BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR INDAH TAPI PALING CILAKA DAN KEJAM:SAKSIKAN
- manusia ini juga cilaka bukan...? tak pernah mahu berubah ni manusia
- PULUHAN TERBUNUH DI MESIR:SEMUA NEGARA UMMAT ISLAM KACAU..
- MESIR:SATU PENGAJARAN BUAT KADER PAS DAN PEMIMPINNYA..?
- INI BARU PERMAINAN..BACALAH
- UMNO DAN PERKASA:ADA BEDAKAH?
- KADER IKHWAN WAJAR MEMBUNUH SISI?
- KERAJAAN ISLAM MESIR DI GULINGKAN TENTERA..HARI SEDIH BUAT ISLAM
- HUJAN DAH TURUN:KATAK MULA TIMBUL.. TENGOKLAH!!!!
- JANGAN LIKE DI FACEBOOK..KORANG SALAH FAHAM SEBENARNYA..BACA KENYATAANNYA
- DAP:KITA BUKAN MUSUH MELAYU,MELAYU TOLAK UMNO DI PRU 13.SAKSIKAN CARTA INI
GAMBAR INDAH TAPI PALING CILAKA DAN KEJAM:SAKSIKAN Posted: 04 Jul 2013 07:00 AM PDT |
manusia ini juga cilaka bukan...? tak pernah mahu berubah ni manusia Posted: 04 Jul 2013 05:30 AM PDT Kerajaan patut meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan tiada kekeliruan terhadap isu penukaran agama kanak-kanak oleh sebelah pihak, kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh. Kesemua 38 anggota Dewan Rakyat parti itu akan menyokong pindaan itu jika dibuat, kata Karpal dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Katanya, perkataan parent (ibu bapa) dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan perlu ditukar untuk memastikan jelas pertukaran agama mesti dengan persetujuan kedua-dua ibu dan bapa, dengan syarat kedua-duanya masih hidup, supaya tiada lagi pertikaian tentang perkara itu. Menurutnya lagi, majoriti dua per tiga diperlukan untuk membuat pindaan perlembagaan, justeru BN juga bergantung kepada mereka. Karpal merujuk kepada Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu. Banyak pihak, termasuk parti politik BN dan Pakatan Rakyat, NGO dan kumpulan agama menentang klausa 107(B) yang membenarkan hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga mengislamkan anak bawah umur. |
PULUHAN TERBUNUH DI MESIR:SEMUA NEGARA UMMAT ISLAM KACAU.. Posted: 04 Jul 2013 03:00 AM PDT MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi. Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi. Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr. Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram. Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr. Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi. Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni. Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat. Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru. Morsi tolak rampasan kuasa Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa. Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi. Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera. "Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman 'adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar." kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com. |
MESIR:SATU PENGAJARAN BUAT KADER PAS DAN PEMIMPINNYA..? Posted: 03 Jul 2013 11:00 PM PDT Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik. Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihan raya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalan raya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang. Insya-Allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini! Doa dan solidariti untuk Mesir. |
Posted: 03 Jul 2013 09:44 PM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bercadang untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut menerusi saluran RTM. Menurutnya, beliau akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan. "Insya-Allah saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi. "Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung. "Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi. |
Posted: 03 Jul 2013 09:30 PM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno. Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama. "Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam. Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menuntut wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut. "Umno adalah Umno, PERKASA adalah PERKASA. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara. "Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid, seperti dilaporkan agensi berita nasional. Penampilan pertama PERKASA lepas PRU Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membuat penampilan pertamanya kepada media selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu, dengan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap BN yang tidak menghargai mereka. [Laporan penuh] Ibrahim (kiri) berkata, Perdana Menteri sedia bertemu dan mendengar pandangan ageresi seperti Dong Zhong, pastor Kristian dan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), tetapi tidak PERKASA. "Saudara tengok, ada tak PERKASA jumpa PM," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam. Beliau menegaskan NGO itu tetap bebas dan tidak menjadi perkakas mana-mana pihak dan akan sentiasa berani menegur demi kepentingan Melayu di negara ini. Ditanya tentang rancangannya setelah tidak lagi menjadi anggota Parlimen, Ibrahim secara berjenaka berkata merancang untuk membawa teksi atau bekerja di stesen pam minyak. |
KADER IKHWAN WAJAR MEMBUNUH SISI? Posted: 03 Jul 2013 08:46 PM PDT Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa. Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari. Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat. Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal. Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan. Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut. |
KERAJAAN ISLAM MESIR DI GULINGKAN TENTERA..HARI SEDIH BUAT ISLAM Posted: 03 Jul 2013 08:06 PM PDT Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini. Kelihatan lelaki, wanita dan kanak-kanak mengibarkan bendera Mesir merah, hitam dan putih Mesir ke udara, penunjuk perasaan duduk di bahu dan anggota keluarga bergambar di Dataran Tahrir, pusat demonstrasi yang menarik jutaan orang keluar menentang Morsi dan Ikhwanul Muslimin. "Rakyat dan tentera seiring bersama," mereka bersorak. Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat. Bagaimanapun popularitinya merosot pada tahun yang sama beliau diangkat ke jawatan itu. Pembangkang liberal dan kiri menuduhnya menolak kompromi dan gagal menangani masalah politik dan ekonomi yang mendesak. |
HUJAN DAH TURUN:KATAK MULA TIMBUL.. TENGOKLAH!!!! Posted: 03 Jul 2013 05:00 PM PDT Datuk Ibrahim Ali bertegas mahu kontroversi melibatkan penukaran agama anak dalam pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013, merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata isu berkenaan bersangkut-paut dengan agama dan perlu diselesaikan pihak yang ada pengetahuan mendalam dan memahami masalah sebenar. "Ia jadi kewajipan untuk Muslim mengikutnya," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini apabila ditanya mengenai isu berkenaan. Bagaimanapun, Ibrahim yang tidak menyatakan pendirian dalam berharap isu itu, berharap hal berkenaan tidak dipolitikkan mana-mana pihak. "Biarkan pihak berkuasa selesaikannya," katanya. Pindaan rang undang-undang itu menerima kritikan hebat daripada Pakatan Rakyat (PR) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) serta kumpulan masyarakat awam bukan Islam. Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata agama kanak-kanak bawah umur tidak boleh ditentukan oleh seorang penjaga sebaliknya mesti dipersetujui bersama. Pada 2009, Nazri ketika itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan akan menghalang semua penukaran kanak-kanak bawah umur untuk masuk Islam tanpa persetujuan bersama bagi meredakan ketegangan penganut agama lain. Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata anak atau kanak-kanak bawah umur yang memeluk agama Islam bersama bapa perlu diserahkan di bawah jagaan ibu. "Dalam ketetapan Islam seperti yang disebut Nabi apabila anak kecil masuk Islam bersama ayah tetapi ibu bukan Islam, anak itu akan dikembalikan kepada ibu untuk dijaga," katanya. |
JANGAN LIKE DI FACEBOOK..KORANG SALAH FAHAM SEBENARNYA..BACA KENYATAANNYA Posted: 03 Jul 2013 12:00 PM PDT Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan penjawat awam "menyukai" lamannya di Facebook. Beliau yang terkejut dengan perkara itu turut menuntut agar pengarah jabatan kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail memohon maaf. Satu surat didakwa sebagai pekeliling dari jabatan kesihatan negeri Pahang itu, yang mengarahkan laman Facebook ketua pengarah kesihatan itu muncul di laman sosial berkenaan dan menerima kritikan dari pengguna Internet. Pekeliling bertarikh 20 Jun itu antara lainnya memetik kenyataan ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menggesa penjawat awam menggunakan media sosial untuk menyebar maklumat. Noor Hisham dalam kenyataan di Facebook pada malam tadi berkata beliau tidak pernah mengarahkan sesiapapun untuk mengeluarkan pekeliling seperti itu. Katanya, perkara itu timbul kerana pengarah kesihatan negeri itu tidak membuat tafsiran yang betul ke atas nasihat Ali Hamsa dan juga arahannya untuk berinteraksi dalam Facebook. "Pengarah negeri ini bertindak melampau dan berlebih-lebih dengan mengeluarkan surat yang ditandatanganinya tanpa kelulusan pengurusan tertinggi," kata Noor Hisham. Katanya, Norhizan perlu meminta maaf kepada ketua pengarah, kementerian dan juga kepada kerajaan. "Ini adalah pemikiran sesetengah pengarah yang mengeluarkan kenyataan dan surat tanpa memikirkan natijahnya," katanya. Norhizan kemudiannya dalam satu kenyataan petang ini memohon maaf atas pekeliling berkenaan, yang diakuinya dikeluarkan tanpa persetujuan Noor Hisham. "Saya sedar niat ikhlas saya untuk menghubungkan kakitangan saya dengan laman peminat Ketua Pengarah Kesihatan, telah disalah tafsir dan mencetuskan rasa malu canggung terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan pihak-pihak lain. "Saya dengan ini memohon maaf setulus hati," katanya dalam menerusi laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. |
DAP:KITA BUKAN MUSUH MELAYU,MELAYU TOLAK UMNO DI PRU 13.SAKSIKAN CARTA INI Posted: 03 Jul 2013 11:00 AM PDT MP Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa majoriti pengundi Melayu pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu menolak BN. Berucap ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong petang ini, beliau mendakwa seramai 7.3 juta daripada 11.23 juta pengundi merupakan pengundi Melayu. "Umno dan BN mendapat 3.4 juta pengundi Melayu, manakala 3.9 juta lagi menolak BN. Umno sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi, yakni sama dengan jumlah ahli Umno. "Maka yang menjerit Melayu itu dan ini, menjerit atas autoriti apa? Majoriti Melayu tidak bersama kamu," dakwanya. Sungguhpun begitu, Mohd Arif tetap mengakui bahawa DAP masih perlu meningkatkan keyakinan bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya. "Sebaik sahaja peratusan penduduk bukan Melayu menurun, peluang kita menang pun turun. Pengajarannya ialah, kita hanya akan menang dan berjaya jika kita berjaya meningkatkan keyakinan di kalangan orang Melayu. "Kita dalam DAP tidak mahu berkelahi dengan Melayu. Kita mahu ramai lagi Melayu masuk DAP. Kita bukan musuh Melayu, bukan musuh Raja Melayu dan bukan musuh perlembangaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan