RAKYAT MARHAEN |
- Gila Talak: Melayu disegani jika UMNO, PAS bergabung
- Kuala Besut: Pengaruh Idris Semakin Merosot
- Kuala Besut: Takut Kit Siang jadi PM, punca Melayu tolak Pakatan
- Kuala Besut: ‘Kuala Ujian’
- Jumaat Furqan: Penyokong Morsi di Raba'ah, Al-Sisi di Tahrir
- Rafizi Kepada SPR : Jawab Isu Jangan Dolak Dalik
- Kenyataan balas terhadap isu 'Doktor Rasis' yang dilaporkan Harian Metro.
- Pegawai GPMS dan Utusan Malaysia digesa mohon maaf terbuka atau disaman
- Police urge 'runaway' custodial death suspect to come forward
- Al Jazeera talks to political analyst from Cairo
- Train derails in Spain killing many
- SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi
- Rakyat Mesir tolak rampasan kuasa tentera
- Samseng upahan tembak penyokong Morsi, 2 terkorban
- Mesir: Mesej bahaya dari ucapan terbaru Zionis Al-Sisi
- Mesir: Zionis Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini
- Pasca PRK Kuala Besut: Hanya Ahmad Said yang wajar bergembira, RM500 juta untuk 158 undi..!!!
- Langgar Akta 5 Kesalahan Pilihanraya: Saya spontan tunjuk kertas undi, kata Tengku Zaihan
- Polis harap Hare Krishnan tampil beri kenyataan sebenar
- Tahniah buat semua jentera PRK Kuala Besut
- Pasca PRK K.Besut: BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu
- Kambing Hitam: Suspek ke-4 kematian dalam tahanan dakwa tak bersalah..?
- BERSIH jemput SPR sertai pengadilan rakyat
- Pasca PRK Kuala Besut: Pengajaran buat PAS dan BN
- Syarikat Jepun ambil alih aset, liabiliti NFCorp..!! Dia Joli Orang Jepun Bayar...??
Gila Talak: Melayu disegani jika UMNO, PAS bergabung Posted: 25 Jul 2013 09:08 PM PDT Gabungan tenaga politik Melayu yang diwakili UMNO dan Pas akan disegani semua pihak termasuk petualang-petualang politik setiap kaum di negara ini. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, hakikat itu terbukti pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Menurut beliau, UMNO sewajarnya bersedia melihat dalam diri secara jujur dan menginsafi kesilapan sendiri manakala Pas pula seharusnya bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan. "Tenaga politik Melayu yang terdiri daripada pelbagai komponen itu perlulah bersinergi, perlu disatukan dan digembleng secara teratur dan bersungguh-sungguh. "Itulah mesej yang hendak disampaikan kepada UMNO dan Pas sebagai dua wadah perjuangan orang Melayu yang sepatutnya wujud untuk saling melengkapi dan tidak saling memusuhi," katanya ketika membaca surat terbuka khas kepada UMNO dan Pas dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini. Tambah Firdaus, orang Melayu kini berada dalam keadaan sangat kritikal dari pelbagai segi termasuk politik, ekonomi dan sosial. Beliau memberitahu, jika keadaan kritikal itu tidak dapat diatasi tidak mustahil kemajuan yang dicapai dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang akan pupus begitu sahaja. "Kalau orang Melayu kehilangan kuasa politik seperti yang pernah dibayangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka amat sukar malah mungkin mustahil untuk menebus atau memperoleh kembali kuasa politik itu," katanya. | ||
Kuala Besut: Pengaruh Idris Semakin Merosot Posted: 25 Jul 2013 08:08 PM PDT | ||
Kuala Besut: Takut Kit Siang jadi PM, punca Melayu tolak Pakatan Posted: 25 Jul 2013 08:01 PM PDT Penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di luar bandar adalah kerana sering diuar-uarkan apabila gabungan pembangkang itu memerintah maka Lim Kit Siang akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), kata Tony Pua. Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, beliau berkata, penduduk luar bandar mengetahui kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah, terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan mengutamakan kepentingan krooni, tetapi masih memilih mereka kerana sentimen Lim bakal menjadi PM sering dimainkan. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan sentimen atau ketakutan orang Melayu akan kehilangan kuasa harus diperbetulkan dan perlu dijadikan agenda utama sekiranya PR ingin menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak. "Dapat kita lihat transformasi yang dilakukan oleh orang Cina dengan menolak BN pada PRU13 lalu dan ketakutan mereka terhadap sentimen perkauman yang pernah dimainkan suatu masa dahulu hilang. "Jika suatu masa dahulu penduduk Cina di Johor sering dimomokkan jika pembangkang menang, orang Melayu akan keluar dengan parang bunuh orang Cina. Namun selepas PRU13 terbukti ketakutan itu tidak lagi menjadi isu," jelas Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu ucapan di majlis berbuka puasa yang diadakan di Ibu Pejabat DAP semalam. Beliau berkata, BN konsisten menyerang DAP dalam PR tanpa mengambil kira parti lain yang turut bergabung dalam PR seperti PAS dan PKR bagi memastikan kelangsungan pemerintahan. Pua memberi contoh dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini meskipun majoriti pengundi di sana adalah orang Melayu, namun isu yang ditimbulkan ialah DAP mahu mewujudkan sebuah negara residen dan melantik Kit Siang sebagai PM. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 25 Jul 2013 07:57 PM PDT Saya membaca keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan Umno/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin. Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihan raya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit. Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah Umno/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya. Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Jumaat Furqan: Penyokong Morsi di Raba'ah, Al-Sisi di Tahrir Posted: 25 Jul 2013 07:54 PM PDT (Berpuluh-puluh ribu rakyat sedang bergerak dari Masjid Nur,Abbasiyah selepas solat terawih ke dataran Raba'ah sebagai persediaan "Jumaat Furqan")MESIR: Dua himpunan besar-besaran akan berlangsung hari ini masing-masing bagi menyatakan sokongan satunya kepada Presiden sah Dr. Muhammad Morsi yang digulingkan tentera, dan satu lagi kepada jeneral tentera Abdul Fatah As-Sisi yang menjadi dalang penggulinagn Morsi. Para penyokong Morsi akan menjadikan Dataran Raba'ah - yang diduduki mereka masuk minggu ketiga - sebagai pusat himpunan hari ini manakala penyokong Al-Sisi di Dataran Tahrir. Bagi penyokong Morsi, himpunan selepas solat Jumaat hari ini digelar sebagai "Jumaat Furqan" atau "Jumaat pembeza" antara hak dan batil. Sejurus selesai solat terawih malam tadi, berpusu-pusu penyokong Morsi bergerak ke Raba'ah bagi persediaan himpunan ini petang nanti. Medan Raba'ah menyaksikan beberapa siri himpunan besar para penyokong Morsi sejak presiden itu digulingkan pihak tentera melalui rampasan kuasa awal Julai lalu. Sementara itu, di Dataran Tahrir Barisan 30 Jun dan kumpulan Tamarrud yang menyokong pihak tentera juga merancang untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Al-Sisi. Himpunan ini ekoran seruan Al-Sisi semalam yang menggesa rakyat Mesir keluar beramai-ramai bagi memberi mandat kepada tentera bertindak ke atas penyokong Morsi yang digelar Al-Sisi sebagai "pengganas". Sehingga hari ini, kumpulan penyokong tentera masih gagal mengumpul rakyat Mesir bagi menunjukkan sokongan kepada tentera yang telah merampas kuasa. Kedua-dua himpunan ini hari ini sangat penting bagi kedua-dua pihak khususnya pihak tentera yang mahukan mandat rakyat untuk menggunakan kekerasan menyuraikan penyokong Morsi yang telah berhimpun di seluruh Kaherah sejak tiga minggu lalu. | ||
Rafizi Kepada SPR : Jawab Isu Jangan Dolak Dalik Posted: 25 Jul 2013 07:13 AM PDT | ||
Kenyataan balas terhadap isu 'Doktor Rasis' yang dilaporkan Harian Metro. Posted: 25 Jul 2013 07:12 AM PDT | ||
Pegawai GPMS dan Utusan Malaysia digesa mohon maaf terbuka atau disaman Posted: 25 Jul 2013 07:12 AM PDT | ||
Police urge 'runaway' custodial death suspect to come forward Posted: 25 Jul 2013 07:11 AM PDT | ||
Al Jazeera talks to political analyst from Cairo Posted: 25 Jul 2013 07:10 AM PDT | ||
Train derails in Spain killing many Posted: 25 Jul 2013 07:06 AM PDT | ||
SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi Posted: 25 Jul 2013 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR 25 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat. Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya 'beliau anak jantan'. Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. "Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, "siapa lebih anak jantan" seperti yang dimainkan sekarang," ujarnya,. Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya. "Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti "anak jantan", "menipu" dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik," tegas beliau. Read More / Baca Lagi >> | ||
Rakyat Mesir tolak rampasan kuasa tentera Posted: 25 Jul 2013 04:15 AM PDT Penganalisis politik Mesir Hisham el-Batal berpendapat, rakyat menolak rampasan kuasa tentera kerana masih trauma dengan era pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang mencatatkan peningkatan jumlah kematian setiap hari. "Rampasan kuasa itu ditolak jutaan rakyat termasuk pegawai tertinggi ketika era Hosni yang kini masih dipenjarakan," katanya dipetik Press TV Menurutnya, demonstrasi itu tidak hanya dilakukan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, ia sebaliknya turut dilakukan oleh kumpulan anti Amerika Syarikat. "Negara antarabangsa tidak boleh menuduh demonstrasi ini didalangi kumpulan pro Mursi kerana jutaan rakyat termasuk anti Mursi mula mengerumuni Kedutaan AS bagi mendesak negara itu supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran di Mesir," katanya. Beliau berkata, kumpulan yang menyokong penggulingan itu berasa bimbang kerana mengetahui kesan penggulingan tersebut membawa kepada campur tangan AS secara meluas di Kaherah. | ||
Samseng upahan tembak penyokong Morsi, 2 terkorban Posted: 25 Jul 2013 04:13 AM PDT MESIR: Sekurang-kurangnya dua orang penyokong Dr Muhammad Morsi terkorban dan puluhan lagi cedera dalam kejadian tembakan ketika mereka berarak keluar dari Syubra pagi semalam. Ikhwanonline melaporkan, tembakan tersebut dibuat samseng upahan polis Mesir dari tingkat paling atas sebuah bangunan bersebelahan Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. dan Sehari sebelum itu, samseng upahan ini juga telah menyerang lokasi himpunan menyokong Morsi di dataran Nahdhah, depan Universiti Kaherah yang membunuh tiga orang penyokong Morsi. Samseng upahan ini dengan kerjasama pasukan polis, mengepung dataran dengan kenderaan perisai dan membakar beberapa buah kereta milik peserta himpunan dan merosakkan beberapa buah kereta yang lain. Dalam waktu yang sama, di lokasi lain iaitu di Madinah Nasr, perarakan penyokong Morsi yang melalui Balai Polis Qism Awwal turut dikasari. Seorang saksi kejadian yang baru pulang dari tempat kerja berkata, beliau melihat polis melepaskan tembakan ke arah himpunan. Beberapa orang anggota polis turut dilihat mengheret peserta himpunan di atas tanah dan mereka turut diterajang dan disepak di bahagian kepala. Selain itu, beberapa orang pemilik kereta yang dibakar dan dirosakkan dalam kejadian di dataran Nahdhah ditangkap ketika mahu membuat laporan polis di Giza. Difahamkan belum sempat membuat laporan, mereka ditangkap dan ditempatkan di lokap balai. Pihak polis telah mengupah kumpulan samseng untuk membelasah dan memukul mereka dalam lokap. | ||
Mesir: Mesej bahaya dari ucapan terbaru Zionis Al-Sisi Posted: 25 Jul 2013 04:12 AM PDT Saya melihat ucapan terbaru dari Menteri Pertahanan Abdul Fatah As-Sisi amat bahaya bagi masa depan negara dan demokrasi di negara Mesir. Sisi dalam ucapannya meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah hari ini berkata secara jelas: "Saya meminta rakyat Mesir yang bebas dan mulia untuk turun ke jalanraya-jalanraya Jumaat ini bagi memberikan kepada saya (askar) satu kuasa dan arahan untuk menamatkan keganasan yang berlaku." Apa yang anda faham dari petikan ucapan Sisi ini. Saya ringkaskan kepada beberapa noktah penting: 1) Kumpulan penentang Mursi terpaksa menggunakan As-Sisi sebagai pemberi arahan untuk kumpulan mereka turun selepas beberapa siri majlis berbuka puasa anjuran Tamarrud yang diadakan di Tahrir tidak mendapat sambutan sama seperti hari 30 Jun bagi menjatuhkan Mursi. Mereka terpaksa mengerahkan tenaga anggota polis yang berpakaian biasa untuk turun berbuka puasa di Tahrir. Itupun jumlah mereka sekitar 1,000 hingga 2,000 orang. Kemungkinan mereka tidak memiliki daya juang dan jihad yang tinggi tambahan berada dalam bulan Ramadhan seperti pejuang-pejuang di Raba'ah yang sanggup berdiri dan berpanas terik. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mesir: Zionis Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini Posted: 25 Jul 2013 04:10 AM PDT Al-Sisi yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya ketika meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah semalam secara jelas meminta mandat daripada rakyat untuk bertembung dengan penyokong Morsi. "Saya mendesak orang ramai turun ke jalanan hari Jumat nanti untuk membuktikan tekad mereka dan memberi saya, tentara, dan polis sebuah mandat bagi menghadapi kemungkinan kekerasan dan terorisme." "Dengan demikian dalam hal itu harus ada penghentiaan kekerasan serta terorisme dan tentara akan mendapat mandat untuk menghadapinya," katanya yang turut disiar secara langsung beberapa buah saluran televisyen milik tentera. Ikhwan sifatkan ancaman Sementara itu, Ikhwan Muslimin menyifatkan kenyataan Al-Sisi itu sebagai ancaman, dan yakin pihak penyokong Morsi yang telah berhimpun hampir tiga minggu lalu tidak akan berganjak. Wakil Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin Essam El-Erian berkata, kenyataan Al-Sisi itu juga cuba membuat pengesahan untuk terus menggunakan kekerasan termasuk membunuh peserta himpunan penyokong Morsi. "Ancamanmu tidak akan menghentikan jutaaan orang untuk berkumpul," kata Essam. | ||
Pasca PRK Kuala Besut: Hanya Ahmad Said yang wajar bergembira, RM500 juta untuk 158 undi..!!! Posted: 25 Jul 2013 04:06 AM PDT Seperti yang dijangka, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah kawasan yang sukar bagi PAS. Walaupun PAS turun bertanding dengan semangat yang tinggi ingin membawa perubahan dan mencipta sejarah Terengganu seri, Kuala Besut nampaknya bukanlah medan yang sesuai bagi tujuan itu. Meski PAS kali terakhir pernah memenangi DUN Kuala Besut pada 1999 tetapi sejak 2004, kawasan itu merupakan kubu ampuh bagi Umno dan BN. Sejak kepimpinan Idris Jusoh di Besut di mana beliau juga pernah menjadi Menteri Besar daripada 2004 hingga 2008, kawasan itu sudah beralih menjadi kubu yang selamat bagi Umno dan BN. Tambahan pula dalam pilihan raya kecil kali ini, BN juga melambakkan projek pembangunan bernilai hampir RM500 juta yang meliputi 15 projek untuk kepentingan nelayan dan pelancongan di kawasan itu. Dengan tempoh kempen hanya 11 hari tetapi 15 projek dicurahkan, bermakna dalam sehari penduduk di situ diberi lebih daripada satu projek pembangunan. Ini merupakan suatu hakikat bahawa kerajaan sebenarnya amat pemurah dalam mencurahkan projek jika kedudukannya hampir tergugat. Dalam keadaan itu, tidak menghairankan jika BN terus menang di Kuala Besut. Bagaimanapun, kemenangan ini sebenarnya tidak boleh terlalu dibanggakan jika dikira dengan nilai wang yang dicurahkan berbanding dengan undi yang diperoleh. Meskipun mengekalkan kedudukan 17-15 di DUN Terengganu, kemenangan di Kuala Besut hanyalah dengan majoriti 2592 undi berbanding 2434 pada pilihanraya umum 5 Mei lalu. Ini bermakna dengan hampir RM500 juta dicurahkan, 15 projek pembangunan dilambakkan dan hampir semua menteri dan pemimpin Umno serta kerajaan berkampung atau berulang-alik ke Kuala Besut, peningkatan undi yang diperolehi hanyalah 158 sahaja. Terlalu mahal kos yang perlu dibayar untuk kemenangan ini dan hampir tidak berbaloi dengan nilai kemenangan yang diperoleh. Read More / Baca Lagi >> | ||
Langgar Akta 5 Kesalahan Pilihanraya: Saya spontan tunjuk kertas undi, kata Tengku Zaihan Posted: 25 Jul 2013 04:02 AM PDT Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto. Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu. Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam. "Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan. "Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Polis harap Hare Krishnan tampil beri kenyataan sebenar Posted: 25 Jul 2013 03:58 AM PDT Polis Kuala Lumpur berharap Inspektor Hare Krishnan - suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan - N Dhamendran - tampil segera ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur bagi membolehkan kenyataan sebenarnya direkod mengikut prosedur yang ditetapkan. "Kehadiran beliau adalah penting bagi membolehkan beliau menjelaskan isu-isu sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam laporan polis serta kenyataan media yang telah disiarkan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh. Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan petang ini sebagai mengulas laporan Malaysiakini yang memetik laporan polis Hare Krishnan yang mendakwa dia tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes tersebut untuk "melindungi pihak-pihak tertentu". Mohmad berkata, Hare Krishnan sehingga ini masih gagal menghadirikan diri untuk kembali bertugas dan seterusnya membantu menyelesaikan siasatan berhubung kes kematian Dhamendran di lokap cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Pihak polis telah mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tahniah buat semua jentera PRK Kuala Besut Posted: 25 Jul 2013 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak diatas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada PAS sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang lalu. Read More / Baca Lagi >>Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat. Ianya termasuk soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen. "Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki," katanya dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. 1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya PAS sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut N01. 2. Disiplin dan keutuhan akhlak yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen ditambah pula dengan cabaran ibadah berpuasa merupakan cerminan tarbiyah jamaah dan sesuatu yang amat menginsafkan. 3. Juga kepada penyokong parti, anak-anak Kuala Besut di perantauan dan para pemilih yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi walau dihimpit waktu bekerja, terima kasih juga diucapkan. Jazakallah khairan kathira. Barakallahu fikum. 4. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki. Yakinlah, usaha bakti kalian telah dicatatkan melalui tinta emas dengan janji kemenangan di akhirat kelak. | ||
Pasca PRK K.Besut: BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu Posted: 25 Jul 2013 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Umno mesti berterimakasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana menetapkan pengundian pada hari Rabu atas peningkatan majoriti undinya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang menyaksikan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau pada kadar keseluruhan 79.78% berbanding 87% pada pilihanraya umum 5 Mei lalu. Read More / Baca Lagi >>Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum. Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini. Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi. Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan. "Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim. | ||
Kambing Hitam: Suspek ke-4 kematian dalam tahanan dakwa tak bersalah..? Posted: 25 Jul 2013 03:53 AM PDT EKSKLUSIF Inspektor S Hare Krishnan, suspek keempat kematian dalam tahanan - N Dhamendran - mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes tersebut untuk "melindungi pihak-pihak tertentu." Ini didedahkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Hare Krishnan pada 1 Jun - sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dan dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri. Laporan tersebut, yang diperolehi oleh Malaysiakini, mendakwa bahawa Hare Krishnan tidak pun berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia. Dhamendran (kanan), 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api. Polis pada mulanya mendakwa bahawa dia telah meninggal dunia akibat kesukaran bernafas. Bagaimanapun, bedah siasat mendapati dia mengalami 52 kecederaan, termasuk dikokot di telinganya. Dalam laporan polis, Hare Krishnan mendakwa telah menerima arahan dari pegawai atasannya pada 21 Mei untuk "melepaskan dan menangkap semula" Darmendran semasa dia sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Inspektor itu berkata dia kemudiannya mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian, tetapi kemudian mendapati penangkapan semula Dhamendran telah dilakukan dengan menggunakan pengenalannya (Hare Krishnan) tanpa persetujuannya. Dia mendakwa bahawa pegawai membuat laporan penangkapan itu menggunakan ID PRS miliknya tanpa kebenarannya.Read More / Baca Lagi >> | ||
BERSIH jemput SPR sertai pengadilan rakyat Posted: 25 Jul 2013 03:47 AM PDT | ||
Pasca PRK Kuala Besut: Pengajaran buat PAS dan BN Posted: 25 Jul 2013 01:52 AM PDT ANALISIS Keputusan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut malam tadi memperlihatkan kekuatan sokongan pada BN dan PAS masih seimbang selepas pilihan raya umum Mei lalu. Pertambahan undi majoriti BN tidak begitu signifikan bagi menggambar kekuatan jentera kempen BN berbanding angka sasaran pada awal kempen yang diyakini akan tercapai sebanyak 4,000 undi. BN sebaliknya hanya menambah 158 undi majoriti. Malam tadi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diumum berjaya menjadi ADUN Kuala Besut apabila mendapat 8,288 undi berbanding 5,696 undi calon PAS, Azlan Yusof. Walaupun gagal merampas kerusi tersebut, tetapi PAS masih mampu mengekalkan pengaruh penyokongnya. Majoriti pengundi luar tidak pulang kerana pengundian dibuat pada hari berkerja dan faktor ini dilihat turut memberi kesan kepada RPK kali ini. Walaupun pelbagai janji projek mega dan peruntukan jutaan ringgit oleh BN sepanjang tempoh 12 hari berkempen tetapi ia nampaknya hanya sedikit sahaja yang terpengaruh dan ia gagal diterjemah dengan undi yang besar. Hal demikian sudah cukup bagi jentera BN memikirkan kembali pendekatan baru khususnya terhadap pengundi luar bandar dan pinggir bandar dalam pilihan raya umum atau RPK selepas ini. Malah, semua 15 ADUN PAS pula berjanji akan memantau perkembangan janji yang ditaburi sebagai cabaran untuk kerajaan merealisasikannya sekaligus mempersoalkannya khususnya dalam sidang DUN jika janji tidak ditepati. Sasaran 40 hingga 45 peratus pengundi luar pulang gagal dicapai memandangkan lazimnya pengundi luar akan menyokong PAS dan Pakatan sekaligus mampu mempengaruhi keluarga mereka menyokong gabungan pembangkang itu. Berhempas pulas menangkis kempen pihak lawan, PAS pula mengemukakan agenda 16:16 dan kempen 'pelik' berbentuk ala karnival yang dikatakan tidak dapat diterima pengundi baru luar bandar untuk menyokong 'gaya baru' PAS itu. Kegagalan menghadam tema dan cara baru yang diperkenal itu, apatah lagi beberapa selebriti dan tokoh politik hadir membantu kempen PAS di situ, menyebabkan pengundi luar bandar sukar menterjemahkannya di kertas undi. Isu tanah, mempertikaikan projek terbengkalai, isu royalti minyak Terengganu serta menggembur semula sejarah kegemilangan PAS pada 1999-2004 atas pentas ceramah, tidak membangkitkan gelombang sokongan pengundi baru kepada parti itu. Sementara Pemilihan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil turut menimbulkan persepsi dan cakap-cakap pemboikotan jentera parti khusus dari Terengganu sehingga melemahkan jentera parti. Walaupun penafian keras itu dibuat oleh beberapa kepimpinan parti, tetapi timbul persepsi 'kurang enak' kepada jentera dan pergeseran lama - Kelantan dan Terengganu - kembali berbekas dan dilihat melemahkan strategi parti khususnya minggu pertama kempen. Mungkin kepimpinan parti perlu memikirkan semula tindakan melantik naib presiden untuk mengetuai pilihan raya kecil, dan menyerahkannya kepimpinan negeri yang terlibat bagi mengendur ketegangan sekaligus meningkat kekuatan sokongan. Kesimpulannya, kekuatan sokongan yang diberikan kepada PAS dan BN dalam pilihan raya kecil adalah sama sewaktu pilihan raya umum - tiga bulan lalu. Sekalipun kekuatan kempen oleh kedua-dua parti, tetapi kekuatan sokongan pengundi tidak berubah. Sebaliknya pendekatan kedua-dua parti juga perlu berubah. Di Kuala Besut bukan membawa tema baru atau projek besar, tapi bagaimana kedua-dua parti mampu meyakinkan mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan harga barang yang tinggi. | ||
Syarikat Jepun ambil alih aset, liabiliti NFCorp..!! Dia Joli Orang Jepun Bayar...?? Posted: 25 Jul 2013 01:42 AM PDT Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jual beli pada 21 Feb, kata Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh pada sidang media di sini hari ini. "NFCorp tidak mengetahui mengenai sebarang kelainan kepada terma dan syarat dalam persetujuan itu, dan sama ada pembeli memaklumkan kepada pelanggan mengenai perkara yang bertentangan," katanya semasa menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh anggota parlimen pembangkang mengenai perkara itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan