Sabtu, 6 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kalau Rais Yatim Boleh Diberi Dua Jawatan, Tidak Hairanlah Ibrahim Ali Mengamuk!

Posted: 06 Jul 2013 09:20 PM PDT

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.

Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. Sementara Perkasa tidak mendapat apa-apa, bahkan sebagai calon pilihanraya pun diabaikan dan mujur Mahathir muncul menghulurkan pertolongan di saat akhir, beliau sebaliknya mendapati NGO yang memperjuangkan hak kaum India iaitu Hindraf lebih diberikan kasih sayang oleh Najib dengan pemimpinnya diberikan jawatan timbalan menteri pula.

Begitu juga Najib sedia hadir ke majlis anjuran Dong Ziong dan menjemput paderi-paderi Kristian ke pejabatnya mengadakan perbincangan. Tetapi Perkasa tidak pernah diberikan layanan sebegitu rupa. Perkasa tak ubah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan UMNO. Mujurlah ada Mahathir yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Jika tanpa Mahathir, Perkasa mungkin umpama anak tiri yang hitam legam dimata Najib dan UMNO. Langsung tidak dipedulikan.

Selain mendapati pemimpin Hindraf diberikan jawatan timbalan menteri, kemunculan semula Ibrahim Ali mengecam Najib dan mahu menjadi pemandu teksi juga hampir serentak dengan musim pemimpin-pemimpin UMNO yang lain menerima habuan durian runtuh melalui pelbagai jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan.

Antaranya ialah Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji, Annuar Musa Pengerusi MARA, Ghani Othman Pengerusi Sime Darby serta Rais Yatim dilantik Presiden UIA. Beberapa pemimpin lain juga dikhabarkan akan menerima khabar bakal dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah GLC yang lain dan berita mengenainya akan menyusul satu demi satu tidak lama lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Sabah dan Sarawak masih kubu kuat BN semasa PRU13, kata penganalisis

Posted: 06 Jul 2013 08:45 PM PDT


Trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan pengundi bandar dan kelas pertengahan jelas menyatakan sokongan kepada parti pembangkang manakala pengundi pedalaman dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak pula dilihat masih menyatakan kesetiaan kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Majlis Profesor Negara Profesor Emiretus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid, semasa menyampaikan ucaptamanya pada majlis Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan, turut mengatakan perpaduan dan keharmonian negara merupakan satu aset yang tidak ternilai kepada Malaysia.
"Sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kerajaan pemerintah tanpa gagal telah mengadakan 13 siri PRU berkat perpaduan dan keharmonian negara yang dikecapi pada hari ini.
"Meskipun bahang PRU makin panas daripada setiap sirinya, namun BN telah berjaya mengadakan kesemua siri pilihan raya itu pada masanya dan ini tidak dapat direalisasikan jika negara tidak berada dalam keadaan yang aman," jelas Zakri.
Pada PRU13 lalu, BN telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh Malaysia manakala Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi 89 baki kerusi berkenaan.
PR juga berjaya mempertahankan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang meskipun Kedah dan Perak telah berjaya ditawan semula oleh BN.

PRK Kuala Besut: Pas umum calon 9 Julai

Posted: 06 Jul 2013 08:43 PM PDT

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU – Pas akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.
Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat bagaimanapun berkata, tarikh itu masih dalam perancangan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan serta bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata, pengumuman calon mungkin dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.
"Jadi, kita mungkin akan menyelesaikan isu calon dalam masa terdekat," katanya.
BN juga dijangka akan mengumumkan calon parti itu pada hari sama, 9 Julai ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Kelmarin, SPR menetapkan tarikh PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, manakala penamaan calon pada 12 Julai.

Makmal Politik Untuk Tutup Kelemahan Najib

Posted: 06 Jul 2013 08:42 PM PDT

BN-umno-memerintah-grafik
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bulan lalu memutuskan untuk menubuhkan makmal politik BN bulan depan khusus bagi membuat cadangan mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada gabungan itu.
Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya sekali.
Berdasarkan kenyataan Najib tersebut gabungan yang diasaskan pada 1983 itu dilihat sedang mengalami pergolakan yang meruncing.
Idea penubuhan makmal tersebut juga di lihat sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati sebahagian besar dari 13 parti komponen BN terhadap domonasi Umno selama ini yang menerajui kerajaan.
mca flagPaling jelas MCA dan Gerakan yang merupakan gabungan terbesar komponen BN yang enggan menyertai kabinet Najib selepas tamat PRU13 lalu.
Reaksi dari tindakan MCA dan Gerakan ini, terdapat cadangan supaya BN menjadi parti tunggal. Parti tunggal tersebut bermaksud kesemua 13 parti komponen akan berada dibawah satu perlembagaan parti. Buat masa ini setiap parti mempunyai perlembagaan masing-masing dan cuma bergabung atas nama BN.
Persoalan asas yang harus ditanya adalah mengapa MCA dan Gerakan begitu berani mengambil jalan protes secara sinis terhadap Najib dan kepimpinan beliau?
Bagi Umno tindakan MCA disambut baik kerana banyak jawatan-jawatan dalam kabinet akan disapu oleh calon-calon Umno.
Sememangnya berdasarkan sejarah pun, Umno hanya akan mengadakan hubungan baik sekiranya ada kepentingan yang menguntungkan. PAS pernah mengalami pengalaman pahit tersebut.
Kini MCA dan beberapa parti komponen lain sedang merasai 'nikmat' dari tindakan Umno tersebut.
Sebelum ini MCA dan beberapa parti yang mewakili kaum Cina menjadi aset kejayaan BN dalam setiap PRU. Namun kini masyarakat Cina menjadikan Pakatan Rakyat sebagai kiblat politik dan penolakan mereka disebabkan MCA bersengkol dengan Umno.
Keputusan PRU13 yang menyaksikan hampir 90 peratus masyarakat Cina menolak BN adalah jawapan kepada tindakan MCA tersebut.
Gerakan flag logoAmalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin serta tindakan Umno yang menggunakan sentimen perkauman, agama dan ala samseng menjadikan orang Cina merasa takut, tersinggung dan tersisih.
Bayangkan bekas perdana menteri yang suatu ketika dahulu dihormati oleh masyarakat Cina, Tun Dr Mahathir Mohamad berani membuat kenyataan bersifat perkauman bertujuan menyelamatkan Umno dari kalah dalam PRU13 lalu. Ironisnya apatah lagi 'sifat pendam' pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang sedang bergelut dalam survival politik semasa.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt still without an interim prime minister

Posted: 06 Jul 2013 08:38 PM PDT

Di manakah Mursi ketika ini?

Posted: 06 Jul 2013 05:18 PM PDT

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba'ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?
Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: PAS mahu cabar sejarah, BN mahu kekal tradisi

Posted: 06 Jul 2013 05:14 PM PDT

Jika PAS menang dan mereka membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang ada ahli 16:16. Apa yang berlaku ketika itu?
Inilah yang menyemarakkan semangat ahli dan penyokong PAS seluruh negara dalam konteks pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut.
Mereka mengajak penyokong dan pengundi di Kuala Besut berfikir suasana itu - suasana politik yang tidak pernah berlaku di Malaysia.
Pendapat itu dikongsi bersama dua tokoh PAS di Besut, tokoh veteran PAS, Datuk Husin Awang yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu.
Husin adalah bekas Speaker DUN Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu antara 1999 hingga 2004.
Selain itu, Wan Azhar Wan Ahmad, 48; Yang Dipertua PAS Besut yang disebut-sebut antara nama yang bakal disenarai sebagai calon PAS.
Pandangan itu agak selaras kerana sehari sebelum wawancara ini, mesyuarat penyelarasan PRK Kuala Besut peringkat negeri Terengganu diadakan di Markas Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baru.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A. Rahman Mokhtar selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS dan PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat memperoleh 15 kerusi.
Dengan kematian Dr A. Rahman, Adun BN tinggal 16 sahaja, berbeza satu kerusi dengan Pakatan dalam DUN yang mempunyai 32 anggota.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Usah biar kerajaan BN bersendirian, kata Idris pada guru...!!!

Posted: 06 Jul 2013 05:11 PM PDT

Datuk Seri Idris Jusoh BESUT - Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Tentera Mesir tembak penyokong Mursi

Posted: 06 Jul 2013 05:08 PM PDT

KAHERAH - MESIR.  Kira-kira 30 terbunuh manakala lebih 300 cedera semalam dalam kejadian keganasan di seluruh Mesir apabila tentera bertindak bertempur dengan penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera.
Tentera tembak penyokong Mursi Agensi berita Mena melaporkan, pertempuran sengit berlaku di ibu negara, Kaherah apabila pasukan keselamatan bertindak menembak mati tiga penyokong pro Mursi di luar Ibu Pejabat Pengawal Republikan, lokasi terakhir Mursi ditahan komando tentera, Khamis lalu.

"Penyokong Mursi bertindak melemparkan mercun apabila kumpulan anti Mursi mula melakukan serangan dengan membaling batu dan botol ke arah mereka," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, pertempuran sengit juga berlaku di Iskandarian selepas solat Jumaat hingga berlanjutan lewat malam semalam dan menyebabkan lebih 200 cedera.

Di utara Sinai El Arish, lima anggota polis maut apabila seorang lelaki bersenjata melakukan serangan diikuti di bandar selatan Assiut, sekurang-kurangnya seorang lagi meninggal dunia akibat ditembak anggota keselamatan.

Read More / Baca Lagi >>

Kekesalan di sebalik kebanggan Arab Spring

Posted: 06 Jul 2013 05:07 PM PDT

krisis mesir
VETERAN Umno Malaysia yakin terdapat kuasa asing di sebalik penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Mursi dengan menggunakan tentera sebagai 'alat'.

Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.

Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.

Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.
Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.

Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan  masalah.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Mesir: Imam larang bunuh sesama sendiri

Posted: 06 Jul 2013 05:06 PM PDT


KAHERAH - Imam Besar Universiti al-Azhar menegaskan, keganasan dan pembunuhan adalah perbuatan dilarang dalam Islam berikutan angka kematian dilaporkan meningkat akibat krisis di Mesir.
Menerusi kenyataan disiarkan televisyen, Ahmed al-Tayeb berharap, penduduk Mesir mencari jalan keluar dari sengketa tersebut.

Sebelum itu, Ahmed turut menuntut tahanan politik dibebaskan susulan daripada penahanan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin selepas Mohamed Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera.

Selasa lalu, beliau memberi amaran, sebarang pembahagian mengundang malapetaka dan ia mesti berakhir.

"Perpaduan rakyat Mesir agenda utama. Kembali kepada syiar Islam, ALLAH pasti bantu," katanya dipetik laporan Al-Arabiya

KHIANATI ISLAM: 7 ORANG INI WAJAR DIBUNUH?

Posted: 06 Jul 2013 03:51 PM PDT

Coup Crossfire: Brutal overnight clashes rock Egypt

Posted: 06 Jul 2013 03:35 PM PDT

Krisis Mesir: ‘Serpihan Hosni’ bunuh demokrasi

Posted: 06 Jul 2013 08:05 AM PDT

Dr. Maszlee Malik,
Dr. Maszlee Malik,
Oleh: Azizul Osman 
PETALING JAYA – Kejatuhan kerajaan pimpinan bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi yang dipilih secara sah menerusi proses demokrasi, dipercayai berpunca daripada gerakan kumpulan serpihan Hosni Mubarak.
Pandangan itu disuarakan penganalisis politik Mesir, Dr. Maszlee Malik, yang menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai sesuatu yang amat malang buat rakyat negara berkenaan.
"Dr Mohammed Morsi walaupun beliau menjadi presiden dan dilantik secara demokratik namun di dalam sistem keselamatan, pihak polis, kehakiman, pihak biroksrasi dan juga ahli perniagaan masih lagi berpihak kepada rejim lama iaitu Hosni Mubarak.
"Jadi mereka ini telah menggagalkan beberapa usaha Mohammed Morsi untuk melakukan perubahan di bumi Mesir," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu kepada ABN News.
Mesir kini ditadbir rejim tentera semula selepas hanya setahun memilih pemimpin menerusi jalan demokrasi.
Mesir kini ditadbir rejim tentera semula selepas hanya setahun memilih pemimpin menerusi jalan demokrasi.
Jelas Maszlee, apa yang terjadi di Mesir adalah pencabulan sistem demokrasi, penafian terhadap hak dan aspirasi rakyat memilih pemimpin pada pilihan raya presiden tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt: Sinai shootings

Posted: 06 Jul 2013 07:59 AM PDT

Egypt on edge after "Friday of Rage"

Posted: 06 Jul 2013 07:58 AM PDT

Discussing the sectarian narrative in Egypt's crisis

Posted: 06 Jul 2013 07:52 AM PDT

Behind Egypt's media crackdown

Posted: 06 Jul 2013 07:48 AM PDT

RUU Islam : Jika langgar syara', perlu dibincang - Mufti

Posted: 06 Jul 2013 07:28 AM PDT

MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara' termasuklah  isu  Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.
Mufti Pahang,  Datuk Abdul Rahman Osman berkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara' kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.
Datuk Abdul Rahman OthmanMenurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.
"Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam.
"Jadi apa yang kita lakukan dan bercanggah dengan syara' perlu berbincang semula.
"Kalau ikut undang-undang Persekutuan kalau anak-anak yang belum mencecah umur 18 tahun walaupun sudah akhir baligh tak boleh tukar agama, tapi kalau dalam Islam mengikut syara', ibu atau bapa Islam, anak tersebut mesti mengikut ibu atau bapa yang Islam," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  berkata Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.
Read More / Baca Lagi >>

KULIAH MAGHRIB 04 JULAI 2013 - USTAZ ZAHARI ALI

Posted: 06 Jul 2013 07:12 AM PDT

Bolehkah Isteri Keluar Zakat Kepada Suami - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 07:10 AM PDT

Ambil Harta Orang Kemudian Bertaubat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 07:09 AM PDT

Hukum Pakai Jubah Menampakkan Bentuk Tubuh - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 07:07 AM PDT

Pencerahan Tanda Hitam Di Dahi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 07:05 AM PDT

Malaikat Sudah 'Like' Fenomena Orang Muda Minat Agama - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 07:04 AM PDT

Tiada ulasan: