Jumaat, 19 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wanita Lakukan Seks dengan Kucing

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT



[HM] Oklahoma City: Disebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.

Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.

Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. 

Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. 

Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: "Adakah anda mahu mati?" 

Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.

Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.

"Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya," katanya. - Agensi





Berita Harian Kantoi, Surat Dedah Jusuf Kalla Tidak Pernah Diwawancara Berita Harian

Posted: 19 Jul 2013 03:00 AM PDT


[Selangorku] SHAH ALAM 19 JULAI : Mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dalam satu surat menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perolehan dana asing melancarkan perhimpunan Blackout 505.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang akhbar Berita Harian (BH), Jusuf bertegas tidak pernah diwawancara berhubung isu berkenaan dan menyanggah berita yang diterbitkan akhbar tersebut pada 28 Jun 2013 dengan tajuk 'Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505′.

"Saya ingin jelaskan bahwa tidak pernah ada wawancara khas antara Azharri Siddiq dengan saya, kerana Azharri datang untuk membawa surat permintaan ketemu 8 jurnalis Malaysia yang saya tolak.

"Pertemuan tersebut (1 Jun 2013) hanya silaturrahim singkat kerana diatur seorang anggota Parlimen Indonesia.

"Apa yang ditulis sebagai interview di Berita Harian tidak realistis, karena itu Azharri sudah meminta maaf kepada saya beberapa kali," ujar Jusuf dalam surat yang bertarikh 18 Julai 2013 yang turut diberi salinannya kepada Anwar.

Pada 16 Julai lepas, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memutuskan untuk menyaman akhbar BH berikutan laporan fitnah yang menyatakan beliau memperolehi dana asing yang besar daripada Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk digunakan pada perhimpunan Black505.

Laporan akhbar berkenaan kononnya dipetik daripada satu wawancara khas mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

Anwar, di Dewan Rakyat pada Selasa lalu turut memberitahu menerima panggilan dan kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Jusuf yang kesal kenyataannya diputar belit.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya menjelaskan mengapa kementerian berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan mengenai isu ini sedangkan penjelasan serta bantahan telah dibuat oleh Jusuf sendiri.


Kos Hari Belia Termasuk Bayar PSY RM55 Juta

Posted: 19 Jul 2013 12:45 AM PDT


[HD] PULAU PINANG: Kenapa Kementerian Belia dan Sukan sanggup membelanjakan RM55 juta untuk penganjuran Hari Belia 2012 walhal banyak lagi keperluan yang perlu diberikan keutamaan untuk membaiki kehidupan rakyat, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Steven, dari jumlah tersebut kontraktor terlibat telah menuntut RM10.6 juta untuk kos perkhidmatan, bekalan dan RM2.04 juta lagi untuk bayaran memjemput artis K-Pop dari Korea.

Sedangkan dalam masa yang sama Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah mengatakan tajaan pihak swasta melebihi tajaan asal untuk tahun 2012 iaitu RM28 juta.

"Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaludin kena perjelaskan keadaan sebenar kenapa ianya begitu tinggi walhal untuk tajaan awalan hanyalah RM15 juta. Macamana boleh terjadi begitu sehingga boleh mencapai RM12 juta lagi peningkatan," ujarnya dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily.

Persembahan penyanyi Korea PSY sempena Hari Belia di Pulau Pinang(gambar) sebelum ini telah menjadi kecoh apabila orang ramai menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyokong BN. Apabila Datuk Seri Najib bertanya, "Are you ready for BN," mreka beramai-ramai menjawab "No".

Jika benar peruntukan sebanyak itu dilaksanakan selama lima hari, bermakna Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan purata RM11 juta sehari, kata Steven Sim.

Khairy Jamaludin yang muncul dengan gaya dan persembahan baru untuk para belia di gesa menjawab dengan jujur bagi menunjukan komitmen beliau terhadap ketelusan untuk menjadi teladan kepada anak muda.

Kemungkinan tegasnya, wang sebanyak itu disalah gunakan untuk Pilihanraya Umum Ke 13 selari dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu pelancaran Hari Belia 2012 mengiyakan BN mengambil kesempatan menabur propaganda bagi meraih undi anak muda.

"Alangkah baiknya peruntukan itu digunakan untuk membina padang dan kelengkapan sekolah di kawasan saya. Antaranya ialah SRJKT Kampung Baru, SRJKT Ladang Alma, SRJKC Koew Kuang termasuk Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk yang berusia 100 tahun masih kekurangan terutamanya padang sekolah," ujarnya yang juga Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang.

Baru- baru ini tambah Steven Sim, beliau didatangi seramai 43 orang cacat penglihatan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Minyak yang tidak lagi dapat menikmati pemberian Brailler seperti dahulu. Ianya menyulitkan mereka untuk belajar selepas waktu persekolahan.

Harga Brailler setiap satu ialah RM2,250 dan jika dikira dengan perbelanjaan Hari Belia 2012 maka 5000 buah Brailler dapat dibeli untuk menafaat pelajar muda yang cacat penglihatan.

"Bukan itu sahaja malahan perbelanjaan Hari Belia 2012 boleh menampung wang RM50 ribu kemasukan 1000 pelajar ke kolej swasta dalam jurusan undang-undang," kata beliau lagi.



NGO: TG Nik Aziz Dihalang Solat di Masjid Kem TUDM

Posted: 19 Jul 2013 12:08 AM PDT


[MK] Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.


P/s: Jawablah di depan Allah nanti!


Tiada ulasan: