Selasa, 30 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak Diperkosa dan Dicekik Sampai Mati

Posted: 30 Jul 2013 05:00 AM PDT



[HM] New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diperkosa dan dicekik hingga mati sebelum mayatnya dibuang dalam sebuah perigi di Jaipur.

Mayatnya ditemui sekumpulan kanak-kanak lain yang bermain berhampiran kawasan itu.

Mangsa dikatakan hilang sehari sebelum kejadian, tetapi keluarganya tidak melaporkan kehilangannya kerana menyangka dia berada di rumah saudara mereka.

Setakat semalam, polis belum lagi membuat sebarang tangkapan.

Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dicekik hingga mati selepas dirogol.

"Kami menerima maklumat bahawa satu mayat dibuang dalam perigi yang terbiar tidak jauh dari tempat kejadian. 

"Anggota kami bergegas ke tempat itu sebelum menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan oleh ahli keluarganya," kata penolong komisioner polis Narpat Singh. - Agensi 30/7/13

Berita lanjut di sini.


Mangsa Perkosaan Kerat Tekak dan Kemaluan Majikan

Posted: 30 Jul 2013 03:30 AM PDT


PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota polis ke penjara.

[HM] New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.

Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.

Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.

"Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.

"Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. "Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual," katanya.

Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

"Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu," katanya.

Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: "Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. "Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. "Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat," katanya. - Agensi



Bahana Pinjam Duit Ah Long Keparat...Bacalah!

Posted: 30 Jul 2013 01:29 AM PDT


'Jangan main-main lo'

[HM] Shah Alam: Akibat kesilapan seorang ketua keluarga, istilah Aidilfitri seakan tiada dalam keluarga itu apabila semua keperluan berbuka dan hari raya terpaksa dilupakan semata-mata hanya untuk membuat bayaran kepada empat peminjam wang tanpa lesen atau along sejak dua minggu lalu.

Tiada juga baju baru bagi anak pasangan itu seramai empat orang yang berusia dua dan 17 tahun apatah lagi juadah berbuka enak seperti orang lain.

Menceritakan kekesalan mereka, pasangan suami isteri terbabit kini terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar 'bunga' atau faedah daripada empat along yang mencecah RM2,500 seminggu.

Semuanya bermula apabila mangsa mahu dikenali sebagai Zam, 43, bertemu dengan seorang lelaki yang juga along di sekitar Klang yang menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM80,000 tanpa memerlukan syarat ketat, awal bulan ini.

Tanpa banyak bicara, Zam yang sememangnya mempunyai niat untuk membuat pinjaman bagi melangsaikan hutangnya sebelum ini bersetuju dengan beberapa syarat ditetapkan along terbabit yang antaranya memerlukan dia membuat 'bayaran percubaan' sebanyak RM1,500. Along itu memberikan alasan mangsa perlu membuat 'bayaran percubaan' terlebih dulu untuk memastikan dia mampu membayar jumlah sama selepas pinjaman diluluskan syarikat yang mendakwa sebagai peminjam wang berlesen itu.

Menurut Zam, selepas bayaran dibuat, along itu menghubunginya dan memaklumkan wang pinjaman dipohon sudah diluluskan tetapi dia perlu membuat bayaran lain untuk urusan pemprosesan dan duti setem yang keseluruhannya berjumlah RM1,200.

"Disebabkan kesempitan wang, saya meminjam dengan empat along lain bagi membolehkan semua bayaran diminta dapat saya bayar dalam tempoh yang ditetapkan kerana mahu mendapatkan wang pinjaman bagi menyelesaikan hutang terdahulu.

"Selepas semua pembayaran berjumlah RM2,700 dibuat, along itu berjanji wang pinjaman RM80,000 akan dimasukkan terus ke dalam akaunnya sebelum along itu menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dia terpaksa meminjam daripada empat along dengan jumlah kira-kira RM8,000 kerana kesuntukan masa untuk menjelaskan hutang dengan kadar yang cepat kerana dia bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan di sebuah kilang. Katanya, disebabkan wang pinjaman RM80,000 dipohon gagal diperoleh menyebabkan dia kini diburu empat along dan memaksanya membuat pembayaran secara mingguan untuk setiap minggu yang mencecah RM2,500.

"Saya buntu untuk mencari wang bagi membayar empat along itu kerana sebahagian daripada gaji sudah digunakan untuk membayar hutang terdahulu dan baki gaji tidak sampai RM1,000 sebulan.

"Saya tak sangka akan dijerat seperti ini kerana beranggapan akan mendapat wang pinjaman RM80,000. Kini saya terpaksa memohon cuti tahunan bagi mencari wang untuk melangsaikan hutang empat along terbabit dalam tempoh masa ditetapkan," katanya.

Lebih membimbangkan, Zam berkata, ada antara along terbabit yang mengugut untuk datang ke rumahnya untuk menyimbah cat sekiranya dia lewat membuat pembayaran mingguan seperti diminta.

Katanya, dengan keadaan dia saja yang bekerja dan bebanan hutang melampau menyebabkan mereka sekeluarga kini ibarat 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang' kerana tidak mempunyai wang untuk membeli barangan dapur.

"Saya tahu ini satu kesilapan dan saya menyesal kerana tersilap langkah sehingga menjerat diri sendiri dan keluarga. Saya mohon pada mana-mana individu atau pihak yang boleh memberikan bantuan kepada keluarga saya bagi meringankan beban," katanya. - 30/7/13



P/s: TM sudah banyak kali memberikan komen fasal ah long keparat ini. Jadikanlah kisah di atas sebagai pengajaran.

Kalau terjerat, mungkin tiada sesiapa yang dapat membantu anda. Baru-baru ini, seorang lelaki yang menjadi mangsa ah long membuat tiga laporan polis, namun tindakan itu tidak dapat membebaskan dirinya daripada gangguan dan ugutan ah long. Baru-baru ini juga seorang gadis diaibkan dan dicabul oleh ah long keparat apabila ahli keluarganya gagal melunaskan baki pinjaman/bunga.

Mengapa sindiket ah long tidak berjaya ditumpaskan di Malaysia walhal jelas terpampang nombor telefon mereka di merata-rata tempat? Anda fikirlah sendiri!



Rambo Bentong Didakwa Bunuh, Rogol Remaja 17 Tahun

Posted: 29 Jul 2013 10:54 PM PDT



[BERNAMA] TEMERLOH - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar

tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.

Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh mangsa antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan

kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. - 30/7/13


Tiada ulasan: