Isnin, 29 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pegawai penjara berlapang dada, ‘Aunty Bersih’ belum dipenjara....

Posted: 29 Jul 2013 07:48 PM PDT


Aunty Bersih (hujung), berjuang untuk masa depan generasi akan datang. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Julai, 2013.Aunty Bersih (hujung), berjuang untuk masa depan generasi akan datang. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Julai, 2013.Pada usia 67 tahun, dia disembur gas pemedih mata, diterajang, ditembak dengan meriam air dan kini dituduh di mahkamah kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.
Dia berdepan maksimum enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah. Namun pesara guru, Annie Ooi yang lebih dikenali sebagai Makcik Bersih tidak gentar.
Dia "menentang kerajaan" untuk "masa depan yang lebih cerah", katanya.
Ooi antara 33 yang lain dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram serta menggangu ketenteraman awam.
"Saya tidak takut apa tindakan mereka," wanita uzur itu memberitahu The Malaysian Insider.
"Ini kali pertama saya di sini dan tidak tahu apa bakal berlaku."
Dia kelihatan bersendirian biarpun sudah berumah tangga dan mempunyai anak.
Ooi bergiat aktif dalam semua perhimpunan besar yang diadakan di seluruh negara.
Dia menjadi perhatian media apabila Malaysia terpukau dengan gambarnya yang mengenakan baju kuning dan bermandikan tembakan meriam air polis menuju ke barisan hadapan semasa perhimpunan Bersih 2.0. Kejadian itu disiarkan oleh banyak portal berita.
Read More / Baca Lagi >>

Pas: Selesaikan segera krisis diesel

Posted: 29 Jul 2013 07:44 PM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Pas mendesak kerajaan supaya menyelesaikan segera krisis kekurangan bekalan minyak diesel yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia segera.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya yang mengatakan bahawa bekalan minyak diesel sering kehabisan di stesyen-stesyen minyak.

"Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya.

 "Ianya, telah menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori, kerajaan perlu ambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya lagi, krisis bekalan ini bukan hanya berlaku di Semenanjung Malaysia, malah turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

"Jika ini berlarutan, ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara namun apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut," katanya.

Menyentuh hal yang sama, Raja Ahmad turut menegaskan, apa yang diketahui krisis diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

‘What happened, where’s our oil?’

Posted: 29 Jul 2013 07:39 PM PDT

If Petronas uses up all the money from sales elsewhere, no supplier in their right mind will deliver stocks.

Had the oil and gas of Sabah not been swindled away by the Barisan Nasional federal government, today her people probably would not have to endure the agony of having to line up for hours and hopping from one gas station to another for diesel.
It is a shameful reality that 95% of our oil and gas was illegally taken away from us.
Why do we say it was illegally taken away?
Because the agreement surrendering our petroleum rights which was signed by Harris Salleh and witnessed by Joseph Pairin Kitingan in 1976 after Fuad Stephens and his entire entourage were killed in a not-so-mysterious-anymore-air-crash was never debated and approved by the Sabah State Legislative Assembly before its execution.
Harris was appointed Chief Minister after the death of Stephens to helm the Berjaya administration which was elected earlier on by the people of Sabah in 1976.
Legally and politically speaking, Harris was continuing the mandate of the people to Stephens – not his (Harris)
For example, when President Joseph Ejercito Estrada of Philippines was arrested and imprisoned for corruption, vice-president Gloria Macapagal Arroyo took over as president; but she continued the mandate of the people to Estrada. She didn't initiate her own mandate.
Likewise when president John Fitzgerald Kennedy of the United States of America was assassinated, vice-president Lyndon Baines Johnson took over as president; but the latter also served the mandate of the people for Kennedy.
And the list goes on.
Not only did Harris lack a mandate from the people of Sabah, he also did not have the consent of the Sabah State Legislative Assembly to surrender the state's right and wealth of petroleum.
Are Sabahas daft?
Read More / Baca Lagi >>

Egypt's political shades of grey

Posted: 29 Jul 2013 07:23 PM PDT

Pro-Morsi protest in Cairo's Nasr City

Posted: 29 Jul 2013 07:20 PM PDT

Mesir: Dunia Islam tunggu pendirian Malaysia

Posted: 29 Jul 2013 07:19 PM PDT

 ( Zionis Al-Sisi Laknatullah)



KUALA LUMPUR: Selepas pembunuhan beramai-ramai yang berlaku hujung minggu lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman patut menasihati kerajaan untuk menyemak semula pendirian kerajaan terhadap Mesir.

"DAP membidas tindakan angkatan tentera Mesir yang bertindak membunuh beratusan penyokong bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi," ujar Setiausaha Antarabangsa, V Sivakumar dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam kenyataan media bersama, semalam.

Jumlah kematian dari pertempuran di Cairo dilaporkan mencecah 120 pada hari Ahad.

Lebih daripada 200 penyokong Muslim Brotherhood sudah dibunuh sejak Presiden Morsi digullingkan dalam rampasan kuasa (coup) pada 3 Julai. Dalam insiden terbaru hujung minggu lepas, ramai dilaporkan telah ditembak di bahagian kepala atau tubuh.

Menurut mereka, keadaan genting ini memerlukan perhatian dan tindakan dari dunia. Sebagai pemimpin dunia yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia mesti menyemak semula pendirian kerajaan terhadap Mesir.

Setakat ini, kata mereka Kementrian Luar telah mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam 'hal ehwal dalaman' negara Mesir.

Namun bagi mereka, dasar 'tidak menjaga tepi kain orang' ini sudah ketinggalan zaman, terutama dalam keadaan sedemikian di mana dunia Muslim menunggu Malaysia menyatakan pendiriannya.
Read More / Baca Lagi >>

Petisyen pilihan raya dibuang: Fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan jika tidak puas hati....!!! Janji bayar kos mahkamah yang tinggi..??

Posted: 29 Jul 2013 07:15 PM PDT


Ahli politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat hakim pilihan raya boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan aduan mereka didengar panel hakim.
Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Pentadbiran Kehakiman, Mohd Aizuddin Zolkeply, berkata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria tidak boleh secara peribadi mencampuri untuk membatalkan mana-mana keputusan yang dibuat oleh mahkamah pilihan raya.
Aizuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa ketua hakim untuk campur tangan dalam beberapa petisyen pilihan raya yang dibuang atas kesilapan teknikal dan diperintahkan membayar kos yang tinggi.
Anwar berkata demikian petang semalam ketika meluahkan rasa tidak puas hati apabila kebanyakan petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat (PR) dibuang.
Bagaimanapun, Aizuddin berkata, sebarang campur tangan dalam kes petisyen pilihan raya perlu dilakukan menerusi prosiding kehakiman.
"Panel lima hakim akan mendengar rayuan walaupun keputusan awal dibuat oleh seorang hakim," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, bagi kes petisyen pilihan raya, pihak yang tidak berpuas hati boleh merayu di mahkamah apex (mahkamah persekutuan).
Aizuddin berkata, kos yang sangat tinggi diperintah dibayar kepada pihak satu lagi juga boleh dibangkitkan ketika rayuan.
Read More / Baca Lagi >>

Fahami psikologi penjenayah untuk cegah jenayah

Posted: 29 Jul 2013 07:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Memahami psikologi penjenayah secara umum adalah langkah pertama untuk rakyat membantu diri sendiri mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada menjadi mangsa jenayah.

"Untuk penjenayah bertindak, ia memerlukan sasaran," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya harus diingat penjenayah ini buta warna dan buta bangsa dan suka kepada sasaran yang tidak mengambil perhatian dan kelihatan lemah.

"Setiap kita, termasuk orang terdekat kita ada potensi menjadi sasaran buat penjenayah. Dalam hal ini, keputusan berada di tangan penjenayah, bukan di tangan kita," ujarnya.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Memandangkan jenayah yang semakin menjadi-jadi, rayuan dan kritikan berulang tidak dapat mendapat respons kerajaan dan pihak polis untuk melakukan sesuatu yang drastik untuk mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa, ganas dan mengerikan, PAS hari ini menyarankan agar rakyat mengambil pendekatan proaktif sendiri untuk melindungi diri dan mencegah jenayah bersama.

Memahami psikologi penjenayah

Memahami psikologi penjenayah secara umum adalah langkah pertama untuk rakyat membantu diri sendiri untuk mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada menjadi mangsa jenayah.

Untuk penjenayah bertindak, ia memerlukan sasaran. Harus diingat penjenayah ini buta warna dan buta bangsa dan suka pada sasaran yang tidak mengambil perhatian dan kelihatan lemah. Setiap kita, termasuk orang terdekat kita ada potensi menjadi sasaran buat penjenayah. Dalam hal ini, keputusan berada di tangan penjenayah, bukan di tangan kita.

Setelah mengenal pasti sasaran, penjenayah memerlukan peluang untuk bertindak. Peluang untuk bertindak bukan di dalam kawalan penjenayah, sebaliknya ia di dalam kawalan penuh sasaran, itu kita.

Atas sebab itu, rakyat perlu mula peka mulai sekarang dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah proaktif untuk mengecilkan pintu peluang untuk penjenayah bertindak.
Read More / Baca Lagi >>

Mafia Malaysia: Kes pembunuh upahan kini babit golongan berprofil tinggi

Posted: 29 Jul 2013 07:04 PM PDT


Polis perlu memberi perhatian serius terhadap kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama membabitkan mangsa golongan berprofil tinggi.
Semalam sahaja, dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Terbunuh dalam kejadian semalam ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.
Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam kelmarin menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee, pada 10.15 malam.
Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar, berkata kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.
Katanya, kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini).
"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes tembak terutama yang membabitkan individu berprofil tinggi," katanya.
Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, semalam.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. 
Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.      
Read More / Baca Lagi >>

Dedah polis jahat: Pengerusi MyWatch diugut bunuh

Posted: 29 Jul 2013 06:54 PM PDT



Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Julai, 2013.Sanjeevan dibawa ke Hospital Serdang, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Julai, 2013.Ketua badan pemantau anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan dikatakan menerima beberapa ugutan bunuh selepas beliau mengancam untuk mendedahkan identiti polis yang jahat, kata bapanya.
Sanjeevan sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan perlindungan keselamatan 24 jam untuk keluarganya apabila beliau ditembak pada Sabtu lalu.
"Dia ada memberitahu kami mengenai ugutan yang diterima tetapi tidak memaklumkan siapa yang bertanggungjawab," kata bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan kepada The Malaysian Insider.
"Saya sudah banyak kali memintanya supaya berhati-hati. Saya nasihatkan dia untuk tidak terlalu menyiasat perkara ini, tetapi dia berdegil," katanya.
Bapa berusia 63 tahun itu, berkata, Sanjeevan yang masih bujang adalah anak bongsu daripada lima beradik itu amat rapat dengan keluarga dan memberi amaran supaya semua ahli keluarga berhati-hati.
Ramakrishnan berkata, Sanjeevan sebelum ini menceburi bidang hospitaliti sebelum memberikan tumpuan sepenuh masa kepada MyWatch.
"Walaupun dia anak bongsu, boleh dikatakan dia agak matang, tetapi sering terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya," katanya.
Sanjeevan ditembak ketika berada dalam kereta bersama seorang rakan di bandar Bahau, Negeri Sembilan, petang Sabtu. Penyerangnya dikatakan dua lelaki bermotosikal.
Mereka melepaskan beberapa das tembakan kepada Sanjeevan, tetapi mangsa yang terkena tembakan di dada selamat dan dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ke Hospital Serdang, semalam.
Beliau yang dikawal rapi dijadualkan menjalani pembedahan.
Anggota polis bersenjata juga ditempatkan berkawal di hospital.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh: Nasi kosong kuah kicap

Posted: 29 Jul 2013 03:17 PM PDT

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.
Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.
Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

"Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.
FotoROSITA bersama anaknya di hadapan rumah serba daif di PPMS Batu Enam Beriah, Bukit Merah.

"Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim," katanya.

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang

Posted: 29 Jul 2013 03:11 PM PDT

PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi bersolat beramai-ramai di Bandar Nasr, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi meminta protes baharu diadakan semalam, sekali gus meruncingkan lagi krisis dalaman negara berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan pembangkang Mesir.
Dalam satu kenyataannya, Ashton meminta supaya proses peralihan kuasa di Mesir melibatkan semua pihak termasuk pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
"Saya juga mengulangi gesaan supaya semua keganasan dihenti- kan. Saya amat kesal dengan kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang meng- anjurkan bantahan menentang tindakan tentera menggulingkan Morsi menggesa penunjuk perasaan berarak menuju bangunan-bangunan keselamatan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

12 agenda hentikan pembunuhan, pulihkan demokrasi Mesir

Posted: 29 Jul 2013 02:55 PM PDT

Oleh CIKGU AZMI ABD HAMID 
Sebuah Jawatankuasa Bertindak Serantau Bebaskan Mesir (REACT Egypt -  Regional Action Committee for Free Egypt ) telah ditubuhkan hari ini di Kuala Lumpur. Lembaga ini diujudkan dengan tujuan mendokong dan mengambil inisiatif untuk mendesak pemulihan semula institusi dan proses demokrasi yang sudah dirampas oleh kudeta tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mohammad Morsi pada 3 hb Julai 2013.

Tema piawai dalam gerakan yang diketengahkan ini ialah MESIR:  HENTIKAN PEMBUNUHAN , PULIHKAN DEMOKRASI ( Egypt : Stop the Killings , Restore Democracy )

Jawantankuasa ini yang di Pengerusi oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden MAPIM telah merumuskan bahawa beberapa orang dikalangan individu dalam dan luar negara dirantau Asean yang dikenalpasti boleh menyumbang kepada inisiatif ini akan dilantik.

Pertemuan yang dihadhiri oleh Ahli Parlimen Tumpat yang juga Pengerusi Lujnah  Antarabangsa PAS YB Datuk Kamaruddin Jaafar serta wakil dari MAPIM , PUM , Citizen International ,  SHURA, ABIM , TERAS , DPPP bersetuju untuk mengambil beberapa langkah bertindak untuk mengangkat persoalan Mesir yang bergolak pada masa sekarang.

Secara asasnya isu Mesir harus dilihat dalam konteks global iaitu bila golongan Islam berjaya mendapat kuasa politik , kelompok fundamentalis sekular dan kuasa besar akan bertindak untuk menggagalkannya. Contoh dapat dilihat dalam kes di Algeria , Bangladesh dan Tunisia . Kini Mesir.

Oleh sebab itu inisiatif untuk membebaskan Mesir dari perangkap regim tentera yang bakal diambil hendaklah bersifat jangka pendek dan jangka panjang.

Jawatakuasa Bertindak telah menggariskan tindakan yang bakal diambil untuk menangani isu Mesir iaitu:Read More / Baca Lagi >>

Teruskan perjuangan sekalipun berdukacita

Posted: 29 Jul 2013 02:53 PM PDT

SAYA berharap kita mengambil banyak pengajaran dari Ramadan sama ada sebagai pimpinan dan pendokong yang setia kepada perjuangan untuk meneruskan komitmen dalam menghadapi cabaran yang getir.
Ada di kalangan kita yang kecewa khususnya mengenai keputusan PRU13 yang mungkin tidak berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, setelah kita berhempas pulas untuk mendapat sokongan.

Mungkin terdetik dalam hati kita semacam mahu berhenti dan terasa berputus asa di atas apa yang berlaku. Itu adalah sifat biasa bagi manusia yang kita kadang-kadang dihinggapi pelbagai perasaan akibat daripada tidak dapat keberhasilan daripada perjuangan. Namun begitu, saya menyeru diri saya sendiri, pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada sirah Nabi Muhammad s.a.w yang memimpin pasukan Islam bahawa tidak semua harihari yang dilalui sarat dengan rasa gembira, tidak semua detik waktu diberikan khabar menyeronokkan.
Ada juga di kalangan para sahabat dan nabi mengalami detik waktu yang sangat berdukacita.
Sebagaimana pasukan Islam kadang-kadang ditimpa musibah seperti perang Uhud dan perang Hunain.
Tetapi semua itu adalah cabaran besar nabi dan para sabahat menerima dengan penuh kesabaran.
Oleh kerana sifat perjuangan ini panjang, ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan memerlukan komitmen berterusan.
Read More / Baca Lagi >>

HAMPIR 20 TAHUN BERAYA AIDIL FITRI TANPA AIR BERSIH!

Posted: 29 Jul 2013 02:50 PM PDT

Pergh!!!! negeri yang dikatakan tempat UMNO dilahirkan serta antara negeri yang UMNO paling kuat gagah perkasa didunia, Johor, rupa-rupanya ada kawasan dan daerah langsung tiada air bersih hampir 20 tahun.

Ingatkan Kelantan negeri yang dicanang oleh Najib Razak sebagai gagal mengurus air bersih sampai buat janji besar akan selesaikan masalah air dinegeri tersebut...Dalam diam-diam negeri Johor yang bermasalah besar.

Tahniah kepada rakyat Johor kerana masih mengekalkan UMNO untuk jadi parti pemerintah.

Janji jangan komunis ......

Posted: 29 Jul 2013 02:48 PM PDT

Dah berbulan trailer The New Village main kat wayang. aku tunggu je bila nak release. tiba tiba kena ban. filem beromen tak apa, janji jangan komunis. syukur Malaysia aman. 

Dilema The New Village, Tanda Putera jadi mainan tangan ghaib - Muhammad Ariff Mohamad Nizam
Tergamam. Terkesima. Teruja.

Tiga reaksi yang terbentuk tatkala menjenguk ruang laman sosial Facebook rasmi milik filem baharu yang bakal ditayangkan pada 22 Ogos kelak iaitu The New Village.

Sebagai ringkasan, dalam gambaran yang terbentuk kerna belum menonton lagi, filem yang membawa tema sejarah ini mungkin sekali bertujuan mahu menceritakan kisah kehidupan penduduk kampung baru cina yang dibuka di bawah Rancangan Briggs yang bermotif untuk mengawal pergerakan komunis dengan orang awam terutama sekali warga Cina.

Mungkin, begitulah sedikit sebanyak intipati filem tersebut.

Namun begitu, belum sempat ia menjengah panggung, sudah berlambak komentar membantah tayangan filem tersebut. Begitu jugalah kondisinya yang menimpa filem Tanda Putera sebelum ini. Kasihan pengkarya.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara Perlu Tumpu Kes Jenayah Bukan Dakwa Pemimpin PR

Posted: 29 Jul 2013 08:18 AM PDT


PETALING JAYA 29 JULAI - Peguam Negara didakwa melakukan pendakwaan terpilih apabila secara langsung terlibat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Dakwaan ini dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Tan Sri Abdul Ghani Patail dilihat terlibat secara langsung apabila pemimpin PR didakwa di mahkamah.
Tegas Anwar, tanggungjawab asal Peguam Negara ialah menangani kes-kes yang lebih besar seperti salah guna kuasa dan keganasan jenayah.
Anwar PC"Adalah kurang wibawa Jabatan Peguam Negara, saya rasa ada motif tidak sihat dan mereka mahu melafazkan dendam kesumat apabila semua kes baik di pihak sebelah sana atau sini, semuanya hendak diuruskan dan menyinggungkan saya," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di Ibupejabat PKR pagi tadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke didakwa gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad untuk memperoleh kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berhimpun di Padang Merbok.
Mereka didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan Black505 itu.
Menurut Anwar, dakwaan hari ini yang dikenakan terhadap 33 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan adalah contoh lain terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan secara jelas dan terang-terangan oleh Peguam Negara.

Najib Didakwa Peralat Pejabat Peguam Negara Cabar Hak Rakyat Berhimpun.

Posted: 29 Jul 2013 08:14 AM PDT

Rangkuman kes tembak di Malaysia sepanjang Julai 2013

Posted: 29 Jul 2013 08:11 AM PDT

Anwar blasts Zahid for jumping the gun

Posted: 29 Jul 2013 08:09 AM PDT

IGP confirms custodial death suspect's family contacted him, assures justice

Posted: 29 Jul 2013 08:08 AM PDT

Pengasas Ambank mati ditembak

Posted: 29 Jul 2013 08:07 AM PDT

Siatan dari pelbagai aspek dan menyeluruh kes tembak Sanjeevan

Posted: 29 Jul 2013 08:06 AM PDT

Another hospital transfer for Mywatch chief

Posted: 29 Jul 2013 08:06 AM PDT

Egypt Protests

Posted: 29 Jul 2013 08:05 AM PDT

Tiada ulasan: