Rabu, 24 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Caj Elektrik Tinggi Bila Guna Meter Elektronik, PKR Minta Kerajaan Siasat

Posted: 24 Jul 2013 03:40 AM PDT


tarif eletrik 01 wong chan

PETALING JAYA  : PKR menggesa Kerajaan Pusat melantik satu badan bebas bagi menyiasat dan mengkaji kadar tarif elektrik masakini ditetapkan Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang dikatakan tinggi dan membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, siasatan itu perlu kerana majoriti pengguna sekarang menerima kesannya yang berpunca daripada pemasangan meter elektrik elektronik yang baru menggantikan meter analog lama.

"TNB tidak boleh memberikan alasan dan mesti membenarkan badan bebas dilantik untuk memeriksa dan menguji meter digital ini.

"Kerajaan boleh melantik badan bebas ini, begitu juga Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana meter kepunyaan TNB maka kebenaran dari TNB diperlukan bagi membuka meter dan menyiasat.

"Kita juga mahu pihak berkepentingan terlibat termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan BN kerana ini adalah isu rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, PR menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perkara itu yang menyatakan rasa tidak puashati mereka.
wong chan - tarif eletrik 02

Katanya, alasan diberi TNB bahawa bil elektrik tinggi dari meter baru berpunca daripada bacaan meter lama yang tidak tepat adalah tidak munasabah sama sekali.

Berikutan itu, Wong memberitahu, PR menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengetengahkan isu itu yang dianggotai Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan beliau sendiri.

"Jawatankuasa ini akan melancarkan satu kempen awam untuk menegaskan kepentingan ketelusan berhubung dengan bil elektrik tinggi.

"Kita juga akan melancarkan laman sesawang minggu depan bagi penglibatan awam dan satu petisyen akan dihantar ke TNB untuk tujuan ini," katanya yang mendakwa orang ramai menyatakan kesanggupan membayar RM20 bagi kos pemeriksaan untuk mendapatkan bacaan meter yang tepat.

Manakala Chua berkata, tarif elektrik ditanggung rakyat ketika ini begitu tinggi dan satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasinya.

"Satu masalah membebankan rakyat, pihak peniaga dan yang lain. Hampir setiap isi rumah mengalaminya dengan kenaikan sampai 100 peratus, 200 peratus atau lebih.

"Jawatankuasa ini akan membantu rakyat bagi penggurangan kadar tarif elektrik kepada satu kadar yang lebih rendah atau hampir dengan bacaan meter lama," ujarnya.

Selangor Salurkan Bantuan Baiki SRA Assam Jawa

Posted: 24 Jul 2013 03:35 AM PDT


manikavasagam sekolah agama assam jawa daif 02

SHAH ALAM, : Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukkan membaiki kerosakan pada Sekolah Rendah Agama Kampung Assam Jawa yang bumbung dan silingnya runtuh akibat ribut baru-baru ini.

Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor, Sallehen Mukhyi kerja membaik pulih bumbung dan siling yang runtuh itu akan dijalankan dengan segera kerana melibatkan keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan pembinaan bangunan baru bagi kemudahan murid dan kakitangan sekolah tersebut.

"Pada masa ini, Kerajaan Negeri fokus untuk kerja membaikpulih kerosakan akibat ribut baru-baru ini.

Tetapi macamanapun kita turut meneliti penilaian JKR samada perlu buat bangunan baru atau tidak.

"Kerja membaiki kerosakan ini akan dimulakan dalam masa terdekat," kata Sallehen ketika dihubungi TV Selangor baru-baru ini.

Sallehen bagaimanapun tidak dapat memberikan anggaran kos kerja pembaikan tersebut.

Terdahulu, pada 15 Julai, ribut kencang yang melanda Kampung Assam Jawa turut merosakan bumbung dan siling sekolah tersebut.

Dalam kejadian itu, seorang guru yang sedang mengajar dalam sebuah bilik darjah tercedera apabila ditimpa serpihan dari bumbung dan siling yang runtuh.

Guru tersebut terpaksa diberikan rawatan lima jahitan di kepalanya.

Detektif mengaku tak lapor bertulis kehadiran 'Datu Piah'

Posted: 24 Jul 2013 03:33 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Anggota polis, Detektif Koperal Hassan Ali Basari yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Lahad Datu, awal tahun ini hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa dia mengetahui kehadiran Datu Piah, seorang daripada adik-beradik Jamalul Kiram III, di Lahad Datu pada 13 Februari lepas.
  
Hassan Ali berkata pada hari itu kira-kira jam 4 petang, dia dihubungi sumbernya bernama 'Saluan Bin Bawa' bahawa Datu Piah tengah minum di restoran India dekat bangunan Ambank, pekan Lahad Datu.
  
"Saya terus pergi ke sana dan berjumpa dengan seorang tua yang mungkin Datu Piah. Saya bertanya apa tujuan datang ke Kampung Tanduo. Dia menyatakan bahawa tujuan mereka adalah untuk menuntut hak Kesultanan Sulu, meminta kerajaan Malaysia kaji balik bayaran RM5,000, ingin membuat Kampung Tanduo sebagai perkampungan mereka dan akan mempertahankan kalau diserang," katanya ketika membela diri atas tuduhan itu di hadapan Hakim P Ravinthran.
  
Hassan Ali berkata demikian ketika memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi pada 17 Julai lepas memerintahkannya membela diri apabila pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan menghasilkan kes prima facie terhadap tertuduh.   
  
Beliau yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hassan Ali juga berkata beliau dimaklumkan orang itu (Datu Piah) bahawa mereka ada membuat tuntutan ke atas Sabah secara bertulis kepada pihak berkuasa Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  
"Dia juga memberitahu saya bahawa kerajaan Malaysia sudah lama mengetahui tuntutan mereka sebelum kedatangan mereka ke Kampung Tanduo," katanya.
  
Katanya, dia memaklumkan perjumpaan itu kepada anggota polis yang bertugas di Bilik Gerakan Cawangan Khas Lahad Datu tetapi "saya tidak membuat laporan bertulis kerana pada masa itu saya masih bercuti dan keesokan harinya (14 Februari) saya berangkat ke Kota Kinabalu bagi mengatur pertunangan anak lelaki saya."
  
Dalam keterangannya, Hassan Ali berkata beliau bukan pengganas dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti pengganas oleh pengikut Kesultanan Sulu, sebaliknya menjalankan tugas sebagai anggota polis Cawangan Khas seperti yang diarahkan untuk membuat risikan berhubung aktiviti pengikut Datu Ismail Kiram.
  
"Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti perbuatan keganasan oleh pengikut Kesultanan Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu.
  
"Saya sangat hairan kenapa saya sebagai seorang anggota polis yang berpangkat paling rendah dipersalahkan walaupun saya telah melaporkan semua maklumat yang saya peroleh dari sumber saya berhubung dengan Kesultanan Sulu kepada Ketua Cawangan Khas Daerah sedangkan bukan saya seorang sahaja yang membuat risikan maklumat Kesultanan Sulu," katanya.
  
Dia  menjelaskan bahawa semua anggota Cawangan Lahad Datu mempunyai maklumat berhubung Kesultanan Sulu dan ancamannya ke atas Sabah.
  
"Sekiranya, Ketua Cawangan Khas Sabah mengatakan bahawa beliau tidak mendapat maklumat berhubung Kesultanan Sulu daripada Ketua Cawangan Khas Daerah, ini bermakna semua anggota cawangan khas Lahad Datu tidak melaporkan maklumat itu.
  
"Intipati-intipati pertuduhan ke atas saya adalah tidak benar dan bertujuan untuk menyalahkan saya sedangkan IPK Sabah di Kepayan telah mengetahui maklumat pencerobohan pengikut Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo lebih awal dari saya sebelum pencerobohan berlaku pada 12 Februari 2013," katanya.
  
Menurutnya, semua maklumat berhubung Kesultanan Sulu yang diperoleh daripada sumber di luar dan dalam bandar Lahad Datu dilaporkan kepada pegawai bertugas melalui Bilik Gerakan Cawangan Khas Lahad Datu.
  
Katanya, selama bertugas sebagai Detektif Cawangan Khas sejak 1975, dia tidak pernah menerima arahan dari Ketua Cawangan Khas Sabah atau Ketua Cawangan Khas Daerah Lahad Datu supaya semua maklumat yang diperoleh hendaklah dilaporkan secara bertulis.
  
Hassan Ali berkata sebelum arahan diberikan kepadanya untuk membuat risikan dan mendapatkan maklumat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan sudah mengetahui maklumat berhubung tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
  
Bagaimanapun, dia mengakui banyak membuat panggilan ke Filipina atas arahan pegawai atasannya bagi mendapatkan maklumat dari sumber beliau yang dikenali sebagai 'Istino Bin Jair'.
  
Katanya pada 21 Februari lepas, dia menghubungi Istino melalui telefon dan dimaklumkan bahawa 'perancangan Datu Ismail Kiram untuk menuntut Sabah memang ada dan orang-orang Suluk dari Basilan, Jolo dan Tawi-Tawi mahu membantu Datu Ismail Kiram.
  
Menurutnya, pada 28 Februari lepas, dia dimaklumkan Istino bahawa Datu Ismail Kiram berjumpa bekas pengikut MNLF di San Rocky, Zamboanga.
      
"Saya ada memberitahu kepada penyelia saya berkenaan maklumat dari dua panggilan telefon itu dan dia telah menghantar ke Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan.
  
"Saya juga ada membuat panggilan telefon kepada sumber saya 'Abdul Rajan' yang bertugas di Integrated National Polis (INP) di Basilan, Filipina, dan dia memaklumkan saya bahawa ada tiga kumpulan iaitu dari Basilan, Jolo dan Tawi-Tawi yang mana kumpulan dari Basilan tidak membantu Datu Ismail Kiram," katanya.
  
Mengenai perbualan pintasan komunikasi yang diterjemahkan saksi kedua yang dilindungi di antara beliau dengan 'Lelaki Sabah', Hassan Ali berkata ia adalah tidak benar dan ditokok tambah.
  
"Semasa di Mahkamah rakaman perbualan telefon saya dengan 'Lelaki Sabah' tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Rakaman perbualan telefon saya dengan 'Lelaki Sabah' sepatutnya dikemukakan di Mahkamah bagi memastikan perbualan sebenar dan suara saya.
  
"Saya mengatakan bahawa penterjemahan pintasan komunikasi itu adalah palsu dan digunakan untuk memerangkap saya sebagai kambing hitam dalam kes ini. Saya juga tidak ada kaitan dengan Hassan yang dimaksudkan dalam penterjemahan pintasan komunikasi di antara Datu Amir Baha dan Raja," katanya.
  
Dalam keterangan akhirnya, Hassan Ali berkata semua bukti yang dikemukakan oleh pihak Cawangan Khas adalah tidak betul, berat sebelah dan hanyalah propaganda untuk mengenakan dan menyebabkannya menjadi kambing hitam mereka dalam peristiwa pencerobohan pengikut Kesultan Sulu di Kampung Tanduo.
  
Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu. Sepanjang perbicaraan bermula pada 24 hingga 28 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan.
  
Perbicaraan bersambung semula 2 Ogos ini.- Bernama

Bufet Ramadan: Premis tanpa sijil halal diserbu

Posted: 24 Jul 2013 03:25 AM PDT


 


 
Pihak berkuasa hari ini menyerbu dua premis di bandar raya Ipoh yang didapati menggunakan perbahasan halal 'Bufet Ramadan' tanpa sijil halal yang sah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Datuk Mohd Yusop Husin berkata Operasi Bufet Ramadan itu melibatkan pegawai JAIPK; Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Operasi bermula pukul 10 pagi itu adalah susulan aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan ramuan masakan yang tidak mempunyai sijil halal, katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Katanya pemeriksaan juga mendapati pengusaha tidak mengasingkan barangan halal dan tidak halal.

Menurut Mohd Yusop satu daripada premis turut bertindak menipu pelanggan dengan memberitahu permohonan sijil halal mereka masih dalam proses sedangkan siasatan mendapati pengusaha tidak memohon sijil berkenaan.

Beliau berkata perkara itu diserahkan kepada PPDNKK Perak untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta  Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya dalam serbuan hari ini pengusaha premis diarah menurunkan kain rentang dan menyerahkan semua risalah promosi bufet Ramadan kepada pihak berkuasa.

Mohd Yusop turut mengingatkan orang ramai yang ingin berbuka puasa di luar supaya memastikan terlebih dahulu sama ada premis makanan itu mempunyai sijil halal atau sebaliknya.

Beliau berkata setakat ini 40 premis makanan di seluruh Perak mempunyai sijil halal manakala beberapa permohonan lagi sedang diproses.

"Prosedur untuk mendapatkan sijil halal bukan sahaja mengambil kira barangan itu halal ataupun tidak. Kita juga mengambil kira kebersihan sesuatu premis itu dan mengasingkan barang yang tidak halal dan halal," katanya. - Bernama

Exco: Saksi tak buktikan dakwaan 'doktor rasis'

Posted: 24 Jul 2013 03:23 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Exco kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata ADUN Pinang Tunggal Roslan Saidin tetap perlu memohon maaf kepada doktor di dua hospital di negeri itu yang didakwa bersikap rasis.
 
Katanya, Roslan perlu meminta maaf kerana saksi yang ditampilkan mengenai sikap doktor di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas tidak membuktikan dakwaan terbabit.

Afif berkata, dakwaan pesakit yang muncul pada sidang media semalam lebih menjurus kepada "masalah profesionalisme dan komunikasi" di antara pesakit dan doktor.

NONE"Tidak ada bukti jelas untuk membuktikan berlakunya kejadian doktor enggan merawat kerana perbezaan ras dan juga kerana kesan daripada keputusan PRU 13 lalu.

"Tidak ada satu pun kenyataan saksi menyebut bahawa para doktor berkenaan tidak mahu merawat pesakit atas dasar mereka itu berbangsa Melayu," kata exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan desa, dan kesihatan itu dalam kenyataannya.

"Beliau harus tahu untuk membezakan di antara doktor yang tidak sopan atau tidak cekap dengan doktor yang rasis," katanya.

Beliau turut kesal apabila Roslan hanya tampil sekarang bersama mereka yang didakwa sebagai saksi - satu tindakan yang dianggap bukan sahaja "menghalang kebenaran daripada diketahui tetapi juga menutup peluang untuk siasatan terperinci".

"Kegagalan beliau untuk tampil lebih awal dengan bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, secara tidak langsung menimbulkan keraguan tentang tujuan sebenar beliau," kata Afif.

Roslan, dalam sidang dewan Pulau Pinang 3 Julai lalu, mendakwa ada doktor enggan merawat pesakit kerana pesakit itu berbangsa Melayu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Himi Yahya dalam satu laporan Bernama pada 19 Julai lalu berkata ia mungkin disebabkan oleh "salah faham".

Beratur ambil duit selepas mengundi?

Posted: 24 Jul 2013 02:50 AM PDT

Harakahdaily,




(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)

KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.

(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)

Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau.

Azmin: 'Ambil tindakan ke atas sekolah'

Posted: 24 Jul 2013 02:45 AM PDT


Azmin Ali
Azmin Ali
 
SHAH ALAM – Walaupun kes membabitkan penggunaan bilik persalinan di sebuah sekolah di Sungai Buloh dikatakan selesai, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan ia suatu penghinaan terhadap Islam dan tindakan tegas perlu diambil.

Menurut Azmin, tindakan pihak sekolah terbabit dalam insiden yang memalukan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa itu tidak boleh diterima sama sekali dan mereka yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan.

"Dakwaan bahawa pihak berkuasa sekolah SK Seri Pristana di Sungai Buloh telah membuat pelajar-pelajar bukan Islam makan di ruang makan sementara bersebelahan dengan tandas merupakan sesuatu yang mengejutkan.

"Kami tidak diberitahu dengan tepat mengapa ini perkara itu boleh berlaku dengan alasan mereka terpaksa melakukannya kerana bulan Ramadan dan ia benar-benar tidak boleh diterim," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan pihak sekolah terbabit di Sungai Buloh yang dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat, semalam.

Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan hari ini berkata, isu sebuah sekolah yang membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dan kantin tersebut akan dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Islam pada bulan Ramadan ini.

"Seperti yang kita ketahui, isu itu telah selesai. Guru Besar mempunyai niat yang baik tetapi memilih lokasi yang tidak sepatutnya. Beliau telah memohon maaf. Saya juga memohon maaf. Ia tidak akan berlaku lagi," katanya.

"Bilik persalinan telah digunakan bersama dengan kantin oleh semua murid sejak Mac kerana kantin boleh memuatkan 500 hingga 600 orang. SK Seri Pristana mempunyai 1,300 pelajar.

"Ekoran kerja pengubahsuaian di kantin itu bermula dua minggu lalu, semua pelajar diminta untuk makan di bilik persalinan. Ini kerana guru bimbang mengenai tahap keselamatan murid-murid ketika kerja pengubahsuaian," tambahnya lagi.

Kerja pengubahsuaian untuk memasang pintu kaca bagi ruang guru di kantin itu kini selesai.

Kamalanathan:Isu kantin tiada kaitan agama, bangsa

Posted: 24 Jul 2013 02:44 AM PDT

SINAR HARIAN

P Kamalanathan
P Kamalanathan
 
KUALA LUMPUR - Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh dekat sini, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.
  
Beliau berkata isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
  
"Bilik itu digunakan sejak Mac lepas dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.
  
"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat setelah dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu hari ini.
  
Katanya cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga telah dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.

Kamalanathan berkata pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan telah berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.
  
"Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.
  
"Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," katanya.
  
Sebelum ini akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. - Bernama

Kakitangan S'gor dapat bonus raya sebulan gaji

Posted: 24 Jul 2013 02:40 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pemberian bonus Hari Raya sebulan gaji kepada seluruh kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus tersebut.

Ianya melibatkan pembayaran kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan dan bayaran itu akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

"Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan tersebut, beliau berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," katanya.

Petisyen BN ditolak, Tian Chua kekal di Batu

Posted: 24 Jul 2013 02:38 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur membatalkan petisyen BN bagi Parlimen Batu yang difailkan oleh Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof juga memutuskan petisyen itu cacat dan Naib Presiden PKR, Tian Chua telah dipilih dengan sewajarnya dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Dominic dalam petisyennya menamakan Tian atau nama sebenarnya – Chua Tian Chang, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Menerusi petisyen tersebut, Dominic dilapor mendakwa Tian tidak berkelayakan untuk bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Beliau juga dilapor mendakwa, selaras dengan Perkara 48 1(e) dan 48(5) Perlembagaan Persekutuan, sabitan jenayah dan denda tidak kurang daripada RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian telah tidak melayakkan beliau untuk bertanding dan dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak memohon untuk kos terhadap BN.

Respons positif, pengundi bercakap soal 16:16

Posted: 24 Jul 2013 02:35 AM PDT

Salmiyah Harun,




BESUT: Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, pengundi yang keluar mengundi dilihat memberi respons positif kepada Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau Che Long.

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanafiah Mat berkata, keseluruhan unit peti undi yang dihadiri beliau bersama Che Long memberi sambutan baik dan masing-masing pengundi bercakap tentang 16:16 Terengganu Baru yang menjadi tema kempen PAS di sini.

"Walaupun pengundi-pengundi hadir mendaftar di pondok BN, namun 16:16 itu meniti di bibir mereka, isyarat dan gerak mulut ternyata mereka undi PAS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

16:16 adalah kempen yang dibawa oleh PAS merujuk kepada kedudukan Adun di negeri itu yang akan menjadi seimbang jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini.

(Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus turut turun memberi sokongan kepada Che Long)

Menurutnya, terdapat dua kategori pengundi pada PRK ini iaitu pengundi politik dan pengundi calon.

Adun Chukai itu memberitahu, pengundi politik tegar menyokong PAS manakala pengundi calon dari kalangan penyokong Umno dan atas pagar mengundi Che Long.

Tambahnya, Che Long akan menunggu keputusan penjumlahan undi di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut petang ini.

Sementara itu, Hanafiah memaklumkan, Che Long dijangka akan solat Zohor di unit peti undi Bukit Puteri dan berehat seketika sebelum memulakan pusingan kedua di ketujuh-tujuh peti undi.

Tambahnya, Che Long akan menunggu keputusan penjumlahan undi di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut petang ini.

Sehingga 11.00 ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan kira-kira 45 peratus mereka yang telah keluar mengundi, namun SPR mensasarkan lebih 75 peratus yang akan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang nanti.

Kerajaan BN tipu rakyat amal diskriminasi cukai ‘satu sistem dua negara’

Posted: 24 Jul 2013 02:25 AM PDT

 Roketkini.com

GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan BN dianggap menipu rakyat apabila mengamalkan diskriminasi cukai "satu negara dua sistem" yang hanya memberi insentif cukai 15% kepada pakar warga asing dan rakyat Malaysia yang pulang di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, adalah tidak munasabah insentif cukai itu tidak boleh dinikmati di negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak yang jugav memerlukan pakar berpengetahuan.

Beliau berkata, jawapan bertulis Menteri Kewangan itu membuktikan kerajaan Persekutuan tidak berlaku adil kepada negeri lain, termasuk Sabah dan Sarawak kerana cukai insentif hanya untuk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor.

 "Menteri Kewangan juga mendakwa cukai insentif 15% itu perlu untuk bersaing dengan kadar cukai rendah di negara jiran seperti Singapura (15%) dan Hong Kong(17%) menafikan cukai insentif itu "satu sistem dua negara" kerana ia hanya dinikmati untuk tempoh lima tahun dan akan bayar kadar 25% selepas itu," katanya dalam kenyataan media, di Komtar, hari ini.

 Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada cukai itu akan diperluaskan di seluruh negara dan kepada pakar tempatan yang tidak berhijrah ke luar negeri agar tidak ada kejanggalan satu negara dua sistem.

 Bagaimanapun, katanya, kerajaan menyatakan tidak bercadang memperluaskan insentif itu kepada pakar yang berada di Malaysia kerana akan membabitkan kehilangan hasil cukai memandangkan mereka adalah pembayar cukai sedia ada dan sekiranya diperluaskan ia tidak memberi impak kepada penambahan bilangan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia yang menjadi objektif insentif itu.

 Kerajaan menyatakan objektif insentif itu adalah untuk menarik tenaga pakar asing dan tempatan untuk menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia supaya dapat bersaing dengan bandaraya pesaing kadar cukai efektif seperti Singapura (15%) dan Hong Kong (17%) selaras dengan hasrat Iskandar Malaysia menjadi bandaraya metropolis yang mampan dan dinamik pada 2025 di bawah Rancangan Pembangunan Komprehensif untuk Wilayah Ekonomi Johor Selatan.

 Program itu dikatakan menerima respon yang amat menggalakkan dari segi peningkatan bilangan profesional yang diberi kelulusan insentif REP dari tahun ke tahun. Pada 2011, bilangan profesional yang balik adalah 680 orang manakala pada 2012, 923 orang mendapat kelulusan dan setakat Mei tahun ini, seramai 419 orang mendapat kelulusan.

 Bidang kepakaran yang diceburi pula terdiri daripada sektor mengikut bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) khususnya sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, minyak, gas dan tenaga, kandungan komunikasi dan infrastruktur dan elektrik dan elektronik.

Antara golongan yang kembali berkhidmat termasuk profesional yang berkualiti tinggi yang kini dilantik Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat tersenarai serta sebagai anggota pengurusan terkanan di syarikat multinasional.-Roketkini.com

Bayi ditinggal di surau hospital Seberang Jaya

Posted: 23 Jul 2013 10:08 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Butterworth petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.
  
Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.
  
"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di Butterworth hari ini.
  
Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.
  
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
  
"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.- Bernama

Mahkamah perintah Pejabat AG bayar peguam Anwar

Posted: 23 Jul 2013 09:56 PM PDT



 
dikemaskini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jabatan Peguam Negara membayar kos RM1,000 kepada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menangguhkan pendengaran kes saman beliau terhadap bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar, Sankara Nair selepas berbincang dengan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dan pendakwaraya, Tengku Intan Suraya di kamar hakim pagi tadi.

"Mahkamah menganugerahkan kos RM1,000 kepada pasukan Datuk Seri Anwar kerana penangguhan ini," kata Sankara kepada pemberita.

Sebelum itu, Anwar hadir ke mahkamah seawal jam 9 pagi.

Beliau kemudian mundar-mandir di dalam mahkamah apabila perbicaraan masih tidak bermula menjelang jam 9.30 pagi.

Di sebelah pendakwaraya pula, hanya seorang sahaja wakil yang hadir untuk perbicaraan itu.

Anwar kemudian meninggalkan mahkamah dipercayai untuk menghadiri kes pendakwaan aktivis siswa Adam Adli, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan MP Seremban Anthony Loke berhubung kes perhimpunan di Padang Merbok.

Menurut Sankara, kes itu akan didengar semula pada 28 hingga 30 Oktober depan dan pihaknya juga mempertimbang untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

"Kami akan menulis surat kepada Peguam Negara berhubung perkara ini," katanya.

Kes hari ini adalah susulan kepada saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang itu terhadap Syed Hamid berhubung satu kenyataannya di lobi Parlimen pada tahun 2008.

Syed Hamid dilaporkan menggelar Anwar sebagai 'tukang lapor' US susulan kenyataan Jabatan Negara US yang menggesa agar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan kes Liwat 2 pada masa tersebut.

Anwar mendakwa kenyataan Syed Hamid dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya

44.49% sudah keluar mengundi

Posted: 23 Jul 2013 09:51 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
[GALERI FOTO]
Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.

Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan:

11.40am Setakat jam 11 pagi, seramai 7,356 orang (44.49 peratus) sudah keluar mengundi.

Jika dicampur undi awal, jumlah keseluruhannya 8,268 (46.76 peratus).

NONESementara itu, di SK Kampung Nangka, sikap peramah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan melawat dan bersalaman dengan menyokong PAS diusik beberapa pihak.

Mereka berkata beliau kini menyokong parti Islam itu. Bagaimanapun, menurut Ahmad, sebaliknya yang berlaku.

"Penyokong PAS sedikit berubah, mereka jadi lebih selesa dengan saya sekarang," seloroh timbalan menteri kewangan itu.

Sementara itu, walaupun dalam cuaca panas dan ketika berpuasa, situasi di Kampung Nangka masih bingit dengan jeritan kedua-dua penyokong PAS dan BN.

"Nak air?" jerit seorang penyokong PAS.

"Kami puasa, kamu tak!" jawab seorang penyokong BN.

10.45am Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah keluar mengundi setakat jam 10 pagi cukup tinggi.

"Saya harap ia berterusan," katanya dalam sidang media.

Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya buat demikian. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia.

"Sudah tentu dia sebagai calon BN, dia pangkah (BN). Itu bukan rahsia sama sekali... Mustahil dia sebagai calon, dia pangkah orang lain," katanya.

Sementara itu, Aziz juga mencabar Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi tuduhan terhadapnya dan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar di luar dewan Rakyat yang mendakwa mereka mempunyai kaitan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada PRU-13.

Pemimpin SPR itu menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah dan dakwaan yang dianggap serius terhadap mereka, keluarga dan suruhanjaya itu sendiri.

"Kami berharap dalam tempoh satu minggu bermula hari ini, kalau dia betul-betul anak jantan, ulang dakwaan itu di luar dewan.

"Apabila kami mendapat kenyataan itu, kami akan berbincang dengan peguam-peguam kami untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abdul Aziz.

10.30am: SK Nail - 'Kempen sihat' kelihatan di Kampung Nail apabila terdapat penyokong PAS mengambil peluang bergambar dengan calon BN Tengku Zaihan.

"Saya tiada masalah, ini kempen sihat," kata seorang penyokong PAS dari Dungun yang enggan dinamakan.

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini sebanyak 31 peratus atau 5,147 orang.

Jika dicampur dengan undi awal sebanyak 911 orang, jumlahnya menjadi 34 peratus (6,059 orang).

NONE9.48am: Jeti Kuala Besut - Ketika suasana di pusat pengundian makin panas, sekitar kawasan jeti masih kekal tenang. Orang ramai kelihatan kurang berbanding hari-hari lain.

Pelancong seperti biasa bersarapan dan bersedian menaiki feri ke Pulau Perhentian.

Sementara itu, laman Facebook rasmi pilihan raya kecil Kuala Besut PAS melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turun melawat di unit peti undi Kg Nangka sebentar tadi.

9.15am: SK Kg Nangka - Ahmad Said cuba membantu menyorong seorang warga emas yang berkerusi roda memasuki pusat mengundi tetapi dibantah oleh seorang penyokong parti, menyebabkan perselisihan kecil.

Akhirnya, setelah ditenangkan, Ahmad membatalkan hasratnya itu dan memasuki kawasan sekolah itu. Warga emas kemudian disorong oleh individu lain.
NONESebelum itu, di SK Kg Nangka - Calon PAS Che Long beredar daripada pusat pengundian itu, selepas 20 minit meluangkan masa membuat lawatan di situ dan beramah mesra dengan pengundi.

Tidak berapa lama kemudian, menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut beredar daripada pusat pengundian itu.

Sementara kedua-dua penyokong berbaris di luar kawasan sekolah di tepi jalan sambil memegang dan menunjukkan poster calon masing-masing kepada pengundi yang berjalan ke pusat pengundian dan kenderaan yang lalu lalang di situ.

NONESementara itu, di SM Kuala Besut, Naib Ketua Wanita MCA Heng Seai yang berdiri di depan sekolah itu berkata, perjalanan hari mengundi setakat ini nampak aman dan harmoni.

"Walaupun mereka daripada parti yang berbeza, tetapi mereka saling mengenali antara satu sama lain, ini budaya yang sangat berbeza," katanya.

Terdapat 148 pengundi Cina di Kuala Besut, tidak sampai 1 peratus daripada jumlah pemilih keseluruhan.

Seramai 114 daripada mereka akan mengundi di Sebarang Barat dan selebihnya di Bukit Puteri.

9.08am: SMK Kuala Besut - Beberapa penyokong PAS mula mempamerkan kain rentang dan plakad di kedua-dua tepi jalan di hadapan sekolah bagi merayu undi.

NONE8.50am: SK Kg Baharu - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tiba di pusat pengundian itu tetapi disambut dengan laungan takbir oleh majoriti penyokong PAS.

Bagaimanapun beliau hanya mampu tersenyum. Manakala laungan "Hidup BN" oleh penyokong BN tenggelam laungan takbir penyokong PAS.

"Setakat ini saya berpuas hati perjalanan pilihan raya. Semuanya aman dan saya berharap ia berterusan sehingga pusat pengundian ditutup.

"Saya berharap penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan provokasi.

"Insya-Allah, BN mampu mempertahankan DUN Kuala Besut," katanya ketika ditemui pemberita diluar pusat mengundi.

8.25am SK Kg Baharu - Pengurus kempen kepada calon PAS mengakui hari ini merupakan pertarungan sengit antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

NONE"Hari ini kita akan mendapat undi PAS dan undi Che Long (daripada pengundi). Dapat dua undi. Kalau ada penipuan, itu yang menyebabkan kita jatuh.

"Rakyat teruja dengan Che Long kerana beliau sangat friendly, kebaikan dan kemurahan hati yang terjalin sebelum itu.

"Sentimen politik itu tak ada dengan rakyat di sini. Semua orang didampingi oleh Che Long mungkin kerana dia seorang kontraktor," kata Hanafiah yang ditemui Malaysiakini di luar sekolah.

NONE8.20am: SMK Kuala Besut - Tengku Zaihan, calon BN tiba untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau menunaikan kertas undi ketika mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri.

"Saya nasihatkan pemilih keluar mengundi seawal mungkin untuk terus memangkah BN," katanya.

8:15am: SK Kampung Baharu - Ketika ditemui pemberita, Azlan berkata beliau berpuas hati dengan kempen yang dilaksanakan dan akan menunggu keputusannya pada petang nanti.

"(Kita) yakin akan menang, apa pun nantilah (keputusannya)," katanya ringkas.

Beliau mengakui sedikit berdebar dan bangun awal untuk bersahur dan bersolat subuh sebelum menuju ke pusat pengundian.

8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi.

NONEBeliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir.

Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad.

Azlan atau lebih dikenali Che Long menjadi orang kedua mememasuki pusat mengundi.

Langit cerah pagi ini. Ramalan cuaca bagaimanapun meramalkan hujan ribut petir mungkin melanda di sebelah petang.

Blackout 505: 7 individu didakwa

Posted: 23 Jul 2013 09:47 PM PDT


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan dua individu lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 tanpa mematuhi syarat, bulan lepas.

Turut didakwa, Pelajar Universiti Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abd Halim dan tiga aktivis lain, yang mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan di kawasan larangan iaitu di Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya (UM).

Hakim Mat Ghani Abdullah kemudian menetapkan 23 September ini untuk pengurusan kes.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tuduhan ke atasnya dan dua lagi, berbaur politik.

"Kami telah memberikan kerjasama dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak polis.

"Perhimpunan juga berjalan lancar. Pertuduhan ini dibuat hasil campur tangan politik terhadap pentadbiran undang-undang negara," katanya.

Hit N Run Muslimat PAS meriahkan hari terakhir

Posted: 23 Jul 2013 09:46 PM PDT

Hazayani Zakaria,




KUALA BESUT: Hari terakhir kempen PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut dimeriahkan lagi dengan kewujudan 'gelombang hijau' muslimat di seluruh kawasan mengundi.

Jentera kempen muslimat berpakaian serba hijau berdiri di tepi-tepi jalan utama sambil mengedarkan risalah kempen dan poster calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long kepada kenderaan yang lalu-lalang.

Program yang dinamakan 'Hit N Run'anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) itu bermula jam 8.30 pagi tadi dan dijangka tamat pada jam enam petang selepas selesai melawati kesemua tujuh unit peti undi (UPU) tidak termasuk satu UPU di Pulau Perhentian.

Pelbagai respons dapat dilihat daripada pemandu kenderaan yang melewati mereka.

Ada yang membunyikan hon tanda memberikan sokongan dan mengambil risalah yang diedarkan dan ada juga yang berlalu begitu sahaja.

Sementara beberapa kumpulan berdiri di sepanjang jalan utama mempamerkan poster calon, satu kumpulan lagi mengadakan ceramah bergerak menaiki pacuan empat roda.

Enam orang penceramah bergilir-gilir merayu undi menggunakan pembesar suara antaranya Ketua Penerangan DMPP Aiman Athirah Al Jundi, ahli jawatankuasa kerja DMPP Normala Sudirman dan Kintan Man serta ahli jawatankuasa DMP Johor Anis Afida Mohd Azli.

Mereka mengajak pengundi-pengundi keluar mengundi pada esok hari dan memilih Che Long bagi memenangkan PAS.

Cara ini menarik perhatian penduduk dan pengguna jalan raya.

Di sepanjang jalan, poster-poster calon serta bendera-bendera PAS dan BN semakin bertambah.

Tempoh berkempen yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berakhir sebelum jam 12 tengah malam ini.

SPR: Jumlah pengundi keluar memuaskan

Posted: 23 Jul 2013 09:38 PM PDT


SPR: Jumlah pengundi keluar memuaskan
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Besut hari ini. - Foto Bernama
 
JERTIH - Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada sejam pertama sejak pusat-pusat mengundi dibuka adalah memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 2,406 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan meningkat sebanyak 15 peratus.

Katanya, jika dicampur pengundi awal menjadikan jumlah kepada 3,318 dan meningkat kepada 19  peratus.

"Ini bermakna dari segi satu jam pertama, ia sangat memuaskan hati SPR apabila ia mencecah 10 peratus.

"Kita menjangkakan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi dalam 75 sehingga 80 peratus," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan tingkah laku lang ditunjukkan pengundi-pengundi di sini.

"Saya dapati pengundi di sini cintakan keamanan.

"Penyokong dan pengundi yang datang di pusat-pusat mengundi dapat bercampur dengan baik," katanya lagi.

Beliau menambah,  semangat pilihan raya dengan menunjukkan poster calon dan parti masing-masing ada namun tidak ada sebarang provokasi.

"Ada dua kumpulan, setakat ini SPR telah pergi ke dua pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Nangka serta Sekolah Kebangsaan Kuala Peroi.

"Dari pemerhatian kita sepanjang perjalanan ke sekolah-sekolah itu, saya dapati pengundi cintakan keamanan, ketenteraman, dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan begitu disipilin dan tertib.

"Penyokong parti yang datang berhampiran, mereka boleh bercampur gaul di antara dua penyokong parti yang blainan, tak berbalah, bertengkar atau mengejek antara satu sama lain," katanya.

Kekal biru atau tukar 16:16?

Posted: 23 Jul 2013 09:36 PM PDT


PRK Dun Kuala Besut

KUALA BESUT - Semua pihak tidak sabar menunggu keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang akan diumumkan dari Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Daerah Besut, dekat Gong Kemuntong, Jertih, seawal jam 10 malam ini.

Debaran amat dirasai oleh calon, pemimpin dan penyokong kedua-dua parti bertanding, walaupun ada pihak menaruh keyakinan masing-masing akan memperoleh kemenangan dengan alasan tersendiri.

Banyak pemerhati bebas meramalkan Barisan Nasional (BN) yang mempertaruhkan jurutera muda, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman akan memenangi PRK ini sekali gus BN terus kekal menguasai Kuala Besut.

Bagaimanapun, banyak pihak turut mengatakan BN bakal memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih rendah dan merosot, berbanding dalam Pilihan raya (PRU) Ke 13 lalu, iaitu sebanyak 2,434 undi.

Hasrat Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini yang menyasarkan BN mampu menang dengan majoriti 4,000 undi dilihat tidak mampu dicapai malah menganggap angka itu sebagai perang psikologi Idris semata-mata.

Andaian mengatakan faktor kemenangan BN kurang daripada majoriti 2,434 dipengaruhi pengundi luar yang diramalkan tidak akan pulang mengundi dalam jumlah yang tinggi berbanding PRU lalu.

Diramalkan kurang 70 peratus pengundi luar daripada keseluruhan pengundi luar yang dianggarkan lebih 5,000 daripada keseluruhan 17, 683 pemilih, tidak pulang disebabkan kekangan masa kerana tarikh mengundi diadakan sebelum cuti hari raya dan pada hari bekerja.

Namun kemenangan BN dikatakan bakal disumbangkan oleh golongan sasaran iaitu antara 60 hingga 70 peratus pengundi luar berdaftar dengan BN yang akan pulang mengundi parti itu.

Manakala peratusan keluar mengundi di kalangan pengundi yang berada di Dun Kuala Besut dijangka meningkat, kerana jentera kedua-dua parti bertanding telah mengenal pasti pengundi mereka dan akan membantu pengundi keluar mengundi hari ini, termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan.

Pelbagai program dan pendekatan BN yang dilaksanakan secara agresif oleh  jentera parti dan agensi berkaitan dilihat turut menjadi penyebab BN masih mampu menambat hati majoriti pengundi untuk terus kekal memilih parti itu.

Pemerhati juga tidak menolak kemungkinan undi BN meningkat di kalangan pengundi awal, terdiri yang daripada anggota tentera Pangkalan Udara Diraja Malaysia dan keluarga, berbanding PRU13, di samping analisis mengatakan penjawat awam lain, lebih 60 peratus memberi sokongan kepada BN.

Kemampuan calon BN, Tengku Zaihan yang berlatar belakang profesional, merendah diri dan kuat bekerja meyakinkan lagi peluang BN untuk menang.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada segelintir penyokong dan ahli Umno yang tidak bersetuju dengan calon dan mereka bagaikan api dalam sekam yang turut menyumbang kepada kemerosotan majoriti kemenangan BN.

Rata-rata melihat isu negatif mengenai calon BN tidak begitu mempengaruhi penyokong untuk mereka membuat pilihan nanti.

Pas pula dikatakan tidak mampu merampas Dun Kuala Besut kerana kekuatan yang ada pada jentera BN yang dikatakan lebih tersusun, ditambah dengan sumber kewangan kukuh.

Isu yang melanda calon Pas, Endot @ Azlan Yusof (Che Long) yang seolah-olah ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan dan diarahkan tutup mulut sedikit sebanyak dikatakan mempengaruhi orang ramai, walaupun ada yang memuji Che Long sebagai seorang terlalu lurus dan jujur.

Pergolakan yang melanda Pas pula didakwa lebih hebat berbanding dengan dakwaan krisis yang melanda BN.

Sebelum ini ada kepimpinan Pas yang membuat dakwaan ada sesuatu yang tidak kena apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut dan timbalannya, Datuk Seri Idris Jusoh, bukannya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Walaupun ada tohmahan sedemikian tetapi Ahmad dilihat sering turun ke Besut dalam program kempen, termasuk bersama-sama dengan Idris Jusoh di banyak program.

Manakala krisis dalam Pas yang berlaku dalam PRK ini dikatakan antara penyumbang Pas tidak mampu merampas Kuala Besut seperti isu pelantikan Pengarah Pilihan raya yang diberikan kepada Husam Musa, bukannya pemimpin dari Terengganu sendiri.

Keadaan markas dan pos-pos Pas di kawasan tertentu yang dilihat suram dan kurang sambutan juga ditafsir sesetengah pihak sebagai gambaran berlaku konflik dalaman, apabila sayap Muslimah dan ulama Pas tidak berpuas hati dalam beberapa isu.

Namun demikian, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku di luar jangkaan, termasuk tidak mustahil Pas dapat mencapai kemenangan dalam PRK ini dengan kelebihan undi yang tidak begitu tinggi.

Bagaimanapun, Idris yang berpengalaman melalui proses pilihan raya pada zaman BN kalah dan menang dikatakan sudah dapat mengagak lebih awal berdasarkan senario dan respons pengundi sama ada akan memberi kemenangan atau kekalahan kepada BN.

Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai tarikh mengundi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan daripada jumlah itu, 17,463 ialah pengundi Melayu, Cina 125 manakala selebihnya pengundi lain-lain bangsa.

Pada PRK ini, BN menetapkan slogan 'Kuala Besut bertambah Biru' untuk kempen manakala Pas tampil dengan moto '16-16', merujuk kepada kedudukan kerusi Dun Terengganu andai PAS berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan.

Selepas pilihan raya umum Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada Pas dan satu wakil PKR.

Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi, kebanyakan terdiri daripada golongan nelayan.

Polis masih siasat surat gelombang ke-2 pengganas

Posted: 23 Jul 2013 09:34 PM PDT

SINAR HARIAN
Hamza Taib
Hamza Taib
 
KOTA KINABALU - Polis Sabah masih menyiasat sumber surat yang mendakwa akan berlaku gelombang kedua kemasukan pengganas ke negeri itu, namun pada masa yang sama percaya surat berkenaan tiada kaitan dengan pengganas Sulu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata ini kerana bahasa yang diguna tidak menunjukkan surat itu ditulis oleh pengganas dari negara jiran berkenaan.

"Polis percaya mereka cuba untuk menakutkan dan cuba mengganggu perbicaraan 30 orang yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2011," katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota polis di sini malam tadi.

Bagaimanapun kata Hamza pihak keselamatan tidak mengambil mudah khabar angin itu dan telah mengambil tindakan perlu bagi memperkukuh kawalan keselamatan di Sabah.

"Dengan kerjasama daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), semua laluan laut terutamanya di kawasan pantai timur diperkuatkan dengan melibatkan semua agensi seperti tentera laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan angkatan tentera yang kita tempatkan secara bergilir," katanya.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh 'Komando Militan' bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Mengulas perkara lain, Hamza berkata polis Sabah kini mengadakan pra-Ops Selamat bagi mengingatkan orang ramai berkenaan Ops Selamat yang akan dilancarkan di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri bulan depan.

Katanya sepanjang Ops Selamat kelak, polis Sabah akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

Beliau turut memberi amaran kepada masyarakat agar tidak terbabit dalam aktiviti membakar mercun dan bunga api yang dilarang, atau berdepan tindakan tegas polis.

"Saban tahun Sabah belum ada rekod yang cedera disebabkan mercun, jadi kita berharap rekod ini dapat dikekalkan," katanya. - Bernama

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

Posted: 23 Jul 2013 09:33 PM PDT


Seniwati Umi Kalthum
Seniwati Umi Kalthum
 
SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita ini disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.

"Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

"Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, " katanya.

Umi Kalthum, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai "Wanita Melayu Paling Jelita" di seluruh Singapura dan Malaya.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Jangan cabar Ketua Pemuda Umno

Posted: 23 Jul 2013 09:29 PM PDT


Badrulhisham Hashim
Badrulhisham Hashim
 
Mohsin Yusoff
Mohsin Yusoff
 
ALOR SETAR - Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang dijangkakan Oktober depan dikhuatiri akan menimbulkan keretakan kalangan pemimpin sayap parti itu.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrulhisham Hashim berkata, mencabar penyandang sekarang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukanlah satu idea yang baik kerana beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa dengan mengembalikan kepercayaan orang muda terhadap Umno.

"Soal cabar mencabar ini akan buat 'orang'  terasa hati, jadi lebih baiklah sebagai pemimpin kita memberi tumpuan gerak kerja untuk mengekalkan momentum pilihan raya umum akan datang.

"Apa salahnya kita memberi ruang kepada Khairy untuk terus menerajui kepimpinan Pemuda. Beliau seorang yang berwibawa dan ia sudah terbukti apabila Perdana Menteri sendiri menzahirkan kepercayaannya dengan melantik Khairy sebagai menteri," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Badrulhisham bagaimanapun tidak menyekat sesiapa sahaja yang mahu bertanding merebut jawatan itu sejajar dengan amalan demokrasi negara.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melahirkan rasa hairan terhadap saranan Pemuda Umno Johor yang mahu jawatan itu dipertandingkan secara terbuka yang seolah-olah lebih bersifat peribadi.

"Saya hairan kenapa jawatan ini nak direbut sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sekarang seperti memberi tumpuan kepada mesyuarat cawangan dan sayap parti supaya lebih efisien

"Kami Pemuda Perlis menyokong penuh kepimpinan Khairy Jamaluddin," katanya ringkas sambil enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Khairy memenangi kerusi Ketua Pemuda Umno selepas mengisi kekosongan yang ditinggalkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada tahun 2008.

Namun minggu lalu Pemuda Umno Johor menggesa supaya semua jawatan dalam pergerakan itu terbuka untuk dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

Kempen BN, PAS ‘berakhir’ di Zul Ikan Bakar

Posted: 23 Jul 2013 04:32 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Tepat jam 12 tengah malam tanggal 23 Julai, berakhirlah kempen penyokong dan jentera parti politik yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Mereka kemudian 'bersatu' di bawah satu bumbung sambil menikmati juadah di sebuah gerai ikan bakar berhampiran Jeti Kuala Besut.

Zul Ikan Bakar sinonim dengan masyarakat tempatan dan menjadi tumpuan pengunjung Kuala Besut lantaran keunikan ikan bakar yang dibalut daun pisang dan kerajang timah, selain dibakar menggunakan rempah rahsia.

Tinjauan The Malaysian Insider  selepas tempoh kempen berakhir mendapati penyokong dan jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS berehat dengan menikmati hidangan ikan bakar di gerai berkenaan.

Berbeza situasi ketika tempoh berkempen yang agresif dan penuh mengkritik antara satu sama lain, penyokong dan jentera parti kedua-dua parti, dilihat aman apabila berdepan pelbagai juadah.

Malah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga dilihat berada di lokasi berkenaan baru-baru ini selepas berceramah di pentas Pemuda Kampung Tok Saboh.

Penyokong dan jentera BN memakai baju tertera lambang BN dan 1 Malaysia, dilihat bersama-sama penyokong dan jentera PAS yang berbaju T hijau tertera perkataan 16:16, selain berkopiah putih.

Zul Ikan Bakar beroperasi selepas selesai solat sunat Terawih sehingga jam 2 pagi.

Malah, gerai di pinggir jalan itu juga penuh pengunjung yang menikmati ikan bakar, selain hidangan Maggi Ketam yang juga sinonim dengan Kuala Besut.

Ia menjadi tumpuan bukan sahaja kerana menjadi lokasi ke Pulau Perhentian, pulau ke-12 tercantik dunia, tetapi disebabkan PRK yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13)

Kuala Besut memiliki 17,683 pengundi berdaftar dan bakal membuang undi mulai jam 8 pagi ini.

BN meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) manakala PAS mengharapkan kemenangan Che Long, kontraktor ternama yang terkenal gemar membantu penduduk tempatan.

Tepat jam 10 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan keputusan rasmi PRK Kuala Besut.

Kerusi itu sebelum ini milik BN apabila penyandang, Dr A Rahman Mokhtar menang majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS pada PRU13.

Ekoran itu. kerusi berkenaan dianggap kritikal kerana BN kekurangan satu kerusi selepas menang 17 kerusi DUN berbanding 15 milik Pakatan Rakyat, dengan 14 dari PAS manakala satu milik PKR.

Ketika BN cuba mengelak kedudukan 16;16 kerusi, PAS giat berkempen mendapatkan satu kerusi tambahan bagi mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.

Kempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis
Kempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis


Kuala Besut penentu nasib DUN Terengganu, masa depan PAS

Posted: 23 Jul 2013 04:28 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Muzliza Mustafa

Pengundi Kuala Besut hari ini akan menentukan sama ada mahu mengekal Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri atau menyokong kempen kerajaan setara 16:16 yang diimpikan PAS.

Ia bermula sebaik sahaja pusat mengundi dibuka jam 8 pagi dan ditutup 5 petang bagi 17,679 pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas untuk memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu, berlangsung aman.

Kerusi DUN Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan itu dianggap kubu kuat BN kecuali pada 1999 apabila PAS menang.

Kini, parti itu mahu mencipta sejarah untuk menyamakan kedudukan menjadi 16 daripada jumlah keseluruhan 32 kerusi.

PAS berkempen dengan agenda 16:16 sejak hari penamaan calon tetapi mendakwa tidak berminat untuk mengambil alih kedudukan menteri besar, sebaliknya mahu memberi tumpuan sebagai pengimbang kuasa kerajaan negeri yang dipimpin BN.

Selama kempen 12 hari PRK pertama Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu, ia menyaksikan calon PAS Endut @ Azlan Yusof menyaingi calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Ia juga dilihat sebagai usaha PAS untuk mengubah nasib pada PRU13 yang menyaksikan mereka hanya mendapat 21 kerusi Parlimen berbanding 23 pada PRU12.

Kajian badan kajian tempatan, Ilham Centre pada 18 sehingga 21 Julai lalu mendapati populariti calon PAS jauh mendahului dengan 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN, tetapi realiti mungkin tidak menyebelahi PAS.

Penganalisis percaya ia disebabkan calon PAS lebih kerap 'mengunci mulut' sepanjang kempen, sebaliknya Che Long hanya 'mewakilkan' pemimpin tertinggi PAS untuk membantunya.

Sumber dalaman PAS memberitahu The Malaysian Insider,  selepas kenyataan Che Long dimanipulasi media arus perdana pada peringkat awal kempen, parti berkenaan mengarahkannya supaya tidak membuat kenyataan.

Ia berbeza dengan Tengku Zaihan yang dilihat sebagai seorang yang tidak takut menyuarakan pandangan, malah mesra media.

Kedua-dua calon juga membawa pemimpin besar dalam kempen, antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepanjang kempen, BN menghambur janji pelbagai bantuan kerajaan dan ia dianggar bernilai RM19,000 bagi setiap pengundi.

PAS pula berharap mampu merampas kerusi itu selepas beberapa siri kekalahan selepas 1999 sementara BN yakin kempen agresif mereka bakal mengulangi kemenangan PRU 13.

Pada PRU13, BN menang dengan majoriti 2,434 undi dan penganalisis percaya mereka sukar dikalahkan di Kuala Besut.

Apapun, penentuan dapat disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka membuat pengumuman keputusan sekitar jam 10 malam ini.

51 pemuda Umno Kuala Besut keluar parti

Posted: 23 Jul 2013 04:19 PM PDT

 

KL TODAY

Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi. 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut.

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.

Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).
"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.

"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di 'kubu kuat Umno' itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.

"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.

"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.

"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.

Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.

"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.

Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.
Sumber: HarakahDaily

Tiada ulasan: