RAKYAT MARHAEN |
- Che Long tekad terus bantu rakyat miskin
- 5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut
- Pasukan khas pantau janji BN di Kuala Besut
- Che Long: Kita pakat tengok janji projek BN
- Satu Lagi Projek BN: Satu berjalan kaki ke KL, yg lagi satu nak berbogel keliling Besut.. Apa lagi, tunaikan lah !!!!
- Himpunan kutuk rampasan kuasa Mesir 26 Julai
- Ikhwan: Jadilah manusia dibunuh, bukan membunuh
- Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah
- Tahun ini, PAS, PKR dan Umno jaga tepi kain masing-masing
- Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan dan janji pilihanraya
- Projek pilihanraya hampir setengah bilion ringgit faktor kemenangan BN, kata Muhyiddin
- Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?
- PRK Kuala Besut: Majoriti 4,000 BN tersasar, Undi bertambah 158 dengan janji projek RM477 juta.
- PRK Kuala Besut: Pengundi dilihat beratur ambil duit rumah ketua kampung selepas mengundi
- PAMIR KERTAS UNDI: ADAKAH CALON BN HILANG KELAYAKAN..???
- PRK Kuala Besut: Beratur ambil duit selepas mengundi?
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Alor Peroi
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Men Keb Kuala Besut
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kuala Besut
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Nail
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Nangka
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Bukit Puteri
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Baharu - Part 2
- LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Baharu - Part 1
- PRK Kuala Besut: 16:16 meniti di bibir pengundi, positif buat PAS
Che Long tekad terus bantu rakyat miskin Posted: 24 Jul 2013 07:47 PM PDT BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long menyifatkan kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kuala Besut merupakan perkara biasa. Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa. Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion. "Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu. Ketika ditanya apa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut Posted: 24 Jul 2013 07:39 PM PDT Seperti yang dijangka ramai orang - berdasarkan situasi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut itu sendiri, demografi pengundi dan limpahan pelbagai janji, imbuhan pelbagai bentuk - maka calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi. BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula memperolehi 5,696 undi. Pada pendapat saya, mereka yang mengundi PAS seramai 5,696 itu adalah pengundi yang sangat luar biasa, mempunyai daya pemikiran politik yang menjangkau jauh walaupun berada di kawasan nelayan miskin. Mereka berfikiran matang dan mempunyai harga diri, tidak mudah dibeli, tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai janji yang ditaburkan sepanjang kempen. Boleh ditafsirkan bahawa dalam situasi yang sedemikian rupa, masih ada sejumlah 5,696 pengundi yang berjiwa besar dan pengundi inilah menjadi kekuatan asas kepada PAS sendiri untuk merancang masa depannya di kawasan ini. Pilihan raya kecil Kuala Besut memang sangat luar biasa walaupun hanya 17,679 pengundi – 98 peratus Melayu – kerana pilihan raya kecil tersebut telah mencapai rekod tertinggi peruntukan, pelbagai habuan, janji projek dan pelbagai lagi daripada Barisan Nasional. Jumlah semuanya RM337 dan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu. Demikian menurut badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0. Bagaimanapun, menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad pula, jumlah peruntukan yang digunakan oleh Umno BN sehingga hari terakhir kempen tersebut mencecah RM476.19 juta. Jumlah ini sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> |
Pasukan khas pantau janji BN di Kuala Besut Posted: 24 Jul 2013 07:38 PM PDT BESUT: PAS akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa bertujuan memantau pelaksanaan projek-projek mega yang dijanjikan Umno BN kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut. Menurut Yang Di-Pertua (YDP) Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad pelaksanan janji pembangunan yang dibuat Umno di peringkat negeri akan dipantau oleh 15 wakil rakyat PAS dan termasuk PKR di sidang Dun manakala tawaran oleh Kerajaan Persekutuan akan dipantau oleh Ahli Parlimen. "Pengisytiaharan projek mega yang berjumlah setengah bilion menggambarkan bagaimana tawaran yang dibuat secara drastik oleh Umno BN untuk pengundi di kawasan Kuala Besut ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat sehingga mereka tidak dapat menterjemahkan kemahuan sebenar mereka kerana ikatan projek yang ditawarkan. "Trend pengundian hari ini tidak menggambarkan kelongsong yang mewakili inspirasi dan kemahuan rakyat tetapi jelas terpapar wajah yang penuh kepura-puraan hasil daripada ubat bius dan suntikan wang dan projek yang ditaburkan secara meluas dalam tempoh 12 hari kempen," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu malam tadi selepas keputusan pengundian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Keputusan PRK Kuala Besut malam tadi menyaksikan calon PAS Che Long dikalahkan oleh calon BN Tengku Zaihan dengan majoriti 2592 undi. Read More / Baca Lagi >> |
Che Long: Kita pakat tengok janji projek BN Posted: 24 Jul 2013 07:37 PM PDT Biarpun menerima kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut malam tadi, calon PAS Azlan Yusof menyindir kerajaan bahawa "rakyat nak tengok sungguh projek" yang dijanjikan oleh kerajaan BN direalisasikan. Walaupun menganggap kekalahannya sebagai "tidak pelik dan biasa", calon yang mesra dipanggil Che Long itu berkata rakyat di Kuala Besut mendapat keuntungan dengan tawaran duit dan dijanjikan dengan projek mega oleh kerajaan. "Kalah itu biasa sahaja, menang itu luar biasa. Ditakdirkan kalah, biasa bagi Che Long. Che Long kalah tidak berasa pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit dan projek yang ditawarkan lebih RM400 juta. "Rakyat nak tengok sengoti (sungguh) ke dok (tidak) projek-projek tu. Kita pakat-pakat tengok, kalau panjang umur," katanya yang disambut gelak ketawa penyokongnya dalam sidang media malam tadi. Sepanjang kempen pilihan raya kecil Kuala Besut, PAS membangkitkan isu peruntukan projek pembangunan di kawasan Kuala Besut dan menyenaraikan 15 projek yang dilaporkan oleh media massa yang keseluruhannya bernilai RM476.19 juta. Dengan jumlah tersebut, PAS mendakwa setiap kertas undi bagi pengundi di DUN Kuala Besut mencecah RM27,000 dan meletakkan pilihan raya kecil itu antara yang termahal dalam sejarah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 24 Jul 2013 04:39 PM PDT Bersyukuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuurrrr!! Jangan x bersyukur sebab BN dah menang kat Kuala Besut. Apa lagi, berjalan kakilah pakcik sorang nih balik ke KL.. Perbuatan dan nazar yg sia-sia, menampakkan kebodohan dan kejahilan dia. Xde nazar yg lagi elok ker??? Kalau nazar nak buat haji ker, sedekah anak yatim ker kan lg byk pahala. Pakcik lupa sesuatu akibat JAHIL AGAMA, kalau meninggal sebelum tunaikan nazar tu maknanya warisnya lah yang wajib laksanakan nazar tu. Ni bukan cara Islam. Buat le nazar yg mendapat keberkatan dan pahala dari ALLAH di bulan yg mulia ni. Buat le krn ALLAH jgn buat kerana UMNO-BN, tu lebih afdal. |
Himpunan kutuk rampasan kuasa Mesir 26 Julai Posted: 24 Jul 2013 04:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini. "Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa," ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan. Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran. Kenyatan beliau seterusnya. Himpunan Solidariti ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh (timbalan), Dr Raja Ahamd Al Hiss (naib) dan lain-lain lagi. Selain mereka, turut akan hadir adalah pemimpin-pemimpin tertinggi NGO. |
Ikhwan: Jadilah manusia dibunuh, bukan membunuh Posted: 24 Jul 2013 04:33 PM PDT Puluhan samseng upahan mengejar dan membelasah seorang penyokong Morsi yang mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah semalam) MESIR: Selain penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza yang diserang menjelang Subuh semalam, terdapat perarakan penyokong Mursi dalam perjalanan pulang ke dataran Raba'ah, mereka juga diserang oleh pegawai tinggi polis ketika melalui Balai Polis Qism Awwal, Madinah Nasr. Perarakan ini baru pulang dari perkumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Ketika melalui balai polis berkenaan menuju ke dataran Raba'ah, mereka dikejutkan dengan tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh pegawai polis yang menyebabkan beberapa orang cedera dan terdapat peserta himpunan yang ditangkap. Satu lagi lokasi himpunan utama penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza turut diserang oleh polis dengan bantuan militia samseng dan kumpulan "Black Block" yang menyebabkan dua orang telah terkorban. Beberapa buah kenderaan milik penyokong Mursi juga turut dibakar. (Lelaki dengan pistol di tangan dipercayai perusuh upahan polis Mesir mengheret salah seorang penyokong Morsi) Meskipun perarakan dan himpunan mereka aman tanpa membawa senjata, tetapi mereka tetap berhadapan provokasi dari pihak keselamatan terutama polis. Apakah tujuan mereka? Matlamat mereka hanya satu iaitu bagi memberikan tekanan kepada penyokong Mursi khasnya Ikhwan Muslimin. Mereka mengharapkan tindakan provokasi mereka ini akan menyebabkan Ikhwan melenting dan mengisytiharkan jihad lalu mengangkat senjata. Perangkap ini bagi mengenakan tindakan yang lebih agresif kepada Ikhwan dan ketika itu lebih ramai rakyat yang akan dibunuh. Kerana itu, Ikhwan bijak dan tidak mudah diperangkap. Awal-awal lagi mereka memperkenalkan slogan "Jadilah hamba Allah yang dibunuh, bukan hamba Allah yang membunuh." |
Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah Posted: 24 Jul 2013 04:31 PM PDT Ikhwan Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Sehingga ke hari ini sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan. Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong. |
Tahun ini, PAS, PKR dan Umno jaga tepi kain masing-masing Posted: 24 Jul 2013 04:30 PM PDT ANALISIS: PAS, Umno dan PKR sedang bergolak panas sekarang ini bagi menghadapi mesyuarat agung pemilihan masing-masing. Ketika PAS dan Umno akan menyelesaikannya hujung tahun ini, PKR pula akan melaksanakan pemilihannya Mei tahun depan. "Masing-masing tidak boleh kata mengata antara satu sama lain kali ini. Masing-masing ada masalah tersendiri untuk diselesaikan," kata seorang penganalisis politik mengenai suasana pemilihan parti politik kali ini. Menjadi amalan PAS untuk mengadakan muktamar yang ada pemilihan di 'natural ground' iaitu ibu negara Kuala Lumpur berbanding negeri-negeri. Namun, kali ini Selangor terpilih yang boleh juga dikira berada di 'natural ground' iaitu Lembah Klang. Pemilihan Selangor mungkin kerana kemudahan yang ada di negeri Pakatan ini untuk menampung bilangan perwakilan dan pemerhati yang bakal hadir. Ramai menjangka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menang tanpa bertanding kerana tidak ada tokoh yang jelas untuk mencabar kewibawaan beliau dalam memimpin parti Islam itu. Cucukan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata Datuk Husam Musa tokoh yang paling layak untuk memimpin PAS menuju masa depan tidak akan membawa kepada Husam menentang Ustaz Hadi dalam pemilihan ini. "Saya hanya 1/10 dari Tok Guru Haji Hadi dan hanya 1/10 juga dari Tok Guru Nik Aziz," kata Husam dalam satu pertemuan dengan sekumpulan wartawan di rumahnya bulan lalu. Namun, untuk jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden, ia bakal menyaksikan pertarungan sengit di kalangan pimpinan PAS. Mohamad Sabu akan mempertahankan kerusi timbalan presiden. Beliau sendiri yakin, akan bakal dicabar. Read More / Baca Lagi >> |
Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan dan janji pilihanraya Posted: 24 Jul 2013 04:19 PM PDT Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut. Pada PRK Kuala Besut hari ini, calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long mendapat 5,696 undi sementara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi. Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat. "Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing.." "Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…" "kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi.." "Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…" Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan '16:16 Terengganu Baru' sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN. Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan 'dikelih' oleh mata kasar. Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… 'nok wat make loo' ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka? Read More / Baca Lagi >> |
Projek pilihanraya hampir setengah bilion ringgit faktor kemenangan BN, kata Muhyiddin Posted: 24 Jul 2013 04:15 PM PDT Kemenangan dan peningkatan majoriti Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 2,952 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut disebabkan keyakinan pengundi bahawa parti pemerintah itu mampu untuk melaksanakan 15 projek yang diumumkan ketika berkempen di kawasan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Ketua Pengarah PRK Kuala Besut BN berkata, projek bernilai hampir setengah bilion yang diumumkan kerajaan BN di kawasan berkenaan sekian lama dinantikan pengundi yang majoritinya adalah nelayan dan mereka yang terbabit dalam industri pelancongan. "Projek itu dinantikan penduduk Kuala Besut Ia bukan timbul pada saat-saat akhir, penyokong kita daripada nelayan, mereka membawa bot, bawa pelancong. Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut? Posted: 24 Jul 2013 04:13 PM PDT ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan. Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar. Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai. Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon. Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar. Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya. Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS? Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Majoriti 4,000 BN tersasar, Undi bertambah 158 dengan janji projek RM477 juta. Posted: 24 Jul 2013 07:50 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Pengundi dilihat beratur ambil duit rumah ketua kampung selepas mengundi Posted: 24 Jul 2013 04:04 AM PDT Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan. Malaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komen. Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi. Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur. Bagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, 'Rajees' menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka." Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya. Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan. Beliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar. Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas. Read More / Baca Lagi >> |
PAMIR KERTAS UNDI: ADAKAH CALON BN HILANG KELAYAKAN..??? Posted: 24 Jul 2013 12:13 AM PDT Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai calon kerana telah melanggar kerahsiaan dalam pilihan raya. Tengku Zaihan, calon BN tiba SMK Kuala Besut jam 8.20 pagi untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah. Menariknya, beliau mempamirkan kertas undi setelah mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri sebelum memasukkannya ke dalam peti undi. Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata: "Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN). "Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya.. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. (1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut "orang yang dibenarkan" dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama. (2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. (3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. (1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. (2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. Keseluruhan undang-undang sila lihat di SINI Tapi.. seperti biasa.. oleh kerana beliau mewakili UMNO/BN undang-undang yang ada di atas tidak tertakluk kepadanya.. |
PRK Kuala Besut: Beratur ambil duit selepas mengundi? Posted: 23 Jul 2013 11:38 PM PDT KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian. Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi. (Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".) Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit. "Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau. |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Alor Peroi Posted: 23 Jul 2013 11:36 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Men Keb Kuala Besut Posted: 23 Jul 2013 11:31 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kuala Besut Posted: 23 Jul 2013 11:28 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Nail Posted: 23 Jul 2013 11:23 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Nangka Posted: 23 Jul 2013 11:19 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Bukit Puteri Posted: 23 Jul 2013 11:15 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Baharu - Part 2 Posted: 23 Jul 2013 11:10 PM PDT |
LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kampung Baharu - Part 1 Posted: 23 Jul 2013 11:07 PM PDT |
PRK Kuala Besut: 16:16 meniti di bibir pengundi, positif buat PAS Posted: 23 Jul 2013 10:02 PM PDT BESUT: Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, pengundi yang keluar mengundi dilihat memberi respons positif kepada calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau Che Long. Read More / Baca Lagi >>Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut,Hanafiah Mat berkata, keseluruhan pengundi di enam unit peti undi yang dilawatinya bersama Che Long memberi sambutan baik dan para pengundi bercakap tentang '16:16 Terengganu Baru' yang menjadi tema kempen PAS di sini. Katanya, pusat daerah mengundi yang telah dilawati ialah Kampung Baharu, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat, Seberang Barat Luar dan Tok Saboh. "Walaupun pengundi-pengundi hadir mendaftar di pondok BN, namun 16:16 itu meniti di bibir mereka, isyarat dan gerak mulut ternyata mereka undi PAS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Menurutnya, terdapat dua kategori pengundi pada PRK ini iaitu pengundi politik dan pengundi calon. Adun Chukai itu memberitahu, pengundi politik tegar menyokong PAS manakala pengundi calon dari kalangan penyokong Umno dan atas pagar mengundi Che Long. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan