Jumaat, 26 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Utusan perlu dikenakan tindakan kerana mengugut, kata Guan Eng

Posted: 26 Jul 2013 01:04 AM PDT

Oleh Md Izwan

Lim Guan Eng (gambar) hari ini menyelar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita palsu pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Utusan Malaysia menggunakan kaedah menggugut untuk menakut-nakutkan orang ramai, bahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato A Thaiveegan sendiri menafikan bercakap mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"A Thaiveegan tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

 "Tindakan tegas mesti diambil terhadap Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi," katanya.

Ahli Parlimen DAP itu kemudiaan mempertikai sikap kerajaan yang berat sebelah dalam mengambil tindakan, sebagai contoh kes membabitkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan lain-lain seumpamanya.

"Lihat sahaja kegagalan untuk menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.

"Lebih buruk lagi, menteri Umno seperti keengganan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman untuk mengutuk seruan Ibrahim Ali untuk membakar Bible mahupun supaya Ibrahim Ali meminta maaf dan dihukum," katanya.

Sementara itu, Lim juga mengecam terhadap ugutan bunuh dalam kes membabitkan murid disuruh makan di bilik mandi sekolah yang mendapat perhatian baru-baru ini.

"DAP juga mencela ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah, saudari Guneswari, serta guru besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor.

"Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah," katanya.

Kontroversi membabitkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam,  The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya

[VIDEO] SPR Berkokok Lebih Bising Daripada Ahli Politik – Rafizi (updated)

Posted: 26 Jul 2013 12:58 AM PDT


KELAB GREENBOC

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya 'beliau anak jantan'.

Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, "siapa lebih anak jantan" seperti yang dimainkan sekarang," ujarnya,.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.

"Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti "anak jantan", "menipu" dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik," tegas beliau.

Tegasnya, isu sebenar adalah kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus terutamanya mengenai pelaksanaan dakwat kekal.

"Apabila diselidiki, didapati ia berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain," katanya.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihan raya termasuk dakwat kekal.

"Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihan raya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? ," soalnya. -KD 



LIHAT VIDEO DI SINI


[VIDEO] Baju ‘R’ Tak Boleh Masuk Kawasan Mengundi, Baju 1Malaysia Boleh?

Posted: 26 Jul 2013 12:57 AM PDT


KELAB GREENBOC

Sejak bila logo "R" jadi lambang parti? Ini memang pelik .. baca lah +Video

BESUT: Pengerusi 'R', NGO menuntut royalti minyak dikembalikan ke negeri terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah kesal dengan tindakan pihak keselematan yang menghalang beliau masuk ke pusat mengundi dengan mamakai baju T berlogokan 'R'.

Beliau selaku 'pemantau' Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut ditemui skuad BO ketika berhujah dengan tiga peagawai polis di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru ada kira-kira jam 3.30 petang abu 24 Julai, hari membuang undi.

Ketika mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya polis mengahalang baju 'T' berlogokan 'R' memasuki kawasan mengundi, beliau menggesa orang ramai yang memakai logo '1Malaysia' juga harus ditegah.

"dia (polis) beri alasan tak kira mana-mana logo dan sebagainya……..cuma saya minta satu pengesahan dari beliau (polis) mengapa logo 1Malaysia boleh pakai, aya tak ada masalah saya boleh tanggalkan (baju T saya,

"cuba bawakan kepada saya akta apa…..pasal berapa……'clause' berapa yang mengatakan mana-mana logo NGO tak boleh pakai!……dia tak boleh jawab sebab benda itu memang tak ada,"tegasnya.

Menurutnya, para petugas beliau yang menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya tersebut turut dihalang dan tidak dibenarkan masuk kerana hanya smata-mata memakai baju T berlogokan 'R'. -demolanie


LIHAT VIDEO DI SINI


Shabery: Jelas ada ahli PAS sokong BN di K Besut

Posted: 26 Jul 2013 12:50 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji pengundi Kuala Besut yang membuat pilihan bijak dan tepat dengan memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelmarin.

Katanya beliau amat berbangga dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan penduduk kawasan Kuala Besut termasuk sebahagian ahli-ahli PAS yang telah mengiktiraf segala jasa dan khidmat yang telah diberikan setiap pemimpin BN dengan memilih Tengku Zaihan.

"Di situ jelas telah berlaku perubahan angin dalam PRK itu di mana ada antara ahli-ahli PAS yang telah memberikan undi kepada calon BN," katanya selepas majlis penyampaian zakat dan Netbook kepada pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampung Binjai, di Kemaman semalam.

Katanya rakyat dan pengundi Kuala Besut dapat menilai khidmat terbaik yang diberikan kerajaan BN selama ini khususnya dalam menentukan kemajuan rakyat.

Pada PRK DUN Kuala Besut semalam Tengku Zaihan menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Ahmad Shabery berkata keputusan tersebut sekali gus memberikan keyakinan rakyat seluruh negara bahawa Umno dan BN adalah pilihan terbaik untuk mereka manakala segala usaha pembangkang untuk mencemuh pilihanraya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditolak rakyat.

Beliau berharap semua pihak mengerti yang sekarang adalah masa untuk kerajaan yang dipilih untuk meneruskan pembangunan negara dan bukan mencari alasan untuk mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahmad Shabery, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, juga menyifatkan kemenangan di Kuala Besut itu sebagai bukti orang Melayu masih sayangkan parti itu.- Bernama

Ku Nan: Mesyuarat 20,000 cawangan Umno ikut jadual

Posted: 26 Jul 2013 12:48 AM PDT

MALAYSIA KINI

 
Mesyuarat cawangan Umno yang berlangsung di seluruh negara sejak 15 Julai lepas berjalan dengan baik mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dibentangkan pada mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi, mesyuarat 20,000 cawangan parti itu diadakan mengikut jadual walaupun semasa bulan Ramadan.

"Ada cawangan yang bermesyuarat selepas solat Tarawih dan pada hari minggu. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Titiwangsa di Masjid Ar-Rahimah di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau yakin semua cawangan Umno akan selesai bermesyuarat sebelum 31 Ogos ini.

Ditanya mengenai Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno esok, Tengku Adnan berkata mesyuarat itu antara lain akan menetapkan tarikh bagi mesyuarat peringkat bahagian parti.

Selain itu, katanya mesyuarat MT itu juga akan membincangkan mengenai Lab Politik Barisan Nasional (BN) yang melibatkan 96 profesional, anggota politik dan golongan muda.

Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapannya meminta semua pihak pengurusan masjid di Wilayah Persekutuan supaya memantau aktiviti penyebaran ajaran Syiah yang semakin aktif terutamanya di kawasan bandar.

"Saya mahu semua masjid berhati-hati dan tidak membenarkan sebarangan orang memberi ceramah di masjid. Jangan kita biarkan akidah umat Islam terpesong," katanya.

Pada majlis itu juga, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk kerja menaik taraf masjid berkenaan, yang berusia lebih 40 tahun.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan duit raya kepada 200 Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, anak yatim dan fakir miskin dari sekitar kawasan Parlimen Titiwangsa.- Bernama

5 ibu pejabat negeri JPN ditutup hujung minggu

Posted: 26 Jul 2013 12:47 AM PDT

MALAYSIA KINI


Lima ibu pejabat negeri Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lagi beroperasi pada setiap hujung minggu mulai hari ini.

Menurut kenyataan JPN, penutupan itu bagi membolehkan guna tenaga pekerja dimaksimumkan di pejabat yang mempunyai pejabat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang beroperasi tujuh hari seminggu.

Penutupan itu melibatkan JPN Kuala Lumpur di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Seri Hartamas, JPN Melaka di Ayer Keroh, JPN Pahang di Kompleks KDN Indera Mahkota, Kuantan, JPN Perak di Kompleks KDN Ipoh dan JPN Kedah di Kompleks KDN Alor Setar.

JPN juga akan memberhentikan operasi pada waktu rehat tengah hari setiap Jumaat mulai 12.15 petang hingga 2.45 petang bagi menghormati waktu solat Jumaat.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan di talian 03-88808203/7077/7071/7067.- Bernama

Buaya disangka kayu hanyut

Posted: 26 Jul 2013 12:39 AM PDT


Buaya disangka kayu hanyut
Penduduk Jalan Tok Empat Masjid gempar dengan penemuan bangkai buaya tembaga itu.
 
Buaya disangka kayu hanyut
Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Hussien Idris (kiri) mengiringi Rahim ke lokasi kejadian, semalam.
 
KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.

Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.

Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.

Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.

"Kami jarakkan sampan dan teliti daripada jauh. Namun beberapa minit kemudian, kami kembali memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak.

"Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan buaya itu yang mungkin cedera hingga mati, namun hanya gigi dan kuku tiada," katanya.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, pula berkata, penemuan itu amat berharga sepanjang tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan sungai di sini.

"Ramai rakan cakap, mereka pernah terserempak buaya jenis itu dengan saiz lebih besar. Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu nelayan atau kaki pancing.

"Orang lama cakap buaya itu penunggu sungai. Saya anggap mitos sahaja dan mungkin hanya ada dua jenis buaya di sungai ini iaitu muara serta jelujong mengikut cerita nelayan yang pernah menemui haiwan tersebut," katanya.

Jeti jadi mini zoo

Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu dan bergegas ke kawasan jeti untuk melihat buaya tersebut dengan lebih dekat.

"Kawasan jeti itu menjadi tumpuan penduduk, seolah-olah mini zoo bermula seawal jam 7 pagi.

Orang ramai berpusu datang dan sementara menunggu pegawai Perhilitan, mereka sempat merakam gambar untuk buat kenangan," katanya.

Turut hadir, Penghulu Mukim Api/Api dan Ijok, Hussien Idris.

Penemuan pertama

Pengarah Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya seberat 1,000 kilogram tersebut ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk dibedah siasat.

"Kita tak boleh beri sebarang komen berhubung punca kematian, usia, jantina dan saiz sebenar kerana tunggu bedah siasat. Penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan negeri kerana kita tidak pernah terima laporan penemuan buaya dengan saiz agak besar atau keganasan buaya yang mengakibatkan kematian.

"Saya berterima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Selangor yang menyediakan pengangkutan sekali gus melancarkan tugas Perhilitan bawa buaya itu ke Sungai Dusun," katanya.

'Kuasa mutlak AG tak konsisten dengan norma'

Posted: 26 Jul 2013 12:33 AM PDT

 


 
Kekurangan kuasa mahkamah mengawasi keputusan Peguam Negara (AG) sama ada mahu mendakwa sesuatu kes atau tidak, adalah tidak konsisten dengan "standard undang-undang moden" di rantau ini, demikian hasil penemuan misi NGO Forum-Asia.

NONEMenurut anggota misi tersebut, Kishali Pinto-Jayawardena (kanan),
tidak seperti di Malaysia, mahkamah lain di Asia mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan pendakwaan oleh peguam negara.

"The Peguam Negara (di Malaysia) kekal di luar semua penelitian, dan tidak boleh disemak oleh mahkamah. Ini adalah satu masalah.

"Konsep terbatas ini tidak boleh diterima dalam standard undang-undang moden," kata peguam kanan Lanka Sri itu.

Beliau menegaskan demikian semasa membentangkan penemuan awal misi mencari fakta oleh Forum Asia atau nama penuhnya 'Forum Asia untuk Pembangunan Hak Asasi Manusia' bagi menilai kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman selepas pilihan raya umum.

Beliau berkata misi itu, yang dijalankan dari 22 hingga 25 Julai, mendapati ada beberapa contoh yang dilihat seperti "pendakwaan terpilih".

"Mengapa A didakwa menghasut kerana (menggalakkan) satu himpunan aman manakala B yang terlibat dalam perkara... yang jelas membangkitkan kebencian pada agama pula, tidak didakwa?

"Kuasa siapakah (untuk mendakwa)? Ia bukan polis, tetapi AG, dan peranannya perlu dikaji semula," katanya.

Seksyen 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kuasa peguam negara dilaksanakan "menurut budi bicaranya".

'Apa perkembangan projek RM105j Empangan Kahang?'

Posted: 26 Jul 2013 12:31 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Selepas dua tahun perdana menteri mengumumkan peruntukkan RM105 juta untuk pembinaan Empangan Kahang bagi mengatasi masalah air di Kluang, penduduk tempatan masih tidak dimaklumkan tentang perkembangannya.

Bahkan, kata ahli Parlimen kawasan itu Liew Chin Tong, setiap tahun, semasa musim kemarau, ribuan penduduk Kluang menderita tanpa air yang mencukupi.

"Penting sekali, orang awam perlu diberitahu tentang maklumat terperinci dan perkembangkan terkini projek ini. Sekurang-kurangnya maklumat tentang projek ini perlu disiarkan untuk pengetahuan awam di Bandar Kluang dan Kahang," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Liew juga berkata, pandangan dan pemantauan awam perlu diterapkan dalam projek itu memandangkan ia memakan ratusan juta wang rakyat dan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Menceritakan masalah setempat, Liew berkata, di Kluang, catuan air dilaksanakan setiap kali paras Empangan Sembrong Barat turun.

Justeru, Empangan Kahang infrastruktur yang penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan air di sekitar Kluang untuk jangka panjang, jika dibina dengan betul.

Liew pernah membangkitkan persoalan berhubung perkara itu di Parlimen. Jawapan yang diberikan padanya menyebut, projek itu dijadual siap pada November 2016. Terma rujukan Penilaian Impak Alam Sekitar dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 27 Mac.

Liew yang juga pengarah pendidikan politik DAP juga mengingatkan beberapa perkara dalam pembinaan projek itu, antaranya:

(1) Aktiviti pembalakan, pertanian dan pemberi milikan tanah dalam kawasan tadahan air Empangan Kahang, jika ada, harus diberhentikan sehingga Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) diluluskan.

Ini demi memastikan tiada pihak berkepentingan mencuri balak dan tanah sehingga merosakkan kawasan tadahan air seperti yang berlaku di Empangan Sembrong.

(2) Kedudukan empangan itu berdekatan FELDA Kahang Timur dan mungkin berdekatan dengan kawasan Orang Asli.

Pihak berkuasa wajar mengambil langkah proaktif merunding dengan pihak tersebut. Rundingan awam perlu dilaksanakan sebelum projek diluluskan.

(3) Takungan reservoir Empangan Kahang akan menenggelamkan sebahagian hutan simpan mergastua Endau, Kota Tinggi yang kaya dengan nilai biodiversiti.

Kajian DEIA harus dinilai dengan pelbagai sudut dan pandangan profesional dari NGO alam sekitar harus dipertimbangkan.

LKS jangka k'jaan mungkin batal pendaftaran DAP

Posted: 26 Jul 2013 12:30 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau melihat petunjuk bahawa kerajaan sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, beliau menjangka kerajaan mungkin bertindak demikian berdasarkan kenyataan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu laporan The Star hari ini.

Abdul Rahman dalam laporan itu memberi peringatan kepada anggota DAP supaya tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan itu bertindak membatalkan pendaftaran parti baru.

Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

"Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Laporan itu menyebut, Abdul Rahman diminta mengulas mengenai usaha anggota DAP untuk membentuk parti parti sekiranya pembatalan parti tersebut tidak dapat dielakkan.

Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti jawatan pusat DAP pada Disember lalu.

Mengulas perkara itu, Lim berkata kenyataan tersebutadalah berdasar hujah yang tidak berasas dan sembarangan.

"Laporan The Star itu mengandungi hujah palsu dan tidak berasas yang menunjukkan ketua pengarah ROS bertindak dengan cara yang sangat tidak patut, tidak adil dan tidak profesional," katanya.

Lim menambah, Abdul Rahman sepatutnya menjalankan tugasnya dengan bebas dan tidak berpihak.

Jelasnya, DAP masih belum menerima sebarang permintaan daripada anggota parti untuk menjalankan pemilihan CEC yang baru.

Isu berkenaan hanya ditimbulkan oleh ejen propaganda Umno dan BN sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi.

Nik Aziz: Kuala Besut, ‘Kuala Ujian’

Posted: 26 Jul 2013 12:28 AM PDT


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
SAYA membaca keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini (semalam) yang menyaksikan Pas gagal menawan Dun Kuala Besut daripada penguasaan Umno/BN.

Dalam erti kata lain, tawaran Pas kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat Dun Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini.

Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon Pas berkempen dalam PRK ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di Dun ini.

Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/BN menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.

Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno.

Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka.

Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh PR kecuali dua sahaja jatuh ke tangan BN.

Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi dan di sinilah Umno/BN gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.

Di sinilah letaknya tugas Pas selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam.

Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.

Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama.

Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.

Inilah tugas gerakan Islam.

Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." – Surah Yasin, ayat 6.

Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu.

Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala.

Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah Pas mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat.

Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan.

Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.

Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam.

Bukan mereka menolak Umno/BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari.

Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca.

Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.

Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi.

Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.

Nyata sekali Kuala Besut adalah 'kuala ujian'.

Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini.

Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti Pas yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama Pas tewas di dalam pilihanraya.

Saya mendoakan kesemua petugas parti Pas yang berpenat lelah di bulan Ramadan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT.

Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT.

Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa' ayat 104).

Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang.

Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa.

Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!

Salam hormat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am Pas


*Pendapat ini dipetik dari laman sosial Facebook beliau.

Ketua kampung: Beri wang insentif, bukan rasuah

Posted: 26 Jul 2013 12:27 AM PDT

 


 
Pengerusi JKK Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir menafikan pemberian wang kepada pengundi luar sewaktu berlangsungnya pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah satu bentuk rasuah, tetapi menegaskan ia "insentif kepada pengundi luar".

"Ia bukan rasuah, tapi insentif kepada pengundi luar sebab pulang untuk mengundi (dalam pilihan raya Kuala Besut). Kalau rasuah, dia buat secara sembunyi-sembunyi.

"Kita beri kepada semua, tak kira mereka itu pangkah BN atau PAS. Orang luar kalau balik, pasti dia akan sokong PAS," kata ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya pagi ini.

Yaakob berkata beliau diarahkan oleh parti untuk beri 'insentif' itu di perkarangan rumahnya "untuk mengelak suasana sesak jika buat di tempat terbuka"

Beliau mengulas insiden pengundi yang dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di DUN Kuala Besut kelmarin, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Pengundi berkenaan dilihat di kediaman ketua Kampung Lay Out dan ketua Kampung Beris Lampu dalam daerah mengundi Tok Saboh.

Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung Lay Out - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

'Tak sampai 100 orang'


Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Bharu, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Yaakob yang juga ketua cawangan Umno kampung itu sejak 20 tahun lalu berkata jumlah pengundi luar yang berdaftar bagi mendapatkan insentif itu kelmarin "tak sampai seratus orang".

Menurutnya lagi, insentif itu diberikan mengikut jarak lokasinya iaitu jika pengundi itu bekerja di Kuantan sebanyak RM150 akan diberikan; Kuala Terengganu (RM100); Johor dan Kuala Lumpur (RM200).

"Ada yang merungut kata tak cukup... Kalau nak ikut (insentif itu) tak padan," katanya yang mesra di panggil 'Pak Anjang'

Sambil menjelaskan ramai pengundi tidak pulang mengundi memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, Yaakob berkata pemberian insentif seperti itu juga pernah diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Pengerusi JKK Kampung Lay Out Rashid Yusof pula tiada di rumah sewaktu Malaysiakini datang ke kediamannya bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Rashid tiada di rumah kerana menemani ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menziarahi orang sakit.

Idris, Mat Said belum jawab
"Saya tidak pasti bila beliau nak balik," kata salah seorang ahli keluarga Rashid yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Sementara itu pengurus kempen bagi calon PAS DUN Kuala Besut Hanafiah Mat mendakwa pemberian wang tersebut merupakan "rasuah secara terbuka" dan dilakukan "tanpa malu dan tanpa segan silu".

"PAS tidak buat sebegitu rupa. Apa perkara yang diberikan untuk mendapat undi, itu dinamakan rasuah," katanya.

Beliau yang juga ADUN Chukai juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden tersebut.

Katanya, PAS akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam mesyuaratnya sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Guru Besar Seri Pristana terima ugutan bunuh

Posted: 26 Jul 2013 12:23 AM PDT

SINAR HARIAN
Isu kantin
Isu kantin
 
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
 
Mohd Nasir Mohd Noor, 57,  berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
 
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
 
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
   
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
 
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
 
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada  ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
 
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
 
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
 
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
 
Pada majlis yang sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - Bernama

Ashraf: 'Berilah ruang kepada Dayana, Sakinah'

Posted: 26 Jul 2013 12:21 AM PDT


Ashraf Muslim berdepan dengan pelbagai soalan sepanjang sidang media berjalan, semalam. Foto Sinar
Ashraf berdepan dengan pelbagai soalan sepanjang sidang media berjalan, semalam. Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
 
PELAKON, Ashraf Muslim menarik perhatian umum dengan berita perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi, dua minggu lalu.

Sejak berita perkahwinan mereka diketahui umum, Asyraf memilih untuk mendiamkan diri.

Namun, semalam, Asyraf membuat keputusan untuk berdepan dengan media dan menjelaskan kedudukan sebenar dan menjawab semua pertanyaan yang diajukan.

Ashraf hadir ke sidang media itu seorang diri tanpa ditemani mana-mana isterinya.

Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah  pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.

"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.

"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.

LIHAT VIDEO DI SINI

Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.

"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.

"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.

Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.

"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.

"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.

Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.

"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.

"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.

"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.

"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.

Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.

"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).

"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.

Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.

"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Syiah: Kerajaan Negeri Kelantan selari keputusan

Posted: 26 Jul 2013 12:18 AM PDT


Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selari dengan keputusan dan pandangan Pejabat Mufti Kelantan berhubung ajaran Syiah di negeri ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan beliau di laman sosial miliknya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

"Pada saya, sikap Kelantan sentiasa jelas dalam isu yang melibatkan akidah seperti ini, bahkan Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sendiri telah membuat keputusan pada 30 Mei 1996 lalu bahawa ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.

"Mesyuarat yang sama juga menetapkan bahawa hanya akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang diterima sebagai amalan oleh rakyat negeri ini, maka dalam hal ini saya akan mengambil kira pandangan pejabat mufti yang dikira lebih berhak untuk menyuarakan cadangan penambahbaikan sebagaimana yang telah dinyatakan," katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Yakob yang juga Adun Pasir Pekan turut menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memerangi bukan hanya ajaran Syiah malah apa jua ajaran dan pemikiran yang menyeleweng daripada Islam.

BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu

Posted: 25 Jul 2013 04:41 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Umno mesti berterimakasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana menetapkan pengundian pada hari Rabu atas peningkatan majoriti undinya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang menyaksikan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau pada kadar keseluruhan 79.78% berbanding 87% pada pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi.

Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan.

"Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim.

Bagi beliau, jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti pilihanraya umum lalu dan sebahagian besar pengundi yang tidak pulang ke Kuala Besut untuk mengundi dalam pilihanraya kecil mengundi calon PAS, majoriti Umno/BN kali ini kemungkinan besar lebih rendah daripada majoriti 2,434 yang dicapainya dalam pilihanraya umum lalu.

Kemerosotan majoriti undi Umno/BN, walaupun ia masih mengekalkan kerusi tersebut, akan dilihat sebagai satu kegagalan khususnya setelah pelbagai pemberian yang bernilai sekitar RM500 juta telah dicurahkan ke kawasan itu dan untuk pengundi di sana oleh kerajaan pusat dan negeri dalam tempoh pilihanraya kecil ini–menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut salah satu pilihanraya kecil termahal dalam sejarah.

Bagi Lim, PAS mencatatkan pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang benar-benar menjangka bahawa calon Umno/BN akan kalah di kubu kuat mereka.

Pihak yang kalah paling besar adalah Umno/BN kerana ia gagal mencapai sasaran undi majoriti 4,000 dalam pilihanraya kecil kali ini, katanya.

Tahniah buat semua jentera PRK Kuala Besut

Posted: 25 Jul 2013 04:38 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak diatas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada PAS sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat.

Ianya termasuk soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen.

"Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya PAS sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut N01.

2. Disiplin dan keutuhan akhlak yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen ditambah pula dengan cabaran ibadah berpuasa merupakan cerminan tarbiyah jamaah dan sesuatu yang amat menginsafkan.

3. Juga kepada penyokong parti, anak-anak Kuala Besut di perantauan dan para pemilih yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi walau dihimpit waktu bekerja, terima kasih juga diucapkan.

Jazakallah khairan kathira. Barakallahu fikum.

4. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki. Yakinlah, usaha bakti kalian telah dicatatkan melalui tinta emas dengan janji kemenangan di akhirat kelak.

5. Memandangkan pilihanraya kecil ini merupakan satu kewajipan dakwah. Maka segala amalan wajib yang dilaksanakan di dalam kemuliaan Ramadhan ini diangkatkan pula darjatnya sehingga 70 kali ganda!

6. Jadi apakah perlu kita gusar dan sedih dengan keputusan ini sedangkan kemenangan yang lebih agung telah disediakan Allah?

7. Malah tiada apa yang boleh digahkan oleh BN dengan mempertahankan kerusi Kuala Besut. Kenyataan sombong kononnya UMNO-BN akan menggandakan majoritinya sehingga 4000 undi ternyata hanyalah satu omongan.

8. Setelah menjanjikan projek-projek dengan nilaian hampir RM 400 juta dalam tempoh sesingkat 2 minggu ini ditambah pula wujudnya dakwaan politik wang pada hari pengundian, UMNO-BN sekadar mampu menambah 158 undi dari jumlah majoriti yang dicatatkan ketika PRU ke13 dahulu.

9. Ianya membuktikan sogokan parti pemerintah semakin hilang ampuhnya dan para pengundi luar bandar mula terdidik untuk memilih dengan kebebasan jatidiri masing-masing. Sekiranya senario ini boleh dikembangkan, maka kami di Dewan Pemuda cukup optimis dengan perubahan yang bakal melanda di dalam PRU ke14 kelak.

10. Dikala UMNO-BN kelihatannya ketandusan cara untuk memperdaya dan mengelirukan pemilih dengan sogokan "politik pembangunan" mereka, PAS perlu terus istiqamah menyampaikan mesej dakwah yang syumul dengan malar segar bagi mendidik pemilih untuk melakukan perubahan.

11. Dari satu segi yang lain, calon dan jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat. Dari soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen.

12. Hasilnya pemerintah terpaksa menawarkan projek-projek segera untuk kembali memenangi keyakinan pengundi. Saya doakan agar tawaran-tawaran tersebut segera menjadi kenyataan kerana ianya adalah bukti peri penting pembangkang yang kuat dalam proses semak-imbang demokrasi yang akhirnya manfaatnya sampai kepada rakyat.

13. Kepada YAB TPM, MB, YB Timbalan Menteri Pendidikan dan kroni-kroni mereka yang sepanjang waktu berkempen banyak menanam tebu dimulut - jangan jadikan Kuala Besut satu lagi Galas atau Kerdau. RM 400 juta adalah janji yang amat besar. Buktikan keikhlasan tanpa beralasan panjang. Sesungguhnya besar laknat Allah bagi kata yang tidk dikota.

14. Kepada Sdr. Tengku Zaihan, tahniah di atas pemilihan saudara sebagai YB. Sekadar peringatan kepada saudara dan diri saya sendiri; jawatan itu bukannya hadiah tetapi amanah. Kepada Abe Che Long, ketulusan tuan mendepani cabaran PAS dalam PRK ini adalah contoh terpuji buat pemuda jamaah.

Allahu Akbar!

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Selangor Sasar 10 Juta Pelancong Menjelang 2018

Posted: 25 Jul 2013 04:37 PM PDT


maskot sekinchan elizabeth ng suee lim 01

SHAH ALAM  : Menjelang 2018, Kerajaan Negeri mensasarkan seramai 10 juta pelancong akan melawat Selangor, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong.

Elizabeth berkata anggaran tersebut berdasarkan peningkatan jumlah pelancong setiap tahun dan sasaran 7 juta pelancong Kerajaan Negeri untuk program Tahun Melawat Selangor 2015.

Beliau berkata setakat ini jumlah kemasukkan pelancong mencatatkan perkembangan yang positif iaitu 6 juta pada tahun lepas.

Katanya, bagi merealisasikan sasaran 10 juta itu, Kerajaan Negeri akan mengubah strategi promosi.

"Kita juga mahu melatih pemandu pelancong supaya fasih berbahasa asing bukan sahaja bahasa Inggeris. Ini kerana penambahan pelancong ke Selangor terdiri dari pelancong yang bukan dari Eropah.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan menyelenggara tapak-tapak pelancongan dalam tempoh lima tahun ini untuk memberi nilai tambah dan memperkukuhkan produk sedia ada.

Beliau menyasarkan empat kawasan luar bandar yang perlu diberi perhatian, antaranya Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Tambah Elizabeth, sekurang-kurangnya 300 tapak perlancongan yang sedia telah dikenal pasti untuk dibaik pulih atau dipromosikan.

"Ia merangkumi penyelenggaraan kawasan sekitar, membaik pulih kemudahan awam serta menambah baik struktur bangunan sedia ada," katanya.

"Tetapi jumlah itu mungkin kita tidak akan lakukan semua. Kita bergantung kepada keperluan kawasan itu juga.

"Sebagai contoh, kawasan Sekinchan yang kini berkembang sebagai pusat perlancongan. Jika kita ke hadapan sedikit seperti Sabak Bernam sudah tentu akan berkembang kerana ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan.

"Kita mahu tempat-tempat ini dinaiktaraf sehingga mendapat status perlancongan antarabangsa, kita mahu pelancongan asing dan dalam negara datang ke kawasan itu kerana ia akan meningkatkan taraf kewangan penduduk kampung dan penduduk tempatan," katanya.

Harimau Malaya mula langkah sumbang

Posted: 25 Jul 2013 04:23 PM PDT


Harimau Malaya
 
SKUAD Harimau Malaya memulakan jelajah Jepun 2013 dengan langkah sumbang selepas diaibkan 0-2 kepada Shimizu S-Pulse pada perlawanan persahabatan pertama malam ini.

Walaupun hanya berstatus kelab, Shimizu S-Pulse berjaya memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri dengan baik dan mendahului permainan 2-0.

Jaringan disempurnakan menerusi Jumpei Takaki pada minit ke-48 dan Yasuhiro Kiraoka pada minit ke-74.

Nyata nama bukan ukuran buat pasukan kelab dari liga utama Jepun itu apabila mereka berjaya berdepan skuad kendalian Datuk K Rajagobal dengan baik dan menguasai penuh perlawanan.

Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Shonan Bellmare pada hari Sabtu sebelum menutup tirai aksi persahabatan di Jepun dengan menentang kelab J League 2 Tokyo Verdy pada 31 Julai.

Kunjungan ke negara itu yang bermula 23 Julai hingga 1 Ogos adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrian dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur Oktober

Petisyen: Pas WP akur keputusan, fokus PRU14

Posted: 25 Jul 2013 04:20 PM PDT


SHAH ALAM - Penolakan petisyen bagi kerusi Parlimen Titiwangsa oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur tidak sesekali menyebabkan Pas berputus asa.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz sebaliknya mengucapkan tahniah kepada pempetisyen bagi kerusi Parlimen tersebut kerana berusaha sehingga ke saat akhir memastikan proses rayuan dan bantahan terhadap kemenangan BN di Parlimen berkenaan dibuat .

"Kami menganggap usaha bekas calon Pas, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan pempetisyen, Rosli Yasmin sebagai berjaya kerana telah berusaha dalam mematuhi proses berkenaan.

" Dalam hal ini, mahkamah telah membuat keputusan dan kita akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Suhaimi lagi, kegagalan bagi memenangi petisyen itu sudah  diduga sejak awal, memandangkan sukar bagi mana-mana pihak untuk memenangi sebarang kes petisyen di mahkamah.

"Ia memerlukan suatu usaha pembuktian yang rapi, dokumen dan fakta kukuh untuk dipertikaikan.

"Amat jarang berlaku kes petisyen dimenangi oleh pihak yang memfailkannya, justeru langkah bekas calon dan pempetisyen membawa kes ini ke mahkamah dengan bukti dan fakta sedia ada sudah dianggap suatu kejayaan," katanya.

Sehubungan itu, yang paling penting bagi pihaknya  ialah pengundi mengetahui bahawa Pas dan Pakatan Rakyat tidak berputus asa  dan berusaha bersungguh-sungguh memastikan PR mengikut saluran yang betul.

"Pas dan PR mengetahui hanya petisyen satu-satunya jalan untuk menegakkan kebenaran, meskipun jalannya sukar dan berliku," katanya.

Ahli politik juga boleh diambil tindakan

Posted: 25 Jul 2013 04:17 PM PDT

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, hari ini.

"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Semalam, KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.

Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia beragama Islam supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.

Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia, beliau berkata tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama pertubuhan itu untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966. - Bernama

Cabaran pimpinan SPR bersifat partisan, kata Rafizi

Posted: 25 Jul 2013 04:13 PM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik



Cabaran supaya mengulangi secara khusus nama pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu dakwaan berkaitan dakwat kekal di luar Dewan Rakyat, ketara bersifat partisan,  kata Rafizi Ramli (gambar).

Beliau mendakwa Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak profesional apabila menggunakan perkataan 'anak jantan' yang kedengaran lebih agresif berbanding sebahagian ahli politik lain.

 Pengarah Strategi PKR itu juga sudah mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat dan ia mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pandan itu, berkata kedua-dua pemimpin SPR itu bersembunyi melalui isu cabar-mencabar lantaran gagal menjawab persoalan yang berlegar di fikiran rakyat.

"Tidak timbul soal cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan cabar mencabar - 'siapa lebih anak jantan' seperti yang dimainkan kedua-dua pemimpin SPR itu.

"Isu sebenarnya ialah kegagalan SPR mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka terutama kegagalan pelaksanaan dakwat kekal.

"Keterlibatan pimpinan SPR dalam proses itu juga saya persoalkan kerana ia menghakis keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR," katanya.

Rafizi berkata, mereka gagal bertanggungjawab sepenuhnya dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada pelantikan pembekal melalui rundingan terus.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Aziz mencabar Rafizi mengulangi tuduhan berkaitan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat kerana mereka tidak dapat menjawabnya di Dewan Rakyat.
Beliau memberi masa seminggu untuk Rafizi mengulangi semula kenyataan berkenaan

Tun Zaki: Perbaiki Akta Pencegahan Jenayah, tahanan tanpa bicara adalah jalan pintas

Posted: 25 Jul 2013 04:08 PM PDT

Oleh Md Izwan

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi hari ini memberi pandangan supaya Akta Pencegahan Jenayah 1959 (disemak 1983) yang sedia ada diperbaiki supaya memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat, bukan sebaliknya memperkenalkan satu akta baru yang berfungsi sama seperti Akta Darurat (EO).

Beliau berkata, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mempunyai fungsi sama seperti dengan EO yang sudah dimansuhkan, bagaimanapun polis tidak menggunakan akta itu untuk menangani kes jenayah berat yang dikatakan meningkat.

"Polis boleh gunakan PCA ini, mereka boleh gunakannya.

 "Tapi kenapa polis tidak mahu menggunakan PCA ini saya tidak dapat jelaskan, secara jujurnya saya tidak tahu untuk jelaskan. Mungkin dulu ada alasan tidak gunakannya kerana EO tapi kini ia sudah dimansuhkan," kata Zaki semasa perbincangan meja bulat yang diadakan di Universiti Malaya hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan menghantar draf pertama set undang-undang baru untuk menggantikan EO ke Jabatan Peguam Negara, bagaimanapun Zaki berkata sebaliknya apabila menegaskan memadai sekadar PCA dipinda.

"Sudah tentu kita boleh pinda ini, perkara ini berada dalam jadual dan menteri mempunyai hak untuk meminda jadual PCA.

"Hanya perlu tanpa akta undang-undang dibawah kategori ini," katanya.

PCA terbahagi kepada lima kategori sedia ada, siasatan perlu dilakukan bertujuan menentukan sama ada seseorang yang ditahan itu jatuh di bawah salah satu kategori yang tersenarai iaitu ahli kumpulan haram atau kongsi gelap, seseorang menyertai kumpulan terbabit dalam aktiviti jenayah, penyeludupan dadah, penyeludupan manusia dan perjudian atau mesin judi haram yang menyalahi undang-undang.

Zaki, yang juga salah seorang panel dalam Suruhanjaya Diraja Polis 2004, menyifatkan "tahanan tanpa bicara" hanya jalan pintas kepada pasukan polis untuk menahan seseorang individu yang disyaki.
"Penahanan pencegahan mungkin jalan pintas," katanya.

Bagaimanapun, Zaki faham jika polis tetap bertegas untuk menggunakan penahanan pencegahan kerana menurutnya ia adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan proses yang perlu dilalui mengikut PCA.

"Semasa EO dikuatkuasa, polis dapati lebih senang gunakan EO berbanding PCA kerana kesalahan dalam PCA sangat terhad dan mereka terpaksa berdepan majistret dan perlu membawa tertuduh untuk didakwa dalam tempoh 24 jam.

"Berbeza dibawah EO, mereka boleh tahan 60 hari tanpa arahan mahkamah. Maka polis akan peroleh masa lebih banyak untuk siasat," katanya.

Seseorang yang ditahan dibawah PCA dengan alasan munasabah akan diberikan tempoh reman selama 28 hari, sekiranya gagal membuat pendakwaan dalam tempoh itu tertuduh akan dilepaskan oleh majistret.

Zaki turut mengakui keberkesanan penahanan pencegahan yang mampu mengurangkan kadar jenayah, kerana menyifatkan perkara paling sukar dalam sesuatu pendakwaan adalah untuk membawa saksi bagi memberikan keterangan.

"Tetapi ia sangat berkesan, saya boleh pastikan kadar jenayah boleh dikurangkan.

"Untuk menangkap, mengenalpasti mereka dan mengemukakan bukti bukan senang. Saksi tidak akan tampil di mahkamah, bukan senang untuk bawa saksi beri keterangan," katanya.

Awal bulan lalu, Zahid berkata kerajaan merangka undang-undang baru dalam usaha membanteras jenayah selepas memansuh EO dan Akta Kediaman Terhad.

Dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dan Nancy Shukri, ditugas untuk mendapatkan maklum balas mengenai draf undang-undang baru itu.

Namun,  Menteri Dalam Negeri itu menerima kritikan hebat daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengaitkan EO sebagai alasan peningkatan kadar jenayah walaupun statistik polis menunjukkan kadar jenayah selepas EO dimansuhkan iaitu pada 2012, menurun.

EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan terhadap undang-undang itu yang dikatakan zalim dan tidak demokratik.

Ahmad Zahid juga menyatakan lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan berikutan pemansuhan EO tetapi beberapa daripada mereka kembali melakukan jenayah.

Namun, kenyataan Ahmad Zahid itu disanggah kerana hakikatnya ketika EO masih wujud, jenayah meningkat secara agresif daripada 2003 kepada 2008

Jangan kata Morsi tak boleh mengurus

Posted: 25 Jul 2013 04:03 PM PDT



Oleh Subky Latif

JAGA mulut baik-baik! Jangan celupar kata, Presiden Mesir, Mohamed Morsi tidak boleh mengurus perubahan! Katalah, Morsi tidak diberi peluang mengurus perubahan.

Itulah yang sekular di Malaysia kata pada kerajaan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan mula-mula menjadi Menteri Besar tahun 1990 dulu.

PAS ditohmah tidak pandai mengurus. Tok Guru Nik Aziz pun tiada pengalaman mengurus pentadbiran negeri, bahkan lain-lain pengurusan.

Maka mereka beri padanya masa tiga bulan. Lepas itu kerajaan Kelantannya pun akan tumbang. Lepas tiga bulan tiada apa terjadi. Mereka beri pula tiga tahun. Lepas tunggu tiga PRU Kelantan terus di bawah Menteri Besar ulama yang dikatakan tidak tahu mengurus dulu.

Saya tidak bercadang untuk mengatakan beliau pandai pengurus, tetapi rakyat Kelantan member peluang kepadanya mengurus. Nasib Kelantan baik kerana golongan sekularnya tidak sejahat golongan sekular di Mesir. Rakyat Kelantan sudah lama kenal demokrasi, maka beri pelung kepada Menteri Besarnya menggenapkan penggal lima tahun, sama ada diberi kepercayaan lagi atau tidak.

Apakah beliau tahu mengurus? Laporan Ketua Audit Negara untuk negerinya tidaklah seburuk setengah pentadbiran negeri sekular.

Rakyat memberi peluang kepada Tok Guru Nik Aziz. Hutang negeri kepada kerajaan pusat berkurang setiap tahun. Perdana Menteri menyangka dia pandai mengurus, tetapi hutang negara kira-kira Rm300 bilion menjadi RM500 bilion dalam masa empat tahun.

Morsi tidak membawa tongkat sakti atau lampu Aladin apabila dia menjadi Presiden. Dia mewarisi sebuah Mesir yang hampir muflis, rakyatnya miskin dan kebanyakannya kais bila nak makan. Negerinya tidak dicurahkan minyak seperti jiran-jiran Arabnya yang lain.

Sejak dia belum mengangkat sumpah Presiden, dia tidak diberi peluang mentadbir oleh puak sekular pro dan anti-Mubarak. Pro dan anti-Mubarak sepakat menjadi anti-Morsi dan anti Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya bebas.

Mewarisi negara seperti yang dipikul oleh Morsi itu bukanlah mudah apa lagi dia tidak diberi peluang mengurus. Siapa kata Presiden BJ Habibie tidak tahu mengurus. Dia adalah tenaga penting di belakang Presiden Suharto yang menjadikan pembangunan Indonesia jauh lebih maju dari zaman Sukarno.

Kejatuhan ekonomi dan kewangan Indonesia di hujang pentadbirannya adalah yang meruntuhkan kebanyakan harimau Asia termasuk Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Malaysia. Indonesia sudah juga sudah menjadi harimau Asia.

Habibie mewarisi Indonesia yang hancur daripada Suharto. Kecekapannya sebelum itu tidak dapat memulihkan Indonesia dalam masa setahun. Demokrasi Indonesia hendak makan setiap hari. Mereka beri peluang 32 tahun kepada Suharto, mereka beri pelung setahun saja kepada Habibie. Kecekapan Habibie sebelumnya tidak dapat membantunya memulihkan Indonsia dalam masa sekelip mata.

Morsi berada dalam keadaan lebih teruk dari Habibie. Kedua-dunianya tidak diberi peluang oleh rakyat masing-masing.

Nasib yang sama menimpa Nizar Jamaluddin. Bukan dia jahil mengurus. Tanya CEO Daya Urus yang membangunkan Dayabumi. Dia antara pengurus cemerlang Daya Urus yang membangunkan Dayabumi. Dia dikatakan pernah naik pangkat tiga kali setahun dengan kenaikan gaji tiga kali setahun.

Dengan pengalaman itu tentu dia boleh menguruskan kerja Menteri Besar Perak. Mungkin dengan mengalamannya dia lebih cekap mengurus daripada Dr Morsi. Tetapi dia juga tidak diberi peluang meneruskan pengurusannya. Dari mula dia diganggu oleh orang-orang yang merasa mereka saja anak Perak. Kemuncaknya Najib Razak melakukan apa yang tentera Mesir lakukan kepada Presiden Morsi merampas kuasanya.

Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak memberi peluang kepada Nizar untuk meneruskan pengurusan pentaddbiran negeri Perak. Soalnya bukan Nizar tidak tahu mengurus, tetapi Najib tidak memberi peluang kepadanya menyambung pengurusan.

Demikianlah Dr Morsi. Dia adalah profesor yang terlatih di Amerika. Sedikit sebanyak dia ada pengetahuan tentang pengurusan Amerika.

Mengurus Ikhwan Muslimin bukan suatu yang mudah. Gerakan Islam itu terpaksa bergerak bawah tanah kerana sejak mula ia haramkan oleh polis dan kerajaan tentera Mesir. Gerakan itu tidak boleh bergerak terang-terangan. Tetapi semua tahu bahawa pengaruh Ikhwan terus berkembang dan menawan hati sekalian yang berjiwa Islam.

Jika mereka tidak tahu mengurus bagaimana sekian ramai orangnya dibunuh dan ditindas, bergerak dalam senyap dan sunyi boleh mendapat pengikut yang ramai dan menjadi organ yang berpengaruh di kalangan rakyat terutama orang miskin.

Dalam bergerak secara rahsia Ikhwan boleh campur dalam menggulingkan Mubarak, dan diikuti dapat memenangi pilihan raya bebas, mengalahkan pertubuhan yang boleh bergerak berterang-terangan. Badan politik yang dihadapi oleh Dr Morsi dalam pilihan raya adalah badan yang disokong oleh tentera dan penyokong-penyokong Mubarak, Amerika dan penyokong Israel.

Semuanya banyak pengalaman pengurusan dan ramai pakar dan penasihat. Siapa yanag boleh menapikan keupayaan Israel dan Amerika dalam pengurusan semua perkara dan tipu belit politik?

Semuanya ditumpukan untuk menggagalkan kebangkitan Ikhwan Muslimin. Tetapi Morsi dapat mengalahkan mereka. Adakah kemenangan Morsi dan Ikhwan itu suatu yang terjadi begitu tanpa perancangan dan taktik serta pengurusan?

Mereka tidak menang percuma, tetapi mereka menang setelah bekerja, merancang dan mengurus. Bukan mudah menghadapi negara yang diperintah tentera sejak tahun 1951 iaitu sebelum Perdana Menter Najib lahir. Tidak mudah bagi Morsi menghadapi kesan kuasa kuku besi Mubarak selama 30 tahun. Dapatkah kita mengagak dari mana Najib itu diambil oleh bapaya Tun Razak?

Tidakkah ia diambil dari ketua tentera Mesir yang menggulingkan Raja Farouk, Jeneral Mohammed Naguib yang menjadi Presiden pertama Mesir? Tidak mungkinkah Tun Razak terpengaruh dan terpesona dengan rampasan kuasa itu lalu menamakan anak sulungnya dengan nama jeneral yang merampas kuasa itu?

Ikhwan hanya bebas bergerak setelah Mubarak dijatuhkan. Dalam masa kurang dar setahun mereka menyusun membentuk sayap politik dan menyertai pilihan raya dan menang.

Mereka sudah dihalang sebelum Morsi dinamakan sebagai calon. Tapi partinya menang pilihan raya Parlimen. Kemenangan itu dibatalkan oleh hakim mahkamah yang dilantik menjadi Presiden sementara sekarang. Kemudian Morsi menang majoriti mudah untuk jadi Presiden. Pelbagai halangan dihadapinya sebelum jadi Presiden dan selepas jadi Presiden.

Berjuta-juta rakyat sudah menunaikan tanggungjawab memilih Presiden. Majoriti orang awam ini seperti lain-lain orang awam di dunia tidak kisah sangat dengan politik. Yang menghalang Morsi itu hanya dua tiga juta saja. Tentera dan polis yang menindas Ikhwan selama lebih 60 tahun, malu untuk berkhidmat dengan orang yang mereka tindas. Jalan mudahkan membenarkan diri untuk mengkhianati kerajaan dan pemipin yang dinaikan rakyat melalui demokrasi.

Pada mereka apa salah Morsi? Mursi hendak membawa mereka dari hanyut dalam alam sekular untuk kembali ke alam Islam. Kata mereka telah biasa hidup bersama Islam dan sekular, maka Morsi pecahkan antara Islam dan sekular. Islam itu adalah ajaran Allah dan Rasul-Nya. Sekular itu ajaran Yahudi Israil dan Nasarah. Jenayah Morsi dan Ikhwan iaitu kerana mahukan Islam didaulatkan semula di Misir.

Mereka dimusuhi bukan kerana kegagalan pengurusan, tetapi mereka tidak langsung diberi peluang.
Berapa orang rakyat Mesir yang dibunuh oleh Morsi? Tetapi selepas Morsi dibuang, tentera menyebelih rakyatnya. Sekurang-kurang 50 terbunuh dan beratus-ratus cedera.

Berapa lama lagi Mesr mesti menjadi hamba penjajahan asing bentuk baru?

PKR nasihat Shamsul batal hasrat saman Hadi

Posted: 25 Jul 2013 03:55 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calon PKR di Dun Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin agar membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.

Sambil menjelaskan tindakan itu merupakan keputusan peribadi Shamsul, Tian juga berkata PKR berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

"Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, sudah terdapat beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.

"Namun, apa yang kita harapkan jananlah sampai perkara ini di bawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk tidak meneruskan hasrat tersebut," kata Tian lagi.

Shamsul dilaporkan berkata saman itu dibuat ekoran kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang baru-baru ini yang mendakwa 'ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'.- Harakahdaily

Tiada ulasan: