BRIGED MP SEGAMBUT |
- SAYA SUKA GAMBAR INI:PENUH MAKNA DAN PENGERTIAN..HATI SAHDU MELIHATNYA
- DS ZAHID MENGUGUT UNTUK BUNUH?
- PAS:'Baiah calon bukan benda baru...
- GAMBAR BAGUS TUJUAN BAIK..SAYANG AIR KETIAK MASUK DALAM BUBUR...
- DEMI KUASA SANGGUP BUNUH RAKYAT SENDIRI
- PERLUNYA SEORANG JENDRAL UNTUK MERAMPAS KEMBALI KUASA DARI TENTERA ASISI...
- JANGAN JADI ORANG ASLI LA..
SAYA SUKA GAMBAR INI:PENUH MAKNA DAN PENGERTIAN..HATI SAHDU MELIHATNYA Posted: 11 Jul 2013 09:00 AM PDT Esah Dollah, 44 menyiapkan tempahan Sata sempena bulan Ramadan di gerainya di Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 2013. |
DS ZAHID MENGUGUT UNTUK BUNUH? Posted: 11 Jul 2013 07:30 AM PDT Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya. Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006 Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights. Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang. "Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari," katanya. Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya. "Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu diklasifikasi sebagai 'tiada tindakan selanjutnya'. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil. "Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas." Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa. "Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya," katanya. Selepas dinasihati pegawai polis lain, Amir membuat aduan bertulis dan mengirimnya secara peribadi ke pejabat KPN tetapi tidak menerima sebarang jawapan selain pengesahan penerimaan surat itu. Musa pula ketika mengulas hal ini memberitahu The Malaysian Insider dalam teks pesanan ringkas:"Saya tidak ingat dia pernah hubungi saya. Untuk berlaku adil, anda perlu bertanya kepada OCPD kawasan di mana laporan polis dibuat dan tanya kepadanya apa terjadi kepada laporan dan siasatan." Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafi pertuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa Amir menipu jalan ceritanya dan beliau pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa Amir memalukannya dan mengalami trauma dari segi emosi akibat pertuduhan ahli perniagaan itu. Kes saman Amir akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan depan. – 11 Julai, 2013. |
PAS:'Baiah calon bukan benda baru... Posted: 11 Jul 2013 07:07 AM PDT Membaca baiah atau sumpah oleh calon PAS, Azlan Yusof, yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah bukan benda baru, kata ADUN, Chukai Hanapiah Mat. Hanapiah yang juga pengurus kempen Azlan dalam pilihan raya kecil ini berkata, tindakan Azlan membaca baiah di majlis pengumuman calon kelmarin adalah keputusan PAS negeri dan ia juga dilakukan oleh calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu. "Kita dah ambil perjalanan yang dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu, di mana semua calon yang bertanding dalam PRU ke-13 semua mengadakan biaah secara terbuka. "Yang ini, dia kena ikut yang sama juga. Bukan kerana (kehendak) dia. Yang ini keputusan badan perhubungan PAS Terengganu... (Ia) bukan benda baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Besut hari ini. Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan Azlan yang mesra dengan panggilan Che Long, membaca baiah atau sumpah secara terbuka yang dianggap jarang dilakukan oleh PAS. Utusan Malaysia hari ini melaporkan langkah tersebut sebagai di luar daripada kelaziman dan memetik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai berkata calon PAS berbaiah dengan membaca ikrar di depan wakil Majlis Syura Ulama. Dalam baiah sumpah itu antara lain, beliau akan dilaknat oleh Allah, Rasul dan orang yang beriman sekiranya beliau meninggalkan atau melompat ke parti lain setelah dipilih menjadi ADUN. Bahkan wang elaun ADUN yang diperolehi adalah haram dan akan melepas jawatan ADUN sekiranya keluar atau dipecat daripada parti. Mengulas lanjut, Hanapiah berkata sumpah tersebut juga terpakai pada wakil rakyat di Terengganu itu. Ditanya mengapa membacanya dibuat secara terbuka, Hanapiah berkata, ia sebagai menepis pelbagai persepsi di kalangan rakyat wujudnya sumpah seperti cerai talak tiga. "Ini janji kita kepada rakyat untuk bersama-sama dalam PAS... Kita kena habis kepada PAS. Biar rakyat tahu, rakyat dapat menilai. "Sebelum ini macam-macam persepsi rakyat. Ada kata, cerai talak tiga lah. ada kata macam-macam. Jadi dia (rakyat) tahu, apa makna baiah yang kita baca pada hari tersebut," katanya. Ditanya sama ada tindakan membaca baiah itu sebagai usaha menarik undi supaya menyokongnya, Azlan berkata: "Itu persepsi sahaja". |
GAMBAR BAGUS TUJUAN BAIK..SAYANG AIR KETIAK MASUK DALAM BUBUR... Posted: 11 Jul 2013 02:00 AM PDT |
DEMI KUASA SANGGUP BUNUH RAKYAT SENDIRI Posted: 10 Jul 2013 11:30 PM PDT Organisasi pemantau masalah Hak Asasi Manusia Amnesti Internasional, Rabu (10/7/2013), menyatakan mereka memiliki sejumlah bukti yang menjelaskan penggunaan senjata api "secara tidak sepadan" oleh Angkatan Darat Mesir. Pernyataan Amnesti ini dikeluarkan dua hari setelah sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh, sebaghaian besar dari mereka adalah pendukung Muhammad Mursi dalam demonstrasi di luar markas pasukan elit Kawalan Republik di Kaherah. "Meskipun tentera Mesir mendawa para demontrans terlebih dahulu menyerang dalam perhimpunan hari Isnin itu, dan tidak ada perempuan atau anak-anak yang terluka, bukti-bukti yang dikumpulkan Amnesti Internasional menunjukkan gambaran yang jauh berbeza," kata Pengarah Regional Amnesti Internasional, Hassiba Hadj Sahraoui. "Bahkan, jika sejumlah demonstran menggunakan kekerasan sekalipun, tindakbalas yang ditunjukkan tentera sangat tidak berpada yang menyebabkan hilangnya nyawa dan kecederaan di kalangan demonstran," tambah Saharaoui. Amnesti menambahkan, para aktivisnya mengunjungi bilik mayat, rumah-rumah sakit, dan lokasi kekerasan di Kaherah dan Iskandariah. Mereka juga mengumpulkan saksi-saksi dari para demonstran yang tercedera dan keluarga mangsa yang terkorban. "Semua itu mengarahkan kepada penggunaan senjata untuk membunuh oleh pasukan keselamatan ," Saharaoui menegaskan. "Sebahagian besar mangsa terkorban dan tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kepala dan tubuh bahagian atas dengan peluru tajam," lanjut Saharaoui. Amnesti menambahkan, jika tentera Mesir tidak mengendalikan dan melarang penggunaan senjata yang membunuh, kehancuran sudah di depan mata. Amnesti menambah, sekurang-kurang 88 orang terkorban, termasuk tiga anggota keselamatan, dalam rangkaian kekerasan politik yang terjadi sejak akhir minggu lalu di Mesir. Sementara itu, tak kurang dari 1.500 orang tercedera dalam perhimpunan di seluruh penjuru Mesir. |
PERLUNYA SEORANG JENDRAL UNTUK MERAMPAS KEMBALI KUASA DARI TENTERA ASISI... Posted: 10 Jul 2013 09:30 PM PDT MESIR: Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Raba'ah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera. Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Raba'ah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai. Pentas utama dataran Raba'ah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga. Adat bagi masyarakat Arab mereka akan berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan. Walaupun begitu, dataran Raba'ah tetap juga dibanjiri oleh rakyat dan adat mereka tahun ini telah berpindah ke Raba'ah sebagai janji mereka untuk sama sekali tidak berganjak meninggalkan dataran walau apa jua keadaan sekalipun. Kelihatan dua buah van yang sarat dengan daging kambing untuk dijamu kepada mereka yang hadir disedekahkan oleh seorang penyokong Mursi sementara penduduk tempatan dari kawasan Madinah Nasr pula mengagihkan bungkusan air jus buah-buahan kepada mereka yang berpuasa. Pendakwah Islam, Dr.Sofwat Hijazi pula sempat menyampaikan tazkirah yang menghuraikan fadhilat bulan Ramadhan sebelum azan maghrib berkumandang. Sebelum itu, mereka yang hadir membaca "Ma'thurat" beramai-ramai. |
Posted: 10 Jul 2013 08:25 PM PDT Walaupun ia akan bertukar menjadi taman negara, masyarakat pribumi boleh tetap tinggal di kawasan Bakun dengan syarat mereka menukar gaya hidup, kata anggota Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar. "Boleh boleh tinggal di taman negara tetapi tidak boleh lagi mengamalkan pertanian pindah," kata Wan Junaidi kepada Malaysiakini di lobi Parlimen semalam. Ditanya bagaimana mereka akan mengekalkan kehidupan, Wan Junaidi yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata, penduduk pribumi perlu belajar menetap dan melibatkan diri dengan kawasan pertanian kekal. "Mereka masih boleh hidup kerana mereka bergantung hidup dengan berkumpul dan memburu, dan terdapat haiwan. Tetapi mereka tidak boleh tebang pokok. "Mereka boleh minda daripada kerajaan kawasan tertentu untuk pertanian dan mereka harus menetap di situ," kata Wan Junaidi, yang juga anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Dalam notis yang mewartakan Bakun sebagai taman negara yang dimuatkan di akhbar Sarawak Borneo Post Selasa lalu, Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud menyenaraikan 18 pulau sekitar empangan Bakun yang akan dimasukkan dalam cadangan itu. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan