Kerabu Bersuara ® |
- Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib
- Hadi Ho ketuai siasatan cubaan bunuh pengerusi MyWatch
- Soal Jawab Agama Siri 62 (Air Mazi , Air Wadi, Jenis-jenis Najis, Anak Derhaka, Dam Haji Dan Lain-lain)
- Khutbah Yang Menggoncang Dunia!
- Penganjur Ratu Cantik Serang Pejabat JAWI?`
- Erra Fazira Minta Peserta Ratu Cantik Akur Larangan
Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib Posted: 28 Jul 2013 06:14 AM PDT Ahad | 28 Julai 2013 | 02.18 petang Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib dikeluarkan semalam khasnya selepas pembunuhan beramai-ramai awal pagi 27 Julai berhampiran Raba'ah. Antara isi kandungan penting kenyataan beliau: - Al-Azhar mengutuk dengan keras dengan korban yang berlaku dan ia telah merosakkan segala usaha untuk mengadakan usaha damai (musolahah). - Al Azhar meminta kerajaan sementara ini mendedahkan segera hasil siasatan berkaitan peristiwa serta mengenakan hukuman segera kepada mereka yang bersalah. - Al Azhar menyeru semua untuk memulakan inisiatif bagi duduk di meja dialog tanpa meminggirkan mana-mana pihak bagi keluar dari krisis ini. - Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila bertembung dua orang muslim dengan senjata mereka, pembunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka." Semoga Allah SWT memelihara Mesir dan menjauhinya dari keburukan fitnah. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" |
Hadi Ho ketuai siasatan cubaan bunuh pengerusi MyWatch Posted: 28 Jul 2013 04:45 AM PDT Siasatan polis berhubung cubaan membunuh pengerusi Mywatch, pemerhati antijenayah, R.Sri Sanjeevan di Negri Sembilan semalam akan memberi perhatian terhadap dakwaannya dalam twitter sebelum ini bahawa seorang anggota polis merekrut anggota sindiket untuk melepaskan tembakan ke rumahnya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara ini adalah antara beberapa aspek polis Bukit Aman akan menyiasat kes itu sehingga ke akar umbi. Khalid berkata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai pasukan petugas khas bagi menyelia siasatan itu sambil berharap Sri Sanjeevan segera sembuh untuk membantu polis. "Saya beri jaminan kepada keluarga mangsa dan orang awam bahawa siasatan polis akan dibuat dengan teliti dan melihat kepada semua aspek termasuk apa yang didakwa SS (Sri Sanjeevan) sebelum ini," kata Khalid dalam twitternya. Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok. Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan. Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he'll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!". (Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga) Sementara itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan melawat Sri Sanjeevan di Hospital Seremban di mana keadaannya disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil. Dalam tweetnya, Musa berkata keselamatan awam boleh dipastikan jika integriti polis kekal utuh. Beliau berharap polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk menjejak mereka yang terlibat dalam insiden tembakan kerana Sri Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman sebelum ini. - Bernama, 28 Julai, 2013 |
Posted: 28 Jul 2013 01:28 AM PDT Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Soal Jawab Agama Siri 62 adalah menjelaskan persoalan air mazi tidak batalkan puasa, perbezaan air wadi dan air mazi, jenis-jenis najis, anak derhaka, dam haji, bersetubuh dibulan Ramadan dan doa kepada suami. 596. Soalan : Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani.Sekarang saya dapat bezakan di antara air mani dan Air Mazi. Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah mani. Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa. Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka. Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya ganti / qada yang semakin meningkat hanya kerana perasaan ragu-ragu tersebut.? Jawapan : 1) Puasa saudari adalah sah dan tidak perlu di qada ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar Air Mazi akibat terangsang. 2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sudari sudah tentu tergugat dan berkurangan jika Air Mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya seseorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat... Untuk makluman, Air Mazi adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan Air Mani pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani). Air Mani adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan Air Mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air Mazi adalah najis dan perlu dibasuh sedangkan air mani pula jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran. Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia adalah Air Mazi yang keluar disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah SWT menyebut dalam hadis Qudsi :- يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ من أَجْلِي الصِّيَامُ لي وأنا أَجْزِي Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 ) Amat jelas lagi terang Allah SWT inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual. Jika benar, ia adalah Air Mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan saudari agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertaubat. Semoga diampuni Allah SWT di bulan pengampunan ini. Nota : Beza Air Mazi dengan keputihan. Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat terangsang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa. Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan cecair apakah yang dimaksudkan. 597. Soalan : Ustaz adakah pendapat ulama yang menjelaskan Air Wadi dan Air Mazi itu suci? Mohon penerangannya. Jawapan : Ulama menjelaskan bahawa bahawa Air Wadi dan Air Mazi adalah najis. 1. Air Wadi : Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing.. Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya Air Wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti Air Mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat. Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala Air Wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik) 2. Air Mazi : Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis . Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat. Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan banyak lagi sebab kenapa Air Mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya Aair Mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar, ini juga adalah sejenis Air Mazi. Pandangan Air Mazi menurut Mazhab - Semua ulama bersetuju yang Air Mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena Air Mazi tadi.Air Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam. Di wajibkan untuk Mandi Wajib adalah semata-mata kerana keluar Air Mani saja, jika keluar Air Wadi dan Air Mazi tidak perlu Mandi Wajib hanya dibasuh tempat keluarnya Air Wadi dan Air Mazi. Air Mazi adalah air (cairan) yang keluar kerana rangsangan seksual. Sedangkan Air Wadi iaitu cairan yang keluar ketika kencing (buang air kecil). Ketetapan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhahu, bahawasanya ia berkata: "Aku adalah seorang yang mudah keluar air mazi, sehingga di musim sejuk pun aku tetap mandi besar sampai punggungku sakit kerananya. Kemudian aku mengadukan hal itu kepada Nabi SAW. lalu baginda bersabda : "Jangan kau lakukan! Bilamana engkau mendapatkan Air Mazi, maka cucilah zakarmu dan berwuduklah untuk solat" 597. Soalan : Bolehkan ustaz huraikan apakah jenis-jenis najis yang terdapat dalam hukum feqah dan cara-cara membasuhnya jika sekiranya baju atau seluar kita terkena najis tersebut.? Jawapan : Dalam hukum feqah terdapat 3 jenis najis iaitu : 1. Najis Mughallazah (berat) iatu najis anjing dan babi. 2. Najis Mutawassitah (pertengahan) iaitu najis selain najis anjing dan babi dan selain air kencing kanak-kanak lelaki berumur bawah 2 tahun yang tidak makan kecuali susu manusia. 3. Najis Mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu (manusia) sahaja. Cara-cara membasuh najis-najis tersebut : 1. Najis Mughallazah.(berat) Tempat yang terkena najis tersebut hendaklah dibasuh dengan 7 kali air dan air basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah. Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Bila seekor anjing minum dari wadah milik kalian, maka cucilah 7 kali." (Hadis Riwayat Bukhari 172, Muslim 279, 90). Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya wadah kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Dan menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah." (HR Muslim 279, 91, Ahmad 2/427) Maka seluruh ulama sepakat bahwa air liur anjing itu najis, bahkan levelnya najis yang berat (mughallazah). Sebab untuk mensucikannya harus dengan air tujuh kali dan salah satunya dengan menggunakan tanah. Ulama telah mengqiyaskan babi dengan anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaan daripada anjing. 2. Najis Mutawassitah (pertengahan) Contoh najis-najis mutawassitah adalah seperti air kencing dan tahi manusia, tahi haiwan dan darah manusia dan darah haiwan. Tidak wajib basuh berulang-ulang kali sekirannya najis tersebut boleh hilang hanya dengan sekali basuhan. Cara menyucikan najis Mutawassitah adalah dengan alirkan air ke atasnya dan hilangkan kesan-kesannya sehingga hilan 'ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya seperti warna, rasa atau bau samaada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Tetapi tidak mengapa jika warna masih kekal disebabkan susah untuk hilangkan seperti darah. Dari Anas bin Malik, katanya : "Apabila Nabi SAW keluar (ke kawasan lapang) untuk menunaikan hajatnya (buang air) , aku datangkan kepadanya air. Lalu baginda membasuh dengannya." (Hadis Riwayat Bukhari) 3. Najis Mukhaffafah (ringan). Najis Mukhaffafah adalah najis yang ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur 2 tahun dan tidak makan kecuali susu manusia sahaja. Daripada Ummu Qis binti Mihsan r.a : Beliau menemui Rasulullah SAW dengan membawa anak lelaki kecil yang tidak makan apa-apa makanan. Lalu anak tersebut kencing di atas baju baginda. Baginda menyuruh supaya di datangkan air lalu merenjis-renjiskan tanpa membasuhnay (mengalirkan airnya) (Hadis Riwayat Bukhari (2021) dan Muslim (287)) 598. Soalan : Saya mempunyai dua persoalan yang ditanya oleh rakan saya, bolehkan ustaz tolong jelaskan persoalan tersebut : Soalan (1): Seorang anak yang dikenalpasti sebagai anak durhaka (kerana telah memboikot ayah kandungnya sendiri serta memaki hamun dan mencaci ayahnya dengan perkataan2 yang keterlaluan), adakah anak tersebut masih dikategorikan sbg durhaka jika si ayah yg menerima cacian itu redha dengan perbuatan anaknya itu serta sentiasa mengampuni dosa-dosa anaknya lantaran terlalu kasihnya terhadap anaknya itu? Soalan (2): Orang yang megerjakan haji tamathuk diwajibkan dam. Bagaimanakah keadaan orang tersebut jika dia tidak membayar dam samaada dalam bentuk penyembelihan binatang semasa di tanah suci ataupun berpuasa seperti yang dituntut? Perkara ini berlaku adalah disebabkan kejahilannya dalam bab hukum hakam haji. Sekian, terima kasih. Jawapan : 1. Anak tersebut tetap anak menjadi anak dehaka jika beliau tidak mohon ampun kepada ayahnya. Tak akan bau harum syurga. Jika hati ayahnya terdetik marah walaupun lidahnya kata dia maafkan. Jika nak bebas dari "pangkat anak dehaka" perlu minta maaf terus kepada ayahnya sebelum beliau meninggal dunia. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :" Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang" (Hadis riwayat Anas bin Malik) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah" (Hadis Riyawat Imam Bukhari ) 2. Dam hanya dikenakan sekiranya anda meninggalkan sesuatu perkara yang wajib atau melanggar sesuatu larangan. Untuk menjelaskan lagi secara ringkas iaitu dam, dari sudut bahasa bererti darah. Dari sudut istilah pula ia bermaksud menyembelih binatang ternakan (seperti unta, lembu, kambing) sebagai denda kerana meninggalkan sesuatu yang wajib atau melanggar sesuatu yang dilarang dalam masa mengerjakan ibadat haji dan umrah. Ertinya, seseorang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika dalam masa berihram diwajibkan dam. Seseorang yang meninggalkan wajib haji dan umrah diwajibkan dam. Seseorang yang luput wukuf di Arafah selepas berniat ihram wajib dikenakan dam. Seseorang meninggalkan tawaf wada' tanpa uzur syar'i wajib dikenakan dam. Seseorang yang melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji juga dikenakan dam. Seseorang yang terhalang dalam menyempurnakan baki rukun haji atau umrah kerana sebab-sebab tertentu (ihsar), dikenakan dam. Dam juga dikenakan sebagai syarat wajib haji apabila seseorang melaksanakan haji tamatuk atau Qiran. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: "Dan sempurnakan ibadat Haji dan Umrah kerana Allah SWT. Maka sekiranya kamu dikepung (iaitu ihsar dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah di dapati. Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Dam tertib dan taqdir. Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala taqdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang mengerjakan haji Tamatttu' atau Qiran, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak). Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau ada sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih dam. Kemudian apabila kamu kembali aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan ibadat haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing) yang semuanya itu 10 hari yang sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidil Haram (Makkah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksa-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya)." 599. Soalan : Jika berlaku persetubuhan antara suami isteri pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa kerelaan isteri, adakah kafarah yang dikenakan itu hanya kepada suami atau kedua2nya sekali? Begitu juga dalam kes persetubuhan yang berlangsung semasa si isteri sedang haid. Bagaimanakah kafarahnya? Jawapan : Jika berlaku persetubuhan di antara suami isteri pada siang hari di bulan Ramadan maka diwajibkan Kaffarah Al-Uzma . Kaffarah Al-Uzma iaitu : 1. Membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah 2. Berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah 3. Memberi makan kepada 60 orang yang miskin. Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan Ramadan dengan bersetubuh dengan sengaja. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW. "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW katanya: "Celaka aku, wahai Rasulullah." Nabi SAW berkata: "Apakah yang mencelakakan engkau?" Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan." Rasulullah SAW berkata: "Sanggupkah engkau memerdekakan hamba?" Jawab lelaki itu: "Tidak sanggup". Rasulullah SAW berkata: "Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?" Jawab lelaki itu: "Tidak mampu." Kata Rasulullah SAW." Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?". Jawab lelaki itu: "Tidak". Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi SAW dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahkanlah kurma ini" Kata lelaki itu: "Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi SAW tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim) Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan. Jika beliau tidak mampu melaksanakan kaffarah pertama dan kedua maka wajib beliau tunaikan kaffarah ketiga iatu memberi makan 60 orang miskin. 600. Soalan : Saya hendak bertanya berdosakah seorang isteri apabila dia berdoa kepada Allah SWT supaya suaminya pergi dalam hidupnya setelah dia mandapati suaminya itu bukan seorang soleh yang boleh membimbing dia ke syurga? Jawapan : Seorang isteri tidak boleh berdoa supaya suaminya pergi dalam hidupnya kerana seorang isteri yang solehah sentiasa mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada suaminya., Seorang isteri boleh berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hidayah kepada suami supaya dia jadi suami yg soleh dan dapat membimbing dirinya dan anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Perlu diingat bahawa Isteri tidak bertanggungjawab terhadap dosa suami tapi suami akan bertanggungjawab dosa isteri jika dia tidak ajar isteri jalan kebenaran. Sebagai isteri kita perlu saling nasihat menasihat dan tegur menegur supaya dia kembali kejalan yang benar. Contoh isteri yang solehah dan sabar adalah Asiah isteri kepada Firaun yg kafir, zalim dan kejam. Isteri masih tetap boleh menjadi solehah dan akan memasuki syurga sekiranya dia solat, puasa, taat pada suami dan menjaga kehormatan. http://abubasyer.blogspot.com/2013/07/soal-jawab-agama-siri-62-air-mazi-air.html |
Khutbah Yang Menggoncang Dunia! Posted: 27 Jul 2013 09:09 PM PDT "Syam(Syria) bumi yang sering di sebut di mana akan berlaku pertempuran yang dasyat antara kaum Muslimin dan musuh2nya..."-Syaikh Al 'Arifi. Doakan kejayaan para Mujahidin disana. |
Penganjur Ratu Cantik Serang Pejabat JAWI?` Posted: 27 Jul 2013 07:50 PM PDT Siapa yang bersalah dalam hal ini? Kita patut salahkan diri sendiri kerana kita yang menyumbang kepada masalah ini. Mengapa perundangan Islam tidak punya kuasa? Mengapa pihak JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA tidak mampu berbuat apa-apa? Itu kerana kita rakyat Malaysia yang mengangkat perundangan kafir ciptaan barat hingga jatuhnya perundangan Islam. Undang-undang Islam dipermainkan, diperolok-olokan oleh orang melayu itu sendiri. Tetapi apabila timbul isu sebegini, orang yang mempermainkan hukum Allah, yang menyokong perundangan kafir barat inilah yang mahu tunjuk hero kononnya sebagai 'Pembela Islam' tanpa mahu menyuluh dirinya sendiri. Adakah kita fikir semua ini akan selesai selagimana sistem perundangan tidak ditukar? Salahkan diri kalian kerana menyumbang dan berterusan menyokong sistem yahudi. Apa kita lakukan, akan ditanya Allah. Mahkamah Allah itu ADIL. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan. Jangan fikir kita terlepas. |
Erra Fazira Minta Peserta Ratu Cantik Akur Larangan Posted: 27 Jul 2013 04:21 PM PDT Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada meyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 (MMW2013). Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam. "Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang. "Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri. "Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya. Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan. Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu. Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20. Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan tersebut. Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam. Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam. "Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian. "Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat. "Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga IQ kita," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan