Khamis, 4 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ADUN diberi amaran kaitkan Umno-PERKASA

Posted: 04 Jul 2013 03:31 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno.

Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama.

NONE"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam.

Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menuntut wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.

"Umno adalah Umno, PERKASA adalah PERKASA. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.

"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid, seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Penampilan pertama PERKASA lepas PRU
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membuat penampilan pertamanya kepada media selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu, dengan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap BN yang tidak menghargai mereka. [Laporan penuh]
NONEIbrahim (kiri) berkata, Perdana Menteri sedia bertemu dan mendengar pandangan ageresi seperti Dong Zhong, pastor Kristian dan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), tetapi tidak PERKASA.

"Saudara tengok, ada tak PERKASA jumpa PM," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menegaskan NGO itu tetap bebas dan tidak menjadi perkakas mana-mana pihak dan akan sentiasa berani menegur demi kepentingan Melayu di negara ini.

Ditanya tentang rancangannya setelah tidak lagi menjadi anggota Parlimen, Ibrahim secara berjenaka berkata merancang untuk membawa teksi atau bekerja di stesen pam minyak.

VIDEO | 1.32min - Ibrahim Ali: Saya pun hebat seperti Anwar

VIDEO | 1min - Presiden PERKASA mahu jadi pemandu teksi

VIDEO | 3min - Ibrahim kecewa PERKASA diketepi kerajaan

'Selangor perlukan loji Langat 2, tapi...'

Posted: 04 Jul 2013 03:29 AM PDT



 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor sememangnya memerlukan loji rawatan air Langat 2 untuk membekal air di negeri itu, namun usaha sepatutnya ditumpukan untuk mengurangkan pembaziran air terawat.

Katanya, keperluan untuk loji Langat 2 itu juga bergantung kepada pertimbangan kos yang tidak harus membebankan rakyat.

Khalid berkata, masalah kekurangan air tidak akan berlaku di Selangor sehingga tahun 2014 memandangkan keperluan air di negeri itu hanya antara 3 hingga 3.5 bilion liter sehari.

Menurutnya lagi, daripada 34 loji rawatan air yang ada di negeri itu, pengeluaran air Selangor ialah 4.6 hingga 4.8 bilion liter sehari.

Katanya, pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) perlu mengelakkan pembaziran sumber air terawat (NRW) sebanyak 30 peratus kepada 20 hingga 15 peratus bagi mengatasi sebarang krisis air.

"Pada dasarnya, kalau kesemua air yang kita rawat itu sampai ke kegunaan pengguna, tak ada masalah air dan masalah tak cukup air.

"Tapi masalahnya ialah 30 peratus daripada air yang dirawat iaitu NRW hilang masa pengagihan. Hanya dapat atasi dengan peratus NRW dikurangkan kepada 20 hingga 15 peratus seperti dalam perjanjian yang ditanda tangani dengan SYABAS.

"Dari penjelasan saya, (projek loji rawatan air) Langat 2 adakah perlu atau tidak, jawapannya perlu. Tapi dengan kiraan nilai ekonomi kepada negeri.

"Kita perlu jika harga yang akan diambil, dipersetujui dengan jangkaan kita kerana yang akan membayarnya ialah pengguna negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Menteri: RCI kes Lahad Datu mungkin jejas siasatan

Posted: 04 Jul 2013 03:27 AM PDT

 


 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin cara terbaik untuk menyiasat insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Namun, RCI tersebut mungkin menjejaskan siasatan susulan dan perbicaraan yang sedang dilakukan kepada tertuduh yang terlibat dalam pencerobohan berkenaan, katanya.

NONE"Dan kalau sekiranya RCI kaedah yang terbaik, sememangnya secara peribadi saya mahukannya dilaksanakan... Kita tidak mahu mempolitik perkara ini. Kita mahu memahami apa yang berlaku," katanya.

Katanya, pasukan keselamatan menahan seramai 169 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA) berhubung penglibatan dalam kejadian tersebut.

"Dan bawah akta-akta lain, 443 individu telah ditahan mengikut peraturan dan akta baru keselamatan yang telah pun digubal dan dilulus di Dewan ini.

"Maka siasatan terhadap mereka ini, (berdasarkan) maklumat yang kita terima, siasatan susulan sedang dilaksanakan, mungkin juga mereka yang dibicara, perkara-perkara yang diminta oleh (ahli parlimen) Lembah Pantai mungkin subjudis," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu kerajaan mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian pencerobohan yang berlaku pada Februari lalu.

Speaker harap Shamsuddin pertimbang tawaran

Posted: 04 Jul 2013 03:22 AM PDT



 
Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata, beliau tidak mengenakan sebarang syarat apabila menawarkan kepada ketua pembangkang Datuk Shamsuddin Lias untuk mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri itu.

Jelasnya, beliau hanya mencadangkan agar jawatan sama diperuntukkan kepada wakil pembangkang di Parlimen, dan ia bukanlah satu syarat.

"Saya tak pernah kenakan sebarang syarat di dalam tawaran saya. Saya cuma kemukakan cadangan.

"Jawatankuasa kira-kira ini saya rasa bagus untuk rakyat kalau BN yang ketuainya. Kerana ia akan memberi semakan dan imbang kepada kerajaan negeri.

"Tetapi itu pilihan dia. Kami harap dia akan mempertimbangkan sama ada mahu atau tidak mengetuai PAC," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Annex DUN di Shah Alam hari ini.

Isnin lalu Shamsuddin berkata, beliau secara prinsip menolak cadangan untuk mengetuai PAC kerana tawaran itu didakwa dibuat dengan syarat agar jawatan sama bersyarat apabila jawatan sama diberikan kepada pembangkang di Parlimen.

Shamsuddin juga berkata turut mempersoalkan tawaran tersebut yang sepatutnya diberikan sepenuh kuasa kepada pengerusi PAC.

Pengiraan undi PRK K.Besut disiar secara langsung

Posted: 04 Jul 2013 03:18 AM PDT


PRK Dun Kuala Besut

SHAH ALAM - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya idea itu boleh direalisasikan.

Perbincangan juga akan dibuat dengan pihak RTM berhubung cadangan itu.

"Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.
  
Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.
 
Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.
  
Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.
  
Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.
  
"Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya.

'Iklan DAP jelas dasar, MCA serang pembangkang'

Posted: 04 Jul 2013 03:13 AM PDT

 


 
Analisis terhadap iklan politik menjelang pilihan raya mendapati MCA lebih menjurus kepada serangan terhadap DAP dan PAS serta bertemakan politik pembangunan sementara iklan DAP pula cenderung menerangkan polisi mereka.

Pandangan tersebut diutarakan pensyarah pengiklanan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Suhaimee Saahar yang menganalisis 25 iklan MCA dan DAP dalam akhbar The Star dan Sinar Harian sewaktu tempoh kempen pilihan raya umum yang lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas strategi kempen 'serangan' MCA dan DAP dalam iklan politik mereka.

"Jenis-jenis serangan - MCA lebih menumpukan serangan kepada DAP dan PAS dan ia lebih menumpukan kepada bagaimana PAS menggunakan DAP dan bagaimana DAP menggunakan PAS.

"PAS hanya ada tiga iklan, tidak menyerang tetapi hanya menumpukan kepada kekuatan parti.

"DAP hanya semata-mata menumpukan kepada kekuatan parti. Contohnya apabila Lim Guan Eng kata kami tolak rasuah (dalam iklan).

"Mereka lebih menekankan polisi parti mereka dalam iklan tersebut," kata Suhaimee dalam pembentangannya pada seminar "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur petang ini.

SPRM: Demi keadilan, tak boleh dedah siasatan Taib

Posted: 04 Jul 2013 03:10 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

"Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," kata suruhanjaya itu.

Badan antirasuah itu juga menjelaskan, mendedahkan dokumen dan fail kes siasatan kepada umum menjadi kesalahan bawah Seksyen 29(4) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bagaimanapun, menurut SPRM, keadaan berbeza sekiranya kes itu dituduh di mahkamah yang mana fakta kes akan dibentangkan ketika prosiding.

"Oleh itu, SPRM merasakan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak mendesak SPRM agar mendedahkan kertas siasatan.

"SPRM sama sekali tidak boleh memenuhi permintaan seperti ini termasuk daripada ahli-ahli Parlimen yang berperanan menggubal undang-undang," katanya merujuk kepada gesaan seorang anggota Parlimen pembangkang.

Setakat hari ini, siasatan berkaitan dengan dakwaan membabitkan Taib masih berjalan dan SPRM telah mengumumkan kemajuan berkenaannya pada sidang media Sabtu lalu, menurut suruhanjaya lagi.

Utusan Kalah Lagi .. Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Nizar

Posted: 04 Jul 2013 03:02 AM PDT


KELAB GREENBOC

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

 Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. 

Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. 

 Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. 

 Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. 

"Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat.

 "Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. 

 "Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi. 

 Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. 

"Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah.

 "Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi. 

Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. -HD




Ulasan GB

Alhamdulillah, rezeki Datuk Nizar.

Jangan lupakan GB Datuk Seri.... daripada RM250,000 tu belanja GB RM250 pun jadilah... hehehe

Apa-apa pun tahniah daripada GB, belum sempat pun ucap sempena kemenangan sebagai ADUN Changkat Jering

Walaupun Sudah Tak Jadi MB, TG Nik Aziz Terus Dikunjungi...

Posted: 04 Jul 2013 02:53 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

"Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

"Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,"
ujarnya.

Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu.

Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari.

Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru.

Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu.

"Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan," ujarnya.

Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti.

Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit. -HD

PAS Kawasan Besut Sudah Ada Strategi Untuk Menang PRK Kuala Besut

Posted: 04 Jul 2013 02:50 AM PDT

 Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Wan%20Azhar.pngBESUT - PAS Kawasan Besut melihat peningkatan undi pada semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum kali ke-15 yang lalu sebagai satu isyarat perubahan yang memihak kepada PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut.

Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan PRK Kuala Besut  adalah jauh berbeza dengan pilihanraya umum dan beberapa pilihanraya kecil yang lain kerana keputusan PKR Kuala Besut akan melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri Terengganu.

"majoriti yang diperolehi oleh BN di Kuala Besut agak besar (tetapi) situasi itu (kekuatan BN) tidak boleh diukur dari sudut majoriti yang diperolehi, kekuatan PAS dan Pakatan rakyat boleh dilihat dengan perbandingan keputusan DUN-DUN dalam kawasan Besut,

"Undi yang diperolehi oleh (semua) calon BN merosot, saya lihat ini suatu isyarat yang jelas bahawa rakyat boleh melakukan perubahan......tinggal lagi kita perlu menyusun pendekatan dan strategi yang sesuai untuk menghadapi pilihanraya dalam kawasa Kuala Besut ini,"ujarnya ujarnya dalam satu temubual dengan Buletinonline semalam, Selasa 2 Jun di Markaz Tarbiah PAS Kuala Besut [Lihat Video]

Menurutnya, pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 lalu, PAS berjaya menambahkan sebanyak hampir 200 undi di DUN Kuala Besut, mengurangkan sekitar 1000 undi di DUN Kota Putera, sekitar 800 undi di DUN Hulu Besut dan mengurangkan lebih 2000 undi di DUN Jerteh, berbanding keputusan PRU sebelumnya

Beliau berkata, PAS akan menumpukan kepada empat kumpulan masyarakat Kuala Besut menurut sosio-ekonomi iaitu nelayan, petani, ahli perniagaan dan perkhidmatan pelancongan.

Selain itu, dari segi isu, kata beliau, isu tanah yang melilbatkan kepentingan rakyat adalah isu penting selain isu-isu peringkat nasional yang juga akan turut digunakan sepanjang kempen PRK Kuala Besut.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Wan%20Azhar3.pngMengulas tentang calon, beliau berkata, PAS Kawasan Besut tiak membeikan keutamaan untuk mengenengahkan calon-calon dan menyerahkan pemilihan calon kepada pimpinan pusat.

Walaupun begitu, kata beliau, Kuala Besut tidak mempunyai masalah kerana ada tokoh-tokoh pemimpin yang mewakili golongan profesional, ulamak, korporat dan aktivis dalam masyarakat.

"kita tak mengemukakan senarai (calon) sehingga kini kerana kita melihat ia bukan lagi satu keperluan (tetapi) dari sudut calon-calonnya (PAS) Kuala Besut tidak ada banyak masalah,

"sebab kita ada beberapa tokoh yang mewakili golongan profesional, ada tokoh yang mewakili golongan ulamak, ada tokoh yang meakili golongan korporat dan juga (ada tokoh) aktivis masyarakat,

"empat kategori ini ada yang InsyaAllah, apabila diminta oleh pihak pimpinan, samada pihak (PAS) Kawasan (Besut) atau DUN (Kuala Besut) akan mengemukakannya,"jelas beliau.

Presiden Morsi Diguling Oleh Tentera Mesir Dalam Satu Rampasan Kuasa

Posted: 04 Jul 2013 02:48 AM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Morsi%20dn%20al-sisi.jpgPresiden Mesir Mohamed Morsi, yang sebelumnya dengan tegas tidak akan meletakkan jawatan, pada pukul 7 petang Rabu telah diberitahu bahawa dia bukan lagi presiden apabila kawalan tentera Mesir merampas kuasa dalam kejadian yang dramatik.

Pihak musuh Morsi merayakan kejayaan mereka di jalan-jalan di Kaherah ketika Gen Abdul Fattah al-Sisi, ketua tentera, membuat pengumuman televisyen kepada negara sekaligus menuduh Morsi menolak penaggilan untuk dialog peringkat kebangsaan.

Sedangkan Morsi dalam ucapannya menolak kata dua pihak tentera dengan tegas menyatakan, beliau adalah seorang Presiden yang dipilih secara demokrasi dan akan mempertahankan perlembagaan walaupn terpaksa membayar dengan 'nyawanya'.

Malangnya, rampasan kuasa tentera disokong oleh Sheikh al-Azhar, Ahmed al-Tayyeb yang dilantik oleh Hosni Mubarak, dan Paus Tawadros II Ketua Gereja Koptik, yang keduany berkata tentera kononnya telah mengambil "tugas patriotik kepada rakyat Mesir".

[Gambar - Atas ; Morsi bersama Jeneral Abdul Fattah al-Sisi ketika Morsi melantik beliau sebagai Menteri Pertahanan, Bawah; al-Sisi ketika mengumumkan Morsi bukan lagi Presiden Mesir]

Rampasan Kuasa Atas Apa Nama Sekali Pun

Walaupun pihak tentera menafikan ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi apabila psukan tentera pengawal republik menduduki stesen televisyen, menangkap ketua stesyen TV Misr25 yang menyokong Morsi, dan mengarahkan pihak lapangan terbang menyekat perjalanan pemimpin Ikhwan, ia adalah satu rampasan kuaa tentera.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/al-sisi%20buat%20pengumuman.jpgIa dijelaskan lagi apabila dan beribu orang tentera berkonvoi dan kereta kebal memenuhi jalan-jalan utama di Kaherah, dan kemudiannya telah melarikan Preiden Morsi entah ke mana, ke suatu tempat yang tidak diketahui.

Pihak tentera yang sebelumnya mengugut Presiden Morsi supaya meletakkan jawatan dan memberi tempoh selama 48 jam akhirnya telah memecah masuk ke dalam pejabat Morsi dan melakukan rampasan kuasa, sebagaimana kata dua yang dinyatakan oleh Jeneral Abdul fatah al-Sisi.

Tarikh akhir yang ditetapkan oleh tentera untuk Encik Morsi untuk menyelesaikan krisis politik di negara ini meninggal pada pukul 5 petang semalam, tetapi pada masa itu kedua-dua pihak telah tidak lagi bercakap. Pada mulanya, tentera yang diadakan kembali dari kenyataan yang dijanjikan.

Pihak Ikhwan Muslimin telah melihat ia sebagai sebuah rampasan kuasa apabila Morsi tidak berjaya dalam cuban memujuk menteri pertahanan beliau lantik sendiri pada tahun lalu, Gen Abdul Fattah al-Sisi.

Abdul Fattah juga telah menggantung perlembagaan Mesir dan menjanjikan pilihanraya dalam masa yang terdekat serta melantik Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour untuk menjalankan urusan negara semasa tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Anwar: Media putar belit kenyataan Jusuf Kalla

Posted: 04 Jul 2013 02:43 AM PDT

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan telah membuat penafian berhubung dakwaan kononnya PR menerima dana asing untuk membiayai demonstrasi jalanan dan pelbagai siri ceramah membantah keputusan PRU13 lalu.

Malah rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa kenyataan beliau itu telah diputarbelitkan media milik Umno-BN yang mahu menjejaskan hubungan baik mereka sekali gus merosakkan imej pembangkang di mata rakyat sejak dua minggu lalu.

Anwar hari ini tampil membacakan nota yang dihantar Jusuf Kalla kepadanya.

"Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah, setakat kelmarin dan hari ini, belum keluar lagi pembetulan.

"Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH, dan Ketua Pengarah Kumpulan BH NST, saya akan susul lagi," katanya yang dipetik dari satu nota berkenaan.

Anwar dalam pada itur turut menyifatkan rencana tulisan media milik Umno-BN, yang mendakwa PR menerima dana asing bagi menganjurkan beberapa siri himpunan di negara ini sebagai satu serangan keras yang tidak masuk akal.

"Dari awal saya tidak yakin beliau (Jusuf) akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu, apatah lagi yang mula menyiarkan artikel itu adalah Azahari dari MyNewsHub, blog yang ditaja oleh Umno.

"Jusuf Kalla berulang kali meminta saya jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media Berita Harian supaya membetulkan," dakwanya.

Sebelum itu, Jusuf dalam notanya kepada Anwar memberitahu seorang wartawan Malaysia dari MyNewsHub mahu menemu bual beliau.

Namun rencana itu kemudiannya dipetik oleh Berita Harian.

"Beliau kata teman-teman di Jakarta tidak senang (dengan perkara itu), dia kata ini bukan pak Jusuf dan bukan cara dia buat begitu.

"Sebab itu, saya kata kepada Jusuf, saya enggan ditemu bual oleh media Malaysia kerana rekod fitnah itu begitu kuat walaupun saya harus akui tidak semua media Malaysia begitu, hanya media Umno-BN yang memutarbelitkan kenyataan," tegas Anwar.

Sehubungan itu, Anwar sudah berbincang dengan barisan peguamnya yang menasihatkan beliau supaya mengeluarkan surat kepada semua media yang menyiarkan laporan itu supaya membetulkan semula seperti yang dikehendaki Jusuf.

"Saya memberi ingatan mana-mana ahli Parlimen yang ulang, akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

"Kalau diulang di luar Dewan, saya terpaksa ambil tindakan mahkamah, kerana tuduhannya biaya dari Amerika, China, Korea, Siam, hebat saya, semua negara mendokong," katanya.

PR kemuka usul ke atas MP Simpang Renggam

Posted: 04 Jul 2013 02:41 AM PDT


KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang semalam telah mengemukakan usul menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) bagi mengheret ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen.

Usul berkenaan difailkan kepada Speaker Dewan Rakyat kira-kira jam 4 petang ekoran kenyataan Teck Meng yang disifatkan sebagai mengelirukan Dewan.

"Kita mahu merujuk Simpang Renggam kerana beliau gagal menarik balik kenyataannya yang menuduh Datuk Seri Anwar memiliki 20 akaun bank di luar negara.

"Selepas pendedahannya Selasa lalu, kita sudah beri beliau tempoh selama 24 jam untuk buat penjelasan...tapi beliau gagal berbuat demikian," kata ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Teck Meng bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Teck Meng, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Anwar semalam menafikan perkara itu dengan berkata, hasil carian pihaknya, tiada data yang menunjukkan maklumat seperti itu di laman Wikileaks.

Ombak tinggi landa Pulau Pinang

Posted: 04 Jul 2013 02:40 AM PDT

SINAR HARIAN
GEORGETOWN - Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.

Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga esok.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.

Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.

"Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.  

"Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini," katanya.- Bernama

BN ada tiga nama untuk calon p'raya kecil K Besut

Posted: 03 Jul 2013 05:19 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu mengenalpasti tiga individu yang mungkin akan dipertimbangkan sebagai calon untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Beliau tidak menyebut nama individu berkenaan namun berkata, mereka terdiri dari golongan anak tempatan, berkelayakan tinggi dan dikenali warga tempatan.

"Nama itu akan dikemukakan kepada pengerusi parti dan kita akan putuskan secepat mungkin," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

BN bakal mendapat tentangan dari PAS, yang dilaporkan akan turut memutuskan calon bagi pilihan raya tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

Naib presiden Datuk Mahfuz Omar berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa sehari dua lagi, menurut laporan Sinar Harian.
Akhbar sama semalam melaporkan, antara nama yang dipertimbangkan ialah yang dipertua PAS kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Selain itu, turut dipertimbangkan ialah Napisah Omar, calon Muslimat PAS yang bertanding di kawasan tersebut dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan itu semalam memetik kenyataan pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Menteri sumbang RM20,000 untuk tabung wartawan

Posted: 03 Jul 2013 05:16 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Tabung Kebajikan Wartawan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) semalam menerima sumbangan peribadi RM20,000 daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Sumbangan itu diumumkan oleh Subramaniam pada majlis 'Sepetang bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam' di Rumah Kelab NPC di Kuala Lumpur malam tadi, dalam lawatannya buat kali pertama.

"Sebagai tanda penghargaan, saya memberi sumbangan RM20,000 untuk wartawan yang terkorban ketika melaksanakan tugas," kata beliau semasa lawatannya buat kali pertama ke kelab itu.

Beliau berkata wartawan memain peranan penting dalam membentuk destini negara ini kerana mereka menyebar maklumat, menghubungkan pembuat dasar dengan rakyat dan membentuk pendapat ramai.

Sementara itu, presiden NPC Mokhtar Hussain dalam ucapannya berkata kelab itu mempunyai lebih 500 anggota yang aktif terdiri daripada wartawan dan profesional berkaitan media.

Beliau berkata Tabung Kebajikan Wartawan dibentuk pada 2006 untuk menjaga kebajikan wartawan dan tanggungan mereka.

"Dari 2007 hingga bulan lepas seramai 14 profesional media termasuk wartawan, bekas wartawan, penyunting dan jurugambar telah menerima sumbangan dari tabung itu.

"Penerima termasuk keluarga wartawan yang terkorban semasa bertugas atau sakit, wartawan yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang menghidap sakit teruk," kata beliau.

Mokhtar berkata kelab itu merancang menganjurkan lebih banyak bengkel dan ceramah bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab kewartawanan di kalangan anggotanya dan orang ramai. - Bernama

MCA: RUU harus pertimbang lebih banyak rundingan

Posted: 03 Jul 2013 05:14 PM PDT



MALAYSIA KINI


 
MCA meminta kerajaan menarik balik cadangan pindaan Rang-Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah umur dengan persetujuan hanya seorang ibu atau bapa sahaja.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan badan-badan agama sebelum membuat keputusan mengenal perkara itu.

Cadangan pindaan ke atas Seksyen 107 (b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

"Kami berpendapat kerajaan perlu menarik balik rang undang-undang itu dan mempertimbangkan lebih banyak rundingan dengan pihak berkepentingan sebelum membentangkannya," katanya.

Liow berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan anggota Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata anggota Parlimen MCA sudah menyampaikan pandangan parti itu kepada kerajaan mengenai cadangan pindaan tersebut.

Sementara itu Presiden MCCBCHST Daozhang Tan Hoe Chieow berkata Seksyen 107(b) rang undang-undang itu perlu ditarik balik untuk rundingan seterusnya dengan bukan Islam kerana ia melibatkan hak masyarakat bukan Islam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan itu dibuat selepas mengkaji maklum balas dari pelbagai pihak termasuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan.- Bernama

Fitnah akaun luar negara: Anwar rujuk MP BN ke J/kuasa khas

Posted: 03 Jul 2013 05:11 PM PDT

KEADILAN DAILY

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeheret Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen ekoran tuduhan  beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di luar negara.

Berucap di parlimen pagi tadi, Anwar sekali lagi meminta Teck Meng memberi penjelasan dan menegaskan perkara itu sama sekali tidak dinyatakan dalam laman Wikileaks seperti didakwa.

Beliau juga mencabar Teck Meng tidak berselindung di sebalik kekebalan parlimen dan mengulangi tuduhan itu di luar dewan bagi membolehkannya mengambil tindakan undang-undang.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks. Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman. Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Memetika Malaysiakini, bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut. Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di parlimen.

Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar  berkata beliau akan mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.

Anwar: Yang dilapor Wikileaks melibatkan MP Pekan, bukan saya

Posted: 03 Jul 2013 05:10 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPURI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks.

"Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

dsai

"Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks," katanya.

"Masa berucap tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Justeru, Anwar bercadang merujuk Liang ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahguna kekebalan berhujah di Parlimen.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar menyatakan untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.

"Kita semak tidak ada. Ini menunjukkan bukti yang luput. Tidak ada asas sama sekali. Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno," kata Anwar

'Laa hau la wala quwwata illa........'

Posted: 03 Jul 2013 04:59 PM PDT




Oleh Aspan Alias


 Isu yang berbangkit hasil dari pilihanraya lalu belum reda. Sekarang timbul isu dalaman UMNO yang akan memulakan ulang tahun berperang sesama sendiri semasa pemilihan parti November ini. Setiap parti mempunyai masalah masing-masing dan tidak ada mana-mana parti boleh mengata dan mengkritik parti-parti lain. Masing-masing parti ada hal yang membosankan.


UMNO sudah menampakkan masalah yang terlalu rumit jika dipandang dari mana-mana sudut sekali pun. Ada yang memarahi saya kerana membuat komen tentang UMNO kerana saya bukan lagi ahli UMNO. Tetapi bukankah UMNO itu mengaku yang parti itu untuk semua kaum dan mempunyai slogan 1Malaysia bersamanya?

Maka setiap rakyat ada hak untuk memberikan penilaian terhadap parti itu mengikut tanggapan masing-masing. Perhimpunan Agung yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam UMNO yang menunggu masa untuk berpecah. Jika dahulu ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang  selepas pilihanraya yang lalu.

Wanita UMNO akan melihat pertandingan diantara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan Presiden UMNO pada hari ini. Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan Wanita sebagai sebab beliau akan menandingi Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).

Tetapi yang hendak melawan Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih didalam ingatan ramai ialah isu Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu ini bukannya isu yang kecil. Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun dahulu UMNO sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak dibetulkan itu.

Mesti satu diantara kedua belah pihak itu akan memenangi pertandingan itu, tetapi keadaan tidak juga akan berubah. Mahu tidak mahu terpaksa jugalah UMNO menggunakan nama-nama yang sama tahap imej mereka untuk mengganti pihak yang ada sekarang. Kata perpatah 'tidak ada rotan akar berguna juga'. Ada dikalangan wanita sendiri bercakap, 'Azalina pun Azalina lah, asalkan ada perubahan. Mana nak cari lagi pemimpin wanita yang berwibawa?'

Ada diantara Wanita berkata kalau Azalina menjadi ketua mereka masalah besar tetap ada, tetapi setidak-tidaknya masalah yang akan datang itu masalah baru. Kalau Sharizat masih Ketua kami, balik-balik masalah lama juga. "Shahrizat tu berselindung dicelah ketiak Najib aje" kata mereka.

Tetapi apa lebih penting yang perlu kita pandang sekarang ini ialah, kemasukan Azalina dalam kancah Wanita kali ini merupakan pertandingan 'proxy' diantara kedua pihak yang sedang 'bergebang' dalam UMNO sekarang ini. Keadaan ini memang telah dijangka dan 'predictable'. Penonjolan Ahli Parlimen Penggerang ini untuk mengetuai Wanita itu adalah jelas membayangkan yang ia merupakan 'undi tidak percaya' kepada Najib oleh setengah pihak dalam UMNO.

Penyertaan Azalina dalam pertandingan Ketua Wanita UMNO ini adalah manifestasi ramai dikalangan Wanita dan ahli-ahli UMNO terhadap Najib. Kalau dipandang dari budaya dalam UMNO jarang-jarang diantara pimpinan dalam UMNO yang berani mengkritik Najib seperti yang dilakukan oleh Azalina itu.

Sesungguhnya penampilan rasa tidak puas hati kepada pucuk pimpinan ini amat jelas apbila telah dapat dikenalpasti ramai penggiat UMNO yang telah berjalan keperosok negara berkempen secara senyap-senyap telah begitu ramai berbincang tentang kemungkin Najib dicabar dalam pemilihan UMNO kali ini.

Ramai dikalangan pimpinan atasan UMNO juga dilihat membuat persiapan untuk menawarkan jawatan Timbalan Presiden. Tidak dapat dipastikan samada ia adalah anjuran pihak yang mahukan Muhyidin untuk bertanding Jawatan Presiden atau Muhyiddin sendiri akan ditandingi oleh salah seorang Naib Presiden yang kini penuh pejabatnya dengan penyokong beliau dari seluruh negara.

Unjuran agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan juga bertambah berkurangan. Setiausaha Agong parti itu sendiri sudah berubah pendirian dari mempertahankan agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan kepada terbuka untuk rebutan sesiapa dalam parti itu.

Dimana-mana kedengaran isu pertandingan dalam parti UMNO dibualkan. Belum nampak dengan jelas apa yang akan berlaku kepada Pemuda UMNO, samada Khairy Jamaludin akan mempertahankan jawatan beliau atau ada pihak dan individu lain yang akan mencabar beliau dan bertanding bagi jawatan itu kali ini.

Walau bagaimana pun jika jawatan Presiden dipertandingkan, maka semua jawatan yang lain akan terbuka kepada pertandingan itu akan terjadi. Dalam UMNO sudah menjadi isu biasa jika ada pertandingan akhirnya parti itu akan berpecah, bukan kerana apa tetapi kerana yang dicabar tidak dapat menerima hakikatnya beliau sememangnya perlu dicabar.

Tetapi pertandingan kali ini mempunyai perbezaaan yang besar dengan pemilihan pada tahun 1987 dahulu kerana yang akan mencabar kepimpinan yang menyandang itu juga bukannya mempunyai kebolehan yang lebih dari yang dicabar. UMNO itu akan hanya menunggu waktu untuk berkecai setelah pertandingan itu berlaku.

Jika pertandingan dalam UMNO itu benar-benar berlaku kita tidak dapat menjangka sejauh mana UMNO akan binasa kerana pihak yang menandingi pihak yang ditandingi itu adalah dari mentaliti dan kapasiti mental yang sama sahaja. Ia ibarat tubuh yang sudah tidak mempunyai sel-sel hidup yang baik lagi. Ia ibarat sel-sel berperangan dan membunuh diantara satu dengan yang lain dan akhirnya mematikan tubuh yang sudah usang seperti UMNO itu.

UMNO dan BN akan hanya mampu mengekang pembangkang jika pembangkang masih dipimpin oleh pimpinan yang ada pada hari ini. Perlu diingat parti-parti dipihak pembangkang juga bukan tidak mempunyai masalah, malahan masalah yang dihinggapi oleh UMNO juga menjangkit kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Jika UMNO memakan masa enam dekad untuk jatuh, parti-parti pembangkang akan menghadapi nasib kejatuhannya hanya dalam masa satu setengah dekad sahaja jika mereka tidak memilih pimpinan yang baru dalam kadar yang segera sekarang ini.

Jika ditanya apa yang akan berlaku pada politik tanah air selepas ini, tidak ada jawapannya buat masa ini. Biarkan sahaja masa dan keadaan sahaja yang menentukannya.

Kepada mereka yang mempunyai ketenangan jiwa, mereka akan hanya berdoa agar akan datang kebaikan kepada kita yang belum dapat dijangka oleh sesiapa. Hanya Tuhan sahaja yang mampu menentukannya.

Dalam keadaan sekarang ia adalah dalam keadaan apa yang kita selalu dengar orang menyerah dengan ayat 'laa hau la wala quwwata illa.....' sahaja. Tiada lagi berdaya untuk sesiapa yang menyelesaikannya.

Prestasi SPRM di tahap rendah, kata MP

Posted: 03 Jul 2013 04:55 PM PDT



sprm
SPRM
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa statistik keberkesanan badan pengendali rasuah di negara ini masih di tahap rendah berbanding Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).

Menurutnya, berdasarkan data jumlah maklumat yang diterima dalam tahun 2011 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah sebanyak 6,475 manakala ICAC pula 4,010 dengan jumlah penduduk terkini Malaysia 28,600,00 manakala Hong Kong 7,173,900.

"Jumlah maklumat yang diterima oleh SPRM perkapita adalah jauh lebih rendah berbanding maklumat yang diterima oleh ICAC (satu pertiga dari maklumat yang diterima ICAC.

"Ini bermakna banyak kejadian rasuah masih belum dilaporkan kepada SPRM, sama ada berpunca dari persepsi rakyat yang tidak yakin keupayaan SPRM ataupun rakyat masih menerima perlakuan rasuah sebagai amalan biasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan menambah, keadaan ini menjadi salah satu sebab kenapa indeks persepsi rasuah (CPI) tidak meningkat walaupun pelbagai jalan diambil.

"Rakyat tahu di kalangan mereka masih banyak kes rasuah yang berlaku tetapi tidak diambil tindakan," ujarnya.

Menggulas lanjut mengenai perkara ini, beliau menjelaskan bahawa peratus tindakan yang diambil oleh SPRM adalah sebanyak 20 peratus daripada jumlah maklumat yang diterima.

"Perbandingan statistik di antara SPRM dan ICAC mengukuhkan lagi persepsi yang meragui keberkesanan SPRM apabila jumlah tindakan yang diambil apabila maklumat diberikan (dalam bentuk kertas siasatan dibuka) hanyalah 1,304 berbanding 6,475 maklumat yang diterima.

"Ini bermakna daripada setiap 5 maklumat berkenaan rasuah yang diberikan, hanya 1 yang berakhir dengan kertas siasatan dibuka. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar 77% tindakan diambil ke atas setiap satu maklumat yang disampaikan kepada ICAC," katanya.

"Angka-angka ini membuktikan stigma yang masih wujud dan menebal di kalangan rakyat yang meragui keberkesanan dan kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Rafizi menggesa Senator Datuk Paul Low dapat mengambil langkah sewajarnya bagi menaikkan semula imej dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM.

MP Kuantan: Tarik TOL Lynas serta-merta

Posted: 03 Jul 2013 04:52 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) ditarik serta-merta.

Menurut Fuziah, semalam (2 Julai) genap 10 bulan dari tarikh akhir Lynas untuk mengenalpasti tapak pembuangan sisa kekal (PDF), radioaktif dan toksik.
Fuziah Salleh
Katanya, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menekankan, Lynas akan mengembalikan sisa tersebut ke Australia seperti dinyatakan dengan jelas oleh keputusan lembaga AELB.

"Kenyataan itu juga menyebut satu surat aku janji oleh Lynas Australia dan Lynas Malaysia Sdn Bhd akan membuang sendiri sisa tersebut daripada Malaysia.

"Maklumat berhubung PDF adalah berdasarkan kenyataan AELB dan juga Menteri bertanggungjawab (Mosti)

"Sekalipun Lynas merancang untuk \mengkomersialkan sisa pepejal WLP, Lynas masih terikat akan mengenal pasti PDF," katanya kepada pemberita..

Fuziah menambah, sebelum tarikh TOL berakhir, sudah ada gembar-gembur mengenai pengurusan sisa radioaktif oleh Lynas serta pihak berkuasa Malaysia.

Namun, Lynas dengan licik berjaya menimbulkan isu radiasi kepada isu alam sekitar serta kesihatan orang ramai yang disebabkan sifat karsinogenik sisa radioaktif, iaitu thorium
Justeru Fuziah menegaskan, kegagalan Lynas mengurus pembuangan baki (residue) dan mengenalpasti PDF sudah cukup untuk menarik semula TOL yang dikeluarkan kepada Lynas.

"Saya menggesa AELB membatalkan TOL di Lynas serta-merta," tegas Fuziah.

Hamidin: Jangan ulang kesilapan Mat Yo

Posted: 03 Jul 2013 04:37 PM PDT


Hamidin Amin
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin
 
"JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini," demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.
 
Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu.
 
"Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.
 
"Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah.
 
"Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga," kata Hamidin.
 
Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
 
"Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu.
 
"Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi," jelas beliau.

Akaun Anwar, MP enggan tarik kenyataan

Posted: 03 Jul 2013 04:32 PM PDT

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng hari ini menegaskan tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.

Menafikan kenyataannya semalam bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

"Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat. 

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Reaksi Liang itu susulan gesaan Anwar dan beberapa anggota Parlimen pembangkang hari ini yang menuntut beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan dihadap kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar yang menyentuh isu itu awal hari ini menafikan terdapat sebarang maklumat yang mengaitkan dirinya mempunyai akaun bank Israel, disiarkan oleh laman web Wikileaks.

"(Dakwaan) yang melibatkan akaun Israel yang dikaitkan dengan saya itu tidak disebut dalam WikiLeaks. Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu dalam WikiLeaks.

"Kalau ada pun (maklumat itu disiarkan) dalam Wikileaks, itu bukan keputusan muktamat, itu pandangan Wikileaks berdasarkan maklumat yang dikutip," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger Umno…. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

"Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah 'abuse of privilage'," katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Liang mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya anggota Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat meneruskan dakwaan itu, usul boleh dikemukakan untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada Yang Berhormat semua bahawa kalau sudah terlajak kata...sebab itu saya selalu mengingatkan," katanya. - Bernama

MPAJ: Runtuh mungkin akibat kecuaian

Posted: 03 Jul 2013 04:31 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Kejadian tebing runtuh sehingga menyebabkan kematian tiga pekerja di tapak pembangunan di Taman Sierra, Ukay Perdana hari ini mungkin berlaku akibat kecuaian dan tiada pengurusan keselamatan ketika pelaksanaan kerja.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd berkata insiden itu tiada kaitan dengan kegagalan struktur atau runtuhan cerun.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian MPAJ di tapak kejadian, kemalangan itu berlaku ketika aktiviti korekan tanah dilakukan sehingga tebing tanah setinggi 3.5 meter terjatuh dan menimbus pekerja binaan yang sedang bekerja bersebelahan tebing tersebut.

"Akibat kemalangan itu, tiga pekerja pembinaan maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.

Dalam kejadian itu, tiga pekerja Myanmar dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26, maut manakala Zokoria Shobualam, 22, patah kaki dan dirawat di Hospital Ampang sebagai pesakit luar.

Rosliza berkata ekoran insiden itu, MPAJ yang meninjau tempat kejadian bersama wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja serta-merta kepada pihak pemaju.

MPAJ, katanya, mengemukakan laporan teknikal berkaitan punca berlakunya kegagalan ketika aktiviti kerja korekan dilakukan.

Beliau berkata selain itu, MPAJ mengemukakan cadangan tindakan penyelesaian meliputi kajian kestabilan dan reka bentuk serta jadual perancangan kerja bagi penyelenggaraan kawasan kejadian kemalangan.

"MPAJ juga melaksanakan penyelenggaraan di kawasan tapak pembangunan bagi mengelakkan kacau ganggu di kawasan sekitar sepanjang tempoh berhenti kerja dikeluarkan," katanya.

Rosliza berkata pemilik tanah harus bertanggungjawab terhadap sebarang permasalahan dan kemungkinan atas kegagalan pemilik memelihara dan menyelenggara/premis miliknya sehinga menimbulkan kacau ganggu ke kawasan sekitar.

MPAJ juga telah memaklumkan perkara ini kepada CIDB dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama

Tiada ulasan: