BRIGED MP SEGAMBUT |
- SELEPAS DITEMBAK:Keadaan Sanjeevan makin serius
- LAGI AHLI PERNIAGAAN MATI DI TEMBAK:APA JADI NEGARA KITA INI?
- DITEMBAK KARENA MAHU DEDAH NAMA NAMA POLIS TERBABIT DADA?
- SHAHRIZAT MAKIN CIDERA DISERANG MUSUH MUSUHNYA
- UMNO AKAN BELA PENGETUA SEKOLAH PRISTINA:MANA PAS DALAM ISU INI?
SELEPAS DITEMBAK:Keadaan Sanjeevan makin serius Posted: 29 Jul 2013 08:30 AM PDT Penasihat MyWatch S Gobi Krishnan berkata keadaan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak Sabtu lalu, kini dikatakan semakin teruk. Gobi Krishnan berkata pemindahan Sanjeevan ke Hospital Serdang sedang diatur supaya peluru yang tersangkut di tulang rusuknya dapat dikeluarkan melalui pembedahan. "Keadaan beliau semakin teruk dan kami sedang atur perpindahannya ke Hospital Serdang. Beliau demam dan ia semakin teruk," kata Gobi sewaktu dihubungi. Beliau bercakap dari Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, tempat Sanjeevan diwadkan sejak dua hari lalu. "Beliau ditahan di sini selama dua hari kerana mereka kata Hospital Serdang belum beri kebenaran untuk beliau dipindahkan," katanya. |
LAGI AHLI PERNIAGAAN MATI DI TEMBAK:APA JADI NEGARA KITA INI? Posted: 29 Jul 2013 06:53 AM PDT Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham. "Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta. "Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di ibu negara untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya. Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi. -Bernama |
DITEMBAK KARENA MAHU DEDAH NAMA NAMA POLIS TERBABIT DADA? Posted: 28 Jul 2013 09:00 PM PDT Aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan cuba mendedahkan nama-nama anggota polis yang didakwa ada kaitan dengan sindiket dadah sebelum dia ditembak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Dalam Twitternya hari ini, Rafizi berkata beliau ditemui Sanjeevan (kanan) sehari sebelum kejadian tersebut, dan Sanjeevan meminta bantuan untuk mendedahkan nama anggota polis yang didakwa terbabit itu. Rafizi berkata beliau bertemu Sanjeevan pada malam Jumaat dan dia bercakap tentang senarai kesalahan berkaitan dengan dadah dan meminta pengarah strategi PKR itu mendedahkan mereka. Bagaimanapun, Rafizi berkata, beliau tidak pasti sama ada rancangan untuk mendedahkan senarai nama tersebut ada kaitan dengan cubaan membunuh Sanjeewan semalam. Ahli Parlimen Pandan itu berkata Sanjeevan sedang "menjejak sesuatu" dan maklumat padanya itu adalah adalah tulen. "Saya amat terkejut apabila mengetahui dia telah ditembak," kata Rafizi. Hanya beberapa jam sebelum ditembak, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya. Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di simpang di Jempol. |
SHAHRIZAT MAKIN CIDERA DISERANG MUSUH MUSUHNYA Posted: 28 Jul 2013 05:11 PM PDT Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said. Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian. "Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding? "Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini. Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi. Bercakap lanjut, Faridah turut menggariskan dua sebab Shahrizat perlu berundur pada pemilihan kelak - prestasi Wanita Umno mutakhir ini dan skandal pinjaman RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC). Jelasnya Shahrizat kerap melaungkan tentang keperluan kabinet diisi oleh 30 peratus kaum wanita namun, selepas pilihan raya lalu hanya seorang sahaja exco wanita Umno terpilih menganggotai jemaah menteri. "Pengundurannya perlu (dilakukan) supaya PRU nanti kita boleh ambil hati orang muda untuk menyokong BN kembali. "Kalau Shahrizat melaungkan 30 peratus (perwakilan), tolong namakan pada saya bilangan wanita Umno yang jadi anggota parlimen. "Sekarang ini di kalangan exco yang jadi anggota parlimen cuma satu iaitu (MP Beaufort) Datuk Azizah Mohd Dun. "Datuk Noriah Kasnon (MP Sungai Besar) bukan exco Wanita, Datuk Halimah Sadique (MP Tenggara) bukan exco Wanita Umno," katanya. Shahrizat juga, kata Faridah tidak wajar menggunakan alasan beliau tiada kaitan dengan skandal NFC. Beliau sendiri mendakwa menerima SMS agar mengerahkan Wanita Umno ke mahkamah untuk menyokong Shahrizat setiap kali perbicaraan NFC berlangsung. Beliau juga tidak yakin Shahrizat akan terus kekal popular dalam pergerakan itu memandangkan Shahrizat kini bukan lagi menteri mahu pun pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) "Melalui majlis itu dia boleh beri program kepada wanita di setiap bahagian, dalam setahun adalah dalam RM50 ke RM60,000. "Jadi sekarang ini dia tak jadi menteri lagi, dia tak jadi pengerusi MPWK lagi, apa lagi yang dia boleh sumbang kepada wanita? "Tak ada apa-apa," kata Faridah yang menjadi exco Wanita sewaktu ia diketuai Rafidah Aziz. |
UMNO AKAN BELA PENGETUA SEKOLAH PRISTINA:MANA PAS DALAM ISU INI? Posted: 28 Jul 2013 09:30 AM PDT Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau akan membela pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Pristana sekiranya beliau didapati tidak bersalah dalam isu pelajar sekolah tersebut yang didakwa makan di dalam bilik persalinan. Menurutnya, pengetua tersebut telah melakukan tindakannya sebaik mungkin. "Kita akan bela (pengetua) kalau didapati tak bersalah. Kita pasti akan bela dia. Dan daripada apa laporan yang kita terima, kita dapat mengenalpasti bahawa apa yang dia (pengetua) lakukan adalah sebaik mungkin. "Bukan hanya untuk digunakan waktu puasa sahaja tapi untuk waktu-waktu lain juga," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memberi sumbangan kepada 200 orang fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal anjuran Umno Kepong di ibu negara hari ini. Dalam laman facebook yang dibuat bagi menyokong tindakan pengetua sekolah Mohamad Nasir Mohd Nor (kiri), terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Mohamad Nasir "kecewa" kerana tiada pimpinan Umno yang tampil membelanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan