Khamis, 18 Julai 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


kes menteri samseng dalam negeri tibai bisnesman selesai di luar mahkamah...agaknya berapa duit si zahid haramjadah jolok kat mamat tu untuk settle ini kes...????

Posted: 18 Jul 2013 04:17 AM PDT

Kes saman seorang ahli perniagaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini didakwa memukulnya, diselesaikan di luar mahkamah.

Ia berikutan kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Peguam kepada Menteri Dalam Negeri itu, Datuk Shamsul Bahrin memberitahu pemberita pampasan akan diputuskan untuk dibayar tanpa campur tangan peguam kedua-dua pihak.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. - 18 Julai, 2013.

Zahid tiba di mahkamah jam 2.30 petang dengan diiringi polis tetapi enggan memberi sebarang ulasan kepada pemberita.

Amir Bazli Abdullah turut mengesahkan mereka mencapai persetujuan itu.

"Saya berpuas hati tetapi tidak boleh mendedahkan butirannya," kata beliau.

Peguamnya, Karpal Singh, berkata Hakim Rohani bertindak sebagai perantara kepada Ahmad Zahid dan Amir Bazli dalam pertemuan 90 minit itu tanpa kehadirannya.

Beliau berkata, tarikh perbicaraan pada 27 Ogos depan Hakim Mahkamah Tinggi batal berikutan persetujuan

Amir memfail saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 dengan mendakwa bekas timbalan menteri itu menumbuknya di muka di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang pada 16 Januari 2006.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights. 18 Julai, 2013.

Ahmad Zahid bagaimanapun menafi semua tuduhan berkenaan.

 

 

penyapu sial

 

 

banyak atau sikit tak jadi hal...tapi kes berlagak sudah berlaku...x payah nak nafi itu dan ini...yang penting taiko nie dah belasah orang...apa yang kita takut ...ada putar belit...biasalah kalau otak UMNO...kalau tak membelit bukan UMNO namanya...silap silap duit tak dapat ...blackmail yang dapat...almaklum lah mamat tu bisnessman...apa apa perlu kelulusan kerajaan untuk meneruskan perniagaannya...

ahmad said bela penyamun tanah UMNO.... Wakil rakyat Umno berhak dapat tanah katanya....bapak penyamun luluskan perompakan tanah kepada gerombolan penyamun....rakyat trengganu mampos tiada tanah....pakat pakat ajak rakyat hidup bawah jambatan nampak gayanya....!!!!

Posted: 17 Jul 2013 06:25 PM PDT

Kerajaan Terengganu tidak akan menarik balik tanah yang dianugerah kepada empat orang pemimpin Umno Besut bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat, kata Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Terengganu itu berkata wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain dan mereka memiliki satu hektar tanah setiap seorang diBukit Dendong dan Mukim Tembila di Besut.

"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat, dia berhak minta. Apa salahnya, dia dapat secara (yang betul).

"Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot.

"Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," memetik kenyataan beliau 

Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sebagai menteri besar pada 2008.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Kuala Besut pagi ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan mereka memulangkan semula tanah itu.

Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan'.

Beliau mendakwa tanah berkenaan diberi ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh.

Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah ialah Ahli Parlimen Besut ketika itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan Adun Hulu Besut Nawi Mohamad.

Nawi yang juga Adun Hulu Besut pada Isnin lalu mengakui beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri

 

 

penyapu sial

 

 

jasa amendernya mat said @ mat sial oooiiii....itu perompakan namanya...dah pulun gaji dan pelbagai elaun serta dapat jawatan dalam syarikat ( GLC ) itu dan ini tak cukup kah lagi...hak rakyat hang semua pii pulun...rakyat nak mohon tanah susah nah nak dapat...hang senang senang pi bagi tanah kat depa....depa semua tu dah kaya raya...inilah bala bila pilih pemimpin yang suka mengambil kesempatan hak rakyat...

aku pikir kita semua rakyat baik pakat pakat buat rumah bawah jambatan....!!!!

bonus kerajaan UMNO-BN kepada rakyat yang mengundinya.....1,079 Kamera AES Akan Dipasang Di Seluruh Negara...tahniah kerana anda seorang yang banyak duit untuk di faraidkan kepada kerajaan penyamun ini....!!!!

Posted: 17 Jul 2013 05:58 PM PDT

Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi.

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013. -TMI

Tiada ulasan: