BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR RUNDINGAN NAJIB YUSUF KALLA TERBONGKAR:SAKSIKAN..
- BUKTI PARTAI BN ANTI ISLAM?
- BR1M BOLEH TAHAN UNTUK DUA BULAN?CER KORANG TUNJUK PERBELANJAAN DAPOR KORANG
- BETULKE NAK SIASATNI:CAMNE JASA DIA?
- PRESIDEN PAS GAGAL MENCONTOHI PENDAHULUNYA?
- WAJIB BERUNDUR:DEMO SEBELUM PRK KUALA BESUT
GAMBAR RUNDINGAN NAJIB YUSUF KALLA TERBONGKAR:SAKSIKAN.. Posted: 01 Jul 2013 07:30 AM PDT |
Posted: 01 Jul 2013 03:30 AM PDT Cadangan yang hanya memerlukan kebenaran salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan perlembagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin mengakui bahawa langkah berkenaan tidak konsisten dengan keputusan kabinet pada 2009 berhubung penukaran agama kanak-kanak. Namun, beliau berkata ini merupakan keputusan terbaru yang akan diteliti kerajaan. "Ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah, berdasarkan perlembagaan persekutuan. Ini adalah skop terkini," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini. Beliau ditanya sama ada cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 itu bersalahan dengan keputusan kabinet pada 2009 yang menghalang penukaran agama secara satu pihak sahaja. Muhyiddin berkata kerajaan maklum dengan rungutan yang timbul berhubung rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. |
BR1M BOLEH TAHAN UNTUK DUA BULAN?CER KORANG TUNJUK PERBELANJAAN DAPOR KORANG Posted: 01 Jul 2013 02:30 AM PDT Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun. Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun. "Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013. |
BETULKE NAK SIASATNI:CAMNE JASA DIA? Posted: 01 Jul 2013 01:14 AM PDT Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei. Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu. "Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat)," katanya seperti dipetik Sinar Harian. |
PRESIDEN PAS GAGAL MENCONTOHI PENDAHULUNYA? Posted: 01 Jul 2013 12:00 AM PDT (Mohamad Sabu berucap di seminar pemikiran Ustaz Fadzil Noor) ALOR SETAR: "Setiap keputusannya, kata-katanya dalam mendepani arus massa ketika hayatnya tidak pun dibukukan, namun pemikirannya segar sehingga kini hingga dapat dirasai pendekatannya itu." Itulah kata-kata Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu terhadap Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden PAS. Kata-kata itu diluahkan beliau di Sekinar pemimkiran Ustaz Fadzil Noor yang berlangsung di Alor Setar baru-baru ini. |
WAJIB BERUNDUR:DEMO SEBELUM PRK KUALA BESUT Posted: 30 Jun 2013 10:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Sudah sampai masa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut diadakan. Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) berkata, ini kerana Abdul Aziz didapati gagal mengurus selia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan telus. Katanya, Abdul Aziz wajar meletakkan jawatan seiring dengan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan barisan ahli lembaga SPR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat keyakinan awam. "Beliau kena letak jawatan supaya dengan kepimpinan baru, proses pilihan raya mendapat kepercayaan rakyat sekaligus dapat mengembalikan demokrasi di atas landasannya," ujarnya dipetik Roketkini. Beliau turut mempertikaikan adakah SPR yang ditunjangi Abdul Aziz mampu berlaku telus dan adil pada PRK yang bakal diadakan nanti. "Selepas pelbagai laporan penipuan, tidak adil dan tidak bebas dilemparkan terhadap SPR, adakah mereka mampu meraih keyakinan umum pada PRK Kuala Besut, di Terengganu nanti?" tanya beliau. Menurutnya, semua protes dan perhimpunan aman yang diadakan di seluruh Malaysia sebelum ini adalah kerana kegagalan agensi itu melaksanakan pilihan raya secara adil, telus dan bersih. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan