Anak Sungai Derhaka |
- Pekerja TNB kena 'cekik' : 3 gelas air berharga RM45
- Ahmad Maslan sahkan Najib seorang pembohong..
- Pahang larang tazkirah sewaktu Solat Terawih sebab nak halang pengaruh PAS ke?
- Azmin Ali tunjuk cara muafakat kepada Yusni Mat Piah dan Din Ayam..
- UpTown Bandar Perda: Kalau tak tahu tanya.. jangan dok buat cerita..
- Apabila Azalina 'tawar' jawatan pengurus kempen pada Rafizi bagi menentang Shahrizat...
Pekerja TNB kena 'cekik' : 3 gelas air berharga RM45 Posted: 02 Jul 2013 05:00 AM PDT BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini. Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan. Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat. "Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum. "Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang 'special' di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air. "Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut. "Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan. "Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini," katanya. Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas. Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan. Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera. "Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula," katanya. Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit. |
Ahmad Maslan sahkan Najib seorang pembohong.. Posted: 02 Jul 2013 02:09 AM PDT Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan.. Berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun. Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun. "Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon dimana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion. Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia. "Pandangan mengatakan kadar kemiskinan dalam negara telah turun adalah tidak selari dengan pemberian BR1M , boleh menteri menjawabnya?" kata Ling. Ahmad Maslan kemudiaan menjawab: "Tentang statistik itu saya tidak ada," jawab Ahmad Maslan. Pada Mac lalu, Najib menegaskan kadar kemiskinan negara terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus tahun lalu. Najib berkata jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012. Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu. Dalam manifesto PRU13 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji pemberian BR1M akan ditambah secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah. Ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas. Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK - menghampiri siling 55 peratus - naik daripada 43 peratus pada tahun 2008 ~ The Malaysian Insider |
Pahang larang tazkirah sewaktu Solat Terawih sebab nak halang pengaruh PAS ke? Posted: 02 Jul 2013 12:45 AM PDT Aku tak faham bagaimana EXCO Dakwah dan Islamiah Pahang ni boleh mengatakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan hingga menyebabkan kesemua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakannya. Sebabnya takzirah ini biasanya diadakan setelah empat rakaat solat terawih diadakan sebelum disambung lagi empat rakaat atau selebihnya selepas itu bukannya ketika masih ada yang sedang menunaikan solat itu.. Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan. "Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih". Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi. Tegasnya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesan ada pengurusan masjid mengadakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih pada bulan Ramadan tahun lalu. Tindakan itu, katanya, telah menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan ~ TV3 Ada yang tersirat sebenarnya dari tindakannya itu... Bagi yang sering menunaikan Solat Terawih dimasjid-masjid yang mempraktikkan tazkirah di pertengahan waktu solat tentu sedar bahawa kebanyakkan penceramah jemputan adalah Ustaz-ustaz yang kebanyakkannya pro PAS. Contohnya ialah Masjid Batu di Sungai Derhaka ini.. Masjid ini dikatakan Pro PAS biarpun Pengerusinya bukanlah ahli PAS. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan ramai Ustaz-ustaz dari luar dijemput untuk menyampaikan tazkirah dan Ustaz yang menjadi kegemaran aku ialah Ustaz Siddiq Noor dan juga Ustaz Badrul Amin. Malah biar siapapun Ustaz yang dijemput asalkan mereka tidak berkiblatkan RM, apabila mereka membicarakan tentang Islam di negara ini.. Sedikit sebanyak mereka akan menyerlahkan kepincangan atau apa saja tindakan yang bertentangan dengan kehendak Allah dan Islam oleh pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka tidak berniat melakukannya.. Secara tidak langsung penolakan terhadap UMNO pun bermula apabila golongan atas pagar mendengar tazkirah yang disampaikan ini. Oleh itu bagi mengelakkan ummat Islam menyedari kepincangan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu maka tazkirah ini perlu dihalang.. Ini kerana masjid-masjid diseluruh negara biasanya amat meriah dengan jemaah dan boleh dikatakan penuh pada setiap Ramadhan berbanding dengan hari-hari biasa terutamanya masjid-masjid yang mengadakan tazkirah ini.. Itu mungkin sebab utama tazkirah perlu dihalang.. Ini pendapat Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM mengenai isu ini.. Saya Tetap Teruskan Tazkirah, biarpun ditahan. 1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk aqal malah bertentangan dengan Firman Allah swt yang maksudnya "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. Surah Azzaariyat : 55 2. Saya tidak faham kenapa EXCO Dakwah Kerajaan negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata - rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej terawih dan tazkirah. Sehinggalan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat. 3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh EXCO Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara. 4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah EXCO Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restaurant yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa. 5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi justeru ini adalah kerja nabi - nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali. |
Azmin Ali tunjuk cara muafakat kepada Yusni Mat Piah dan Din Ayam.. Posted: 01 Jul 2013 08:47 PM PDT Apa yang ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PKR ini ialah bagaimana seharusnya kita bertolak ansur dalam sebuah muafakat antara sesama parti dalam Pakatan Rakyat.. Ianya wajar dijadikan contoh atau tauladan dan baik untuk dipelajari oleh Yusni Mat Piah dan juga Din Ayam.. Meskipun Azmin Ali hanyalah Timbalan Presiden PKR, bukannya Presiden Parti namun begitu semua Ahli-ahli PKR samada yang setuju atau tidak wajar patuh kepada keputusan ini.. jangan dilanggar macam yang Yusni Mat Piah dah buat tu.. KUALA LUMPUR - PKR telah memutuskan bahawa kerusi bagi Dun Kuala Besut kekal milik Pas, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Dalam masa yang sama perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerusi itu akan ditandingi PAS. "Kita serah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang untuk buat keputusan dan kita akan bagi sokongan. |
UpTown Bandar Perda: Kalau tak tahu tanya.. jangan dok buat cerita.. Posted: 01 Jul 2013 05:00 PM PDT Dengan digantungnya empat kain rentang oleh pihak MPSP yang melarang sebarang aktiviti perniagaan di tapak yang tidak digazetkan pada 20 June lalu disekitar kawasan UpTown Bandar Perda, ianya dijadikan cerita oleh Blogger-blogger UMNO khususnya di Pulau Pinang ini. Tanpa usul periksa mereka mula menimbulkan kebencian peniaga-peniaga Melayu terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.. Kononnya kawasan perniagaan yang didominasi oleh peniaga-peniaga Melayu ini telah diarahkan tutup buat selama-lamanya dan sekaligus Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dituduh menafikan hak peniaga-peniaga Melayu.. Antaranya ialah Blog kat bawah ni.. Malah ada juga blogger pro UMNO yang cuba mengaitkan isu UpTown Bandar Perda ini dengan apa yang berlaku di Jonker Street, Melaka. Dan mendakwa beginilah nasib peniaga-peniaga Melayu di bawah negeri yang ditadbir oleh DAP.. Ini apa yang ditulisnya.. ISU PEMBUKAAN JALAN KEPADA UMUM DI JONKER WALK MENJADI ISU BESAR BUAT DAP & PKR YANG BEGITU KUAT MENGHENTAM KERAJAAN BN MELAKA KONONNYA IA MENUTUP SALAH SATU KAWASAN PELANCONGAN ..Adakah benar apa yang didakwa oleh macai-macai UMNO itu?.. berikut adalah penjelasan dari Ahli Majlis MPSP mengenai perkara ini.. Pada awal perniagaan dikawasan ini bermula iaitu pada hujung tahun 2003 ianya telah dimulakan oleh peniaga bunddle secara kecil-kecilan di atas tapak rumput dan sekitar tapak parking dan tiada penganjur. Dari tahun 2004 hingga ke tahun 2007 peniaga makanan mula beroperasi dengan sekitar 23 orang peniaga pada hari-hari biasa dan jumlah peniaga pada malam minggu mencecah ke 35 orang peniaga. Apabila PR berkuasa pada tahun 2008,kehadiran pengunjung dan peniaga makin ramai dan pd tahun tersebut operasi di bulan ramadhan mengamit seramai 55 peniaga beroperasi di dpn Nasmir. 2009 pihak MPSP memberi kebenaran kpd peniaga beroperasi secara sah dan lokasi tersebut di sesuaikan dengan keadaan dengan sedikit perubahan yang melibatkan kawasan landskap. Jumlah peniaga yang dibenarkan dan didaftarkan pada tahun 2010 ialah seramai 75 peniaga yg sah di uptown bandar perda,mereka beroperasi dengan aman dan mematuhi segala syarat yg MPSP tetapkan bersama di bawah pengurusan JKKK Permatang Rawa dan Simpang Empat. Tiada penguatkuasaan oleh MPSP selama 2 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga April 2013 terhadap kira-kira 150 orang peniaga yg berada di lokasi yg tidak sah. Oleh kerana terdapat banyak bantahan dari komuniti premis dan pelangan yang berurusan di kawasan tersebut maka pada Jun 2013 pihak MPSP telah melaksanakan tindakan bersepadu antara Jabatan Perlesenan, Kesihatan dan Diraktorat. Matlamatnya adalah penyusunan semula tempat berniaga bagi mengawal kebersihan serta mencari penyelesaian bagi mengatasi batahan pemilik-pemilik premis kedai yang harus diutamakan kerena mereka ini adalah pembayar cukai. Selewat-lewatnya 2 hari sebelum ramadhan menjelang.. Insyaalh pihak penganjur,premis kedai dan pihak MPSP akan membenarkan operasi perniagaan berjalan seperti biasa. Tempoh penutupan tapak-tapak yang tidak beroperasi secara sah ini adalah bertujuan bagi membolehkan pihak MPSP menjalankan kerja-kerja penyusunan semula tapak-tapak perniagaan itu sebaik mungkin. Ini dikira perlu memandangkan ada beberapa perniagaan yang boleh dianggap tidak selamat dan boleh mengundang bencana disekitar Petronas Itu kata Saudara Amir Ghazali, Ketu AMK Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis MPSP. Jadi.. perlu kita ketahui disini UpTown Bandar Perda tidak diarahkan tutup malah ianya beroperasi seperti biasa.. hanya peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan ditapak yang tidak diluluskan oleh MPSP diarahkan berhenti operasi buat sementara waktu, bukannya berhenti beroperasi buat selama-lamanya.. Kesimpulannya disini ialah macai-macai UMNO sebar fitnah lagi.. Untuk makluman semua perkara ini telah dibangkitkan dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Anwar Ibrahim baru-baru ini.. Dan nasihat yang diberikannya ialah kurangkan tempoh penyusunan semual itu... |
Apabila Azalina 'tawar' jawatan pengurus kempen pada Rafizi bagi menentang Shahrizat... Posted: 01 Jul 2013 08:55 AM PDT Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini. Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong. "Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi. Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya. Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu. Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz. Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC. Dalam pada itu, Azalina yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang turut membidas cubaan anggota Parlimen pembangkang untuk mempolitikkan isu bantuan kerajaan kepada rakyat. Kali ini dakwaan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada rakyat di negeri pembangkang berbanding yang ditadbir BN ditempelak Azalina dengan menyifatkan anggota Parlimen itu "lambat faham". "Pada Kota Bharu (Takiyuddin), saya ingin menyebut duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberi oleh kerajaan BN, tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina...asalkan dia (rakyat) tidak mampu (mengikut syarat kelayakan), kerajaan bantu. "Saya sebagai wakil rakyat BN tidak pernah bertanya penerima BR1M sama ada dia sokong Umno, PAS, DAP atau PKR. Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Kota Bharu, saya minta maaflah, mungkin kefahaman Kota Bharu ini agak lambat setahun," katanya. Malah, Azalina secara sinis berkata Takiyuddin juga mungkin tidak mendengar perbahasan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), minggu lepas yang menyebut bahawa Kelantan di bawah pentadbiran PAS, mendapat agihan peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan