Jumaat, 5 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


TV3 diselar ramai termasuk Ustaz Don Daniyal kerana gelar Dr. Morsi sebagai Diktator..

Posted: 05 Jul 2013 04:29 AM PDT


Laman fanpage rasmi TV3 Malaysia semalam dan hari ini diserbu ramai penonton kerana stesyen televisyen itu dikatakan menggelar Presiden Mesir, Dr Morsi, sebagai diktator.

Mereka juga menuntut permohonan maaf dibuat. Ramai yang memberikan fakta bahawa Dr Morsi adalah pemimpin yang berlandaskan Islam dan bukannya seorang diktator.


Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Mursi sebagai diktator itu juga telah mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal.


SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah..

 *setelah membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator.... :'

 malah tv3 yg bodoh turut mngeluarkan knyataan Dr.Morsi adalah diktator.. bodoh ke apa kru2 tv3?? bckap bia pkai otak.. nya ikot prangai najib hak bodo..

Sumber : Rakyat Marhaen

PRK Kuala Besut: PAS Hadapi Laluan Sukar

Posted: 05 Jul 2013 12:14 AM PDT


Kuala Besut akan menjadi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Umno dan seluruh jentera Barisan Nasional akan berada di Terengganu untuk memastikan BN dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang berusia 38 tahun dan juga ahli PAS merasakan bahawa Umno mempunyai peluang dan kelebihan dalam pilihan raya Kuala Besut yang mana tarikhnya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, JUmaat.

"Saya tidak fikir PAS atau Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk menang. Majoriti yang diperolehi Umno di Kuala Besut semasa PRU-13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS," katanya.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail pada 5 pilihan raya 5 Mei lalu.

Wan Saiful juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil.

"Saya dapat melihat PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut," katanya.

Menurut Wan Saiful, jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga berlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.

"PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Mereka perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk pilihan raya Kuala Besut.

"Mereka sedang menanti masa mereka untuk melihat bagaimana untuk menangani isu ini," katanya.

Walau bagaimanapun, Wan Saiful berkata beliau tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mereka ~ mStar

PRK Kuala Besut: 24 Julai Hari Pengundian, 12 Julai Penamaan Calon

Posted: 04 Jul 2013 09:26 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai sementara penamaan calon pada 12 Julai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari pengundian awal ditetapkan pada 20 Julai ini.

"Permohonan undi pos boleh dibuat bermula hari ini dan tarikh tutup adalah pada hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini Jumaat. 

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar 26 Jun lalu.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

~ mStar

Ustaz lawan Ustaz di Kuala Besut?

Posted: 04 Jul 2013 08:21 PM PDT


Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.

Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.

Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.

Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.

Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.

"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.

Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.

Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.

Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.

"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.

Pandangan beliau disokong Wan Azhar. "Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya.

Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar.

Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu.

PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: