Jumaat, 19 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NGO: Nik Aziz dihalang solat di masjid kem TUDM

Posted: 19 Jul 2013 04:21 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.
Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

Posted: 19 Jul 2013 04:19 AM PDT



Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

NONEIa dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010.

Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.

Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

"Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

'Mahu lelong barang lain?'

Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

NONEMajlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70.

Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.

Black 505: MP, kakitangan Pakatan akan didakwa

Posted: 19 Jul 2013 04:15 AM PDT

 


 
Dua pemimpin pembangkang dan seorang kakitangan pejabat Pakatan Rakyat akan didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) ekoran peranan mereka dalam perhimpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun.

Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Adib Ishar akan turut diheret ke mahkamah.

NONEKetika dihubungi, peguam Latheefa Koya berkata, ketiga-tiga mereka akan hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 24 Julai, tetapi sama mereka akan dituduh di mahkamah sesyen atau mahkamah majistret akan dimaklumkan kemudian.

Rafizi, yang kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam berkata, pendakwaan dibuat berhubung notis perhimpunan tidak lengkap.

"Mereka (polis) berkata bahawa saya tidak mematuhi syarat PAA kerana menyerahkan notis tanpa memberikan bukti saya mempunyai kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada Malaysiakini.

12 kes mati dalam tahanan , hanya 1 didakwa

Posted: 19 Jul 2013 04:14 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menuntut pihak polis dipertanggungjawabkan terhadap peningkatan kematian dalam tahanan kerana daripada 12 kes pada tahun ini sahaja, hanya tiga anggota polis didakwa (dalam satu kes yang sama).

"...hanya tiga pegawai polis didakwa dalam kes kematian N Dhamendran, dan hanya selepas desakan dan bantahan awam, sementara satu lagi tertuduh hilang," kata Penyelaras Suaram R Thevarajan.

Katanya, dalam kes P Karunanithi, yang meninggal di Tampin pada Jun, sehingga hari ini tiada seorang pun pegawai polis didakwa walaupun bedah siasat dan bukti video menunjukkan kesan leban dan kecederaan di tubuhnya.

Dalam kenyataanya hari ini, Thevarajan menegaskan keperluan memenuhi tuntutan meluas terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ini kerana, tambahnya, pihak polis gagal mengheret pelakunya ke muka pengadilan.

"Kegagalan memastikan keberkesanan mekanisme kebertanggungjawapan polis mengetengahkan kurangnya hasrat politik untuk mengambil langkah tulen bagi mereformasikan pasukan polis negara ini," katanya.

Tiada ikat jamin Alvivi 'keterlaluan', kata peguam

Posted: 19 Jul 2013 04:12 AM PDT

 


 
Peguam-peguam menyifatkan langkah tidak memberikan kebenaran ikat jamin kepada pasangan penulis blog seks Alvin Tan and Vivian Lee sebagai "keterlaluan".

Mereka juga berpendapat ia langkah sangat jarang" untuk kesalahan bawah Akta Hasutan dan Akta Penapisan Filem, terutamanya untuk kesalahan "kecil".

hindraf kajang magistrate 241008 amer hamzah"Ia keterlaluan... 'Pramugara terlampau' dibenarkan ikat jamin. Kesalahan bawah Akta Penapisan Filem bukan jenayah kejam," kata peguam Amer Hamzah (kiri), merujuk kepada kes popular pada 2003.

Dalam kes itu, Mohd Rizal Mat Yusof dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,500 selepas beliau menuntut dibicarakan atas tuduhan menghasilkan VCD pornografi yang didakwa ditunjukkan kepada beberapa pramugari.

Beliau bagaimanapun didakwa bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan bukan Akta Penapisan Filem 2012.

PERKASA tampal nota bantahan di kedutaan Vatican

Posted: 19 Jul 2013 04:11 AM PDT

 


 
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (JATI) hari ini menghantar nota bantahan ke pejabat wakil Vatican berhubung sokongan wakilnya terhadap penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu sebelum ini.

NONENota yang diserahkan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di pondok pengawal kedutaan Vatican itu mendesak Ketua Biskop Josep Marino memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka melalui media dan bukan kepada Wisma Putra sahaja.

"Saya ingin umumkan yang Joseph Marino adalah duta persona non grata di Malaysia.

"Beliau tidak dikehendaki di sini dan perlu meninggalkan Malaysia," katanya selepas menampal tiga helaian nota itu di pondok pengawal kedutaan petang tadi.

Nota bantahan yang ditandatangani bersama Ibrahim Ali dan Hassan Ali turut menuntut agar pihak Vatican City sendiri menarik kenyataan Marino dan mengemukakan permohonan maaf.

"Kami menuntut penarikan semula kenyataan itu secara rasmi dan segera serta permohonan maaf rasmi dari Vatican City kepada rakyat Malaysia di atas kenyataan yang bersifat menyerang itu," kenyataan tersebut dipetik.

Mereka turut mendakwa Marino telah "mencabuli tertib diplomatik dan secara khususnya Artikel 41 Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 berkenaan tugas duta agar tidak mencampuri urusan dalaman negara yang menerima mereka".

Dalam kenyataan kepada media kemudiannya, Ibrahim mahu Marino meminta maaf dan diganti dengan duta lain.

"Pada pandangan saya, dia (Marino) adalah musuh kepada negara Malaysia.

"Kita tuntut dia keluar, bukan kita mahu kedutaan (ini) terus ditutup. Kita mahu Vatican lantik wakil baru.

"Kita tak ambil pendirian bermusuh selamanya," tegas Ibrahim.

Sebelum itu, berlaku satu pertengkaran kecil di antara Ibrahim Ali dan polis yang membuat sekatan kira-kira 10 meter dari pintu pagar kedutaan.

Ibrahim yang diiringi kira-kira 30 orang pengikut tidak berpuas hati apabila polis hanya mahu membenarkan lima orang wakil rombongan itu menghampiri pintu pagar kedutaan.

"Ini pun susah!," jerkah Ibrahim sebelum terus menuju ke pagar diiringi seluruh anggota rombongan yang berbaju hitam lengkap dengan sampin dan tengkolok.

Rombongan itu turut melaungkan "Allahuakbar" sebanyak dua kali selepas berjaya menampal nota di pondok pengawal tersebut.

Dicekup tidak berpuasa

Posted: 19 Jul 2013 04:06 AM PDT


Dicekup tidak berpuasa
Warga asing dicekup ketika sedang makan di khalayak ramai di sebuah kedai makan, semalam.
 
KOTA BHARU - Hanya dengan alasan mengalami sakit di bahagian kaki, seorang warga Bangladesh sanggup tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai tanpa segan silu di sebuah kedai makan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Akibat tindakannya itu, dia ditahan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan di serahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk tindakan susulan.

Operasi bersepadu yang diadakan itu turut berjaya mengkompaun tiga premis termasuk di Padang Tembak, Cherang dan Jalan Merbau atas kesalahan tidak mempunyai lesen MPKB di samping menjual makanan awal kepada pelanggan Melayu.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguat kuasa MPKB-BRI Ramly Che Hussain berkata, perkara ini perlu dipandang serius memandangkan ia boleh mencemarkan imej negeri Islam.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang ingkar memandangkan ia memberi kesan negatif kepada umat Islam.        
                  
"Di samping itu, kita akan mengambil tindakan tegas sama untuk mengkompaun serta menarik lesen mana-mana peniaga restoran Cina yang masih ingkar menjual makanan melalui pintu belakang kepada pelanggan Melayu pada bulan Ramadan," katanya.

Beliau berkata, pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda tidak melebihi RM500.

Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, katanya.

Beliau berkata, Kota Bharu adalah sebuah Bandaraya Islam, sekiranya terdapat individu-individu yang ditangkap tidak berpuasa oleh pihak berkuasa, ianya merupakan sesuatu perkara yang sangat memalukan. 
                                               
"Di Kota Bharu ini sangat sensitif jika didapati ada orang tidak berpuasa, kerana bandar ini mencerminkan sebuah Bandaraya Islam," katanya.

Harga ayam diturunkan RM7.70

Posted: 19 Jul 2013 03:56 AM PDT


HASSAN-MALEK
Hasan Malek
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menurunkan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.

Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum.

"Peniaga juga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barang-barang lain," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, bagi mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Selain itu peniaga itu juga boleh di kompaun sehingga RM50,000.

"Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau di kompaun sehingga RM250,000," katanya.

Abby Abadi sudah bernikah

Posted: 19 Jul 2013 03:52 AM PDT


Abby Abadi
Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi
 
Twitter Abby Abadi
Twitter Abby Abadi

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

"Ya memang betul saya sudah berkahwin," jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

"Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut," katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

"Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat," katanya.

PRK: PDRM tubuh pasukan khas pantau pengundi hantu

Posted: 19 Jul 2013 03:50 AM PDT

SINAR HARIAN
PRK Dun Kuala Besut

KUALA BESUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan pasukan khas bagi menangani isu 'pengundi hantu' serta penahanan bas penyokong sekiranya berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, pada 24 Julai.
  
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, meskipun belum ada insiden sedemikian dilaporkan, namun pihaknya bersedia menangani isu tersebut melalui pasukan khas berkenaan.
  
"Kita ada pasukan khas yang akan menangani isu tersebut dan jika insiden seperti itu berlaku tindakan segera akan dikenakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Dalam pada itu beliau berkata polis bersedia menambah jumlah anggota polis sepanjang proses PRK itu berlangsung, namun ia bergantung kepada keperluan.
  
"Kita mempunyai kekuatan anggota yang cukup dan bersedia hadapi apa jua yang bakal berlaku pada pilihan raya ini dan jika tidak mencukupi kita akan tambah bagi melicinkan proses pilihan raya.

"Lazimnya, pada hari pengundian akan berlaku kekecohan dan ketegangan namun kita mempunyai strategi tersendiri untuk menangani ketegangan itu dan akan memastikan proses pengundian berjalan lancar," katanya.
  
Salleh berkata, sejak hari penamaan calon sehingga kini, penugasan pihak polis berada di tahap terbaik dan terkawal dan berharap ia terus berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
  
Dalam pada itu, katanya polis turut menyiasat tiga laporan sepanjang kempen berlangsung melibatkan kes bakar bendera, ceramah tanpa permit dan laporan yang dibuat Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan.
  
Beliau turut mengingatkan penyokong parti yang bertanding agar tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses PRK berlangsung dan memohon permit untuk menganjurkan ceramah.
  
"Orang ramai yang ingin keluar mengundi tidak perlu bimbang untuk menunaikan tanggunjawab itu dan jika terdapat masalah mahupun ancaman, segera hubungi polis untuk diambil tindakan," katanya.  - Bernama

PAS tidak bentuk kerajaan Terengganu jika menang, kata Husam

Posted: 18 Jul 2013 07:22 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.

"Tetapi nanti mereka (BN) tidak boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Sementara itu, Husam yang juga pengarah PRK PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.

Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian.

PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr  Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - Bernama

SPAD Kaji Semula Kadar Tambang Teksi - Najib

Posted: 18 Jul 2013 07:20 PM PDT



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi).

"Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di sini Khamis.

Pada sidang akhbar kemudian, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.

"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," kata Syed Hamid dan menambah kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada tahun 2009.

Kadar semasa 'flag-off' bagi teksi bajet di Malaysia adalah RM3, dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya. - BERNAMA

Dr M hormati pendirian Perkasa ambil sikap berkecuali

Posted: 18 Jul 2013 07:17 PM PDT


Oleh Mohd Farhan Darwis

Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati pendirian Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri yang juga penaung kepada kumpulan hak Melayu itu dilihat menyokong pendirian itu ketika retreat pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Rabu.

"Tun tidak cakap banyak, dia hanya mendengar dan bersetuju dengan pendirian Perkasa itu," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.

"Perkasa ambil keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong kerajaan sangat sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta Perkasa supaya bertindak bijak dalam usaha mereka untuk mempertahankan kepentingan Melayu.

"Tun minta kami buat perancangan dengan betul dan strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik Melayu," katanya mengulas mengenai pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pertemuan dengan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu diadakan selepas Perkasa membuat keputusan dua minggu lalu untuk memikirkan semula hubungan dengan Umno berikutan kerajaan meminggirkan mereka.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang "memberontak melawan kerajaan."

Ibrahim merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong.

Menurut Syed Hassan, pertemuan itu memutuskan, mulai saat ini, Perkasa hanya akan bekerjasama dengan kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu dan agama Islam.

"Kita berbincang dengan Tun, biar mereka (ahli Perkasa) putuskan. Kita belum sampai tahap untuk mengarahkan ahli mengundi parti tertentu. Kalau mereka hendak sokong PAS pun boleh, Umno pun boleh, janji Melayu, Islam," katanya merujuk kepada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dan menambah Perkasa mempunyai 1,000 ahli di situ.

Beliau mengakui persepsi awam berpendapat Perkasa adalah kumpulan tajaan Umno, tetapi tanggapan itu tidak benar.

"Kalau mereka betul-ahli ahli Umno buat apa mereka sertai Perkasa. Ahli Perkasa 50 (peratus) Perkasa 50 (peratus) dengan Umno, majoritinya sertai Perkasa atas 'semangat Perkasa'," katanya.

Proses pengantaraan kes pukul Zahid Hamidi mungkin cacat

Posted: 18 Jul 2013 07:15 PM PDT

















OLEH V ANBALAGAN, 
Penolong Pengarang Berita

Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir," katanya.

"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.

Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya.

40 Hingga 50 Lagi Klinik 1Malaysia Mulai Tahun Depan

Posted: 18 Jul 2013 07:12 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 hingga 50 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) akan disediakan di seluruh negara bermula tahun depan untuk memenuhi permintaan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penyediaan pembinaan K1M akan tertumpu di kawasan yang mempunyai ramai rakyat berpendapatan rendah.

"Walaupun ada rungutan daripada pemilik klinik swasta apabila K1M ditubuhkan, namun K1M tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat kerana caj perkhidmatan yang lebih murah yang dikenakan.

"Ia merupakan produk 1Malaysia yang berjaya dan mampu dinikmati semua rakyat dalam memastikan tahap kesihatan yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Malam Mesra Rakyat Bersama Menteri Kesihatan di sini, malam Khamis.

Kini terdapat lebih 200 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira 1.5 juta rakyat dengan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara dan RM15 bagi bukan warganegara.

Klinik ini adalah sebahagian daripada pengisian Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi fokus khas terhadap perhubungan harmoni antara kaum, penyatuan nasional dan pentadbiran efisien. - BERNAMA

Pak Lah Berkerusi Roda Hadir Ke Forum

Posted: 18 Jul 2013 07:09 PM PDT



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengejutkan banyak pihak apabila beliau tiba di Forum Kepimpinan Asean ke-10 dengan berkerusi roda.

Abdullah tidak pula menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau sedang sakit, malah berada dalam 'mood' yang ceria semasa menyampaikan ucaptama pada forum, Khamis.

Pembantu pegawai khasnya, Teoh Ai Hua berkata, Abdullah mengalami radang di perantara tisu atau selulitis di kaki kiri beliau sejak enam minggu lalu.

"Beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berjalan begitu banyak kerana ia akan membebankan kakinya.

"Tetapi beliau merasakan adalah tugasnya untuk membuka forum ini kerana tajuk yang begitu erat dengan hatinya," kata Teoh.

Abdullah telah berkhidmat paling lama sebagai Menteri Luar Malaysia.

Ketika meninggalkan forum dengan isterinya Tun Jeanne Abdullah, peserta forum kelihatan bersesak di sekeliling beliau untuk mendoakan kesihatannya.

Dalam ucapannya, Abdullah berkata Asean, yang telah berkembang dalam pesat masih memerlukan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Dengan manfaat yang besar dan ganjaran yang diperolehi daripada integrasi ekonomi yang lebih erat, adalah wajar untuk mengutamakan integrasi ekonomi atas kepentingan lain," katanya.

Alvin, Vivian Tidak Dibenar Ikat Jamin, Dihantar Ke Penjara

Posted: 18 Jul 2013 07:08 PM PDT

Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihantar ke penjara - Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang - selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.

Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".

Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.

Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.

"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.

Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya.

Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.

Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.

"Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.

"Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita 'Google' sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius," katanya.

Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.

Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.

Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.

Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.

Alvin berkata: "Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet".

Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: "Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin".- BERNAMA

500 naskhah Harakah dirampas di Temerloh

Posted: 18 Jul 2013 07:05 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,



Kakitangan KDN sedang mengambil akhbar Harakah dan memasukkan ke dalam kotak.

TEMERLOH: Dianggarkan 500 naskhah akhbar Harakah keluaran terbaru dirampas daripada kedai-kedai sekitar bandar ini dalam operasi bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Pengedar Harakah Kawasan Temerloh, Arizaliza Othman berkata, akhbar tersebut baru sahaja dihantarnya ke kedai-kedai terlibat awal pagi semalam.

Beliau yang juga pengedar akhbar Suara Keadilan, berkata akhbar milik PKR itu juga turut dirampas.

"Pada sebelah pagi tadi (semalam) seperti biasa saya mengagihkan Harakah ke kedai-kedai yang menjual akhbar dan majalah, sehinggalah kira-kira pukul 11 pagi saya dihubungi pekedai mengatakan KDN dan polis datang merampas.

"Sudah pasti saya begitu terkejut kerana ini pertama kali berlaku sejak menjadi pengedar kawasan apa lagi selepas pilihan raya umum ini dan bertukar menteri," katanya.

Beliau turut terkilan dengan tindakan tersebut kerana dalam bulan Ramadhan ini majalah-majalah lucah dan tahyul dibenarkan tetapi akhbar milik parti yang sah dirampas.

Sementara itu seorang pemilik kedai yang menjadi mangsa rampasan di Taman Temerloh Jaya dekat sini, William Ho terkejut kerana tindakan kakitangan KDN yang datang dengan dua buah kereta dan sebuah kereta polis.

"Mereka berhenti di hadapan kedai saya lalu menerpa dan merampas kira-kira 50 Harakah dan 30 Suara Keadilan yang terpamer bersama akhbar lain tanpa bertanya sesuatu.

"Ketika itu hanya ada seorang pekerja saya sementara saya berada di luar dan hanya kembali 10 minit kemudian setelah dihubungi pekerja, tetapi akhbar-akhbar itu sudahpun dirampas dan disimpan dalam kotaknya.

"Mereka paksa saya tandatangan sekeping borang dan berkata saya tidak termasuk dalam senarai nama pengedar-pengedar Harakah dan Suara Keadilan pula langsung tidak ada permit dan sebab itulah mereka rampas," ujarnya.

William berkata, beliau memberitahu pegawai berkenaan bahawa beliau telah 8 tahun menjual Harakah, justeru kenapa sekarang baru mahu mempersoalkannya status pengedar.

Katanya, malangnya rayuan itu tidak dipedulikan.

Minggu lalu, KDN dalam operasinya telah merampas Harakah dan Suara Keadilan di sekitar bandar Kuantan.

Sultan Selangor Seru Kerajaan Negeri Naiktaraf Perpustakaan

Posted: 18 Jul 2013 06:57 PM PDT


sultan lawat perpustakaan 18 jul 03

SHAH ALAM I : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini.

Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan.

"Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu sahaja kerana seperti yang kita ketahui banyak aktiviti-aktiviti lain dalam penimbaan ilmu boleh dijalankan di perpustakaan.

sultan lawat perpustakaan 18 jul 01

"Beta juga difahamkan pembinaan untuk meletak kenderaan juga perlu dibina dengan segera kerana keadaan yang sesak apabila pengunjung-pengunjung datang ke perpustakaan Raja Tun Uda ini.

"Beta juga berkenan supaya landskap yang sedia ada disekeliling perpustakaan ini dinaik taraf dan ditambah dengan pokok-pokok hijau supaya menjadikan kawasan ini indah selain mendatangkan suasana bersih dan menyihatkan."

Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian sumbangan buku kepada perpustakaan itu, di Seksyen 13, di sini.

Baginda juga menyeru kepada setiap rakyat Selangor supaya bersama-sama menjaga dan memelihara perpustakaan termasuk buku-buku yang terdapat di dalamnya supaya menjadi mercu tanda gedung ilmu.

Selain itu, DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan buku daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 200,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Sumbangan buku-buku yang berjumlah 2,780 naskah itu menggunakan peruntukkan fisabilillah dan merangkumi pelbagai jenis termasuk agama Islam, kesenian dan fiksyen.

Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan berupa empat naskah Al-Quran braille kepada penerima terpilih bagi Persatuan Braille Malaysia.
 sultan lawat perpustakaan 18 jul 04

Selain dari LZS, turut menyerahkan sumbangan kepada perpustakaan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan sumbangan sebanyak 50 buah netbook.

Manakala Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan buku yang bernilai RM 50,000 serta Yayasan Al Bukhary pula menyumbangkan sebanyak RM 13,000.

Mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohs Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

“Berapa ramai perlu mati untuk tubuh IPCMC?

Posted: 18 Jul 2013 06:50 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Berapa ramai lagi rakyat Malaysia perlu mati dalam tahanan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Demikian reaksi spontan beliau sebaik diminta memberi respon berhubung kematian Chew Siang Giap, 26, di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak hari ini.

Kata Shamsul, dengan insiden terbaru, apakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu terus menegakkan benang yang basah

.Shamsul-AMK

"Kematian dalam tahanan telah menjadi polemik dan isu besar negara. Saya tak jangka Zahid mampu beri jaminan tidak ada lagi kematian dalam tahanan," katanya kepada Keadilandaily.

Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar hari ini mengedarkan satu laporan polis dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen

Bapa mangsa yang menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.

Setiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan 'kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha' pada mayat badan anaknya.

Justeru kata Shamsul, telahan Zahid bahawa IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan punah dengan kes terbaru yang dibuktikan.

"Rentetan dari banyak peristiwa yang berlaku kita menggesa kerajaan segera melaksana penubuhan IPCMC. Zahid kata IPCMC tak mengikut Perlembagaan.

"Saya ingin bertanya. Apakah Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari mereka yang memahami dan pakar dalam undang-undang boleh terkhilaf dalam syor mereka?, soal Shamsul.

Aidilfitri: Tiada khabar gembira selain pembebasan tahanan ISA

Posted: 18 Jul 2013 06:46 PM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyambut baik 'berita baik' yang bakal diterima tahanan Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarga yang diumum Menteri Dalam Negeri 11 Julai lalu.

"Walaupun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai berita gembira tersebut, namun Suaram mengambil positif dan berharap agar berita baik itu ialah pembebasan serta merta kesemua baki tahanan ISA bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri," ujar Penyelaras Suaram, Syukri Razab dalam kenyataan.

mansuhkan-isaSejak pengumuman ISA akan dimansuhkan oleh Perdana Menteri pada 16 September 2011, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara konsisten menyampaikan suara rakyat kepada bekas Menteri berkaitan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendesak pembebasan segera semua tahanan.

Berdasarkan rekod Suaram, 13 orang tahanan ISA yang belum dibebaskan. Daripada jumlah tersebut, 7 warga tempatan, 2 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang warga Indonesia.

Syukri menegaskan, pembebasan kesemua tahanan tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus daripada kerajaan kepada tahanan dan keluarga.

Hal ini katanya kerana pembebasan itu merupakan tanggungjawab kerajaan yang sepatutnya sudah lama dilakukan.

Beliau berkata, pemansuhan ISA merupakan signifikan jelas yang menunjukkan kerajaan akur kepada kehendak rakyat yang menuntut agar akta zalim ISA dimansuhkan.

"Tindakan kerajaan membiarkan baki tahanan ISA terus dikurung di bawah akta zalim yang telah dimansuhkan merupakan tindakan tidak masuk akal," kata Syukri.

Katanya, kerajaan juga perlu menyiasat segala dakwaan penyeksaan dilakukan polis terhadap tahanan dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu membayar pampasan setimpal kepada kesemua keluarga tahanan akibat penderitaan ditanggung mereka.

Kerajaan juga kata Syukri perlu memberi jaminan untuk tidak akan menggubal sebarang undang-undang pencegahan lain yang menghalalkan penahanan tanpa bicara seperti ISA dan Akta Darurat (EO) jika benar tahanan akan dibebaskan.

Syarikat kroni SPR tak layak dapat kontrak runding terus

Posted: 18 Jul 2013 06:44 PM PDT

Oleh: Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat yang dikawal individu yang mendapat kontrak membekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Mohamed Alli tidak mempunyai rekod kewangan yang melayakkannya mendapat kontrak secara runding terus.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, rekod kewangan terakhir syarikat Salleh menunjukkan ia tidak mempunyai kelayakan mendapat kontrak berkenaan.

Malah, katanya, rekod kewangan salah sebuah syarikat tersebut, Nash Ventures Sdn Bhd juga didapati tidak dikemaskini.

"Kali terakhir Nash Ventures failkan akaun adalah bagi tahun kewangan 2009 tetapi dianugerahkan rundingan terus dalam tahun 2013 malah, mengikut fail terakhir itu, dia tidak mempunyai sebarang perolehan,"

"Hakikat ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Salleh mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),"  kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang media.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan tiga buah syarikat yang dikawal Mohamed Salleh iaitu Integrated Chellenger (M) Sdn. Bhd, Allisons Corp Sdn Bhd dan Nash Ventures Sdn. Bhd didaftar di alamat sama.

Syarikat tersebut beralamat di nombor 44A &44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100, Shah Alam, Selangor.

"Ini mengesahkan maklumat yang saya dedahkan sebelum ini bahawa syarikat-syarikat yang dikawal oleh individu bernama Mohamad Salleh telah berjaya mendapat kontrak perbekalan dakwat, kemeja dan topi secara rundingan terus," kata beliau dalam sidang media di parlimen.

Menurut Rafizi, salah seorang Pengarah Syarikat Nash Ventures turut mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh, iaitu Shamsia Mansoor yang juga pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd dan mendapat kontrak perbekalan dari Kementerian Pertahanan.

Malah, tambah Rafizi alamat rumah kediaman untuk Shamsia dan Mohamad Salleh juga sama, yang memungkinkan mereka mempunyai pertalian keluarga.

Tiada ulasan: