Sabtu, 27 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DENDAM KESUMAT SYIAH TERHADAP SUNNI...

Posted: 27 Jul 2013 07:30 AM PDT



(Dr. Solah dari Jordan menceritakan apa yang berlaku di Syria sekarang)

Malam 17 Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan. Hujan renyai-renyai ketika jamaah  bersiap-siap  mahu iftar di lapangan terbuka. Mereka terpaksa  ke dalam khemah Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Seusai berbuka dan solat Maghrib berjamaah berimankan Syeikh  Hisham dari Mesir,  sementara menunggu Insya' diisikan dengan program khusus, menampilkan seorang penceramah dari Jordan menyampaikan informasi terkini terkait dengan petaka musibah yang menimpa umat Islam di Syria.

Bercakap dalam bahasa Arab yang berapi-api, diterjemahkan seorang ustaz petugas Qaryah.  Dr Solah memberitahu, di negara Syria sekarang sedang berlaku suatu "penghapusan etnik" yang terbesar di abad ini. Rejim Bashar Al-Asad menggunakan seluruh kekuatan militer, persenjataan yang canggih membunuh rakyatnya sendiri. Dunia tutup mata.

(Antara orang ramai yang memenuhi dataran terbuka di perkarangan stadium)

Sebuah kampung dimusnahkan.  Seluruh warga, seawall usia  kanak-kanak, ibu-ibu, dan orang tua dibunuh, rumah-rumah dibakar, kesalahannya kerana salah seorang penduduk desa itu  bernama "Khalid Ibnu Walid". Sebuah nama sangat dibenci oleh pemerintah Syria dikepalai Bashar.

Disebut lagi oleh Dr Solah, mereka membunuh umat Islam Ahlusunnah Wajamaah atas nama Syadina Ali Ibnu Abi Talib dan Syadina Hussain. Sedang sahabat dan menantu Rasulullah saw,  juga  cucu Rasulullah saw itu bukan kelompok  seperti mereka  gambarkan. Sekali-kali tidak!.

Anehnya, saat Dr Solah menyampaikan informasi, tiba-tiba terdengar suatu suara berteriak keras.  Suara seorang muslimat berkerudung  hitam yang berada di ruang solat muslimat menjerit. Namun jeritannya  kurang jelas kerana kami jamaah muslimin agak jauh,  tapi masih tampak jelas. Muslimat itu  sepertinya ada sesuatu yang bertentangan dengan opininya tentang informasi yang dilontarkan sang penceramah.  Petugas  kemudiannya mendekati dan menenangkan muslimat mistri itu.

Sebelum itu, pertama-tama Dr Solah melahirkan rasa terharu, sekaligus gembira kerana penduduk negeri Kelantan  mendapat seorang pemimpin (Menteri Besar) yang mempraktikkan pentadbiran di negeri ini berdasarkan Islam, sedang mereka, walaupun al-Quran itu bahasa mereka dan bahasa Nabi Muhammad.

"Tetapi, janji Allah adalah benar, Islam akan tertegak kembali di  tanah air kami,  sepertimana ia pernah tertegak dulu, termasuk di Syria," katanya.

Apa yang berlaku di Syria sekarang telah membuka mata sebahagian besar umat Islam seluruh dunia akan dendam kesumat terhadap Ahlusunnah wajamaah, di mana selama ini Ahlisunnah wajamaah sangat bertoleransi terhadap mereka. Akhirnya tembelang mereka pecah.

Turut hadir malam itu ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Haji Abdul Fattah Mahmammod.

KIMIA JATUH CINTA ALA PERKASA BANG BRAHIM

Posted: 27 Jul 2013 12:04 AM PDT

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini berkata penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) bukan atas cadangan selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Beliau sebaliknya berkata, cadangan serta perbincangan untuk bergabung bersama NGO kaum Cina dan India itu telah dibuat empat bulan yang lalu.

Dua NGO yang bergabung bersama dengan PERKASA dan membentuk MIRAC ialah Persatuan Cina Era Baru Malaysia (Percisma) dan Persatuan Amal dan Kebajikan India Baru (Perinbam).

"Hasrat (untuk tubuhkan MIRAC) sudah lama tapi sebab sibuk dengan pilihan raya jadi tergendala. Kita telah bincang tiga empat bulan dulu untuk tubuh MIRAC. Bukan selepas saya berjumpa Perdana Menteri," katanya dalam sidang media penubuhan MIRAC di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, dalam sidang media sama, Ibrahim juga berkata, gabungan bersama dua NGO tersebut juga membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini yang mengatakan mereka sebuah kumpulan yang perkauman, tidak benar.

Beliau juga berkata, gabungan yang akan bermesyuarat seminggu sekali bagi membincangkan isu antara kaum itu juga akan terikat dengan piagam yang mengandungi lima perkara yang dipersetujui dan ditandatangani bersama hari ini.

"Sebelum ini terdapat persepsi yang kata PERKASA ini perkauman. Sekarang kita ada kawan yang akan terangkan bila perkara yang melibatkan kaum dibangkitkan. Asalkan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan berpaksikan kepada rukun negara.

"Sebelum mereka (NGO) bertemu saya, mereka juga marah dengan saya.  Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya, lima minit lepas itu mereka dah jatuh cinta," kata Ibrahim sambil ketawa.

Tiada ulasan: