Khamis, 25 Julai 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Lagu raya M.Nasir 'Suatu Hari Di Hari Raya' sempurna?

Posted: 24 Jul 2013 04:08 AM PDT

Hari raya Aidil Fitri adalah hari perayaan umat Islam seantero dunia bermula pada 1 hari bulan Syawal setelah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Ia disambut sebulan dan kemeriahan Aidil Fitri ini adalah magika yang sungguh luar biasa. Sambutannya mengikut bentuk acuan adat dan budaya sesuatu kaum dan komuniti atau lebih besar sesebuah negara. Betapa agama Islam itu indah meresapi setiap urat nadi manusia tanpa mengenal sempadan bangsa dan negara.

Tidak terkecuali di Malaysia, banyak lagu raya menggambarkan suasana meriah hari mulia ini. Sehebat mana pun diasak arus kemodenan, keajaiban Syawal langsung sahaja mengembalikan fitrah manusia untuk kembali ke akar budaya dan agamanya. Sejauh mana pun berada apabila fajar Syawal terbit, fitrah akan terusik menikmati kesyahduannya.

Lagu-lagu raya kita menceritakan tentang keghairahan anak rantau kembali ke desa bertemu orang tua dan berkumpul bersama keluarga, kegembiraan kanak-kanak mengumpul duit raya dan bermain mercun, hidangan makanan tradisi seperti ketupat, lontong, wajik dan dodol yang dinanti-nantikan.

Digambarkan juga betapa sedihnya jika hari raya tanpa ibu bapa dan keluarga, anak rantau yang tidak dapat pulang berhari raya, kehilangan kekasih dan bermacam-macam lagi. Penulis lagu raya telah menggambarkan semua 'cara' menyambut ritual ini. Suka mahu pun duka. Ia adalah tradisi amalan turun-temurun.

Ke semua elemen yang disebutkan tadi telah dirangkumkan dengan sempurna oleh M.Nasir di dalam lagu 'Suatu Hari di Hari Raya'. Jiwa kesenimanan M. Nasir bijak memasukkan konsep hubungan sesama Allah (Hablulminallah) dan hubungan sesama manusia (Hablulminannas), dengan gabungan tema fizikal dan spiritual dalam konteks Islam, iman dan ehsan di dalam lagu yang sudah berusia tiga puluh tahun

Baca seterusnya di jalantelawi.com/2013/07/lagu-raya-yang-sempurna/

Tiada ulasan: