Isnin, 29 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lagi ditembak mati, Pengasas Arab-Malaysian Development Bank pula menjadi mangsa..

Posted: 29 Jul 2013 07:11 AM PDT


Insiden tembakan yang terbaru ini telah menjadikan jumlah kes yang melibatkan senjata api ini telah mencecah puluhan kes sepanjang tahun ini sahaja..

Sepertimana mercun yang dikatakan diharamkan tetapi riuh rendah berbunyi malam ini begitulah juga dengan senjata api ini.. diharamkan tapi digunakan penjenayah merata ceruk negara.

Persoalannya disini ialah bagaimana kedua-dua benda itu iaitu Mercun dan Senjata Api boleh membolosi sempadan negara?

Bukannya sikit dah tu... 

Ini laporannya..

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.



Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

"Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya," katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu ~ The Malaysian Insider 

Berikut adalah senarai berita-berita tentang kes tembak sepanjang tahun ini..

1 ~ Kes tembak di Balakong: Polis tahan penyelenggara lif 
2 ~ Najib arah polis berkas segera penjenayah tembak mati TKP Kastam
3 ~ Polis buru 4 lelaki kes tetak, ikat dan tembak
4 ~ 5 kes tembak di Kelantan ada kaitan kumpulan dadah
5 ~ Tahan seorang lelaki bantu siasatan kes tembak
6 ~ Kes tembak: 3 beradik antara 7 ditahan
7 ~ Kes tembak: Polis minta lelaki serah diri
8 ~ Kes tembak: Polis cari lelaki bantu siasatan
9 ~ Suspek kes tembak guru mungkin pembunuh upahan
10 ~ Lagi guru mati ditembak dalam kereta
11 ~ Kes tembak: Polis minta saksi bantu siasatan
12 ~ Suspek tembak peraih ikan dikenal pasti
13 ~ Lelaki cedera parah kena tembak 
14 ~ Nekad tembak tuan rumah 

Lagi senarai korang boleh lihat di SINI 

Chegubard dan Aunty Bersih antara 33 individu didakwa sertai Perhimpunan Black 505

Posted: 29 Jul 2013 12:39 AM PDT


Seramai 33 peserta demonstrasi Black 505 termasuk Adam Adli Abdul Halim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana terbabit dalam perhimpunan haram dan merusuh.

Annie Ooi Siew Lan atau Aunty Bersih, Muhammad Safwan Anang dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard antara 33 yang didakwa.

Mereka didakwa dengan satu pertuduhan, terlibat dalam perhimpunan haram manakala 17 lagi berhadapan dengan pertuduhan tambahan kerana merusuh.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan mereka diikat jamin dengan RM2,000 setiap seorang. Beliau menetapkan perbicaraan bermula pada 19 Ogos.

Dengan 33 orang, jumlah wang jaminan mencecah RM66,000. Difahamkan, aktivis mendapat derma orang ramai untuk mengumpulkan wang jaminan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Faizah Md Salleh mencadangkan jaminan berjumlah RM10,000 dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi dibantah peguam bela, Eric Paulsen.

Selain Ooi, mereka ialah Adam Adli, Safwan Awang, Badrul Hisham Shaharin, Norazimah Mohamad Nor, Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Muhamad Al Fateh Abdul Adzis, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Mohammad Yaser Abdul Rahman, Muhammad Aiman Hakim Zainal Arifin, Lim Sue Pei, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang, Abdullah Hassan, Muhammad Akram Ahmar, Muhamad Hafizuddin Yahya, Mohd Zairi Shafaai, Mohd Sofian Mat Dali, Mohd Mus-ab Abdul Habib, Ahmad Hizami Mohd Hazir, M. Mythreyar, Lew Chee Kong, Ungku Amer Faez Ungku Fauzie, Hong Chee Wang, Norazizi A Aziz, Shariful Azmir Mustafa, Amirul Syazwan Nazaruddin, Edy Noor Reduan, Md Sani Md Shah, Wan Noor Farel Azli Wan Haron, Mohd Fauzy Mohd Yusof dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Mereka adalah kumpulan kedua dibawa ke mahkamah atas tuduhan menyertai Perhimpunan Black 505. 

Isnin lalu, tujuh orang termasuk Rafizi Ramli dan Anthony Loke selaku penganjur perhimpunan, didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

~ The Malaysian Insider

Tak Ada Sijil Halal JAKIM, Tapi Hotel Ini Buat Promosi Buffet Ramadhan.. Jamil Khir Tolong Jawab Sat..

Posted: 28 Jul 2013 09:11 PM PDT


Restoran dan hotel yang tidak mempunyai logo halal yang di iktraf JAKIM dilarang mempamerkan promosi buffet ramadhan.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tindakan undang-undang boleh di ambil sekiranya ada pihak mengambil kesempatan menggunakan perkataan buffet ramadhan bagi menarik umat islam berbuka puasa di premis mereka.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Di Masjid Putra, Putrajaya, pada 24 Julai yang lalu.

Tambahnya, JAKIM dengan kerjasama anggota penguatkuasa sentiasa memantau setiap promosi berbuka puasa yang ditawarkan restoran dan hotel berdasarkan peraturan yang ditetapkan ~ TV3

Hebat.. memang hebat kata-kata Menteri di atas tu.. kononnya JAKIM sentiasa memantau setiap promosi berbuka puasa kononnya..

Kalau sentiasa memantau bagaimanapula Hotel yang begini besar dan telah ditarik balik sijil halal nya oleh JAKIM sendiri masih boleh mengadakan buffet ini?

Paling malang bila PERKESO turut terpedaya dan dijadualkan mengadakan majlis berbuka puasanya pada 26 Julai lalu..

Baca kenyataan media dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai perkara ini..


Lagi Penghinaan Terhadap Islam

Setahun lalu, kami menerima aduan daripada beberapa pemberi maklumat bahawa hotel ini telah memberi arahan melarang pekerja wanita Islam memakai tudung untuk menutup aurat.

Pekerja Islam yang pergi bekerja dengan bertudung kena membuka auratnya apabila sampai ke hotel tersebut dan memakai tudung kembali apabila hendak pulang dari kerja ke rumah. Pihak hotel memberi justifikasi bahawa ini adalah untuk penyeragaman uniform hotel.

Malang sungguh pekerja-pekerja Islam di sebuah Negara Islam yang Agama rasminya (Islam Agama Persekutuan) adalah Islam terpaksa menyembah membuka aurat untuk ditontoni oleh bukan muhrim untuk mencari rezeki!

Mana dia hak asasi yang dicanang selama ini? Hotel Corus begitu popular dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa Islam dari Arab, Iran dan lain-lain.

Hotel Corus yang difahamkan milik Singapura juga dikenali sebagai Hotel Ming Court. 

Mereka mengaut keuntungan daripada orang Islam tetapi menghina dan 'menyeksa' pekerja Islam tanpa sebarang penghormatan dan kekesalan. Mereka senyum paling lebar menyambut pelanggan Islam kerana duit tetapi di belakang mereka menikam orang Islam yang lain.



Hotel ini juga dulunya mempunyai sijil halal JAKIM tetapi kira-kira 6 bulan lepas sijilnya ditarik balik kerana mengambil bekalan bahan makan daripada pembekal yang tidak halal. Entah berapa lama amalan penipuan ini dilakukan sebelum kegiatan mereka dikesan dan sijil halal ditarik balik.

Agaknya disebabkan "kebaikan JAKIM" hanya sijil halal ditarik balik, tetapi difahamkan tiada sebarang tindakan diambil. Inilah agaknya yang menyebabkan orang Islam dipijak-pijak kerana "baik".

Baru-baru ini YB Menteri JAKIM, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom membuat kenyataan supaya tindakan harus diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan halal yang ada.





Bulan puasa dan musim raya adalah masa untuk mengaut keuntungan berlipat ganda yang tidak mahu dilepaskan oleh puak-puak rakus ini yang tidak segan-segan menipu orang Islam.

Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap kes-kes penghinaan yang melibatkan sensitiviti agama sebelum ada pihak-pihak yang terlalu kecewa mengambil tindakan di tangan sendiri yang sudah tentu akan menjadi polemik yang semakin serius dan parah kepada perhubungan kaum yang semakin terjejas kebelakangan ini.

Terkini, satu lagi mangsa hotel ini yang diperdaya untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel ini adalah PERKESO yang dijadualkan mengadakan majlis berbuka puasanya esok.

PPIM menyeru semua GLC dan para pengguna Islam dan bukan (yang cintakan kemakmuran agar tidak lagi melanggani hotel yang tidak beretika ini dan tidak menghormati perhubungan kaum di Malaysia) sebagai menghantar isyarat jelas bahawa kita tidak mahu ada racun dalam perhubungan kaum di Malaysia.

PPIM mencadangkan agar logo halal syarikat yang menghina Islam, yang mendiskriminasi umat Islam dan tidak melaksanakan hak asasi Islam DITARIK BALIK.

PPIM juga mengharapkan JAKIM mengambil tindakan paling berat demi kepentingan Negara ini. 


Dato' Nadzim Johan
0133882211

Anak Menteri mana dengan Artis di Danok ni?

Posted: 28 Jul 2013 06:27 PM PDT


Seorang artis wanita popular tanah air melalui akaun instagramnya telah memuatnaik gambar-gambarnya bersama anak seorang pemimpin UMNO yang bapaknya adalah seorang Menteri.

Selain dari gambar beliau bersama anak Menteri itu turut dimuatnaik ialah gambar-gambar beliau bersama rakan-rakan produksi ketika melawat keluarga salah seorang kru produksi yang meninggal dunia di utara tanahair.

TIdak cukup dengan itu, beberapa keping gambar lain turut dimuat naik ketika berdua-duaan dalam lif, dan juga ketika makan di sebuah restoran di Danok, Thailand.

Lagi gambar korang tengoklah kat Blog musuh politik satu Parlimen dengan aku di SINI..

Filem The New Village, Ahmad Shabery Cheek Bidas Blogger UMNO..

Posted: 28 Jul 2013 10:09 AM PDT


Sehari dua ini kecoh Blog-blog Pro UMNO dengan isu penayangan filem "The New Village" yang akan diadakan pada 22 Ogos 2013 ini..

Menurut mereka filem ini telah meletakkan pengganas Komunis sebagai Hero dan rentetan dari itu Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam turut mengkritik sebuah filem tersebut, yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Dan beliau turut mempersoalkan bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sedangkan filem 'Tanda Putera' yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

Katanya lagi.. "Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan,"

Mereka membuat penilaian tentang filem ini seolah-olah mereka telah menyaksikan keseluruhan jalan cerita filem tersebut.

Sedangkan dari trailer filem tersebut yang dimuatnaik kelaman YouTube dan mengambil masa selama 2:20 minit tak di tunjukkan langsung apa yang mereka maksudkan itu..

Ini trailer filem itu..


Ini pula sinopsis filemnya..

Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya.

Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat ~ Cinema.Com

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersikap proffesional dalam hal ini dan dalam masa yang sama membidas Blogger-blogger Pro UMNO itu..

Bernama melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai kandungan filem 'The New Village' (Kampung Baru) yang bakal ditayang pada Ogos ini. 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudarat atau mencetus pelbagai perkara negatif dalam kalangan rakyat Malaysia. 

"Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan," katanya.. 

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata Finas boleh mengharamkan filem berkenaan jika terbukti menimbulkan semangat perkauman, dan orang ramai diminta agar tidak cepat menghukum 'New Village' hanya berdasarkan treler yang dipapar di YouTube

Ahmad Shabery berkata jalan cerita filem itu perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia benar-benar bebas unsur negatif. 

"Kalau kita belum tengok lagi dah haramkan, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosi filem atau apa-apapun kandungan yang lain kerana ia tidak boleh ditayangkan di panggung wayang... tetapi banyak lagi kaedah lain seperti tayangan secara online. 

"Saya bersedia dikritik dan berilah peluang pihak saya untuk tengok dulu, dan Finas akan kaji perkara ini," katanya ~ Malaysiakini 

Mungkin kerana trailer filem ini memaparkan watak seorang anggota pengganas Komunis sebagai Hero.. maka mereka menafsirkan bahawa Komunis ditonjolkan sebagai Hero.. betullah tu kalau macam tu.. kah..kah..kah.. sempitnya cara berfikir..

Yang lagi harunya ada juga yang mengaitkan nama pengeluar filem ini dengan BERSIH sebab namanya 'Yellow Movie Sdn. Bhd."


Kesian sungguh..

Tiada ulasan: