereka yang bersama Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan, malah presiden mereka dipilih untuk jadi anggota Majlis
Presiden, tetapi mereka kata menentang Ihkwanul Muslimin bukan kerana nak lawan Islam, tapi kerana kelemahan yang wujud dalam Ikhwan yang mereka nampak," katanya.
Maszlee berkata, segala usaha Mursi untuk kepentingan negara juga turut disalahertikan hingga wujud asakan bertubi-tubi untuk menjatuhkan beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar gesa kerajaan tidak bersikap 'dingin' dalam krisis timur tengah

Posted: 08 Jul 2013 06:45 PM PDT

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mengikut telunjuk dan mencontohi sikap 'dingin' kerajaan Amerika Syarikat dalam membuat pendirian berhubung kezaliman dan pembunuhan umat Islam di negara bergolak timur tengah khususnya Syria dan Mesir.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Malaysia masih berdiam diri dalam isu kemanusiaan itu yang bukan sahaja telah meragut hak demokrasi malahan nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa.

"Bila 150 ribu umat Islam dibunuh oleh regim Bashar al-Assad, kita umat dan kerajaan patut buat pendirian bersama, dia (kerajaan) tidak sepatutnya menunggu arahan atau mengikut kiblat Amerika Syarikat sebelum buat keputusan.

"Bila Amerika diam, kita pun diam, maknanya kita tak bebas utk tentukan keadilan dan kesaksamaan untuk saudara Islam kita di sana," katanya kepada Sinar Harian Online selepas ceramah umum daripada wakil khas ulama terkenal dari Syria, di sini, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Selagi bawah UMNO@BN gaya hidup rakyat Malaysia dorong hutang tidak berpenghujung

Posted: 08 Jul 2013 06:43 PM PDT


Hitam atau putih. Lebih sejuta kakitangan kerajaan dilarang melakukan pekerjaan kedua. Tapi, ramai melakukannya.
Sebagai pemandu teksi, pelayan atau pembantu gerai jualan makanan, selepas habis waktu bekerja untuk menambah pendapatan bagi melangsai sewa rumah, pinjaman kereta dan mencari keselesaan kewangan untuk bulan berikutnya.
Ahmad, 28, seorang kerani di Kementerian Kewangan tidak ingat sejak bila hutangnya mula keliling pinggang. Pinjaman pertamanya dibuat untuk berkahwin, mengadakan kenduri di kampungnya di Terangganu.
Bukan untuk bermewah tapi ia menelan belanja RM10,000. Dalam tempoh singkat, beliau membeli peralatan elektrik secara sewa beli, menyebabkan gaji bulannya RM1,500 dihabiskan untuk membayar hutang.
Bagi menambah pendapatan, beliau setiap malam menjadi pemandu teksi untuk beberapa jam sebelum bekerja semula di Kementerian Kewangan, keesokannya.
Adakah beliau menyesal terlibat dalam hutang? Ya, tetapi menyedari sambutan Aidilfitri hanya sebulan lagi, tekanan untuk berbelanja bertambah sedangkan beliau ketiadaan wang.
Bukan beliau seorang. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati ramai kakitangan kerajaan terjebak dalam masalah hutang - rumah, kereta dan kad kredit. Inilah penyakit yang mengheret isi rumah di Malaysia ke tahap bahaya.
Read More / Baca Lagi >>

Adun Muda, Baru Menyerlah Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor

Posted: 08 Jul 2013 06:39 PM PDT


SHAH ALAM, 8 JULAI: Adun baru Selangor berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini apabila golongan itu dilihat kerap mengambil bahagian ketika persidangan sedang berlangsung.
Menurut Speaker DNS, Hannah Yeoh, perkembangan tersebut merupakan satu perkembangan sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
pc mb  hannah yeoh 8 jul 01Beliau juga berharap agar perkembagan ini dapat diteruskan samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun pembangkang di Selangor.
"Persidang dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari bersidang. Kita telah bermesyuarat penuh. sebanyak 14 usul diluluskan, Jawatankuasa khas kita ada sembilan jawatankuasa yang kita tubuhkan.
"Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.
"Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang," kata Hannah Yeoh.
Read More / Baca Lagi >>

Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut

Posted: 08 Jul 2013 06:39 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa (gambar) sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.

Bagi membantu Husam, dua timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.

Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.
Read More / Baca Lagi >>

Semangat Ramadhan: Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan

Posted: 08 Jul 2013 05:15 PM PDT

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.
Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.
"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.
"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.
"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.
Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.
"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: