Kelab Greenboc |
- MP Simpang Renggam Pengecut, Tak Berani Ulang Tuduhan Terhadap Anwar Di Luar Parlimen
- Enggan Siar Secara Lansung Pengiraan Undi, SPR Merancang Penipuan Lagi
- [VIDEO & GAMBAR] "Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"
- [TERKINI MESIR] 3 Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera Mesir
- [VIDEO] Penyokong Dr.Mursi Berhimpun Di Bandar Nasr, Dunia Kecam Kudeta Tentera
- Fanpage TV3 DIserang Kerana Gelar Dr.Mursi Sebagai Diktator
MP Simpang Renggam Pengecut, Tak Berani Ulang Tuduhan Terhadap Anwar Di Luar Parlimen Posted: 06 Jul 2013 12:51 AM PDT Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Liang Teck Meng (gambar) yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai akaun pesisir luar bernilai RM322 juta tidak bersedia untuk mengulangi tuduhannya di luar Parlimen - di mana beliau tidak akan diberikan perlindungan undang-undang. "Pendedahan" Ahli Parlimen Simpang Renggam itu di Parlimen Selasa lalu, menimbulkan keraguan apabila beliau dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini, enggan menyahut cabaran untuk mengulangi tuduhan itu. Liang ketika membahaskan ucapan Yang Dipertuan Agong, memberitahu Parlimen Anwar mempunyai lebih RM332 juta dalam akaun di 20 bank di Israel, China, Amerika Syarikat dan Singapura. Beliau mendakwa maklumat itu diperolehi berdasarkan kepada saluran Wikileaks. Anwar dalam respon segeranya mencabar Liang mengulangi tuduhan itu di luar Parlimen di mana beliau tidak lagi diberikan imuniti terhadap tindakan tuntutan undang-undang. "Mengapa perlu saya memberi respon? Mereka mengalih fokus ucapan saya. Saya bercakap mengenai keselamatan negara," katanya hari ini. Beliau juga menegaskan untuk berpegang kepada kenyataannya dan tidak akan menarik balik tuduhan itu. Liang sudah pun memberikan dokumen mengenai akaun bank berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menyiasat tuduhan itu. Semalam, Liang tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataannya apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memintanya menjelaskan tuduhan terhadap Anwar selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) meminta Liang meminta maaf. Liang memberitahu Parlimen beliau akan berbuat demikian hanya jika penyiasatan mendapati tiada elemen campur tangan asing seperti didakwanya. Rabu lalu, Ahli Parlimen PR, Jeff Ooi memfailkan usul memohon Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana menyalahgunakan keistimewaan Ahli Parlimen. Anwar berkata, tuduhan itu tidak berasas dan mendakwa tiada langsung perkara itu dalam Wikileaks. "Ia dimulakan oleh blogger Umno dan kemudian disiarkan Utusan Malaysia," katanya. -TMI
|
Enggan Siar Secara Lansung Pengiraan Undi, SPR Merancang Penipuan Lagi Posted: 05 Jul 2013 11:01 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpandangan bahawa cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak perlu diadakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding berada di dalam bilik pengiraan undi. Beliau berkata SPR merupakan sebuah badan bebas dan sekiranya RTM ingin merekodkan proses pengiraan undi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM. "Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain. "Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman. Kita akan bincang (untuk pilihan raya kecil yang akan datang) ," katanya pada sidang media di sini hari ini. Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut. Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil. -Bernama Ulasan GB Keputusan SPR menolak cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini meyakinkan kepada rakyat bahawa SPR memang merancang penipuan di dalam setiap kali pilihanraya, dan kali ini di PRK Kuala Besut pula. Alasan bahawa sekiranya SPR menerima cadangan Menteri Penerangan dan Komunikasi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM adalah alasan yang amat dangkal sekali. Ia adalah satu jawapan yang memperbodohkan rakyat jelata. SPR ingin melakukan kerjanya di dalam suasana yang tidak telus apabila menolak cadangan RTM untuk merekodkan proses pengiraan undi dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman. Pakatan Rakyat perlu bantah tindakan SPR ini. Tetapi mengapa masih membisu dan senyap-sepi? |
[VIDEO & GAMBAR] "Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden" Posted: 05 Jul 2013 07:45 PM PDT Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam. Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya. Dalam ucapannya seperti disiarkan Al-ahram, Badie menyatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari kumpulan yang berbezaa. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta penyokong Mursi. Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berperlembagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya. Badie turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan kembali ke rumah hingga kedudukan Mursi sebagai Presiden dikembalikan. Di dalam perhimpunan aman oleh kumpulan pro-Mursi yang dihadiri oleh jutaan manusia di Rabaa tersebut, dilaporkan bahawa 17 orang terkorban dan lebih 460 cedera akibat dalam pertempuran diantara pendukung dan anti-kudeta tentera. Di Kaherah pada Jumaat malam sempat terjadi pertempuran diantara kedua kubu berseberangan di Qubri 6 Oktober yang dimulai dari Maspiro berdekaran Dataran Tahrir, pusat kota Kaherah. Diberitakan, pertempuran di Maspiro mengorbankan satu orang dan lebih 200 orang mengalami kecederaan. Maspiro tempat bangunan Pusat Stesyen Radio dan Televisi Nasional itu dikepung pleh pendukung Moursi untuk memaksa kembali menyiarkan demo aman Ikhwanul Muslimin setelah tiga hari ditutup sejak Mursi digulingkan. TV Mesir pun sudah mengudarakan demo Ikhwan semalam. Jaringan television berbahasa Arab yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, Aljazeera, juga sudah diizinkan pada Jumaat untuk kembali mengudarakan dari Mesir, setelah pejabat bironya di Kaherah ditutup sejak Rabu. Pertempuran di Maspiro itu berlaku setelah pihak tentera mengerahkan kereta perisai dan pasukan bersenjata dan berhasil memisahkan kedua kubu tersebut. Qubri 6 Oktober merupakan jembatan terpanjang di Kaherah yang menghubungkan Lingkungan Masjid Rabiah Adawiyah -- tempat perhimpunan aman Ikhwanul Muslimin para pendukung Mursi -- dan Tahrir, berlanjut menyeberangi Sungai Nil hingga Dukki, bahagian barat Kaherah. Petempuran turut berlaku di antara pendukung Mursi dan pihak keselamatan di bangunan Garda Republik, Kaherah timur, tempat Mursi ditahan. Massa Ikhwanul Muslimin menduduki bangunan yang dikepung kereta kebal dan kawat berduri tesebut dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya hingga Moursi dikembalikan ke jawatannya sebagai presiden. Diantara intipati ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.. Dr Muhammad Badie hadapan jutaan manusia di Medan Rabaah Adawiyah... |
[TERKINI MESIR] 3 Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera Mesir Posted: 05 Jul 2013 04:45 PM PDT Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC. Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi. Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera. Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran. Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah. Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa. Izin Demonstrasi Tentera yang berjaga-jaga di sekitar pejabat Pengawal Presiden meminta demonstran untuk tidak menyeberang jalan menuju ke bangunan. Tetapi semakin besar jumlah pemrotes, mereka menjadi semakin marah dan menerobos pihak keselamatan. Pihak berkuasa menurunkan kereta kebal dan tentera ke lokasi-lokasi yang dijangkakan tempat demontrasi. Demontrasi besar ini terjadi dua hari setelah Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera berkait dengan krisis politik yang tidak berhasil diatasi. Tentera selanjutnya mengangkat Ketua Mahkamah Perlembagaan Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga disusun undang-undang dasar baru dan dilaksanakan pilihanraya umum. Tentera juga telah berjanji akan mengizinkan demonstrasi damai dan tidak akan bertindak ke atas kumpulan tertentu, meskipun banyak pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. |
[VIDEO] Penyokong Dr.Mursi Berhimpun Di Bandar Nasr, Dunia Kecam Kudeta Tentera Posted: 05 Jul 2013 08:05 AM PDT Ribuan pendukung Muhammad Mursi berkumpul di Kota Nasr untuk memprotes penggulingan presiden dalam satu rampasan kuasa pihak tentera. Pendukung Mursi berkumpul setelah Solat Jumaat, menyahut seruan gabungan kelompok-kelompok Islam yang dipimpin Ikhwanul Muslimin untuk berdemosntrasi menentang kudeta. Gabungan itu telah meminta pendukung Mursi untuk melakukan protes setelah Solat Jumaat. Permintaan tersebut dilihat sebagai ujian apakah Mursi masih memiliki dasar sokongan di dalam negeri dan bagaimana pihak tentera menanggapinya. Mursi, presiden pertama Mesir yang terpilih secara demokratis digulingkan oleh pihak tentera setelah protes massa. Pendukung mantan presiden marah dan mengecam campurtangan tentera tersebut. Mereka akan melanjutkan aksi duduk dan berbaris menuju kementerian pertahanan. "Orang di sini menyatakan tidak lagi hanya sebuah protes pro-Mursi, ini adalah tentang melawan rampasan kuasa oleh pihak tentera," ujar laporan Al-Jazeera. Sementara itu, pihak tentera Mesir meminta perdamaian dan memperingatkan terhadap kerusuhan. Polis telah menangkap beberapa warga islam menjelang protes yang direncanakan Ikhwanul Muslimin hari ini. Sementara itu pemerintah Turki, telah mengecam penggulingan Presiden Mursi dan menyatakan campurtangan tentera Mesir yang menyebabkan tergulingnya Muhammad Mursi dari jabatannya tidak menggambarkan keinginan rakyat dan menyerukan agar Mesir kembali ke demokrasi. "Pergantian kekuasaan di Mesir bukan merupakan keinginan rakyat. Pergantian kekuasaan di Mesir tidak sesuai dengan demokrasi dan undang-undang," kata Wakil PM Turki, Bekir Bozdag di Ankara. "Di semua negara yang mengamalkan demokrasi, satu-satunya jalan menuju kekuasaan adalah melalui pilihanraya umum," tambah Bozdag. Bozdag menambahkan, bagi yang mempercayai demokrasi seharusnya menentang perubahan kekuasaan yang terjadi di Mesir. "Situasi yang tak dapat diterima oleh masyarakat yang demokratis kini telah muncul di Mesir," ujar Bozdag. "Kami berharap Mesir kembali ke demokrasi sehingga keinginan rakyat dapat kembali ditegakkan," Bozdag menegaskan. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davotoglu di Istanbul menyatakan disingkirkannya seorang pemimpin yang terpilih secara demokrasi melalui cara yang tidak sah, sangat tidak boleh diterima. "Seorang pemimpin yang tampil (berkuasa) dengan dukungan rakyat hanya dapat dijatuhkan melalui pilihanraya. Hal ini tidak dapat diterima bagi para pemimpin yang terpilih secara demokrasi, untuk alasan apa pun, yang akan menggulingkan melalui cara tidak sah, apatah lagi kudeta," kata Davutoglu. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada Kamis mengadakan pertemuan luar biasa selama tiga jam di pejabatnya di Istanbul untuk menilai perkembangan terbaru di Mesir, tetapi belum ada pernyataan rasmi yang dibuat. Kecaman yang serupa dinyatakan oleh Partai berkuasa Tunisia, Ennahdha yang mengecam penggulingan Presiden Mesir Dr.Mursi serta penangkapan tokoh Ikhwanul Muslimin. Dalam pernyataan disiarkan pada Khamis malam, Ennahdha mengutuk penumbangan presiden pertama Mesir, yang terpilih secara demokrasi. Ennahdha menyatakan tak setuju terhadap penangkapan tokoh Ikhwanul Muslimin, dan menambahkan bahawa kudeta akan memperkuat perpecahan di antara orang-orang Mesir. Juga pada hari Khamis, Presiden Prancis Francois Hollande, yang sedang berkunjung ke Tunisia, mengatakan penggulingan Mursi dari kekuasaan menandakan kegagalan proses peralihan di Mesir. Sementara itu, pertubuhan Uni Afrika (AU) menangguhkan keanggotaan Mesir dari organisasi benua itu Jumaat (5/7) setelah penggulingan Presiden Muhammad Mursi sesuai dengan peraturannya yang keras terhadap perubahan pemerintah yang tidak mengikut perlembagaan. "Dewan Perdamaian dan Keamanan AU memutuskan menangguhkan penyertaan Mesir dalam kegiatan-kegiatan AU sampai pemulihan ketentuan perlembagaan," kata satu pernyataan rasmi. Blok Afrika Raya itu melakukan pertemuan Jumaat di markas besar AU di ibu kota Ethiopia, Addis Ababa, untuk membicarakan krisis politik di Mesir setelah penggulingan Mursi oleh pihak tentera pada Rabu (3/7). "Dewan itu menegaskan kembali kecaman AU dan penolakan terhadap pengambilalihan kekuasaan secara tidak sah," tambah pernyataan itu. "Penggulingan presiden yang dipilih secara demokrasi tidak sesuai dengan ketentuan konstitusi Mesir dan karena itu tidak sah berdasarkan definisi perubahan pemerintah yang tidak mengikut perlembagaan." Ikhwanul Muslimin Jordan turut mengecam kudeta tentera yang menggulingkan Presiden Mursi. Kudeta itu bahkan disebut sebagai persekongkolan pimpinan Amerika Syarikat (AS). "Kami mengutuk kudeta militer terhadap presiden sah Mesir yang pertama dipilih secara demokratis," kata dewan penasihat syura Ikhwanul Muslimin. "Itu adalah konspirasi pimpinan Amerika Syarikat terhadap rakyat Mesir dan pengalaman demokratis pertama mereka," katanya. Panglima Angkatan Bersenjata Mesir Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Moursi pada Rabu dan menyatakan Ketua Mahkamah Konstitusi, Adly Mansour sebagai pejabat sementara presiden. "Hasil dari kudeta tentera tidak berlaku. Kami menyerukan kepada negara-negara bebas di seluruh dunia untuk tidak mengakui hal itu dan kembali ke legitimasi yang telah disetujui oleh rakyat Mesir melalui pemilihan yang adil dan belum pernah terjadi sebelumnya," kata Partai Ikhwanul Muslimin, kelompok pembangkang utama negara Jordan. "Apa yang terjadi tidak akan menghentikan perubahan dan tidak akan menjadi akhir perlawanan dan kemenangan," katanya. |
Fanpage TV3 DIserang Kerana Gelar Dr.Mursi Sebagai Diktator Posted: 05 Jul 2013 04:45 AM PDT Laman fanpage rasmi TV3 Malaysia semalam dan hari ini diserbu ramai penonton kerana stesyen televisyen itu dikatakan menggelar Presiden Mesir, Dr Morsi, sebagai diktator. Mereka juga menuntut permohonan maaf dibuat. Ramai yang memberikan fakta bahawa Dr Morsi adalah pemimpin yang berlandaskan Islam dan bukannya seorang diktator. Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Mursi sebagai diktator itu juga telah mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan