Ahad, 7 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Atlet SUKMA Dirogol Selepas Mabuk, Polis Siasat

Posted: 07 Jul 2013 05:00 AM PDT



[BH] KUALA LUMPUR: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.

Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

"Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini," kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.

Berikutan itu, tiga atlet telah ditahan semalam untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.


Polis: Kes Atlet Sukma Dakwa Dirogol Disiasat

Khalid Abu Bakar

[Bernama] KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.


P/s: Padah minum minuman keras.

Atlet Islam atau bukan Islam?

Kalau Islam, dua kali malang!

Kita pernah membaca kisah atlet boling yang dibebaskan walaupun didapati bersalah merogol budak bawah umur kerana kononnya masa depan atlet itu cerah. Harap-harap kali ini, tiada lagi malaun kaki rogol diberi penghakiman yang sedemikian keji!

Saudara pembaca, Islam mengharamkan arak dan benda yang memabukkan kerada ada asas dan musababnya!!!






Pengkid DIBURU Polis

Posted: 07 Jul 2013 04:00 AM PDT


92 LAWAN 22 = ?

Posted: 07 Jul 2013 03:00 AM PDT


[HM] Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.

Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.


"Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun," katanya.

Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.

Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP



Pengemis Kecil Merokok, Berbogel Dihantar Pulang

Posted: 07 Jul 2013 01:00 AM PDT


[HM] Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya.

Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu.

Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.

Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.

Seorang pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.

Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. - Agensi

Sumber gambar dan  cerita lanjut di sini.

Pembunuhan Kejam: Seorang Disembelih, Seorang Dibelasah Hingga Mati

Posted: 06 Jul 2013 11:35 PM PDT


[SH] HULU SELANGOR - "Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.

Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti," kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.

Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam.

"Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.

"Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.

Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.

"Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.

"Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ," katanya.

Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.

Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.

"Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.

"Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada," katanya.

Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya.


P/s: Al fatihah. Semoga pembunuh mereka ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.



Tiada ulasan: