RAKYAT MARHAEN |
- PRK Kuala Besut: Ambil umpan jangan makan mata kail - Presiden PAS
- Pengundi Kuala Besut perlu celik IT, kata Abdul Hadi
- PRK Kuala Besut: Tok Guru Nik Aziz ajak calon BN sokong PAS
- PRK Kuala Besut: ‘Kalau rakyat Besut minta sungai pasti lulus’
- PRK Kuala Besut: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut - TG Hadi Awang
- PRK Kuala Besut: TG Hadi Awang ingatkan pengundi Kuala Besut jadi 'ikan cerdik'
- Rafizi Janji Beri Komitmen Jika Pas Menang PRK Kuala Besut
- PRK Kuala Besut: Ceramah Yb Rafizi Ramli - Upu Bukit Puteri
- PRK Kuala Besut: Bahan Kempen 3
- PRK Kuala Besut: Ceramah Yb Dr Hatta Ramli - Upu Bukit Puteri
- PRK Kuala Besut: Risalah Fitnah Disebarkan Oleh UMNO
- PRK Kuala Besut: Guru dikata cenderung Pakatan Rakyat diugut
- PRK Kuala Besut: Kempen lambat panas
- TGNA | Kuliah Jumaat 19 Julai 2013
- TGNA: Umno bela bangsa dapat apa?
- Undilah PAS Untuk Kuala Besut - TGNA
- PRK Kuala Besut: Kenali Che Long, Undi PAS
- PRK Kuala Besut: Saya nak sembayang di Gong Kedak pun tak boleh - TGNA
- PRK Kuala Besut: Debat Bukan Budaya UMNO - Rafizi Ramli
- PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Upu Bukit Puteri - Kg Air Terjun
- PRK Kuala Besut: 16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu
- PRK Kuala Besut: Che Long mudah tersentuh dengan kemiskinan
- PRK Kuala Besut: Ceramah Bang Mat
- #PRKBESUT 13 #PRKN1 : PDRM TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI ISU PENGUNDI HANTU, TAHAN BAS
- PRK Kuala Besut: Peliklah Oghe Kuala Besut Tok Kenal Che Long
PRK Kuala Besut: Ambil umpan jangan makan mata kail - Presiden PAS Posted: 19 Jul 2013 06:35 PM PDT Antara bahan kempen untuk memastikan kemenangan Che Long. BESUT: Pengundi di Dun Kuala Besut dinasihatkan Presiden PAS supaya menjadi lebih pintar apabila hanya sekadar "mengambil umpan" dan tidak "termakan mata kail" yang disogok pada kempen pilihan raya sekarang. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengundi Kuala Besut perlu berlagak sebagai ikan yang lebih cerdik, ketika umpan banyak ditabur bagi meraih simpati pengundi. "Jangan pula kita menjadi seperti ikan yang makan semua sekali umpan dan mata kail. Itu tidak ada kepintaran namanya. Kita perlu lebih pintar dalam perkara ini," katanya pada ceramah di Markas Pemuda di Kampung Nail, malam tadi. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Leman Raja Lawak. Di tapak ceramah juga diadakan solat tarawih di bawah khemah yang disediakan. Kemeriahan kempen di kawasan itu nampaknya lebih didominasi PAS dan Pakatan Rakyat apabila peniaga mengambil kesempatan melariskan pelbagai produk berlogo Pakatan Rakyat. Selain itu gerai-gerai segera juga banyak wujud bagi memudahkan orang ramai berbuka puasa. Kawasan berkenaan meriah sepanjang malam. Read More / Baca Lagi >> |
Pengundi Kuala Besut perlu celik IT, kata Abdul Hadi Posted: 19 Jul 2013 06:33 PM PDT Pengundi di Kuala Besut perlu belajar daripada masyarakat bandar yang celik internet dan mempunyai kesedaran politik dengan memilih Pakatan Rakyat (PR), kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramahnya di Kuala Besut malam tadi berkata golongan celik internet yang menetap di bandar majoritinya menolak Umno dan Barisan Nasional (BN), yang mana perlu dijadikan contoh oleh pengundi di kawasan berkenaan. "Orang Kuala Besut belajar daripada mereka yang terpelajar. Mereka yang celik internet tolak BN, belajar daripada mereka," kata Abdul Hadi di hadapan 500 penyokong parti Islam berkenaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dijadualkan 24 Julai depan. "Kita berjaya menerangkan melalui media baru. Orang celik internet tidak sokong Umno," katanya, dan menambah, pembangkang juga berjaya menerima undi daripada golongan terpelajar. "Di Terengganu, semua kawasan bandar kita menang, Kuala Terengganu, Dungun, semua kita menang. Tapi kawasan Kuala Besut, kita kalah ... kita tak salahkan orang Kuala Besut, masing-masing sibuk dengan urusan ke laut, tidak sempat buka internet," katanya. Mengulas lanjut berhubung kedudukan kerusi DUN yang dianggap kritikal di Terengganu, veteran PAS itu menjelaskan pihaknya mahukan kedudukan seri 16:16 antara PAS dan BN di negeri Darul Iman itu bagi menegur kepimpinan BN, dan bukannya mengharapkan kedudukan menteri besar. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Tok Guru Nik Aziz ajak calon BN sokong PAS Posted: 19 Jul 2013 05:29 PM PDT BESUT: Kesesakan agak ketara. Jalan utama dari pangkalan TUDM di Gong Kedak menghala ke Bukit Putera jem seketika. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan. Ramai yang melalui kawasan itu menjadi aneh. Read More / Baca Lagi >>Waktu itu orang ramai berpusu-pusu di tepi jalan, tidak jauh dari Masjid TUDM. Keadaan sesak tambah ketara selepas jam 12 malam. Kenderaan terpaksa merayap seperti semut, terutamanya yang menghala ke Kuala Besut. Rupa-rupanya orang ramai menghadiri ceramah perdana disampaikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadapan Surau Haji Husain orang ramai menyendak mengisi setiap ruang pentas utama. Di sebelahnya megah kelihatan Masjid TUDM dengan limpahan cahaya hanya dipisahkan dengan pagar tinggi. Gerai-gerai jualan mengisi ruang di sepanjang lorong menghala ke Surah Haji Husain dengan pelbagai aneka produk, makanan dan minuman disediakan. Anggota-anggota tentera yang mendiami kuanters bertingkat bersebelahan masjid mungkin dapat meneliti setiap isu dilontar bekas pegawai kanan tentera, Kol (B) Nazari Mokhtar. Hadir sama bekas pegawai kanan TUDM, Mejar (B) Yusoff Ali dan anggota Kerabat Rangkaian Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Kerabat). Pangkalan TUDM itu menyumbang kira-kira 1,200 pengundi pos yang akan mengundi awal. Namun Nazari dan Yusoff yakin pengundi kalangan anggota TUDM lebih bersifat terbuka kerana mampu menilai dengan hati terbuka setiap isu yang berlaku. |
PRK Kuala Besut: ‘Kalau rakyat Besut minta sungai pasti lulus’ Posted: 19 Jul 2013 05:27 PM PDT BESUT: "Saya rasa kalau rakyat Besut minta sungai dari Barisan Nasional pasti lulus," jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. Read More / Baca Lagi >>Tuan Ibrahim dalam kempen ceramahnya juga mempertikaikan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih lagi mengamalkan budaya lama dengan menyogok pelbagai projek pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut. "BN kalau setiap kali pilihanraya semua jenis projek mereka janjikan, kalau rakyat Kuala Besut minta kerajaan buat sungai pun akan lulus. "Tapi sekadar lulus la buat tu belum tentu, ini lah yang berlaku dan BN masih lagi mempermainkan penduduk di sini dengan janji kosong. "Sampai bila BN hendak menipu rakyat, permainkan perasaan rakyat dengan janji pilihanraya yang belum pasti ditunaikan," jelasnya pada ceramah di Kampung Baharu berhampiran Kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Menurut beliau lagi, rakyat perlu sedar dengan janji-janji pilihanraya yang dikatakan oleh BN. Katanya, BN hanya inginkan undi sedangkan janji pembangunan itu belum pasti akan dilaksanakan jika mereka memenangi pilihanraya. |
PRK Kuala Besut: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut - TG Hadi Awang Posted: 19 Jul 2013 05:26 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan. "Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia. "Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama. "Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi. Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: TG Hadi Awang ingatkan pengundi Kuala Besut jadi 'ikan cerdik' Posted: 19 Jul 2013 05:24 PM PDT Muncul kali pertama di pentas ceramah selepas penamaan calon 12 Julai lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengingatkan pengundi di Kuala Besut supaya menjadi "ikan yang cerdik". Beliau membuat anologi itu bagi mengelak pengundi agar tidak termakan umpan kebendaan oleh pihak lawan sehingga menyebabkan mereka tidak mengundi calon PAS, Azlan Yusof. "Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. "Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya. Berceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi, Abdul Hadi mengambil kesempatan itu berseloroh sambil mengajak pengundi memilih calon parti "bulan" Azlan Yusof. "... kita nak puasa, kita tengok anak bulan, bukan dacing. "Nak raya pun tengok anak bulan. Bila orang perempuan mengandung kita tanya berapa bulan mengandung, kita tak kata berapa kilo mengandung," katanya yang mengundang gelak ketawa hadirin. "Sebab harga diri manusia mengikut pusingan bulan, bukan berapa ringgit sekilo. Itu bukan harga diri kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang . |
Rafizi Janji Beri Komitmen Jika Pas Menang PRK Kuala Besut Posted: 19 Jul 2013 05:07 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Yb Rafizi Ramli - Upu Bukit Puteri Posted: 19 Jul 2013 05:06 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Bahan Kempen 3 Posted: 19 Jul 2013 03:19 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Ceramah Yb Dr Hatta Ramli - Upu Bukit Puteri Posted: 19 Jul 2013 03:11 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Risalah Fitnah Disebarkan Oleh UMNO Posted: 19 Jul 2013 03:05 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Guru dikata cenderung Pakatan Rakyat diugut Posted: 19 Jul 2013 02:48 PM PDT BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN). Read More / Baca Lagi >>Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang. "Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan. "Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa," katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya juga ada guru yang sebelum ini diketahui ramai menyokong kuat Umno di kampungnya juga dipanggil kerana didakwa kelihatan calon Pakatan Rakyat datang ke rumahnya. Sedangkan kata beliau calon terbabit adalah anggota keluarga guru terbabit. |
PRK Kuala Besut: Kempen lambat panas Posted: 19 Jul 2013 02:46 PM PDT KUALA BESUT - Kempen pilihan raya kecil Kuala Besut yang dianggap lambat panas, dijangka akan bertambah rancak menjelang hari pengundian pada 24 Julai, berdasarkan pertambahan poster, bendera dan kunjungan pemimpin parti sejak semalam. Ceramah besar yang menghimpunkan ribuan penyokong memang tidak ada mungkin disebabkan PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan yang mempengaruhi suasana dan corak jentera parti turun berkempen. Jentera kedua-dua parti yang bertanding - Barisan Nasional (BN) dan Pas - banyak berkempen mendekati pengundi pada sebelah pagi atau selepas solat Tarawih pada sebelah malam. Selain itu, persidangan Dewan Rakyat baru berakhir semalam, yang mungkin punca ramai menteri, timbalan menteri dan anggota Parlimen tidak turun awal ke Kuala Besut untuk berkempen sejak penamaan calon pada 12 Julai. "Para penduduk pula lebih menumpukan masa mereka kepada ibadah puasa dan persiapan menyambut Aidilfitri," kata pemerhati. Mohd Hassan Kundor, 56, dari Kampung Baharu di sini menyifatkan kempen pilihan raya kali ini paling relaks kerana kurang aktiviti. Read More / Baca Lagi >> |
TGNA | Kuliah Jumaat 19 Julai 2013 Posted: 19 Jul 2013 01:53 PM PDT |
TGNA: Umno bela bangsa dapat apa? Posted: 19 Jul 2013 01:52 PM PDT |
Undilah PAS Untuk Kuala Besut - TGNA Posted: 19 Jul 2013 01:51 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Kenali Che Long, Undi PAS Posted: 19 Jul 2013 01:50 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Saya nak sembayang di Gong Kedak pun tak boleh - TGNA Posted: 19 Jul 2013 01:49 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Debat Bukan Budaya UMNO - Rafizi Ramli Posted: 19 Jul 2013 01:49 PM PDT |
PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Upu Bukit Puteri - Kg Air Terjun Posted: 19 Jul 2013 01:47 PM PDT |
PRK Kuala Besut: 16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu Posted: 19 Jul 2013 04:20 AM PDT Apakah pengundi Kuala Besut akan menjadi sebahagian dari pengukir sejarah politik negara untuk mencipta sidang Dun 16:16, di mana kerajaan dan pembangkang menyamai kekuatan yang pertama, akan hanya terjawab pada 24 Julai nanti. Ketentuan bagi mencipta rekod sejarah terletak kepada mereka setelah semua pihak kini giat menggembleng tenaga bagi mendapatkan sokongan dari para pengundi. Read More / Baca Lagi >>Pelbagai komentar dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung senario tersebut. BN menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung yang tidak stabil. Bahkan, lebih tragis bila mana Khairy Jamaluddin pula menggambarkan senario ini sebagai berita malang bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak, walaupun pengarah pilihanraya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini antara komentar paling aneh. Namun, PAS berpandangan bahawa senario 16:16 ini sebagai pembentukan sebuah kerajaan yang sangat berimbang di mana peranan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Dewan Negeri lebih besar dan bertanggungjawab membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus. |
PRK Kuala Besut: Che Long mudah tersentuh dengan kemiskinan Posted: 19 Jul 2013 04:17 AM PDT BESUT: Antara sikap calon PAS Kuala Besut, Che Long yang menjadi buat mulut orang di sini adalah sikapnya yang suka menolong orang miskin. Read More / Baca Lagi >>Seorang kenalan rapatnya,Nazmi Ghazali (gambar) berkata, Che Long memang mudah tersentuh bila melihat orang miskin. Menurut beliau, sifat ini mungkin kerana dia pernah hidup susah satu ketika dahulu lebih-lebih lagi selepas kematian ayahnya pada usia beliau 22 tahun. Che Long juga pernah bekerja di ladang tembakau sebelum mengikut bapa saudaranya berkerja di stor kayu. "Dia memang suka menolong. Kalau orang miskin nak buat rumah, Che Long bagi kayu, kadang-kadang bagi diskaun, ambik dulu bayar kemudian bila dah ada duit. "Sikap ini semua orang tahu. Nama Che Long ini besar pada orang miskin di sini malah juga di Kelantan," katanya. Sementara itu, mengulas sikap Che Long yang dilihat 'low profile' beliau berkata sememangnya calon PAS itu selesa berperwatakan begitu biarpun kini sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya. |
PRK Kuala Besut: Ceramah Bang Mat Posted: 19 Jul 2013 04:09 AM PDT |
#PRKBESUT 13 #PRKN1 : PDRM TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI ISU PENGUNDI HANTU, TAHAN BAS Posted: 19 Jul 2013 04:08 AM PDT |
PRK Kuala Besut: Peliklah Oghe Kuala Besut Tok Kenal Che Long Posted: 19 Jul 2013 03:13 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan