. |
Kementerian Pelajaran Jangan Bertolak Ansur Untuk Laksana TITAS Posted: 18 Jul 2013 04:07 PM PDT SESUDAH SUBUH Ketetapan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan subjek pendidikan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada siswa IPTS mulai 1 September ini sesuatu yang dialu-alukan kerana ia langkah baik dalam usaha untuk memberi kefahaman mengenai sejarah atau tamadun Islam serta tamadun atau perabadan manusia di benua ini. Mata pelajaran berkenaan sudah tentu akan menjadi bahan atau sumber jelas kepada pelajar IPTS terutamanya di kalangan bukan Islam untuk mengenali Islam secara asas serta persejarahan dan perkembangannya di dunia ini. Setidak-tidaknya subjek berkenaan juga boleh dijadikan studi perbandingan antara agama. Justeru Menteri Pendidikan khasnya, Muhyiddin Mohd Yassin (tidak lagi Udin anak Yassin) tidak perlu berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membantah TITAS dilaksanakan. Jelas mereka yang mempertikaikan hasrat ini kononnya satu tindak untuk meng'indoktrininasi'kan mana-mana golongan pelajar adalah tidak tepat dan berbau sentimen kaum dan agama. Seperti mana kata Muhyiddin TITAS bukan bermaksud untuk mempengaruh penuntut bukan Islam agar menaganut Islam, tidak. Tetapi ia sekadar memberi kefahaman supaya tidak berlaku kekeliruan dan pertelingkahan dalam beragama yang natijah demi perpaduan dan kebaikan negara. Subjek itu juga bukan saja memaparkan tamadun Islam tetapi tamadun Hindu dan Cina. Sekiranya ada unsur protes berkenaan ia merupakan satu kesalahan dan perlanggaran Perlembagaan negara kerana Perlembagaan menyebut Islam adalah agama rasmi negara dan kemuliaan Islam itu sendiri, yang tidak memaksa mana-mana orang menyertainya. Harus difahmi agama atau peradaban sesuatu bangsa dan agama itu adalah satu nilai idenitti sesuatu bangsa yang cukup besar dan tinggi. Lantaran itu wajar kalau nilai-nilai itu dihayati secara ilmiah bukannya emosional. Kewajaran subjek TITAS itu juga tepat kerana Islam merupakan agama rasmi negara ini. Sebagai agama rasmi sewajarnya semua warga negara ini mengetahui asas dan perjalanan agama berkenaan. Apa lagi di samping agama Islam, subjek itu juga mencakupi pengenalan atau asas-asas agama lain. Kandungan subjek berkenaan dikira adil dan saksama dan tidak ada pengeksploitasian kepentingan mana-mana pihak. Sebaliknya penolakan mana-mana puak terhadap hasrat Menteri Pendidikan ini boleh dianggap mereka yang anti nasiolisme dan perpaduan kalaupun ia bukan boleh disebut sebagai penderhaka. Sesungguhnya sudah sampai masanya kandungan pendidikan negara ini mengutamakan lakaran tamadun bangsa Malaysia (Melayu). [wm.kl.7:06 am 19/07/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan