Ahad, 28 Julai 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ehem ehem dalam Kereta Peronda .. Cif Inspektor dipenjara 14 tahun 10 sebatan

Posted: 28 Jul 2013 09:45 PM PDT

  • Polis dihukum lakukan seks oralIshak dibawa keluar dari mahkamah, semalam.


KOTA BHARU - Seorang pegawai polis peronda menerima padah apabila mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan ke atasnya kerana mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajar tingkatan tiga empat tahun lalu.
                       
Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha terhadap Ishak Mahmud, 49, yang juga pegawai  berpangkat Cif Inspektor bertugas di sebuah balai di Pasir Puteh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
        
Mengikut pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis di  Kampung Air Terjun, Pasir Puteh jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.
  
Mengikut pertuduhan kedua, Ishak pada tarikh dan waktu yang sama didakwa menggunakan kekerasan  jenayah dengan niat hendak mencabul  kehormatan mangsa.
   
Bagaimanapun hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua.    
    
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin meminta mahkamah mengambil kira faktor kedua-dua kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius.
   
"Sepatutnya sebagai seorang polis menjadi pelindung. Saya memohon  mahkamah ambil kira kesan trauma yang dialami pengadu sebelum membuat keputusan," katanya.
   
Peguam tertuduh, Datuk Mohd Shukri Mohamad meminta mahkamah  untuk penangguhan hukuman bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
        
Azman membenarkannya jaminan RM15,000 dengan syarat dijamin isterinya.

Tiada ulasan: