Kelab Greenboc |
- Kalangan UMNO Sendiri Pertikai Perlantikan Azeez Sebagai Pengerusi Tabung Haji
- [PANAS] Amir Bazli Batalkan Tarik Balik Saman Ke Atas Zahid Hamidi
- "So Nang So Nang" (Satu Enam - Satu Enam ), Rakyat Senang
- [VIDEO] Kes Rayuan Liwat II: Dendam & Irihati Najib Terhadap Populariti Anwar
- Teksi 1Malaysia Najib Hanya Untungkan Kroni.
Kalangan UMNO Sendiri Pertikai Perlantikan Azeez Sebagai Pengerusi Tabung Haji Posted: 23 Jul 2013 01:15 AM PDT Azeez tiada kredibiliti jadi Pengerusi Tabung Haji PETALING JAYA: Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim tidak mempunyai intergriti dan kredibiliti untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji, dakwa Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah. Berikutan itu, pelantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum, mereka mempersoalkan Abdul Azeez menerajui Tabung Haji sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam, katanya. "Rakyat keliru dan hairan, atas kriteria apa Perdana Menteri boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan," tegasnya. Komen ini mungkin yang pertama dikeluarkan oleh seorang pemimpin Umno berhubung pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira sebulan lalu. Syed Mehdhar berkata, Perdana Menteri Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi Tabung Haji. Menurutnya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya. Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju Tabung Haji tidak tersasar daripada matlamat asal. Syed Mehdar bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan Umno. Beliau meminta Perdana Menteri mengkaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. -FMT |
[PANAS] Amir Bazli Batalkan Tarik Balik Saman Ke Atas Zahid Hamidi Posted: 22 Jul 2013 11:01 PM PDT Kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlarutan berikutan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah membatalkan pengantaraan minggu lalu berkaitan penarikan balik saman terhadap menteri dalam negeri itu. Peguam kepada Amir Bazli, Karpal Singh, berkata anak guamnya tidak berpuas hati dengan perbicaraan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam minggu lalu. "Dia berasa terancam. Ahmad Zahid tidak hadir ke mahkamah sebagai tertuduh tetapi sebagai seorang menteri. "Beliau diiringi polis, pengawal peribadi dan kira-kira 30 penyokong. Semua ini adalah elemen ancaman," katanya kepada The Malaysian Insider. Berikutan itu, Karpal berkata, mereka memutuskan untuk membatal semua yang berlaku antara Amir Bazli dan Ahmad Zahid ketika menggunakan pengantara. Pengantara ialah Rohani Ismail yang juga Hakim Mahkamah Seksyen menjalankan rundingan kira-kira 90 minit tanpa kehadiran peguam. Amir Bazli selepas proses rundingan itu kemudian menarik balik saman manakala Ahmad Zahid membatalkan saman balas. Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim mewakili pasukan guaman Ahmad Zahid memberitahu wartawan, pampasan diputuskan tanpa campur tangan peguam. Amir Bazli pula menyatakan rasa puas hati dengan hasil pengantaraan tetapi sukar menerima terma berkenaan. Sementara itu, Pengerusi Pusat Pengantaraan Malaysia, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berkata rundingan biasanya dijalankan dengan kehadiran peguam. Khutubul yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, berkata peguam turut hadir semasa terma dan syarat dirangka bagi penyelesaian luar mahkamah. Amir Bazli memfail saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor. Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli. -TMI |
"So Nang So Nang" (Satu Enam - Satu Enam ), Rakyat Senang Posted: 22 Jul 2013 07:35 PM PDT Slogan kempen "16:16 Terengganu Mencipta Sejarah" menjadi slogan pilihan bagi PAS/Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut kali ini. Untuk memberikan gambaran dan penjelasan yang jelas kepada rakyat akan slogan yang dibawa oleh PAS/Pakatan Rakyat itu, Te@M I.T telah mewawancara Pengarah Pilian Raya PRK N01 Kuala Besut, Datuk Paduka Husam Musa semalam di Pos Pemuda Tok Saboh selepas ceramah umum berakhir disitu. Ikuti wawancara tersebut. Apakah gambaran awal Datuk mengenai 16:16? Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala Rasulillah. Ditakdirkan Allah, Kuala Besut ini menjadikan kedudukan Dewan Undangan Negeri sebagai satu teka teki. Pada waktu ini Barisan Nasional mempunyai 17 kerusi dan seorang daripada ADUN ditakdirkan meninggal dunia menjadikan mereka mempunyai 16 kerusi berbanding PAS 15 kerusi. Jika ditakdirkan kemenangan berpihak kepada Che Long, maka jadilah di DUN Terengganu ini memiliki 16 kerusi untuk Pakatan Rakyat dan 16 kerusi untuk Barisan Nasional. Dalam loghat Terengganu (Kuala Besut), '16' di sebut so nang so nang, jadi 16:16. Bermaksud so nang PAS/Pakatan rakyat: so nang Barisan Nasional (Se nang se nang), semua senang. Rakyat akan bertambah senang kerana perimbangan kuasa di dalam Dun menyebabkan kerajaan Terengganu tidak boleh meluluskan sesuka hati mereka. Pakatan Rakyat boleh memberikan tawaran-tawaran untuk menyemak apa yang mereka lakukan dan juga pelan-pelan ekonomi yang menyeluruh. Apakah antara isu yang menarik perhatian Datuk dalam PRK N01 Kuala Besut ini? Kuala Besut ini berpotensi sebagai kawasan industri perikanan. Negara Eropah seperti Norway, dan Jepun, industri perikanan banyak menghasilkan kekayaan pada rakyat. Nelayan mereka ada gaji tetap, berbelas ribu satu bulan, dan Jepun boleh eksport ikan ke seluruh dunia. Kita di sini dapat merasa sashimi, sushi, dan pasaraya besar di kuala lumpur ada ikan daripada Jepun tetapi tiada ikan daripada Kuala Besut. Industri perikanan boleh dimajukan, muara sungai Kuala Besut boleh didalamkan. Isu muara sungai Kuala Besut ini sebenarnya sudah lama dijanjikan oleh Barisan Nasional berkali-kali tetapi mereka tidak menggalinya juga. Mereka hanya berjanji semasa musim pilihanraya untuk mengalinya tetapi tiada tindakan diambil. Dengan adanya Che Long sebagai wakil rakyat, insya Allah kerajaan Terengganu akan dipaksa untuk menggali Kuala Besut.Selain dari itu, Kuala Besut ini tanahnya luas. Tiap-tiap rakyat yang tidak bertanah terutamanya orang muda dan yang berumah tangga patut diberikan satu lot tanah. Apakah impak 16:16 kepada rakyat Terengganu? Tema utama Pakatan Rakyat kalau 'so nang : so nang' ini adalah untuk menghilangkan kemiskinan rakyat Terengganu. Dianggarkan bahawa rakyat Terengganu mempunyai 100,000 keluarga yang termiskin. Kalau kita berikan mereka bantuan bulanan, kadar kemiskinan di seluruh negara, takrifnya adalah RM720. Mana-mana orang yang ada pendapatan kurang daripada RM720 ditakrif sebagai miskin. Bermakna kalau kerajaan Terengganu ini jika ada 'so nang:so nang', kita boleh paksa Kerajaan Terengganu memberikan duit daripada sumber royalti bagi mengurangkan kemiskinan untuk semua rakyat Terengganu dalam masa satu tahun. Terengganu boleh buat, negeri lain tak boleh buat disebabkan Terengganu ada hasil petroleum. Kemudian kita boleh buat dasar dengan memberikan rumah dan tanah kepada rakyat Terengganu khususnya untuk rakyat Kuala Besut. Jika kita pergi ke kampung-kampun didapati tanahnya luas. Kiri kanannya tanah kosong tetapi rakyatnya tidak bertanah. Bagaimana dengan rumah atau tempat tinggal rakyat? Sebab difahamkan di Kuala Besut ini masih ada 3 generasi mendiami dalam satu rumah. Rumah pula kita boleh cross subsidi iaitu sebahagian dibayar oleh rakyat, sebahagian dibayar oleh Kerajaan Terengganu, dalam masa sepuluh tahun semua rakyat terengganu akan memiliki rumah. Jadi tidak perlu menumpang dan tidak perlu menyewa rumah. Terengganu boleh laksanakan kerana Terengganu mempunyai tanah dan duit dan kita Pakatan Rakyat, kalau kita menang 16:16 ni kita akan bawa cadangan ini untuk dilaksanakan. Begitu juga perkara-perkara lain untuk faedah Terengganu khususnya Kuala Besut. Jadi konsep 'so nang: so nang' ini memang masuk akal. Kalau semua pengundi mengundi Che Long hari Rabu ini, dapatlah menambah kerusi PAS menjadi 16. Dengan adanya 16 PAS dan 16 BN, maka akan jadi sama kuat dan kita boleh bentukkan dasar-dasar dan juga peruntukan-peruntukan yang kita boleh suarakan hak rakyat, dengan itu rakyat akan mendapat faedah. Jika terjadi 16:16, Datuk pernah katakan bahawa Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Kenyataan tersebut dikatakan menimbulkan tanggapan yang PAS sudah mengaku kalah secara halus. Apa pandangan Dato? Bukan masalah mengaku kalah. Kalau 16:16 macamana nak tumbang? Kalau main jongkang-jongket, sama beratlah 16:16 ini. Nak buat macamana, 16:16 macam tu jelah. Tetapi sama berat itulah yang baik disebabkan Barisan Nasional menjadi kerajaan tetapi dia kena ikut Pakatan Rakyat punya polisi. Kalau takdir esok, mati pula seorang lagi, barulah menjadi 17:15. Sekarang ini kita dah kehilangan seorang ADUN, cukuplah 16:16. Jangan mendahului kuasa Tuhan. Nak buat macamana 16:16. Nak buang kuasa dia, tak boleh. Nak tumbangkan dia pun tak boleh. Allah berikan kita peluang itu secara berperingkat-peringkat. Kita kena redhalah dengan pemberian Allah s.w.t. Jangan pula kita lebih daripada kuasa Allah s.w.t. Tuhan dah bagi 16, kita nak jadikan kita banyak dia sedikit, nak tumbangkan dia. Tak boleh macam itu. Kerana nak buang satu Menteri Besar, kita kena ada lebih kerusi, lebih suara, baru kita boleh mengeluarkan undi tidak percaya kepada dia. Kalau kita pun 16, dia pun 16, nak undi tak percaya macamana? Biarlah keadaan kekal seperti itu. Tetapi faedah melimpah kepada rakyat. PAS tak perlu tamak. Terimalah apa sahaja pemberian rakyat dan juga Allah s.w.t. Orang tamak selalu rugi. Kita dapatkan dahulu 16 ini. -prkkualabesut |
[VIDEO] Kes Rayuan Liwat II: Dendam & Irihati Najib Terhadap Populariti Anwar Posted: 22 Jul 2013 04:15 PM PDT Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menangguhkan prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibuat tiga panel hakim, Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pagi tadi berikutan peguam utama Anwar, Karpal Singh disahkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang. Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk pengurusan kes. Anwar tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan diiringi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya menghantar notis bagi membantah keputusan Kerajaan yang melantik peguam, Datuk Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes ini. "Pelakuannya tidak profesional sejak 1998. "Kita beri notis untuk membantah keputusan Kerajaan Umno-BN kerana melantik Datuk Shafee Abdullah yang sememangnya telah dituduh terlibat dalam kes prosiding ini sejak awal. "Ketiadaan pendakwaraya yang sesuai untuk meneruskan perbicaraan ini tidak boleh dijadikan alasan bagi melantik seseorang yang terlibat dengan perbicaraan menentang saya di dalam dan luar mahkamah," kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004. Tegas Anwar, Ram Karpal Singh akan menyerahkan notis ini kepada mahkamah bagi membantah pelantikan Shafee. "Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana saya percaya ada motif politik yang besar dalam kes ini. "Peguam Negara tidak mahu selesaikan kes lain, tetapi cuba hendak mengganggu karier politik saya," katanya lagi. -selangorku Ulasan GB Kes rayuan liwat II ini menampakkan kepada dunia dendam kesumat dan irihati Najib yang tidak kunjung padam terhadap Anwar. Sejak dari awal, iaitu semenjak kes liwat ini berjalan, Najib amat cemburu dan dengki hati terhadap populariti Anwar yang dirasakan menggugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dan lebih parah, di keputusan PRU13 yang lalu, populariti kerajaan BN pimpinan Najib TIDAK DAPAT MENANDINGI populariti Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jangan lupa bahawa Najib pernah berdusta kononnya Saiful ke pejabatnya kerana ingin memhon biasiswa yang akhirnya Najib sendiri akui bahawa kedatangan Saiful sebelum membuat laporan polis, adalah bercerita mendakwa telah diliwat. Kini jalan terbuka untuk Najib mengatasi Anwar ialah melalui rayuan liwat II dengan harapan pihak mahkamah akan menyebelahinya pada kali ini setelah kes itu dimenangi oleh Anwar di peringkat awal apabila hakim mendapati integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu boleh dipertikaikan. GB pernah ulas sebelum ini di SINI. Petikan: Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Malah itupun disyaki telah (lama) dicemari! |
Teksi 1Malaysia Najib Hanya Untungkan Kroni. Posted: 22 Jul 2013 06:20 AM PDT PPersatuan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) hari ini menyifatkan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bukan sahaja tidak membantu, malah tambah membebankan pemandu teksi. Pengerusinya, Amran Jan bimbang dengan TEKS1M berikutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mendedahkan butiran mengenai syarat perjanjian jual beli. "Urusan atau perjanjian sewabeli teksi ini berlaku antara pemandu teksi dengan siapa atau syarikat mana? "Konsortium Teksi ataupun SPAD Sdn Bhd? Dan, berapa lama tempoh bayarannya, adakah lima, tujuh atau sembilan tahun? Berapa pula bayaran bulanannya?" katanya. Pada kenyataan media hari ini, Amran juga mempersoal syarat TEKS1N pembelian Proton Exora untuk dijadikan teksi kerana ia membebankan pemandu teksi. "Dengan harga RM64,000 sebuah dan berenjin Campro ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya? "Sedangkan Proton Saga BLM berharga RM36,000 pun, ramai gagal di tengah jalan sebab tak mampu tanggung kos penyelenggaraan yang tinggi," katanya. Beliau juga membidas pengumuman kerajaan yang memberi permit teksi mengikut program itu kerana ia tidak meningkatkan pendapatan mereka. Katanya, pemberian permit tidak memberi impak daripada segi meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang hanya memperoleh kira-kira RM1,500 sebulan. "Perancangan tunggang-langgang begini dilihat hanya menambah beban pemandu teksi dan pastinya, menambah satu lagi kroni yang akan mengaut keuntungan di atas penat jerih pemandu. "Dengan pendapatan semasa pemandu sekitar RM1,500 sebulan, kehidupan akan jadi lebih sengsara!" katanya. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan