DIALOG RAKYAT |
- Ahli parlimen persoal nama kementerian tukar tiga kali
- Kronologi berhubung dakwat kekal
- Perlantikan Setiausaha Politik: Shahrizat ketinggalan bas?
- Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau
- PAS menang tidak merugikan
- 30 individu dikaitkan tindakan keganasan di Sabah
- Lapor jika orang tengah manipulasi harga ayam
- TG Nik Aziz selar kenyataan MP Pasir Salak
- Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia
- PRU13, dakwat kekal: Pakatan Rakyat saman SPR
- Bantahan TPPA bukti Malaysia tidak pada landasannya
- Lima ketua bahagian MCA desak Soi Lek letak jawatan
- MCA kecewa ramai pelajar Cina gagal masuk IPTA
- Harga ayam di Perlis tak menentu
- Tapisan Internet: NGO seru kaji semula jaminan MSC
- Polis tak gentar dengan IPCMC, kata Mat Zain
- NGO: Perbuatan Alvin, Vivian melampau
- Wajib Titas umpama indoktrinasi, kata NGO
- Tahniah DAVID TEO Kerana Terbitkan Filem Dakwah
Ahli parlimen persoal nama kementerian tukar tiga kali Posted: 15 Jul 2013 03:55 AM PDT "Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 dinyahkan dari parti, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran. "Tak ada sebab apa pun, kajian pun tak ada. Tapi tukar," kata Johari merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan itu, di Dewan Rakyat hari ini. "Lepas itu, dipecahkan pula dengan dua kementerian. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan," katanya. Johari turut mengaitkan penukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011. Katanya, individu yang bertanggungjawab memansuh bahasa Inggeris dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenaln dasar PPSMI iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya. | |||||||
Kronologi berhubung dakwat kekal Posted: 15 Jul 2013 03:53 AM PDT Apakah kandungannya? Berapa banyak nitrat perak? Mengapa ianya mudah ditanggalkan? Siapakah pengedar? Ini adalah persoalan yang timbul semenjak 2011, dua tahun sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei. The Malaysian Insider menyiarkan semula beberapa kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal. - 19 Disember, 2011: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan dakwat kekal akan digunakan dalam PRU13 untuk menghalang pengundian berulang. Beliau memberi jaminan dakwat akan mengandungi 4 hingga tujuh peratus nitrat perak yang boleh tahan sehingga tujuh hari. SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal selepas didesak oleh Bersih dan parti pembangkang. - 14 Mac, 2012: SPR mengatakan akan terdapat dua dakwat kekal dengan warna berlainan untuk membezakan pengundi awal dan pengundi biasa. - 24 Mei, 2012: Bersih mahu tahu mengapa peraturan yang dibuat SPR berhubung penggunaan dakwat kekal tidak dilanjutkan kepada penggundi awal. Bersih juga mempersoalkan keberkesanan meletakkan satu garis dakwat kekal di jari berbanding mencelupkan jari ke dalam dakwat kekal. - 11 April, 2013: Abdul Aziz memberi jaminan kepada orang awam dakwat kekal yang akan digunakan dalam PRU13 akan berbeza dengan dakwat-dakwat di luar sana bagi menggelakkan ianya disalahgunakan. – 15 Julai, 2013. - 30 April: Pengundian awal bermula dan beberapa laporan polis dibuat berhubung dakwat kekal yang mudah ditanggalkan dengan menggunakan gel dan sabun. Mendengar tentang ini, Abdul Aziz mengatakan oleh kerana laporan polis sudah dibuat, terpulang kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Ini bertentangan dengan kenyataan Abdul Aziz sebelum ini yang mengatakan dakwat tahan selama tujuh hari. - 1 Mei: SPR membuat ujian yang mengatakan dakwat kekal tahan lebih lama jika botol digoncangkan terlebih dahulu sebelum digunakan berbanding yang tidak digoncangkan. - 3 Mei: Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk menghantar dakwat kekal untuk diuji akan tetapi SPR enggan. - 4 Mei: Abdul Aziz mengatakan dakwat yang digunakan di Malaysia hanya mengandungi 1 peratus nitrat perak. - 5 Mei: Ribuan pengundi membuat laporan polis semasa hari mengundi oleh kerana dakwat kekal boleh ditanggalkan selepas beberapa jam mengundi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan beliau tidak boleh mengesahkan kualiti dakwat kekal. Abdul Aziz mengatakan Kementerian Kesihatan menghantar surat kepada SPR menggesa nitrat perak tidak boleh melebihi satu peratus untuk tujuan kesihatan. Akan tetapi kenyataan ini dinafikan oleh Kementerian Kesihatan pada 6 Jun. Sehingga hari ini, SPR masih belum menunjukkan surat Kementerian Kesihatan itu. - 7 Mei: Wan Ahmad mengatakan SPR menyimpan dakwat kekal dibalai polis untuk keselamatan dan oleh kerana disimpan dengan terlalu lama, kandungan dakwat itu menjadi semakin nipis. - 13 Mei: Abdul Aziz menyalahkan kegagalan dakwat kekal kepada pengundi yang tangannya berminyak. - 21 Mei: Abdul Aziz mengatakan pasukan khas ditubuhkan untuk mengkaji mengapa dakwat kekal mudah dibasuh. Sehingga hari ini, tiada laporan dikeluarkan. - 23 Mei: Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengatakan sesetengah petugas SPR mungkin gagal menggunakan dakwat dengan betul semasa hari pengundian. - 17 Jun: Abdul Aziz mengakui kegagalan dakwat kekal. - 26 Jun: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Parlimen SPR menggunakan pewarna makanan dan bukannya nitrat perak dalam dakwat kekal. - 27 Jun: Wan Ahmad mengatakan nitrat perak digunakan dan bukannya pewarna makanan tetapi mengatakan kandungannya 4 peratus dan bukannya 1 peratus. - 28 Jun: Shahidan mengatakan SPR tidak bertanggungjawab dalam menentukan kadungan nitrat perak yang akan digunakan dalam PRU13. | |||||||
Perlantikan Setiausaha Politik: Shahrizat ketinggalan bas? Posted: 15 Jul 2013 03:38 AM PDT KL TODAY PETALING JAYA: Lucu juga bila membaca kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang meminta supaya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri melantik Setiausaha Politik wanita. Katanya, sudah tiba masanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri melantik seorang Setiausaha Politik dalam kalangan wanita bagi membawa perubahan yang diinginkan. Seperti kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi. Nampaknya Shahrizat ketinggalan bas. Beliau sepatutnya mencadangkan soal perlantikan ini sebelum menteri-menteri melantik setiausaha politik mereka. Mereka sudah angkat sumpah menerima jawatan baru nak buat cadangan. Minggu lepas, Seramai 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen. Majlis turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Upacara angkat sumpah diketuai Datuk Jailani Ngah, diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri. Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah:
Shahrizat nampaknya amalkan politik "double standard". Dahulu sewaktu beliau menjadi menteri, beliau tidak lantik pun wanita sebagai setiausaha politik. Sebaliknya Datuk Suhaimi Ibrahim yang dilantik sebagai setiausaha politiknya. Sebagai ketua wanita Umno, Sharizat tak tunjuk teladan yang baik.Bagaimana beliau berharap menteri lain nak lantik wanita jadi setiausaha politik sedangkan beliau sendiri tidak melantik wanita menjadi setiausaha politiknya? Isu perlantikan setiausaha politik adalah isu kecil. Beliau sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melantik seorang tokoh dari wanita Umno jadi menteri penuh. Sekarang dua menteri wanita dalam kabinet Najib datangnya dari Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) iaitu Datuk Rohani Karim (Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat) dan Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Wanita Umno tiada menteri penuh. Ia ada tiga orang timbalan menteri iaitu Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Azizah Mohd Dun (Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan masyarakat) dan Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi). Sepatutnya Shahrizat mencadangkan supaya Najib melantik salah seorang dari mereka di atas sebagai menteri dari wanita Umno. Sebaliknya beliau mahu jawatan itu diisi oleh tokoh wanita dari PBB untuk mengekalkan kerusinya sebagai ketua wanita dalam pemilihan Umno hujung tahun ini. Sharizat bimbang jika Halimah atau Azizah atau Noriah dilantik sebagai menteri penuh, menteri baru itu akan mencabar kedudukannya sebagai Ketua Wanita. Shahrizat berfikir lebih baik Wanita Umno tiada menteri yang merupakan pandangan yang terkebelakang. Sedangkan dahulu Wanita Umno mempunyai dua menteri penuh iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Shahrizat sendiri. | |||||||
Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau Posted: 15 Jul 2013 03:23 AM PDT MARI kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah. Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino "campur tangan" dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia? Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.
Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican? Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam. Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu "Allah" mereka tentulah sokong agama mereka. Pokok pangkalnya, Pak Lah buka pintu kuala dan Mohd Najib runtuh pintu kuala atas nama keterbukaan (openess), 1Malaysia, keterangkuman (inclusiveness) dan macam-macam lagi slogan dan klise liberal. Jadi, apalah yang peliknya kalau segala macam sampah sarap keluar masuk muara dan dibawa air pasang sampai ke hulu? Inilah yang jadi kepada Melayu (dan secara terus kepada Islam) kalau kita bergantung sangat kepada kepemimpinan politik yang hanya hendak jadi popular, hendak dilihat liberal dan sederhana (moderate). Siapa Beria-ia Jalin Hubungan Dengan Vatican? Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk "berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam." (Baca di sini)
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam? Kalau ada pemimpin Islam dalam kerajaan BN yang belum dijangkiti penyakit koro, mereka wajiblah memanggil Duta Vatican itu dengan segera. Setakat Jamil Khir Baharom buat kenyataan media saja tak cukup. Tak payahlah pecat dia. Bagilah nasihat kepada dia. Boleh jadi dia tak faham keadaan di Malaysia. Bagi ingatan kepada dia yang perbuatan dia umpama mencurah minyak ke dalam api yang sudah pun membara. Kalau begitu banyak pemimpin beragama Islam tak boleh ajar seorang Kristian, teruklah kita. Anifah Aman duduk buat apa? Harap-harap ada lagilah pembesar Islam yang tidak menderita koro. Wallahualam. | |||||||
Posted: 15 Jul 2013 03:20 AM PDT Oleh Aspan Alias Apa pun keputusan PRK Kuala Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu. Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu itu. Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku. Jika BN menang ia akan mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan Negeri itu dan ia tetap melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO sebenarnya tidak kuat di Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam PRK kali ini di Kuala Besut. UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar. UMNO tidak bersatu diantara pemimpinnya dan ini diketahui umum. Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian itu berkata ada usaha PAS untuk melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad Said. Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak yang akan percaya dengan 'tohmahan' PAS itu. Sesungguhnya kata-kata kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu itu adalah lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO Terengganu. Ini politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO itu. Jika ada pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh PAS melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu. Hakikatnya kedua-dua pemimpin, Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu dilagakan, kerana kedua-duanya memang sudah pun berlaga dari dulu lagi. Bagaimana kita hendak menafikannya kerana mereka berlaga secara terbuka sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah diulangi apa yang berlaku kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika ada dalam UMNO Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka. Tetapi itu bukannya perkara penting bagi PAS. Bagi PAS yang penting ialah untuk menunjukkan kepada rakyat yang parti itu adalah parti 'alternative' terbaik bagi Melayu yang tidak menyokong UMNO. Baik buruknya PAS itu masih ada bau Melayunya. Yang menang dan yang kalah itu Melayu yang sama agama mereka. Pilihanraya yang baru lalu ini telah memberikan pelajaran kepada kita yang retorik memperjuangkan 'multiracialism' itu adalah palsu semata-mata. Ada pihak yang berjuang untuk 'multiracialism' nya tetapi mereka sendiri itu adalah rasis dalam 'approach' politik yang di tunjukkan kepada rakyat. Oleh itu orang Melayu yang beragama Islam ini wajar jangan berpecah dan sama-sama membetulkan apa-apa perbezaan dianatara kita. Yang penting kita tidak boleh berpecah kerana politik kepartian ini. Biarlah politik kepartian ini menjadi kehadapan semasa pilihanraya sahaja. Dalam kes Kuala Besut ini adalah baik jika PAS diberikan tempat kali ini. Bagi setengah pihak PAS wajar mendapat perhatian orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Jika PAS mendapat kemenangan di Besut maka kita boleh menunjukkan kepada mana-mana pihak yang lain yang orang Melayu sudah mula bersatu dan jangan cuba memecahkan Melayu itu untuk kepentingan perjuangan rasis mereka itu. Setiap orang melakukan kesalahan termasuk saudara dan saya sendiri dalam hidup ini termasuk politik. Hidup ini ibarat meniti permatang sawah yang sempit. Dalam penitian permatangan sawah itu kadangkala kita terkelincir dan jatuh kedalam lopak sawah itu. Tetapi kita bangun dan naik kembali ke permatangan itu dan berjalan terus dan melakukan penitian itu. Jika jatuh lagi, naik kembali dan teruskan perjuangan penitian itu sampai ke penghujung penitian itu. Saya merasakan tidak ada salahnya jika PAS mendapat tempat di Kuala Besut itu. Setidak-tidaknya jika PAS memenangi kerusi itu kedudukan sama banyak kerusi di DUN Terengganu akan dapat memberikan latihan untuk kita melakukan penyelesaian secara baik apabila berhadapan situasi sedemikian. Yang penting sekarang kedua-dua pihak mesti menghormati kehadiran pihak lawan dan tidak perlu bergaduh dan bertikam lidah untuk menegakkan perbahasan masing-masing. Jika perbahasan itu terlalu hangat ia sangat tidak kena dengan keadaan pilihanraya di bulan Ramadan al Mubarak ini. Ada beberapa orang pembaca blog saya dari kawasan itu bertanyakan pihak mana yang mereka harus menyokong. Ternyata mereka adalah dari kumpulan yang duduk diatas pagar. Jawapan saya kepada mereka mudah. Hak untuk mengundi pihak mana itu adalah hak mutlak mereka. Tetapi jika mereka bertanya kepada pandangan dan pendapat saya, saya telah katakan kepada mereka PAS adalah yang sewajarnya diberikan peluang untuk mewakili kawasan Kuala Besut itu. Memberikan PAS sokongan bukannya tindakan jenayah dan tidak perlu berasa takut untuk memberikan sokongan kepada parti itu. Begitu juga tindakan membelakangkan UMNO dalam pilihanraya kecil di Kuala Besut itu pun bukannya satu tindakan jenayah. Sementara menunggu UMNO berubah dalam erti kata sebenarnya, memberikan undi kepada PAS itu bukanlah tindakan yang tidak baik, malahan ia akan menambahkan usaha UMNO itu memperbaiki parti itu secara serius. Setakat hari ini UMNO yang beriya-iya untuk berubah belum pun mendapat ilham apa perubahan yang mereka patut lakukan. Dengan nilai kepimpinan serta keupayaan pimpinan UMNO hari ini ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Maka beransur-ansurlah kita memberikan tumpuan untuk menunjukkan yang kita semua adalah manusia yang serius untuk perubahan itu. Tetapi jika UMNO tidak serius untuk berubah pun tidak mengapa kerana orang Melayu mempunyai PAS sebagai pilihan kepada wadah perjuangan mereka. Tidak ada ruginya jika PAS menang dan tidak pula ada untungnya jika UMNO menang di Besut itu. http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | |||||||
30 individu dikaitkan tindakan keganasan di Sabah Posted: 15 Jul 2013 03:14 AM PDT SINAR HARIAN KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17-27 September bagi perbicaraan 30 individu - 27 warga Filipina dan tiga rakyat Malaysia - yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah. Mengambil kira jumlah yang dituduh yang akan dibicarakan bersama, Hakim P. Ravinthran menetapkan Pusat Pasukan Gerakan Am di Kinarut, sebagai tempat perbicaraan. Beliau juga berkata tempoh perbicaraan memadai memandangkan pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya 50 saksi. Daripada tiga rakyat Malaysia itu, seorang wanita menghadapi hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan, kerana didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas. Dua lelaki tempatan itu pula didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh warga Filipina itu pula termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas. Sementara itu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu mahkamah bahawa warga Filipina berkenaan menghantar surat kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak supaya membatalkan pelantikan peguam oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Beliau berkata warga Filipina itu meminta peguam mereka dilantik oleh kerajaan Filipina. Ravinthran berkata beliau akan membuat keputusan selepas membaca surat itu.- Bernama | |||||||
Lapor jika orang tengah manipulasi harga ayam Posted: 15 Jul 2013 03:10 AM PDT SINAR HARIAN KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek meminta peniaga membuat laporan sekiranya terdapat orang tengah memanipulasi harga ayam untuk diambil tindakan. Beliau berkata peniaga juga perlu memainkan peranan termasuk menasihati orang tengah agar jangan mengambil keuntungan melampau terutama pada bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan. "Kalau dah beli dengan harga tinggi, peniaga juga yang terpaksa jual lebih tinggi dan mereka sedikit sebanyak menanggung risiko kalau barang tidak habis," katanya sambil mengingatkan peniaga supaya tidak turut mengambil kesempatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan harga barang basah bersama pegawai kementerian itu di Pasar Borong Kuala Besut di Kampung Lampu di sini hari ini. "Pemantauan akan terus dijalankan dan sekiranya ada peniaga menaikkan harga secara melampau, tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya. Hasan berkata pengguna juga perlu lebih arif untuk membuat pilihan sama ada perlu membeli sesuatu barangan tersebut atau tidak. Mengenai tinjauannya di pasar itu, Menteri itu berkata kementerian tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan melampau harga barangan di kawasan ini buat masa ini sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut. Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan peniaga-peniaga di sini kerana didapati tidak menaikkan harga barangan terutamanya harga ayam sewenang-wenangnya berbanding di kawasan-kawasan bandar. "Kenapa tempat lain tidak boleh buat begitu seperti di sini? Mungkin peniaga di bandar akan cakap kerana orang tengah jual mahal. Kalau betul ada orang tengah yang memanipulasikan harga, peniaga ayam kena lapor dan kita akan ambil tindakan," katanya. Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa lokasi pasar di Kuala Besut mendapati harga ayam bulat dijual sekitar RM7 hingga RM7.50 sekilogram, berbanding harga siling semasa RM6.80. Namun ia masih dianggap berpatutan berbanding harga di kawasan bandar-bandar utama yang jauh lebih mahal dengan alasan kos pengangkutan dan barang mentah sukar didapati. Peniaga ayam, Ghazali Wan Ibrahim, 45, berkata beliau menjual ayam pada harga RM7 sekilogram dan kebanyakan pelanggannya memahami. "Saya terpaksa jual lebih sedikit sebab ayam hidup datangnya mahal, itupun saya hanya mengambil untung yang sedikit asalkan pelanggan saya tetap ada. "Saya ambil ayam ini secara terus dari Perak dan saya sendiri sembelih, proses sebelum dijual," katanya. - Bernama | |||||||
TG Nik Aziz selar kenyataan MP Pasir Salak Posted: 15 Jul 2013 03:07 AM PDT
Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR. Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?" TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta. TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR. Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu. "Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik." Kenyataan TG Nik Abdul Aziz PRK: Pas hanya perkakas pada DAP, PKR | |||||||
Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia Posted: 15 Jul 2013 02:59 AM PDT
KURMA ADALAH BUAH YANG PALING BERKHASIAT SEKALI DALAM DUNIA!!!!!!• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia. • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah. • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin? • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita? • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma? • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar? • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit? • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih? • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf? • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu? • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat? • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian? • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya? • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia? • Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna? • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya? • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi? • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik? • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit? • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser? • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan? • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah 'ajwah Madinah, razizi, dan rabi'ah? • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori? • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi'ah Madinah? • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau? • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh? • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa? • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi? • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal? • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf? • Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa? • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran? • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan? • Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin? • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat? • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging? • Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain? • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari? • Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi? • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir? • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf? • Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran? • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing? • Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan? • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh? • Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas? • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas? • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi? • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak? • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh? • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan? • Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor? | |||||||
PRU13, dakwat kekal: Pakatan Rakyat saman SPR Posted: 15 Jul 2013 02:49 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menamakan tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam writ saman yang difailkan hari ini berhubung sikap berat sebelah mereka dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan isu dakwat yang tidak kekal. Tujuh individu tersebut ialah Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta anggota-anggotanya Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin. Saman itu difailkan oleh Peguam R Sivarasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi. Selain mewakili Pakatan Rakyat, Sivarasa juga mewakili lima calon Pakatan dalam PRU13 iaitu Dzulkefly Ahmad, M. Manoharan, Saifuddin Nasution, Ariffin Abd Rahman dan Abbo A/L Rajoo. Tuntutan mereka menyatakan bahawa SPR gagal mengendalikan PRU dengan baik khususnya berhubung penggunaan dakwat kekal. Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, SPR mungkir janji yang dibuat pada 19 Disember 2011 berhubung dakwat kekal apabila dakwat yang digunakan sebenarya tidak kekal. "Saya rujuk kenyataan pertama SPR yang dikeluarkan pada 19 Disember 2011, hasil kempen Bersih pada hari yang sama SPR keluar janji untuk guna dakwat kekal untuk elak pengundian 2 kali. "SPR berat sebelah apabila kita perincikan satu persatu kenyataan SPR yang berpihak kepada Perdana Menteri, pengerusi SPR melakukan sedaya mungkin mempertahan perbuatan beli undi dan kenyataan PM termasuk menyerang dengan hebat ketua pembangkang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar atas) Sementra itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parimen Kota Bharu berkata, tindakan saman itu adalah tepat apabila polis tidak mengambil sebarang siasatan terhadap laporan yang dibuat Pakatan Rayat ke atas SPR. "Tindakan mahkamah ini juga dibuat pada pandangan Pakatan Rakyat beberapa laporan polis yang dibuat oleh samaada calon atau pengundi, polis tak buat siasatan hingga sekarang," katanya. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula terus mempersoal keengganan kerajaan mendedahkan nama pembekal dakwat yang digunakan pada PRU13. "Kenapa pembekal dakwat kekal tidak didedahkan walaupun pihak SPR dilindungi menteri di jabatan Perdana Menteri? Beberapa kali kita minta dedah di parlimen tapi mereka berdegil dan tidak mahu dedah. "Alasan bahawa perkara ini rahsia tak boleh diterima kerana PRU dah berlalu jadi t ak ada alasan untuk mereka melidungi pembekal yang kerajaan dah bayar," katanya. | |||||||
Bantahan TPPA bukti Malaysia tidak pada landasannya Posted: 14 Jul 2013 06:25 PM PDT Selain itu, penerangan faedah sebenar dan kerugian yang bakal ditanggung dengan mengadakan perdagangan bebas antara 12 negara perlu didedahkan behubung apa yang terbaik buat Malaysia kerana negara memerlukan lebih akses pasaran dibawah TPPA. Namun, kritik yang datang daripada kumpulan perniagaan, parti politik hinggalah kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung melindungi industri yang tidak bersaing, jaminan perolehan kerajaan dan ketakutan peningkatan harga ubat-ubatan dan barangan lain. Antara kecaman lantang oleh Dr Mahathir ialah kekaburan yang diberi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menyebar butiran TPPA yang diilhamkan semasa Kongres Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011. Perdana Menteri paling lama menerajui negara itu menggariskan bagaimana Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran - dengan ahli perniagaan tidak kompetitif, dengan mengutarakan perlindungan kepada tempoh pasaran terbuka dan peningkatan kos sara hidup terhadap kelemahan mata wang. Dalam blognya dua hari lalu, Tun Mahathir banyak memperkatakan berhubung gabungan yang tidak memberi faedah kepada Malaysia termasuk perjanjian air Malaysia-Singapura. "Perjanjian pertama tamat pada 2011 dan kita tidak membuat rundingan semula. Perjanjian berikutnya akan tamat pada 2060. Kita akan mendapat 3 sen setiap 1,000 gelen air mentah apabila kos sara hidup meningkat dari masa ke semasa. "Hari ini, dolar Singapura 21/2 kali nilai ringgit Malaysia. Pada masa perjanjian nisbahnya 1:1. Adakah kita menerima bayaran dalam dolar Singapura atau ringgit Malaysia? Ataupun ini menjadi satu rahsia juga?" tanya beliau. Persoalan itu menjawab mengapa dolar Singapura mengukuh dan ringgit lemah apabila kedua-dua matawang berada paras sama semasa kedua-dua negara terpisah pada 1965. Adakah kita masih mahu dikenali sebagai negara pengeluar kos rendah sedangkan kerajaan berhasrat menjana ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020? Adakah kita mahu berbelanja dengan nilai ringgit yang lemah dan mencari buruh kos rendah dan memberi pengecualian gaji minimum? Kemerosotan nilai ringgit Malaysia turut berada di belakang kenaikan harga daripada ubat-ubatan ke makanan. Kita perlu membayar nilai sebenar harga dunia bagi barangan berkenaan dengan nilai ringgit yang merudum. Ia juga mengejutkan apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dilanjutkan kepada pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan. Bukankah pada 1970, amaun berkenaan merupakan pendapatan golongan kaya dan cukup untuk membeli sebuah kereta di Malaysia? Dr Mahathir turut merujuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) memberi kesan kepada industri kereta nasional dengan menegaskan Proton mengeluarkan 90 peratus komponennya di dalam negara, namun kosnya lebih tinggi berbanding kereta bukan dari negara Asia Tenggara yang memerlukan 40 peratus barangan tempatan bagi mendapat pengecualian cukai. Kini, mengapa pengeluar kos rendah menggunakan kos yang tinggi? Ini kerana kita terus melindungi vendor yang tidak efisyen dan beroperasi dalam pasaran kecil dengan jualan tahunan kira-kira 600,000 kereta setahun berbanding membuka pasaran untuk persaingan. Bagaimana Thailand dan Filipina boleh mengeluarkan kereta dengan harga lebih rendah, mengukuhkan jaringan pengeluar kereta dan memberi kebebasan mereka untuk memilih vendor dan pembekal? Dalam hujah beliau, ahli politik veteran itu yang mengilhamkan Proton berkata kereta syarikat itu tidak mendapat sambutan hangat di pasaran luar kerana piawaian keselamatan - tidak seperti pengeluar asing di Malaysia yang mempunyai pasaran eksport serata dunia. "Jika Proton bercita-cita untuk mengeksport kereta ke negara pengeluar, mereka mesti patuh dengan piawaian yang ditetapkan. Setakat ini, kita tidak mengeksport ke Jepun, Korea dan Eropah," kata Tun Mahathir. Adakah mereka bukan pengeluar kereta kelas dunia? Tidakkah piawaian itu juga baik untuk Malaysia? Bagaimana Proton boleh tampil lebih murah di negara lain berbanding Malaysia? Membuka pasaran kereta kita akan membolehkan orang ramai memilih dengan kos terbaik dengan berkata Proton menguncupkan pegangan pasarannya. Ini bukanlah apa yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin dengan mengatakan Proton kini syarikat persendirian dan bukan dimiliki kerajaan. Namun, apa yang ingin Tun Mahathir sampaikan ialah perolehan kerajaan mestilah dilindungi oleh pencerobohan asing seperti yang dilaungkan oleh beberapa kumpulan perdagangan. Amerika Syarikat membangkitkan pasaran terbuka dengan sedikit kejayaan malah meminggirkan perjanjian perdagangan bebas terdahulu dengan Malaysia disebabkan isu berkenaan. Apa yang kita perlukan sekarang ialah MITI untuk menjawab segala keraguan dan membuat lebih penelitian. Terdapat beberapa faedah TPPA dan kumpulan pedagang Malaysia percaya ia akan membuka pasaran lebih luas dan mengurangkan kekangan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata Jumaat lalu, "Kita adalah sebuah negara yang bebas perdagangan, kita mahu memperdagangkan produk ke luar negara dan menarik pelaburan ke dalam negara." Beliau berkata, penting Malaysia menjadi sebahagian daripada anggota TPPA bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan sistem penyampaian sekaligus membendung gejala rasuah. Menteri juga berkata tidak akan membiarkan butiran TPPA kekal sulit namun itulah yang menjadi permasalahan kini | |||||||
Lima ketua bahagian MCA desak Soi Lek letak jawatan Posted: 14 Jul 2013 06:17 PM PDT Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng. Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi. Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. | |||||||
MCA kecewa ramai pelajar Cina gagal masuk IPTA Posted: 14 Jul 2013 06:10 PM PDT SHAH ALAM - MCA melahirkan rasa kecewa apabila ramai pelajar Cina gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/14. Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, walaupun pengambilan pelajar Cina ke IPTA telah meningkat berbanding tahun lepas, namun peratusan pelajar tersebut hanya 19 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 23 peratus. "Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, daripada 12,065 pemohon pelajar Cina bagi sesi akademik baru, pendaftaran pelajar Cina di (IPTA) hanya menyumbang sebanyak 7,913. "Berbanding dengan pengambilan 2012/2013, daripada jumlah pendaftaran berjumlah 38,549, seramai 8,986 pelajar Cina yang berjaya dipilih. "Manakala bagi sesi 2011/2012 pengambilan di IPTA, daripada 41,267 jumlah keseluruhan pemohon yang berjaya, hanya 9,457 pemohon Cina yang berjaya," katanya dalam satu kenyataan media. Tambah Soi Lek lagi, oleh kerana bilangan pengambilan pelajar meningkat, kemasukan pelajar Cina dilihat seolah-olah menurun. "Kekurangan pengambilan pelajar Cina banyak menimbulkan persolan mengenai kriteria pemilihan. "MCA merasakan proses pemilihan ini meragukan dan mahu proses yang lebih telus diguna pakai," katanya. Justeru itu, Soi lek berharap, pelajar yang layak mesti diberikan tempat di universiti dan sekiranya ada usaha untuk menghalang mereka untuk mendapatkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi ia merupakan satu ketidakadilan kepada dasar pendidikan negara. Tambah beliau lagi, peratusan pelajar Cina untuk mendapat tempat ke kursus pilihan mereka terutama lapan kursus popular juga didapati menurun. "Statistik menunjukkan bahawa terdapat penurunan dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Kerajaan perlu serius menangani isu ini,"katanya. Menyentuh isu sama, MCA juga mahu mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran berkenaan langkah untuk menjadikan subjek Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai mata pelajaran wajib di institusi pengajian tinggi swasta. "Saya akan membawa dua isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Walaupun MCA tidak mempunyai perwakilan dalam Kabinet, tetapi menjadi tanggungjawab MCA untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina,"katanya. | |||||||
Harga ayam di Perlis tak menentu Posted: 14 Jul 2013 06:05 PM PDT Harga ayam bersih di beberapa lokasi di Perlis didapati tidak menentu. Misalnya harga yang ditawarkan di Pasar Besar Kangar hari ini adalah RM8 sekilogram, lebih rendah berbanding harga ayam segar di Pasar Sehari Behor Lateh dan Pasar Tani Taman Sena yang dijual pada harga RM8.50 sekilogram. Bagi ayam segar di Abi pula, peniaga meletakkan harga RM7.90 sekilogram manakala di Beseri ia berharga RM7.70 sekilogram. Bagi peniaga, harga yang ditawarkan itu adalah yang terbaik untuk pelanggan kerana mereka mendapatkan bekalan borong pada harga tinggi sejak lebih seminggu lalu. Namun bagi seorang pembeli, Narimah Saad, 42, beliau mendakwa sebelum ini beliau boleh membeli ayam kira-kira RM7 sekilogram tetapi kini harganya telah meningkat. Sementara tinjauan di beberapa bazar Ramadan sekitar Kangar sejak awal Ramadan, mendapati para peniaga mengekalkan harga seperti ayam masak merah dan ayam masak kicap pada harga RM3 seketul. Rogayah Salleh, 54, berkata walaupun harga ayam tidak menentu di pasaran, namun harga ayam masak yang ditawarkannya tidak berganjak. "Jika peniaga makanan menaikkan harga hanya disebabkan harga ayam yang tidak menentu di pasaran, sudah pasti perniagaan mereka di bazar Ramadan tidak akan bertahan lama," katanya.- Bernama | |||||||
Tapisan Internet: NGO seru kaji semula jaminan MSC Posted: 14 Jul 2013 06:02 PM PDT Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini meminta kerajaan mengkaji semula Rang Jaminan MSC Malaysia bagi membendung penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ada pihak menyalah guna kebebasan bermaklumat yang dinikmati rakyat negara ini dan boleh menjadi 'racun' kepada kemakmuran negara. "Apa jua perkara perlu ada limitasinya. Macam makanan juga, kalau dimakan banyak tanpa kira hadnya, pasti akan jadi penyakit dan racun dalam badan," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau mengulas tindakan Tan Jye Yee, 25, dan pasangannya Vivian Lee, 24, yang mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka. Hari ini, satu lagi akaun facebook memuat naik status mempersenda Ramadan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletak logo halal. Nadzim berkata satu mekanisme pemeriksaan perlu diwujud bagi menggantikan rang jaminan berkenaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dalam menggunakan maklumat di negara ini. "Apa sahaja akta yang boleh digunakan bagi penyalahgunaan maklumat ini tidak akan membantu jika maklumat masih lagi boleh diakses dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan. "Apatah lagi dalam keadaan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, seharusnya ada satu undang-undang yang tidak memungkinkan rakyat negara ini boleh menyentuh sensitiviti antara satu dengan lain, dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah menggunakan teknologi," katanya. Pendapat Nadzim disokong Pengerusi Biro Haluan Palestin Persatuan Haluan Malaysia Dr Syed Halim Syed Hassan yang berkata perlu ada satu tapisan maklumat walaupun masyarakat negara ini bebas mengguna serta menyebarkannya. "Memang diakui maklumat melalui Internet adalah sangat banyak dan mudah disebar berbanding melalui medium maklumat perdana seperti surat khabar, namun pihak bertanggungjawab perlu ada mekanisme menyekat apa jua jenis maklumat yang boleh mengganggu sensitiviti kaum negara ini," katanya. Mengulas tindakan mempersenda Islam di laman sosial facebook, Syed Halim berkata ia adalah usaha pihak berfikiran dangkal yang ingin menjejaskan ibadah umat Islam. Beliau berkata pihak yang berkelayakan seperti mufti atau ulama boleh membantu pengguna Islam meredakan kemarahan mereka, terutama ketika berpuasa, semasa berdepan perkara sedemikian. Sementara itu, Nadzim berkata PPIM akan melancarkan satu blog sebagai medan perkongsian berkaitan Islam, termasuk soal jawab berhubung kekeliruan dan salah anggapan terhadap agama suci ini. "Antara usaha kita ambil ialah pendekatan teknologi bagi menangkis serangan yang dibangkitkan bertujuan menjejaskan kedudukan agama Islam. "Jika mereka boleh gunakan teknologi sebagai senjata, maka kita perbetulkan semula dengan cara berdakwah melalui teknologi juga," katanya. Beliau berkata blog yang bakal dilancar dalam masa terdekat itu akan mengumpul segala maklumat sahih berkaitan Islam dan menerima soalan serta perbincangan dengan pengguna berhubung agama berkenaan. - Bernama | |||||||
Polis tak gentar dengan IPCMC, kata Mat Zain Posted: 14 Jul 2013 06:01 PM PDT MALAYSIA KINI Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata sebahagian besar dariapda pasukan polis tidak gentar dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).Katanya, sebahagian besar anggota berkenaan juga tidak mengetahui mengenai kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atau fungsi suruhanjaya tersebut. "Saya boleh katakan bahawa anggota polis lebih takut dengan cawangan disiplin polis lebih daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, sama ada IPCMC ditubuhkan atau tidak, tiada bezanya bagi sebahagian besarnya," katanya. Beliau mendakwa, individu yang sebenarnya bimbang dengan penubuhan IPCMC adalah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail atas peranan mereka dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang disiasat oleh Mat Zain. "Kedua-duanya, Musa dan Abdul Gani, sedar bahawa sekiranya badan seperti IPCMC wujud – yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi mereka – dan jika badan itu menyiasat dakwaan ke atas mereka, kedua-duanya tahu bahawa mereka akan musnah. Beberapa orang lagi juga akan menerima nasib sama. "Saya percaya inilah sebab utama bantahan Musa ke atas penubuhan IPCMC ketika perkhidmatannya. Alasan bahawa IPCMC tiak menyediakan peluang rayuan kepada polis bukan sahaja alasan yang bodoh, tapi juga egoistik, dan mementingkan diri tanpa mengira kepentingan orang lain," katanya. Mat Zain berkata, Musa tentunya telah berfikir panjang sebelum melakukan apa yang didakwa berlaku pada 1998. Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu mengakui mengambil sampel darah Anwar tanpa kebenaran selepas bekas timbalan perdana menteri itu diserang oleh bekas IGP Tan Sri Rahim Noor, ketika Anwar ditahan di Bukit Aman. Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakannnya, manakala Abdul Gani, yang didakwa terlibat dalam pemalsuan bahan bukti dalam kes kontroversi berkenaan. | |||||||
NGO: Perbuatan Alvin, Vivian melampau Posted: 14 Jul 2013 05:59 PM PDT Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook kelmarin, adalah melampau. Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa. "Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya. Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Robert Phang Miow ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dikatakan mempertikai titah Sultan Johor melantik Datuk Tee Siew Kiong sebagai anggota Exco kerajaan negeri. - Bernama | |||||||
Wajib Titas umpama indoktrinasi, kata NGO Posted: 14 Jul 2013 05:57 PM PDT MALAYSIA KINI Satu gabungan NGO mahu kerajaan mempertimbang semula keputusan untuk mewajibkan mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai subjek wajib kepada semua siswa. Gabungan NGO berkenaan terdiri dari sekumpulan organisasi anak muda Cina dikenali dengan nama Emco, Buddhist Research Society of Malaysia (BRSM) dan Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM), tidak bersetuju dengan usaha yang didakwa satu "indoktrinasi" ke atas siswa itu. Emco terdiri dari Young Buddhist Association of Malaysia, Malaysia Christian Youth Association, United Youth Movement of Malaysia, Malaysia Entrepreneurs' Development Association, Malaysian Young Graduates Association, The Federation of Clans and Guilds Youth Association of Malaysia, Junior Chamber International Malaysia dan Young Malaysians Movement. Setiausaha agung Young Buddhist Association of Malaysia Wong Sook Kim yang bercakap bagi pihak kumpulan berkenaan berkenaan mendakwa, ketetapan baru itu melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menurutnya menjamin hak untuk menganut dan mengamalkan agama seseorang dan menghalang indoktrinasi sesuatu agama yang tidak dianutinya. "Kami tidak bersetuju dengan cadangan untuk mana-mana arahan agama atau pengajian tamadun keagamaan dijadikan mata pelajaran wajib di peringkat pengajian tinggi. "Kami percaya bahawa penguatkuasaan dasar yang salah ini akan membawa kepada kesan negatif. "Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya menimbang semula yang mengkaji isu ini untuk memastikan objektiviti lebih luas dan untuk menghormati dasar kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi," katanya. Wong berkata kerajaan perlu mengetepikan pendekatan "sempit dan sektarian" dalam pendidikan dan juga menghormati kepelbagaian etnik dan agama di Malaysia. "Dalam merancang mata pelajaran berhubung tamadun agama, pertimbangan perlu diberikan kepada sejarah agama utama, doktrin serta kesan agama ke atas pembangunan ketamadunan. "Perancangan mata pelajaran ini tidak sepatutnya menonjolkan sesuatu ajaran agama sahaja," katanya. Wong berkata, mata pelajaran mengenai pelbagai tamadun agama boleh dijadikan subjek elektif untuk pilihan pelajar yang berminat, katanya. | |||||||
Tahniah DAVID TEO Kerana Terbitkan Filem Dakwah Posted: 14 Jul 2013 05:53 PM PDT Kali ini saya ingin bercerita tentang filem tersasar sedikit dari isu yang selalu saya bangkitkan iaitu isu politik dan masyarakat. Sengaja untuk bersantai-santai di bulan puasaini. Seperti yang kita sedia maklum tidak banyak filem dakwah diterbitkan di Malaysia. Tidak pasti mengapa penerbit filem tidak suka menerbitkan filem seumpama ini. Adakah mereka takut filem sebegini tidak ramai peminat dan jika ia diterbitkan mereka bakal menanggung kerugian. Bagi saya pihak penerbit filem mesti berani mempelbagaikan corak filem mereka supaya industri filem kita lebih 'versatile' dan dinamik. Jangan hanya bergantung kepada filem cinta, komedi, ganas dan sebagainya. Saya yakin sekarang ini ramai rakyat Malaysia berminat dengan Islam dan dakwah. Maka penerbit filem mesti mengambil peluang ini untuk memasarkan filem mereka kepada masyarakat. Malah kita sekarang mempunyai stesyen TV dakwah seperti TV Al Hijrah, ASTRO Oasis dan sebagainya. Setakat ini hanya seorang penerbit filem yang berani menerbitkan filem berunsur Islam dan dakwah. Lebih hebat lagi beliau bukan penganut agama Islam. Namanya David Teo, nama besar dalam industri filem negara setanding dengan Dato Yusof Haslam dan lain-lain. Usaha David Teo menerbitkan filem dakwah memang wajar dipuji kerana filem seperti ini memang sukar mendapat sambutan. Tetapi beliau berani mengeluarkan modal sebanyak RM1.5 juta untuk menerbitkan sebuah filem dakwah sedangkan ia rugi di pasaran. Sehingga kini beliau telah menerbitkan tiga buah filem dakwah iaitu 7 Petala Cinta (Mac 2012), Salam Cinta (September 2012) dan Dua Kalimah (April 2013). Filem sebegini tidak balik modal tetapi David Teo tetap melabur sebagai usahanya untuk menerbitkan filem dakwah di negara ini. Filem 7 Petala Cinta lakonan Aeril Zafrel, Shima Anuar, Fizo Omar dan Diana Amir diarahkan oleh Azhari Mohd Zain. Ia mengisahkan Attar (Aeril Zafrel) jatuh cinta kepada anak guru di madrasahnya, Saidatul Nisa (Shima Anuar) yang sudah bertunang dengan Hamka (Fizo Omar). Hamka melanjutkan pelajarannya di Yaman dan khabarnya beliau telah meninggal dunia. Di saat-saat Attar dan Saidatul Nisa mahu dinikahkan, Hamka kembali ke madrasah. Filem ini menarik kerana ia banyak menimbulkan unsur-unsur dakwah. Azhari Mohd Zain sekali lagi diberi peluang mengarah filem dakwah oleh David Teo, Salam Cinta. Filem lakonan Kamal Adli dan Diana Amir ini mengisahkan seorang pelakon, Amirul (Kamal Adli) pergi ke kampung untuk mendalami watak orang alim, watak yang akan dipegangnya dalam filem terbarunya. Cinta kepada Laila Di sini Amirul menemui Laila (Diana Amir) dan bibit pertemuan itu menginsafkannya supaya merubah cara hidupnya yang jauh dari pegangan agama. Amirul berubah sikap kerana cintanya kepada Laila. David Teo bukan sahaja memberi peluang kepada Azahari Mohd Zain untuk mengarahkan filem dakwah. Malah pengarah wanita, Elya Rahman turut diberi peluang untuk mengarahkan filem Dua Kalimah, sebuah lagi filem dakwah terbitan David Teo. Filem lakonan Shaheizy Sam dan Nora Danish ini mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Shaheizy Sam) dan Selena (Nora Danish) pulang ke kampung Aiman dan menyamar sebagai suami isteri. Di kampung itu mereka melihat balasan di dunia orang yang berzina, mengamalkan ilmu sihir dan tidak menghormati orang tua. Selena rasa bersalah kerana membohongi keluarga Aiman. Dia mahu menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman tetapi diugut oleh Aiman. Bila Aiman sakit, barulah Aiman insaf di atas perbuatannya. Kita hairan kenapa penerbit jutawan seperti Datuk Yusof Haslam tidak berani menerbitkan filem dakwah tetapi David Teo yang tidak memikirkan keuntungan berani melabur dalam filem sedemikian rupa. Filem 7 Petala Cinta cuma memungut RM1.03 juta sahaja. Penerbitan filem ini rugi tetapi beliau terus menerbitkan Salam Cinta dan Dua Kalimah. Beliau tetap melabur dalam filem dakwah walaupun risiko keuntungannya sudah diketahui umum. Oleh itu wajarlah usaha David Teo menerbitkan filem dakwah ini diberi pujian. Adalah diharapkan David Teo dapat menerbitkan lebih banyak lagi filem dakwah seperti Ketika Cinta Bertasbih, sebuah filem Indonesia yang popular. Banyak sekali unsur-unsur dakwah yang boleh difilemkan antaranya filem yang berunsur sejarah, peperangan, perjuangan rasul dan nabi serta lain-lain. Pihak JAKIM dan lain-lain agensi Islam perlu tampil untuk mengagaskan usaha-usaha pembikinan filem Islam ini antaranya memberikan galakan kepada penulisan skrip filem Islamik, peruntukan untuk latihan dan kursus mencungkil bakat-bakat baru samada penulis skrip, pelakon, pengarah dan sebagainya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan