BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR TERBAIK UMMAT ISLAM SUNNI BULAN INI:SAKSIKAN
- Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa
- mahadhir sanggup kalah: masih ingatkah lampu padam dalam pemilihan presiden umno dulu? ka ka ka
- PESANAN KEPADA TENTERA TENTERA:DIKAU ADALAH TENTERA ALLAH...MAKA IKUTILAH ALLAH SWT
- IMBAS KENANGAN:BIBIR TERSENYUM HATI CAM BADAM
- JANGAN RAMPAS KUASA ALA TENTERA:DIKTATOR TAHAP BINATANG..KEMBALIKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT
- INI MENTERI JUGA BUAT JAMINAN:TAKDA HABUANKA....
- BUKTI KETERBUKAAN:KORANG BOLEH PERCAYA KE DENGAN DIA NI...TENGOK...
- AKHIRNYA TAIKUN BALAK MEMBUNUH JUGA DENGAN PISTOL KEPUNYAANNYA?
- betullah dakwaan mereka ini:RAKYAT MISKIN MAKIN MISKIN
- TEKANAN DI BANDARAYA MAKIN MEMBIMBANGKAN:TENGOK GAMBARNI
GAMBAR TERBAIK UMMAT ISLAM SUNNI BULAN INI:SAKSIKAN Posted: 06 Jul 2013 07:30 AM PDT |
Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa Posted: 06 Jul 2013 06:30 AM PDT Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi. Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak. "Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. "Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya. Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam. Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat. "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam. "Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya. |
mahadhir sanggup kalah: masih ingatkah lampu padam dalam pemilihan presiden umno dulu? ka ka ka Posted: 06 Jul 2013 05:49 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata asas kejayaan sistem demokrasi, antara lain, perlu merangkumi aspek kesanggupan menerima kekalahan, bukan kemenangan semata-mata. Merujuk kepada penggulingan pemimpin Mesir oleh pihak tentera dan protes besar-besaran di negara itu, Dr Mahathir berkata ini tidak harus berlaku kepada sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi seperti di Mesir. "Dalam kerajaan demokratik ada pemilihan, ada menang dan kalah, kalau kalah tak nak terima kekalahan, lepas itu buat angkara cuba jatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat melalui aktivis demonstrasi, maka tidak ada demokrasi," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Biasiswa Tun Dr Mahathir-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) sempena majlis Konvokesyen Kesembilan Kolej Teknologi YPC-iTweb di ibu negara, hari ini. Menegaskan nilai yang sama perlu diguna pakai di negara ini, Dr Mahathir mempersoal dakwaan pembangkang kononnya sistem pilihan raya negara ini tidak telus. "Kalau di negara yang betul-betul menipu, kita dapati parti kerajaan akan menang 99 peratus tapi di Malaysia tidak pernah berlaku macam itu. "Setiap kali pilihan raya umum (PRU), parti lawan tetap akan dapat kemenangan...kalau nak tipu takkan nak bagi lima negeri kalah (seperti) sebelum ini," kata Dr Mahathir yang merujuk kepada keputusan PRU12 pada 2008. Mengulas lanjut, beliau berkata: "Barisan Nasional (BN) terima tempat (kerusi) dia kalah, parti lawan tak nak terima, nak terima bila dia menang sahaja. "Ini tak faham demokrasi, kalau kalah tunggu la sampai PRU satu lagi," katanya pada majlis yang turut dihadiri isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Kolej Teknologi YPC-iTweb Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Mengenai calon sesuai yang patut diletakkan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai ini, Dr Mahathir berkata individu berkenaan perlu dipilih dengan bijak dan diterima masyarakat setempat. "Kalau pilih adik-beradik, kroni, orang yang...semua orang tau tak popular, kalahlah," katanya. Dalam pada itu, Syed Ali berkata biasiswa itu akan dianugerahkan kepada 300 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah setiap tahun untuk mengikuti kursus asasi di Kolej Teknologi YPC-iTweb di Cheras. Majlis hari ini menyaksikan 338 pelajar kolej berkenaan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. -Bernama |
PESANAN KEPADA TENTERA TENTERA:DIKAU ADALAH TENTERA ALLAH...MAKA IKUTILAH ALLAH SWT Posted: 06 Jul 2013 04:30 AM PDT |
IMBAS KENANGAN:BIBIR TERSENYUM HATI CAM BADAM Posted: 06 Jul 2013 03:00 AM PDT |
JANGAN RAMPAS KUASA ALA TENTERA:DIKTATOR TAHAP BINATANG..KEMBALIKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT Posted: 06 Jul 2013 01:30 AM PDT Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul. Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan. Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi', Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi' di pentas. Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: 'Semua urusan rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal). Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah: 1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini. 2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf. 3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang. 4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu. 5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari. |
INI MENTERI JUGA BUAT JAMINAN:TAKDA HABUANKA.... Posted: 06 Jul 2013 12:56 AM PDT Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin semalam memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi penundaan bagi tarikh operasi KLIA2 selepas tarikh beroperasi baru pada 2 Mei 2014 diumumkan baru-baru ini. Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi telah ditubuhkan bagi memantau perjalanan projek itu. "Jawatankuasa ini juga akan membantu pihak Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat kontraktor yang terlibat menyelesaikan mana-mana masalah atau kekangan yang timbul berkaitan projek ini. "Jawatankuasa ini akan turut bertanggungjawab menerangkan kepada orang ramai berkenaan punca kelewatan dan kos tambahan yang dikenakan disebabkan oleh kelewatan ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek KLIA2 di Sepang, semalam. Katanya jawatankuasa ini akan melaporkan perkembangan projek berkenaan kepada beliau setiap minggu bagi membolehkan beliau memantau perlaksanaannya secara lebih dekat. "Saya berharap langkah ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dan prihatin dalam memastikan projek mega ini dapat direalisasikan demi kebaikan semua pihak," katanya. Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin telah diberi taklimat oleh pihak MAHB dan semua yang terlibat mengenai segala kekangan dan masalah kelewatan yang mereka hadapi sebelum ini. "Saya telah diberi penjelasan mengenai perkara-perkara tersebut dan mendapatkan komitmen pihak MAHB dan kontraktor untuk sama-sama menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan. "Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak tetapi mahu memastikan projek ini dapat disiapkan demi keselesaan pengguna serta membantu merancakkan sektor pelancongan negara ini," katanya. -Bernama |
BUKTI KETERBUKAAN:KORANG BOLEH PERCAYA KE DENGAN DIA NI...TENGOK... Posted: 05 Jul 2013 11:14 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sesi dialog bersama NGO dan masyarakat awam akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas sebelum penggubalan undang-undang baru menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO). Menurut Zahid, sesi dialog itu bagi melaksanakan dasar keterbukaan kementeriannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk menerima komen orang ramai berhubung penggubalan akta tersebut sebelum dibentang di Parlimen. "Untuk melaksanakan dasar keterbukaan KDN), PDRM dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama NGO, individu dan masyarakat umum untuk ketahui maklum balas dan juga komen-komen bagi akta ini supaya diterima semua pihak agar lepas ordinan ini dibentang dan diluluskan di Dewan Negara dan diperkenankan oleh Tuanku Agong tidak ada lagi rumah siap pahat berbunyi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perlepasan Konvoi Kembara Queen Street di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini. Khamis lalu, Zahid dilaporkan berkata Jabatan Peguam Negara dan kementeriannya mengalu-alukan idea baru dan cadangan daripada pembangkang serta NGO tentang set draf pertama undang-undang baru untuk menggantikan EO itu agar ia lebih berkesan. Bagaimanapun beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Setiausaha Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo membidas cadangan kerajaan itu kerana bimbang undang-undang baru itu didakwa akan menyerupai EO dengan hanya ditukar kepada nama baru. Sehubungan itu, Zahid berkata lagi, undang-undang baru itu perlu diwujudkan memandangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO telah dimansuhkan sebelum ini. Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata pihak polis wajar diberikan kuasa bagi melaksanakan undang-undang walaupun EO dan ISA telah dihapuskan. "Dulu atas desakan, ISA dihapuskan, atas desakan Ordinan Darurat dihapuskan. Saya fikir akta hasutan tidak harus dihapuskan. Sebab, apa lagi yang tinggal? "Kalau penghasut dan mereka yang menimbulkan perkara sensitif dan dianggap boleh menimbulkan perpecahan kaum, memberi gambaran negatif yang termasuk dalam kategori hasutan. "Kalau dihapuskan, semua perkara dihalalkan. Asalkan fitnah, tohmahan, kutukan digalakkan. Saya fikir demokrasi tak menuntut begitu," katanya. |
AKHIRNYA TAIKUN BALAK MEMBUNUH JUGA DENGAN PISTOL KEPUNYAANNYA? Posted: 05 Jul 2013 04:30 PM PDT Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi. Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras. Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya. Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik. "Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik. "Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan. Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya. "Perompak itu juga cuba merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya. Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari klinik berikutan terkena empat tembakan. Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di perutnya. "Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu. Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia. Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Sabtu lalu, rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Bukit Damansara dimasuki tiga perompak yang melarikan beberapa komputer riba dan beberapa jam tangan. Kejadian itu mendorong pembangkang mendesak kerajaan untuk mengakui betapa kadar jenayah di negara ini memerlukan perhatian serius. Pemimpin DAP, Tony Phua berkata, kejadian jenayah yang berleluasa sejak beberapa bulan kebelakangan ini membuktikan gambaran yang dibuat polis, salah. Beliau mendesak kerajaan supaya telus dalam membentang indeks jenayah berikutan kerajaan memberi gambaran tidak benar mengenai tahap keselamatan, malah memanipulasi statistik jenayah. Polis sebelum ini membuat pengumuman bahawa jenayah jalanan menurun 40 peratus manakala indeks jenayah berkurangan sebanyak 25 peratus sepanjang tahun lalu. 5 Julai, 2013. |
betullah dakwaan mereka ini:RAKYAT MISKIN MAKIN MISKIN Posted: 05 Jul 2013 01:00 PM PDT P |
TEKANAN DI BANDARAYA MAKIN MEMBIMBANGKAN:TENGOK GAMBARNI Posted: 05 Jul 2013 10:00 AM PDT Katakan pandangan anda dengan strees.. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan