labun KulupSakah... |
Malaysia negara pembunuh anak OKU Terlantar Posted: 27 Jul 2013 01:28 AM PDT Malaysia negara pembunuh anak 'OKU Terlantar'? Oleh: RONASINA Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008- 'Orang Kurang Upaya' diklasifikasikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Kategori OKU Menurut perangkaan Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih sepuluh peratus penduduk di dalam sesebuah negara adalah Orang Kelainan Upaya (OKU). OKU pula terbahagi kepada tujuh kategori mana di dalam tujuh kategori tersebut terpecah pula kepada beberapa bahagian. Di antaranya kategori cacat anggota tetapi boleh berfikir dan mengurus diri, cacat anggota tetapi tidak boleh mengurus diri, cacat akal tetapi masih boleh menguruskan diri dan ada juga cacat akal serta tidak mampu menguruskan diri serta lain-lain lagi kategori. Di Malaysia menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir tiga juta orang didaftarkan sebagai OKU. Di antara kategori ini terdapat apa yang dipanggil 'OKU Terlantar' yang mana anak ini dilahirkan terlantar, terencat perkembangan dan pembesaran malah tidak mampu menguruskan diri. Ibu bapa atau penjaga anak OKU kategori ini jika berdaftar akan mendapat elaun sebanyak RM300 setiap bulan. Manakala yang tidak berdaftar disebabkan berbagai-bagai kesulitan juga ramai seperti tiada bapa sama ada sudah meninggal dunia atau lari, tiada kenderaan dan lain-lain. Apakah elaun yang diberikan ini telah dapat menyelesaikan masalah kebajikan anak-anak ini? Apakah bantuan wang ini telah 'menutup buku' permasalahan yang membelenggu? Tahukah kita setiap tahun berapa ramai anak OKU Terlantar lahir? Di Australia kajian menunjukkan setiap seribu kelahiran akan ada dua kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy (Lumpuh Otak). Berapa ramai pula anak OKU Terlantar mati saban tahun? Mengapa mereka mati? Kebanyakan mereka mati kerana potensi diri semakin lama semakin merosot. Tahap kesihatan mereka merudum bermula dengan kerosakan anggota seperti kekejangan sendi, tulang belakang membengkok (scoliosis), gangguan saraf sehingga kerap diserang sawan berbahaya dan juga jangkitan kuman terhadap paru-paru dan otak yang langsung membawa maut. Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini kerana, di Malaysia tidak diperuntukkan sekolah khas bantuan penuh kerajaan untuk anak-anak kategori OKU Terlantar ini. Anak-anak ini dinafikan hak untuk bersekolah. Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan Tahukah anda bahawa setiap kanak-kanak di dunia berhak mendapat pendidikan mengikut keupayaan potensi mereka? Inilah dasar 'No Child Left Behind' (Tiada kanak-kanak keciciran) yang diamalkan di negara-negara maju di mana setiap kanak-kanak tidak kira warna kulit atau bagaimana keadaan mereka sama ada normal atau mengalami kecacatan wajib dibenarkan mendapat pendidikan. Di negara Scandinavia atau di Lingkaran Artik (Sweden, Norway, Denmark dan Finland) contohnya, mereka menyediakan sekolah khas harian percuma untuk anak-anak OKU Terlantar. Lengkap dengan sukatan pelajaran dan kaedah yang sistematik beserta tenaga pengajar dan pembantu yang cukup terlatih. Baca seterusnya di http://www.keadilandaily.com/malaysia-negara-pembunuh-anak-oku-terlantar/ |
Posted: 26 Jul 2013 08:53 PM PDT Semalam Jumaat, aku semput. Lima kali aku sedut ventolin milik An-Nur. Barangkali jangkitan semasa menjaga di wad tempoh hari. Waktu menjaga An-Nur hari itu aku kena selesema. Seluruh badan sakit. Aku korbankan puasa bukan kerana aku tidak tahan tetapi aku terpaksa mengambil ubat cegah segera sebelum virus itu singgah di An-Nur. Mujur An-Nur tidak dimasukkan antibiotik dan keluar selepas tiga hari. Tetapi aku yang lelah dan mengah. Mendukung An-Nur saja buat dada aku sempit. Setiap dua jam aku rasa nafas pendek. Paling sakit apabila aku cuba batuk untuk keluarkan kahak yang pekat di paru-paru, batuk menekan urat-urat keliling kepala. Sham berniaga. Itu kepandaiannya. Aku tidak boleh menjaja. Aku hanya pandai memegang pen dan warna. Lalu aku ambil tugas menjaga An-Nur. malam tadi sepulang dari berniaga Sham menemani aku ke klinik. Aku ambil nebuliser dan diberi beberapa ubat termasuk antibiotik. Hari ini bukan aku tak mampu bertahan untuk berpuasa. Semalam aku bertahan walaupun lima kali aku sedut gas. Tapi hari ini aku korbankan untuk memenuhi dos ubat agar aku tak semput. Agar aku boleh dukung An-Nur, mandikan dia, suapkan susu dan nasi. Dan Sham berhujan panas mencari rezeki. Aku mencari rezeki dengan karya yang bakal terbit tak lama lagi. Inilah kita. Mencari rezeki. Aku tidak menghitung lagi hari ke berapa puasa... Lalu aku teringat puisi Wiji Thukul:- Dengan Apa Kutebus Anakku anak kami lahir kemarin semalam di rumah sakit di bangsal murah ya di bangsal murah berjubel bersama bayi-bayi lain di bangsal murah ya di bangsal murah pagi ini mestinya aku di sana membantu binniku cucicuci popok atau memapahnya ke kamar mandi tapi mana bisa sebab aku harus berangkat kerja tak kerja tak terima upah tak punya uang dengan apa kutebus bayiku? hari ini mestinya aku di sana membopong bayiku yang dikembani jarik agar biniku bisa enak beristirahat tapi mana bisa sebab jam delapan tepat aku harus sudah tiba di tempat kerja kerja ya kerja tak kerja tak terima upah tak punya uang dengan apa kutebus bayiku? sekarang aku mestinya di sana mencium pipi bayiku yang merah memeluk biniku yang masih lelah tapi aku tak bisa sebab aku harus lembur aku lelah aku lelah anak kami lahir kemarin malam di rumah sakit di bangsal murah ya di bangsal murah berjubel bersama bayi-bayi lain di bangsal murah ya di bangsal murah karena kami buruh bayi kami berjubel di bangsal murah tidak seperti bayi di ruang sebelah ruangannya lain baunya lain hawanya lain cahayanya lain kamarnya lapang suasananya tenang karena kami buruh bayi kami berjubel di bangsal murah jejer jejer seperti para korban perang kata perawat yang kemarin malam tugas jaga tarif kamar bayi kami itu murah tapi tetap masih mencekik juga sebab untuk nebus bayi kami kami harus mengganti dengan kerja 8 jam x 40 hari 8 jam setiap hari 8 jam dari umur kami setiap hari dicuri puluhan tahun kami bekerja setiap hari kalian merampas sarinya sari-sari peluh kami kalian terus peras kami kalian terus peras sari-sari bebuahan vitamin susu dan gizi-gizi yang dibutuhkan tulang-tulang otot dan jantung bayi buah hati kami kampung kalangan 26/5/94 bakal terbit! |
You are subscribed to email updates from RONASINA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan