Kelab Greenboc |
- Fitnah UMNO Kian Mengarut Pada Bulan Ramadan
- Untuk Bung Mukhtar & Macai UMNO: "Alvin & Vivian Sokong Najib Gor 100%!"
- [WAWANCARA] Nasib Mursi Di Tangan Rakyat
- [VIDEO MELETUP] Rafizi Dedahkan Pembekal Dakwat Kekal SPR, Rakan Rapat Anggota SPR
- Fitnah Dana Asing: Anwar Mahu Saman Berita Harian
Fitnah UMNO Kian Mengarut Pada Bulan Ramadan Posted: 17 Jul 2013 01:01 AM PDT Pendokong parti DAP diminta tabah mendepani cabaran masa depan dan bersedia menghadapi fitnah besar dan kecil bikinan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan DAP sasaran politik jahat mereka. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, DAP akan terus menjadi sasaran dan dihantui sentimen perkauman sehingga berlangsungnya pemilihan UMNO kerana setiap pemimpin UMNO akan berlumba-lumba untuk berlagak 'hero' dan menjuarai apa sahaja isu yang boleh dibangkitkan. "Mereka akan pukul buta DAP untuk jadi hero, namun saya berharap kita semua akan menghadapinya dengan tabah. "Rakyat akan dapat membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Kita lihat akhbar pun kini berhati-hati dalam menyiarkan fitnah, kerana takut orang tidak akan percaya lagi jika fitnah itu berterusan," " ujar beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, UMNO bukan sahaja giat menyerang DAP dengan fitnah besar malah tidak melepaskan fitnah kecil. "Seperti baru-baru ini apabila kita lantik seorang wanita muda, Nur Fitriah Abdul Halim, 26, sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru. Mereka kata saya buat begitu kerana nak jaga 'macai' iaitu bekas Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain. "Tapi sebenarnya bapa dia (Nur Fitriah) bukan bekas Speaker, cuma kebetulan nama bapanya saja sama dengan nama bekas Speaker," ujar Guan Eng mengulas fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menyerang apa saja tindak-tanduk pimpinan DAP. "Apa saja kita buat, dia akan jatuhkan. Buat apa pun salah. Tapi ini juga satu lagi cabaran yang harus dihadapi," ujar beliau sambil menambah bahawa pendokong DAP perlu menggunakan dua senjata untuk melawan fitnah tersebut iaitu kebenaran dan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat. Majlis berbuka puasa anjuran Ibu Pejabat DAP itu turut dihadiri rakan media serta Ahli Jawantankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, termasuk Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin, Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP), Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP), Tan Kok Wai dan ramai lagi Ahli Parlimen DAP dan Ahli Dewan Undangan DAP. – Roketkini |
Untuk Bung Mukhtar & Macai UMNO: "Alvin & Vivian Sokong Najib Gor 100%!" Posted: 16 Jul 2013 11:15 PM PDT Kita ingin bertanya kepada Bung Mukhtar dan sekalian pencacai UMNO... apakah tulisan yang ada pada gambar yang dilukis oleh Alvin & Vivian itu? Bukankah tertera jelas di situ: "Alvian & Vivian Skong Najib Gor 100%"? DAP kesal dakwaan taja Alvin, Vivian KUALA LUMPUR - DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP. "Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti. "Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP. Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri. Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP. "Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum. "Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya. -SH
Ulasan GB Kalau dah terang-terang penyokong BN, takkan dihukum. |
[WAWANCARA] Nasib Mursi Di Tangan Rakyat Posted: 16 Jul 2013 07:40 PM PDT Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi oleh tentera yang didalangi Amerika Syarikat, awal Julai lalu, telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Ramai melihat penggulingan sebagai kejam dan tidak adil kepada Mursi yang baru mentadbir selama setahun bermula pada 2012. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin dan Norutul Ilham Md Jari bersama Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, DR MASZLEE MALIK, untuk mengulas mengenai isu sebenar di sebalik penggulingan ini. Apakah punca kebangkitan Mesir? Peristiwa hari ini adalah apa yang berlaku pada revolusi 25 Januari 2011 di Mesir. Ia menandakan permulaan era baru bagi Mesir selepas beberapa dekad diperintah diktator dan mantan tentera bermula 1952 oleh Jeneral Gamal Abdel Nasser diikuti Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Mubarak paling lama memerintah, digulingkan pada Januari 2011 oleh kebangkitan rakyat yang bersatu ketika itu. Selepas Mubarak dijatuhkan, tentera mengambil alih untuk proses sementara, berlaku pilihan raya dan transisi demokrasi. Rakyat bangkit tolak tentera agar melepaskan kuasa. Pilihan raya dijalankan tiga kali pusingan yang berakhir Disember 2011. Akhirnya terbentuk kerajaan didominasi Ikhwanul Muslimin yang mendapat 50 peratus. Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan gerakan hampir 90 tahun, paling tersusun, teratur dan berpengaruh dalam rakyat Mesir. Siapa sebenarnya Ikhwanul Muslimin? Selama ini mereka tidak bangkit sebagai kuasa politik. Pertubuhan itu diharamkan pada zaman pemerintahan Anwar Sadat dan Hosni Mubarak, jadi mereka bergerak sebagai gerakan bawah tanah. Namun kumpulan ini mempunyai kekuatan dari segi melakukan kerja kebajikan masyarakat. Ahli Ikhwanul Muslimin daripada kalangan ahli kesatuan sekerja, persatuan profesional dan pelajar universiti. Tetapi untuk bergelar sebagai ahli politik, Ikhwanul Muslimin tidak dibenarkan kerana Perlembagaan Mesir melarang parti politik berteraskan agama ini bertanding, ia berlaku sebelum Mubarak. Selepas Mubarak jatuh, demokrasi dijanjikan dan mereka menubuhkan parti politik, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang memenangi 50 peratus. Siapakah menggulingkan perjuangan Ikhwanul Muslimin? Pada waktu Mursi naik, mula berlaku krisis di Mesir apabila ada golongan tidak suka dengan Ikhwanul Muslimin, sama ada saki baki rejim, Mubarak ataupun golongan sekular, liberal dan berhaluan kiri. Mereka tidak suka isu ideologi ataupun pergolakan kuasa. Sejak awal lagi sudah menyatakan tidak setuju (dengan Mursi) dan termasuk golongan Kristian Koptik. Tidak dinafikan golongan Kristian Koptik paranoia terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin. Mereka memainkan peranan besar kerana banyak duit dan antara dalang utama yang menjatuhkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Mereka memiliki media yang digunakan untuk serang Ikhwanul Muslimin dan seakan ada unsur Islam fobia. Mereka sebahagian daripada pemberontak. Bagaimana reaksi golongan sekular? Dengan golongan sekular, walaupun mereka mendapat kerajaan, tetapi birokrasi kerajaan masih lagi di bawah pengaruh rejim lama, iaitu dikenali sebagai Fuloul yang menguasai birokrasi. Walaupun kerajaan baru sudah dapat Parlimen, tapi birokrasi masih kepada Mubarak lagi. Polis masih lagi berpihak kepada rejim lama. Apabila polis tidak bekerjasama, keadaan kucar-kacir. Jadi kerajaan baru dan ada kuasa, tapi mereka tidak kuasai perkara ini, itu yang mereka hadapi. Media juga memainkan peranan. Bayangkan kita ada media milik kerajaan tapi tidak menyebelahi kerajaan. Apakah faktor penggulingan Mursi? Keadaan ekonomi dan keselamatan di Mesir dijadikan faktor Mursi dan Ikhwanul Muslimin dipersalahkan. Ditambah pula media setiap hari memperlekeh, menghina dan menfitnah sehingga bertambah setiap hari siri-siri demokrasi. Kemuncaknya pada 30 Jun lalu mereka menyambut setahun Mursi naik jadi Presiden. Apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat dan kumpulan Tamarud (pemberontak). Mereka adalah gabungan sekular, saki-baki rejim, dan golongan berhaluan kiri. Apabila Ikhwanul Muslimin dan Mursi menang, mereka mula berbaik dengan Barat untuk tarik pelabur. Kebanyakan golongan keliling Mursi adalah peniaga yang perlu untuk bangunkan ekonomi Mesir. Namun, ada parti sosialis menggunakan hujah bahawa Ikhwan ini ejen Amerika dan liberalis baru. Jadi, mereka turut serta dalam menjatuhkan kerajaan sedia ada. Kumpulan lain iaitu golongan saki-baki Ikhwan yang tidak setuju pencalonan Mursi dan Ikhwan hantar wakil untuk jadi presiden, diketuai mantan orang kuat Ikhwanul Muslimin yang terlibat dalam pemberontakan ini. Turut terlibat, pemuda revolusi pada 25 Januari 2011dengan harapan untuk dapatkan negara lebih terbuka dan bebas. Mereka pernah jatuhkan Mubarak, maka tak susah untuk jatuhkan Mursi. Kumpulan ini bercampur dengan golongan Salafi, yang asalnya bersama dengan Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan. Malah presiden mereka dipilih untuk jadi sebahagian daripada Majlis Presiden. Golongan ini menegaskan mereka menentang Ikhwan bukan kerana mahu lawan Islam, tetapi ada kelemahan yang wujud dalam Ikhwan yang mereka nampak. Adakah rakyat tidak faham demokrasi? Bagi rakyat, mereka tak perlu cerita apa, cuma bagilah peluang sekurang-kurangnya empat tahun, dia (Mursi) dipilih, diberi mandat sebagai Presiden empat tahun.Untuk berlaku adil kepada Mursi, mereka (rakyat) perlu lakukan banyak perkara, dalam tangan yang terikat, dalam keadaan pihak birokrasi tidak bekerjasama, dalam keadaan peniaga tidak memberikan kerjasama, media hentam kerajaan setiap hari dan polis yang tidak beri kerjasama. Dalam keadaan itu pun, Mursi buat banyak perubahan, bawa masuk pelabur, ekonomi pun secara relatifnya pun meningkat berbanding 2011. Pada 2012 ada peningkatan dan pembukaan kilang baru. Mursi mempunyai projek dinamakan Kebangkitan, mereka panggil (bekas Perdana Menteri Malaysia) Tun Dr Mahathir Mohamed untuk bincang kerana mahu ambil pengalaman Malaysia. Mereka pergi ke Amerika Syarikat, Singapura dan negara barat untuk dapatkan pengalaman untuk meningkatkan hubungan dagang. Ini berlaku, bukan bermaksud Mursi tidak tahu, lagi pun mereka baru setahun dan tidak banyak usaha dapat dilakukan. Sepatutnya puak pemberontak lebih membantu bukannya meruntuhkan. Dalam keadaan terpaksa berhadapan dengan orang berdemonstrasi setiap hari, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan lagi. Apakah kelemahan Ikhwanul Muslimin? Mereka terlalu percaya tentera untuk mempertahankan mereka. Mursi pandang rendah keupayaan golongan pemberontak ini dan ucapannya seakan mahu berlawan sahaja dengan mereka. Ini nampak kekurangan Mursi dalam kebijakan berpolitik. Ikhwanul Muslimin juga hidup dalam paranoia, 80 tahun bawah tanah dan hidup dalam penjara. Jadi apabila berada di atas, dia tidak boleh jika ada orang nak menentang, orang cakap ada orang nak kenakan dia dan tidak nampak peluang melalui ruang yang boleh terokai. Contoh yang sama turut berlaku di Turki. Namun, kenapa Turki boleh kawal perkara itu malah boleh bertahan sehingga 10 tahun. Bukan tidak ada usaha untuk menggulingkan pemimpin, beberapa kali tentera mahu menggulingkan Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki). Di Turki bukan kali pertama kes apabila parti Islam naik terus mahu digulingkan berlaku, yang paling kemuncak adalah di zaman pemerintahan (Prof Dr Necmettin) Erbakan. Saya masih ingat lagi 2011, Erdogan datang ke Mesir dan dalam ucapannya dia kata Mesir kena jadi negara sekular untuk Islam naik. Tetapi Ikhwanul Muslimin tidak setuju, Turki tidak sama dengan Mesir, rakyat Mesir mahukan Islam, itu Erdogan tidak nafikan. Komen Dr mengenai penggulingan Mursi? Bagi pendapat saya sebagai pemerhati politik, pemimpin perlu bijak berhadapan dengan kuasa besar dan pihak yang tidak suka kepadanya. Mungkin dari segi ini, Ikhwanul Muslimin mempunyai strategi sendiri, ternyata strategi yang mereka buat mungkin tidak sesuai dan kelihatan seperti mereka mahu cepat dan gopoh sangat. Ini harga yang mereka terpaksa bayar. Sungguhpun demikian tidak boleh beri justifikasi penggulingan kuasa Ikhwanul Muslimin oleh pihak tentera kerana pihak tentera yang sekarang dilantik Mursi. Mursi sendiri telah guling jeneral lama dan menggantikan jawatan jeneral daripada kalangan rakannya. Jadi orang akan lihat, berlakunya politik dalaman dan penggulingan kuasa ini berlaku kerana Ikhwanul Muslimin masih belum mahir dengan selok-belok politik lagi. Apakah hala tuju gerakan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan kuasa Mursi? Apa yang kita pasti bagi pihak Ikhwanul Muslimin, mereka akan keluar berdemonstrasi secara aman, sehingga kuasa dikembalikan kepada Mursi, kerana Mursi telah dilantik rakyat melalui suara majoriti melalui pilihan raya yang sah dan diiktiraf oleh antarabangsa. Mengikut sistem demokrasi, jika yang tidak setuju atau tidak sependapat mekanisme pilihan raya akan digunakan. Kalau tidak setuju, tunggu empat tahun, beri peluang projek yang ingin dibuat. Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah pencabulan terhadap demokrasi, perlembagaan dan pengkhianatan kepada revolusi pada 25 Januari 2011. Bagi penyokong Ikhwanul Muslimin, mereka akan tetap berdemo dan berkumpul di beberapa tempat, untuk menuntut supaya tentera kembalikan kuasa dan saya yakin anggota Ikhwanul Muslimin yang berdisiplin ini akan mengikut cakap Mursyidul Amnya untuk kekal sehingga perkara itu berlaku. Apakah risiko yang mungkin berlaku? Cuma apa yang dirisaukan adalah, kalangan penyokong Mursi daripada Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan radikal, iaitu kumpulan yang boleh lakukan pengeboman dan sebagainya. Apabila berlaku revolusi mereka sudah bertaubat dan meninggalkan keganasan dan ingin berpolitik, kita lihat mereka antara pendukung Mursi. Bagaimanapun ada antara mereka berkata, "Lihatlah, demokrasi telah pun khianati kita dan demokrasi bukan caranya, jadi kita kembalikan ke zaman dulu dan angkat senjata kembali melakukan perlawanan dengan pihak tentera." Ini bakal mengulangi kejadian berlaku di Algeria 1991, ketika parti Islam menang dan ambil alih kuasa yang pada masa itu, muncul pula kumpulan radikal yang angkat senjata untuk lawan tentera yang akhirnya berlaku perang saudara, ini yang kita takuti jika dibiarkan dan kalau tentera masih lagi degil, masalah ini jadi lebih radikal lagi. Adakah kumpulan pemberontak dan pembangkang boleh mentadbir Mesir? Walaupun mereka nampak bersama tapi sebenarnya mereka tidak bersatu, mereka hanya boleh bersatu untuk jatuhkan Mursi. Tetapi untuk bersama memerintah, tidak mungkin kerana kita lihat dua tiga hari ini mereka gagal lantik Perdana Menteri daripada kalangan mereka sendiri. Presiden telah dilantik oleh jeneral, tapi nak lantik Perdana Menteri bagi kerajaan sementara yang dicadangkan adalah Elbaradei. Beliau adalah bekas pakar nuklear, beliau tokoh dalam kumpulan pembangkang yang memainkan peranan penting, tetapi kumpulan Salafi berjaya halang. Sekarang, tentera menjanjikan bahawa selepas ini akan ada pilihan presiden dan umum, saya yakin seperti mana pilihan raya umum lalu, golongan liberal ini sekular tidak boleh bersatu, apatah lagi untuk membentuk kumpulan pembangkang, jadi mereka tidak akan ke mana-mana. Kalau mereka tidak boleh bersatu, bermakna Ikhwanul Muslimin akan menang lagi. Walaupun pihak tentera sendiri nak jalankan pilihan raya dan sebagainya, saya pasti yang Ikhwanul Muslimin masih tetap akan menang. Ikhwan adalah organisasi yang paling tersusun, namun persoalannya adakah mereka akan benarkan Ikhwan bertanding, nanti. Apakah nasib Ikhwanul Muslimin apabila diadakan pilihan raya? Jadi saya jangkakan parti Ikhwanul Muslimin akan diharamkan, perlembagaan sekarang tergantung jadi kalau nak jalankan pilihan raya, mereka akan adakan peraturan dan undang-undang baru yang pastinya tidak memihak kepada Ikhwan. Ikhwan mungkin akan ditutup dan pimpinan mereka yang berpotensi dalam pilihan raya akan ditangkap. Tidak pasti sama ada pilihan raya itu nanti akan diadakan secara bersih atau tidak. Ini yang diperkatakan oleh penganalisis sebab mereka tahu Ihkwanul Muslimin akan menang, kerana peluangnya besar. Bagaimana pandangan negara luar terhadap penggulingan Mursi? Agak menarik kerana ada beberapa negara yang pro demokrasi dan Mursi menolak segala pemberontakan yang dilakukan tentera, Turki, yang menyatakan bantahan yang jelas sebagai contoh. Iran walaupun agak tidak bersetuju dengan Mursi dan Syria, tapi nampaknya mereka tidak setuju tentera ambil alih kuasa. United Kingdom juga kita tengok nyatakan bantahan mengenai rampasan kuasa. Amerika Syarikat (AS) pula, kita tidak tahu apa-apa pendirian negara itu, malah Presiden AS, Barack Obama sendiri keluarkan kenyataan tidak menyokong mana-mana parti dalam tempoh peralihan. Namun, mereka bersikap hipokrit kenapa tidak kutuk yang ekstrem kerana melanggar undang-undang. Ada juga negara yang anti Ikhwan, menyokong rampasan kuasa dan pemerintahan tentera, seperti Saudi, Kuwait, Maghribi dan Emirates (Emiriah Arab Bersatu), Emirates sememangnya anti Mesir dan baru-baru ini mereka menangkap aktivis Ikhwanul Muslimin kerana tidak mahu Arab spring singgah di negara mereka. Malaysia pula masih tidak jelas dengan pendirian, kalau nak ikutkan Malaysia menyokong Ikhwan atau tidak menyokong kepada pemberontakan, sebenarnya faedahnya tinggi. Bilakah pilihan raya akan diadakan? Jangkaan pilihan raya pula terpulang kepada tentera walaupun ada yang kata dalam masa terdekat. Mungkin ada undang-undang pilihan raya baru dibuat untuk kekalkan kemenangan mereka atau mungkin mereka tidak akan benarkan parti berteraskan agama dan parti terlibat dengan subversif. Ini kerana mereka kini mungkin akan dikenakan tindakan berdasarkan ucapan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang disalahertikan, jadi mereka akan buat tangkapan. Contohnya baru-baru ini, orang penting dalam Ikhwanul Muslimin ditangkap kerana membuat kenyataan yang boleh membuatkan peperangan saudara. Mursi akan dikenakan perkara sama termasuk Mursyidul Am akan dikenakan perkara sama kerana menyatakan mereka akan mempertahankan hak rakyat dengan nyawa dan darah sekalipun. Mungkin mereka akan ditafsirkan berperang, sedangkan mereka mahu bertahan dan ada pihak akan kata ia menggalakkan pertempuran. |
[VIDEO MELETUP] Rafizi Dedahkan Pembekal Dakwat Kekal SPR, Rakan Rapat Anggota SPR Posted: 16 Jul 2013 04:40 PM PDT Rafizi dedah pembekal dakwat kekal 'rakan rapat' SPR Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus. "Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura). "Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat. Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya. SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan". Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu. "Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd. "Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof. "Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini. Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya. Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan. "Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya. Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan. Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. -TMI |
Fitnah Dana Asing: Anwar Mahu Saman Berita Harian Posted: 16 Jul 2013 03:01 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman akhbar Berita Harian berikutan laporan fitnah kononnya Ketua Pembangkang itu mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505. Laporan pada 29 Jun lalu tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. "Saya telah putuskan untuk saman Berita Harian kerana fitnah jahat ini," kata Anwar dalam Dewan Rakyat pagi ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan demikian pada sesi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung fitnah tersebut. Anwar mahu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan mengapa Kementerian berkenaan terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan dalam isu ini. Ini berikutan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum itu membangkitkan isu tersebut dan meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bentuk pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian dalam memantau NG0-NGO yang mendapat bantuan dana antarabangsa dalam melakukan aktiviti mereka di Malaysia. "Dengan kenyataan terbuka di media dan kenyataan Yusoff Kalla, mengapa Kementerian Dalam Negeri menunggu berbulan untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang dikorek oleh (Ahli Parlimen) Kepala Batas sedangkan isu itu terbatal dengan sendirinya," bidas Anwar. Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff Kalla melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian. "Tulisan itu tak benar. Tidak datang dari saya. Saya akan bantah," kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya. Tambahnya, Yusoff Kalla telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times. "Bagaimanapun setakat ini belum ada pembetulan dan penjelasan," kata Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan artikel tersebut adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno. Justeru Anwar menyatakan peguamnya dan Yusoff Kalla akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Berita Harian yang memfitnah kedua-dua mereka. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan