Rabu, 10 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Kuala Besut: Pengundi mahu kempen sederhana kerana Ramadan

Posted: 10 Jul 2013 09:12 PM PDT

Penduduk Kuala Besut berharap kempen parti politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diadakan secara sederhana terutamanya bagi memelihara kemuliaan bulan Ramadan.

Menurut penduduk tempatan yang ditemui Bernama, tanpa kempen 'keterlaluan' pun pengundi tetap akan membuat pilihan dengan kecenderungan memihak kepada calon yang bijak berkempen secara berhemah seperti menjaga percakapan dan bahasa yang digunakan.

Peniaga kedai runcit di pekan Kuala Besut, Wee Shin Ai @ Wee Ew Hwa, 60, berkata rakyat kini bijak menilai dan lebih menghormati calon 'matang' yang tidak menyerang peribadi lawan, sebaliknya memaklumkan agenda pembaharuan jika terpilih menjadi wakil rakyat.

"Tidak perlu cakap banyak, cuma ambil tahu apa yang rakyat mahu. Di sini tidak ada bank komersil, menyebabkan kami terpaksa pergi ke Jerteh untuk urusan bank setiap bulan terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan," katanya.

Wee berkata kekurangan bank komersil perlu diatasi memandangkan Kuala Besut merupakan laluan masuk ke destinasi pelancongan terkenal Pulau Perhentian, menyebabkan pelancong termasuk dari luar negara mengalami kesukaran mengeluarkan wang tunai.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Calon PAS, Che Long janji tak akan ambil elaun wakil rakyat jika menang..ia akan jadi dana rakyat

Posted: 10 Jul 2013 09:05 PM PDT

Menjelang saja masa untuk berkempen dalam Pilihanraya maka berbagai-bagai jenis janji yang akan dihamburkan kepada kita rakyat jelata.

Tujuannya ialah untuk memikat hati kita, ada janji yang dijanjikan setelah segala yang berkaitan dengannya diambil kira..

Ada janji yang ditabur begitu saja tanpa memikirkan risiko atau implikasi yang akan diterima jika ianya dilaksanakan..

Contohnya dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah berlalu, ada calon yang berjanji "Saya akan berpindah kekawasan ini jika saya menang, supaya rakyat lebih mudah untuk bertemu dengan saya.."

Tapi bila dah menang.. hampeh, bila ditanya kenapa tak pindah ke sini?.. jawabnya "Kesian kat isteri saya.. dia dah biasa dengan suasana di sebelah Pulau tu, susah jugak dia nak terima suasana di sini.."

Lagi satu contoh.. "Meskipun keluarga saya tinggal di Kuala Lumpur, saya berjanji itu bukanlah satu halangan bagi saya untuk meluangkan lebih masa buat rakyat yang memilih saya sebagai wakil Rakyat.. saya akan korbankan waktu untuk keluarga saya demi rakyat..."

Bila dah menang, banyak rungutan diterima dari pengundi mengatakan YB mereka susah nak penuhi jemputan, maka AJK Cabang terpaksalah bertanya.. "Kenapa kurang waktu yang diluangkan buat rakyat?".

Jawapannya ialah.. "Saya ada keluarga di KL, setiap Sabtu dan Ahad saya perlu pulang kepangkuan keluarga saya di KL.. Saya tak boleh nak 24 jam bersama rakyat.."

Ada juga yang berjanji "Saya akan buka sebuah klinik di kawasan bandar ini bagi membantu yang kurang mampu.. Saya juga akan sediakan sekurang-kurangnya dua buah Pusat Khidmat disini jika saya menang.."

Bila dah menang... janji tinggal janji...

Itu adalah sebahagian janji.. janji yang dibuat hanya untuk menyakinkan rakyat..

Bagi PRK Kuala Besut ini pula Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berjanji beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

Semoga beliau mengotakan apa yang dijanjikannya itu.. jangan pula bila dah menang nanti kata "Saya terpaksa mengambil elaun itu untuk digunakan bagi membiayai kos operasi pusat khidmat saya..."

Dan lebih baik rasanya jika beliau mengambil elaun itu dan serahkan kepada beberapa keluarga yang memerlukannya...

Tapi berapa orang rakyat yang akan mendapat faedah dari elaun yang diagihkan itu?.. tentu ianya tidak adil bagi keluarga-keluarga lain yang juga memerlukannya tetapi tidak mendapatnya..Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Kelebihan Che Long ‘senang kkiro, mudah bbaso’

Posted: 10 Jul 2013 07:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Calon PAS, Azlan Yusof (gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Che Long merupakan seorang yang sentiasa bersama para pengundi yang merasai secara mendalam pasang surut kehidupan di Kuala Besut.


Kelebihan ini, menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal memberi saingan kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding Che Long.

"Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon "Senang Kkiro, Mudah Bbaso" bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat sejarah 16:16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN, Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia," uljar beliau dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengamatan beliau, Tuan Ibrahim berkata rata-rata masyarakat di daerah Besut dan seluruh negara mengharap satu rekod sejarah politik tanahair akan tercatat.

"Seandainya PAS memenangi kerusi Kuala Besut, kedudukan kerusi menjadi sama rata 16:16. Ini yang akan menjadi suatu penantian, apakah bentuk kerajaan Terengganu selepas catatan sejarah itu?" soal beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata faktor calon banyak mempengaruhi pengundi di Kuala Besut kali ini.

Keadaan sosioekonomi pengundi yang sebahagiannya terlibat dalam pertanian dan perikanan selain pelancongan, hujahnya, memerlukan wakil rakyat yang sanggup bergelumang susah senang dengan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Che Long yakin menang

Posted: 10 Jul 2013 07:48 PM PDT

BESUT – Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, yakin menang, dengan beri gambaran jelas beliau mampu tewaskan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Walaupun calon Pas pada PRU13 lalu, Napisah Ismail kalah dengan majoriti cukup besar kepada calon BN, Endot atau lebih dikenali Che Long seolah-olah tidak menganggapnya halangan merealisasikan hasrat parti.

Bendahari Pas Kawasan Besut berumur 48 tahun itu turut menunjukkan sikap positif dengan memikirkan kemenangan sebagai laluan kejayaan untuk merebut kerusi N01.

"Biasalah, apabila kita berlawan, apabila kita 'fight', kita kena yakin dulu kita akan menang. Insya-ALLAH, Tuhan akan beri kemenangan kepada kita," katanya selepas Ceramah Perisytiharan Calon Pas di Kampung Nail, Kuala Besut, semalam.

Pada masa sama, beliau akan bergerak mendekati rakyat dengan moto 'Sedia Berkhidmat' sepanjang kempen.

Read More / Baca Lagi >>

Halim Saad saman kerajaan Malaysia RM2 bilion

Posted: 10 Jul 2013 07:46 PM PDT

Taikun, Halim Saad mengambil tindakan saman RM2 bilion terhadap kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional dan bekas menteri berkaitan penyerahan kawalan konglomerat, Renong yang bermasalah kepadanya.
Dalam kenyataan pembelaan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) dan dua lagi defendan, bagaimanapun mempertikai saman Halim dan wajar dibatal berikutan ia terkeluar dari tempoh iaitu melebihi enam tahun dari peristiwa itu.
Ia didakwa bermula pada Ogos 2002 apabila Halim diberitahu, Khazanah Nasional tidak akan melayan tuntutannya untuk bayaran pukal.
Teras tuntutan yang menjadi perbincangan ramai ialah peristiwa yang membawa Halim menyerahkan kawalan Renong dan peranan yang dimainkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli perniagaan saman Ahmad Zahid selepas polis didakwa abai aduan

Posted: 10 Jul 2013 07:40 PM PDT

Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.
Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006
Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.
Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.
"Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari," katanya.
Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.
"Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu  diklasifikasi sebagai 'tiada tindakan selanjutnya'. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.
"Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas."
Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.
"Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemandu desak perubahan lebih radikal perangi rasuah

Posted: 10 Jul 2013 03:05 PM PDT

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri akan mendesak ke arah perubahan lebih radikal dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.
Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam berkata Pemandu mengakui keputusan 2013 Global Corruption Barometer (GCB) yang dikeluarkan Transparency International dan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus mendesak ke arah lebih banyak pembaharuan.
"Tinjauan umum itu jelas menunjukkan masih banyak yang kita perlu lakukan. Kita perlu menggandakan usaha dan terus mendesak ke arah penambahbaikan merangkumi bidang sosial, politik dan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tinjauan umum GCB yang dijalankan di lebih 100 negara mendapati lebih separuh penduduk yang ditinjau di seluruh dunia percaya kegiatan rasuah semakin buruk sejak dua tahun lalu.
Sampel kaji selidik di setiap negara membabitkan kira-kira 1,000 penduduk dan menyimpulkan pengagregatan data dengan gender, pendapatan, kumpulan umur, penduduk bandar atau luar bandar.
Dalam kaji selidik GCB yang dikeluarkan semalam, 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa orang kebanyakan boleh membawa perubahan dalam usaha memerangi rasuah.
Ravindran berkata kaji selidik itu menunjukkan jumlah peratusan memberangsangkan orang ramai yang sedia bekerjasama dalam membasmi rasuah.
"Dengan pakatan kukuh dan pembabitan yang sewajarnya, kita akan mampu mewujudkan desakan awam agar berlaku perubahan yang sangat diperlukan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan

Posted: 10 Jul 2013 03:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.

Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.
Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

"Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat," ujar kementerian itu lagi.

Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk'.

Posted: 10 Jul 2013 02:56 PM PDT

Akta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.
Ini merupakan satu usaha dan perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.
Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu 'expedient' sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik pihak tertentu.
Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.
Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu.
Read More / Baca Lagi >>

Polemik Akta Hasutan Jadikan Najib Makin Keseorangan

Posted: 10 Jul 2013 02:54 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Pertikaian yang semakin berlarutan sejak beberapa lama mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebenarnya makin memeningkan kepala Najib. Bermula dengan penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang dibawah Akta Hasutan selepas pilihanraya umum lalu, episod mengenai mengenai akta ini kini merebak menjadi virus yang menyakitkan bagi Najib. 

Penangkapan yang berturutan dilakukan oleh kerajaan akhirnya menyebabkan pihak pembangkang mendesak Najib tidak lagi menggunakan akta itu kerana beliau sudah berjanji mahu memansuhkannya.

Sementara pihak pembangkang menuntut beliau menyatakan pendirian dan bertegas meneruskan pemansuhan akta yang dijanjikannya sejak Julai 2012 itu, desakan daripada dalam UMNO pula mahukan beliau mengekalkan akta tersebut. Pelbagai pihak dalam UMNO melihat ia masih relevan untuk keharmonian dan keamanan negara.

Bermula dengan Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang bersuara lantang mahukan akta itu terus dikekalkan untuk kepentingan rakyat dan ketenteraman negara, beberapa pemimpin lain dalam UMNO turut berpendirian sama dengan dengan beliau. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim yang baru dilantik menganggotai kabinet juga sependirian dengan Zahid dan tidak setuju dengan Najib yang melantiknya sebagai menteri.

Bebeberapa Ahli Parlimen juga menyatakan pendirian yang sama bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan. Malah bekas Perdana Menteri, Mahathir juga mahu Akta Hasutan terus dikekalkan kerana berpendapat ianya merupakan suatu bentuk percegahan yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.Read More / Baca Lagi >>

Morsi Tak Sempat Laksanakan 3 Tugasan Penting Kerana Rampasan Kuasa

Posted: 10 Jul 2013 02:44 PM PDT

Pertama, Presiden Mursi berencana memencenkan sekitar 6000 orang hakim berusia 60 tahun lebih, dan beliau akan merekrut pegawai-pegawai yang lebih muda. Direncanakan pula penrekrutan 12 ribu hakim pembantu dari sarjana-sarjana terbaik lulusan tahun 2007 – 2012.
Kedua, Presiden Mursi juga merencanakan memencenkan sekitar 5 ribu perwira berpangkat kolonel ke atas. Juga direncanakan percepatan promosi bagi 15 ribu leftenan yang belum bekerja, untuk mengisi kekosongan posisi akibat pemencenan para kolonel itu.
Ketiga, 'Pemutihan' dokumen atau rekaman data kejahatan yang akan berlaku efektif pada 10 Agustus. Tindakan ini direncanakan untuk memberi kesempatan kepada warga yang pernah dieksploitasi oleh Departemen Dalam Negeri Mesir (untuk melaksanakan tindakan-tindakan melawan hukum, termasuk kekerasan) agar memperbaiki diri dan hidup mereka. Sebelumnya mereka di-bully oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri untuk mengikuti perintah (melakukan kejahatan) atau masuk penjara.

Morsi Opponents Killed in Egypt Clashes

Posted: 10 Jul 2013 02:40 PM PDT

Muslim Brotherhood leader's arrest ordered for 'inciting violence'

Posted: 10 Jul 2013 02:38 PM PDT

PRK Kuala Besut: Che Long Komited Membantu Rakyat

Posted: 10 Jul 2013 02:35 PM PDT

PRK Kuala Besut: Biodata Calon PAS

Posted: 10 Jul 2013 08:12 AM PDT


Nama : Haji Azlan @ Endut Bin Yusof
Asal : Kampung Baharu, Kuala Besut (Anak Jati)
Umur : 48 tahun
Pekerjaan
: Ahli Perniagaan Perkayuan
: Seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A
Pendidikan
: Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala Besut
: Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia
Isteri : Cik Zabiah Mohammad (44 tahun)
Anak : 6 Orang
Jawatan Dalam PAS                   : Bendahari PAS Kawasan Besut 

Egypt orders arrest of Brotherhood leader

Posted: 10 Jul 2013 07:42 AM PDT

Jutaan Rakyat Mesir Berterawih Di Dataran Raba'ah

Posted: 10 Jul 2013 07:31 AM PDT

(Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi)

MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.

Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.

Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.

Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.

Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.
Read More / Baca Lagi >>

PETIKAN UCAPAN Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr. Badi'e

Posted: 10 Jul 2013 07:30 AM PDT

Petikan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin, beliau sekarang diburu oleh anjing Askar sekularisme. Moga Allah memelihara Tuan Guru Dr. Badi'e dan seluruh pejuang Ikhwan yang sedang bersolidariti di sana sekarang menuntut supaya DR MORSI di lantik sebagai Pemimpin yang sah.

gambar  Dr. Badi'eI
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allah yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.


Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.


Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 

Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Read More / Baca Lagi >>

‘Jenayah Apabila Berlaku Kepada Rakyat Ia Persepsi, Bila Kena Menteri Ia Realiti’

Posted: 10 Jul 2013 07:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 JULAI : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan peningkatan jenayah sebagai sebab untuk mengembalikan semula Ordinan Darurat(EO).
Menurut Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pengakuan Zahid itu muncul berikutan kediaman seorang menteri kabinet dipecah masuk oleh penjenayah baru-baru ini.
Tegas Azmin, sebelum ini setiap kali perkara berkenaan jenayah ini dibangkitkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan jawapan bahawa ia merupakan satu persepsi.
"Namun semalam semasa sesi penggulungan, menteri menegaskan ia bukan lagi persepsi tetapi kadar jenayah sememangnya tinggi di negara ini.
"Apabila berlaku jenayah kepada rakyat, ia dianggap persepsi tetapi apabila berlaku kepada pemimpin atau menteri, ia adalah realiti," tegas Azmin.
Azmin juga menyoal, adakah dengan pengakuan menteri ini mahu dijadikan alasan untuk kerajaan mengembalikan EO yang telah dihapuskan.
Untuk rekod EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan dakwaan ia tidak bersifat demokratik.
Sejak ia dimansuhkan, kira-kira 2,000 tahanan dibebaskan.
Dalam pada itu, Azmin turut menyelar tindakan Kerajaan Pusat dan anggota polis yang didakwa hanya berdiam diri apabila kes jenayah berlaku kepada rakyat di negara ini.

Rafah masih ditutup, sukarkan warga Palestin

Posted: 10 Jul 2013 07:25 AM PDT


MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu.

Akibat penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.

Ianya termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.

Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin, Dokter Asyrof kepada media.

"Setiap hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Palestin sengsara ekoran konflik di Mesir

Posted: 10 Jul 2013 07:24 AM PDT


KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.

Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.

Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.

"Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)

Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.
Read More / Baca Lagi >>

TIGA SITUASI YANG MENGGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Posted: 10 Jul 2013 07:20 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1069875_203608336464104_1984137295_n.jpg
Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..

Sumber : Akhukum Abdul Malik

Lebih 60 kesan cedera bukti Karuna didera sampai mati dalam tahanan Polis

Posted: 10 Jul 2013 07:16 AM PDT

Suren lagiLebih 60 kesan kecederaan ditemui pada tubuh P Karuna  Nithi yang mati dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendedahkan hasil bedah siasat ke atas mangsa yang dijalankan di Hospital Seremban oleh Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al'idrus.
"Perkara yang paling mengejutkan ialah lebih 60 kesan kecederaan dikenalpasti di seluruh tubuh mangsa," kata Surendran pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kesan luka tersebut ditemui bermula dari bahagian kepala, muka, bahu, dada, pinggang dan seluruh anggota badan mangsa.
"Bermakna mangsa telah didera dengan begitu teruk sehingga menyebabkan kematian," katanya.
"Punca kematian ditulis sebagai kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Ini mengarut. Mana ada orang mati secara tiba-tiba kerana kegagalalan buah pinggang," bidas Surendran.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sokong penubuhan MECD asalkan bebas rasuah – Rafizi

Posted: 10 Jul 2013 07:15 AM PDT

Rafizi_bahas_SPRMPakatan Rakyat sentiasa menyokong penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang bertujuan mempertingkat ekonomi bumiputera selagi ia berteraskan ketelusan, keterbukaan dan bebas rasuah, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
"Untuk rekod Dewan (Rakyat), saya perlu maklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoal satu kementerian yang diberi amanah untuk memajukan dan mempertingkan kedudukan ekonomi bumiputera selagi ia dibuat dengan penuh ketelusan, terbuka dan bebas dari rasuah.
"Apa yang dipersoalkan selama ini adalah keberkesanan agensi-agensi ini kerana tidak nampak bagaimana ada peningkatan mendadak dari segi penglibatan dan juga kemajuan bumiputera seperti yang digariskan kerajaan sendiri," kata Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN pada sidang Parlimen hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Operasi Tanpa Lesen: PR Persoal Layanan Istimewa PM Kepada Malindo Air

Posted: 10 Jul 2013 07:14 AM PDT

pesawat-malindo-air copy
KUALA LUMPUR, 10 JUL : Seorang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) hari ini mempersoalkan layanan istimewa Kerajaan Pusat terhadap Malindo Air meskipun audit kelayakan ke atas syarikat penerbangan tersebut untuk memperoleh Lesen Perkhidmatan Udara belum selesai.
Malindo Air dilancarkan tahun pada 12 September 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedangkan tarikh operasinya diumum pada Mei 2014.
Sedangkan menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbang Awam (DCA) itu hanya diberikan pada 28 Februari lalu.
Katanya, tindakan itu sama sekali bercanggah dengan kenyataan Menteri Pengangkutan sebelum ini berhubung kriteria pemberian lesen perkhidmatan udara iaitu 'lulus dalam menjalani audit teknikal'.
"Maksudnya Najib melancarkan dan mengumumkan tarikh operasi sebelum DCA dapat menjalankan audit ke atas kelayakan syarikat tersebut untuk memperoleh lesen berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: