edyesdotcom |
Nasib 33 Aktivis di Mahkamah Jalan Duta dan 1 Aktivis di Mahkamah Klang Hari Ini Posted: 28 Jul 2013 03:28 PM PDT Kenyataan Umum 29 Julai 2013 Nasib 33 Aktivis di Mahkamah Jalan Duta dan 1 Aktivis di Mahkamah Klang Hari Ini Hari ini merupakan hari yang cukup penting dan getir khususnya buat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kerana bermulanya pendakwaan terhadap 33 aktivis di Mahkamah Jalan Duta dan seorang aktivis di Mahkamah Klang. SAMM sebelum ini dengan kenyataan tegas mengambil tanggungjawab penuh terhadap peristiwa yang berlaku di depan Parlimen pada tanggal 24 Jun 2013, di mana sekumpulan anak muda menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13 ini. SAMM akan memastikan kesemua aktivis yang didakwa mendapat pembelaan dan dibebaskan. Selain 33 aktivis yang akan ditentukan nasibnya di Mahkamah Jalan Duta, seorang lagi aktivis iaitu Azhar Achil selaku Penyelaras SAMM Selangor turut menghadapi pertuduhan di Mahkamah Klang di ketika yang sama. Pendakwaan beliau adalah kerana menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505. Masuk 10 terakhir Ramadhan ini, SAMM memanjatkan doa agar semua aktivis rakyat ini diselamatkan dari regim yang menggunakan segala kekuatan bagi menghakis kebangkitan rakyat, setelah menafikan demokrasi demi mengekal kuasa. Janji SAMM tetap dikota, walau apa pun terjadi kami tidak sesekali akan undur dan akan terus lawan segala penindasan terhadap rakyat biarpun nasib dan masa depan kami dipertaruhkan. SAMM juga seru semua aktivis, NGO dan individu, supaya hadir bersama menyatakan solidariti terhadap aktivis rakyat di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkamah Seksyen Klang hari ini dengan mengenakan pakaian hitam. Pengamal media juga dijemput untuk membuat liputan terhadap kedua-dua lokasi pertuduhan. Sekian, Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN Posted: 28 Jul 2013 09:43 AM PDT Kenyataan Media 26 April 2013 | 10.15pm KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini. Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya. Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai. Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak. Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel. SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh. Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel? Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi? Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik. Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan. CHE'GUBARD Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) **Kenyataan ini ditulis jam 10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan