Selasa, 2 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kes Rogol Kontroversi Sabah: Air Mani Dikesan di Pelapik Tempat Duduk

Posted: 02 Jul 2013 12:04 AM PDT


[Bernama] KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada hari pertama perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, saksi kedua itu berkata beliau menerima barang-barang kes tersebut pada 19 Mac lepas daripada ahli kimia Aishah Abdul Aziz.

Katanya Aishah menerima eksibit itu daripada Pegawai Penyiasat Balai Polis Inanam Silvia Martin Dalog.

Beliau berkata barang kes yang diterima ialah 19 sampul surat bersama satu bungkusan kertas.

Biling yang juga pegawai sains berkata analisis yang dijalankan mengikut prosedur biasa kes rogol, dari 21 hingga 22 Mei, menggunakan dua teknik iaitu ujian 'Kastle-Meyer' dan 'Phosphatase'.

Terdahulu, saksi pertama Koperal Edward Darwin memberitahu mahkamah beliau menerima laporan kes rogol yang dibuat oleh anggota keluarga mangsa pada 8.24 malam, 18 Feb lepas di Balai Polis Inanam. 

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri pertamanya manakala Datuk Mariati Robert bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Undang-undang Sabah. Perbicaraan bersambung esok. 


[Gambar & Video] Bayi 16 Bulan Berenang Sendirian Tanpa Bantuan Sesiapa

Posted: 01 Jul 2013 11:00 PM PDT


Pada usia 16 bulan, sesetengah bayi mungkin hanya mampu berjalan seketika sebelum jatuh terduduk atau berpegang pada sesuatu. Umumnya, pada usia itu, kebanyakan bayi tidak dapat menguasai aktiviti fizikal yang lain.

Namun begitu, rakaman luar biasa yang menunjukkan anak kecil berenang tanpa bantuan dan kelihatan selesa di dalam air benar-benar memeranjatkan penonton yang kurang biasa dengan fenomena tersebut.

Bayi itu berenang seperti dalam keadaan menyelam dan menterbalikkan badannya apabila perlu berehat dan menghirup udara.

Video yang turut mencetuskan debaran penonton ini juga banyak menerima kritikan khususnya daripada penonton yang bimbang bayi itu mungkin dipaksa berenang ketika dia letih atau pada masa dia tidak mahu melakukan aktiviti tersebut.

Namun begitu, nota daripada ibu bapa bayi ini menjawab komen dan keresahan sesetengah penonton video tersebut. 

Menjawab komen-komen tersebut, Adam SM, yang mengeposkan video itu di Youtube, menjelaskan bahawa dia ialah jururawat berdaftar dan isterinya pula jurulatih renang dan anggota penyelamat selama enam tahun.

Beliau juga menjelaskan bahawa mereka berdua merupakan profesional terlatih dalam CPR dan keselamatan di dalam air serta mempunyai sijil dalam bidang tersebut. 

Tulisnya lagi, bayi yang dinamakannya sebagai Elizabeth itu telah dilatih oleh pengajar bertauliah yang mempunyai pengalaman mengajarkan sumber renang bayi (ISR) teknik renang dan menyelamatkan diri.

Sambil menegaskan bahawa Elizabeth tidak dipaksa berenang dalam keadaan letih atau melakukan aktiviti tersebut tanpa kerelaannya, Adam turut menggesa ibu bapa mengajar anak masing-masing berenang bagi mengelakkan mereka lemas ketika mandi-manda atau tergelincir ke dalam kolam renang. -DCM/DM

Sambung pembacaan anda di sini.



Safe: The parents of the swimming baby explain that their daughter is a determined little girl




P/s: Menarik!!!



Kos Pengambilan Pembantu Rumah Meningkat dari RM4 500 ke RM8 000

Posted: 01 Jul 2013 08:31 PM PDT


[AA] KUALA LUMPUR: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara ini akan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,500 sebelum ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kos-kos yang wujud di antara kedua negara seperti latihan 200 jam, kos dokumen perjalanan serta bayaran kepada agensi pekerjaan kedua negara.

Ia juga termasuk kos pengangkutan, pemeriksaan kesihatan, serta kos penginapan sebelum diserahkan kepada majikan.

Jelasnya walaupun kadar itu agak tinggi, namun ia telah dikaji terlebih dahulu.

"Ini sudah dikaji oleh semua pihak termasuk Indonesia. Mereka minta dengan alasan sekiranya hendak mengekalkan kadar yang asal itu tidak mungkin boleh dibuat.

"Kita pun tak mungkin mudah nak bersetuju, tapi apabila dikaji kita dapati itulah kadar yang sesuai walaupun dilihat agak tinggi."

"Tetapi itulah kadar yang kita persetujui dengan mengambil kira perbandingan dengan negara-negara penerima lain" katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah gaji minimum 2012 kepada pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) dan ia akan ditentukan majikan mengikut kadar pasaran.

"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.

Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Semua perkara itu terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.



P/s: Kalau tidak mampu jangan menggatal menggajikan warga asing sebagai pembantu rumah. Apabila mengambil pembantu rumah, perkara yang perlu difikirkan bukan sekadar gaji bulanan, hal-hal yang membabitkan kebajikan mereka juga perlu diambil kira.



Gadis Diculik, Disamun, & Dirogol

Posted: 01 Jul 2013 06:03 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia diculik dua lelaki sebelum disamun sebanyak RM500, kelmarin.

Lebih malang, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Batu Caves, di sini, sebelum dirogol seorang daripada suspek dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.

Menurut sumber, mangsa diculik dua lelaki berusia lewat 20-an itu ketika sedang menunggu bas di Taman Wahyu, di sini, untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

Beliau berkata, mangsa yang sedang menunggu bas sendirian mendakwa didatangi dua lelaki menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

"Seorang daripada suspek menghampirinya sebelum mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta berkenaan. Keengganan mangsa menyebabkan suspek mengugut untuk membunuhnya.

"Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan masuk ke dalam kereta itu. Suspek kemudian meletakkan parang di leher mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan wang tunai," katanya.

Sumber itu berkata, disebabkan mangsa tidak mempunyai wang tunai, dua penjenayah terbabit merampas kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik mangsa sebelum melakukan pengeluaran sebanyak RM500 di sebuah bank berhampiran.

"Penderitaan mangsa berterusan apabila dia kemudian dibawa ke sebuah bilik hotel di Batu Caves. Di hotel itu, mangsa dipukul sebelum dirogol seorang daripada suspek," katanya.


P/s: Untuk rekod, Malaysia dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sebelum ini. 



Tiada ulasan: