Anak Sungai Derhaka |
- Fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak dilapor Polis..
- Saya diculik dan dipukul bukan kerana Alvin dan Vivian kata mangsa culik
- Ulama Muda UMNO kata Tazkirah itu amalan bidaah tapi demi UMNO dia lakukan juga..
- Setelah Ditukar Kerana Buat Laporan Polis Tentang Dakwat Tak Kekal , Mejar Zaidi Bakal Kehilangan Elaun Terbang Pula..
- Polis Minta Bantuan Jejak Polis ini yang terlibat kes bunuh Dharmendran..
Fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak dilapor Polis.. Posted: 17 Jul 2013 05:00 AM PDT Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee berikutan kenyataan hasutan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Tajuddin Abdul Rahman terhadap dirinya. Beliau menegaskan, tindakan tegas harus diambil terhadap Tajuddin kerana mengeluarkan satu kenyataan berunsur serangan peribadi yang sama sekali tidak benar. "Saya membuat laporan ini supaya satu siasatan polis secara menyeluruh dapat dilaksanakan dan beliau boleh didakwa di mahkamah di atas kelakuan jahatnya itu. "Saya menggesa polis menyiasat Tajuddin mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, serta mengikut Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di luar Balai Polis Tun HS Lee, tengah hari tadi. Seksyen 4 (1) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jenayah untuk mengeluarkan sebarang perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan dan lain-lain yang mempunyai kecenderungan menghasut. Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. Tajuddin sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut memberi amaran kepada pengundi di sana dengan mendakwa Karpal akan menjadi Presiden pertama Malaysia jika DAP dibenar menerajui tampuk pemerintahan negara melalui PAS. Karpal berkata, beliau percaya bahawa kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut dan berunsur fitnah. "Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dibenar dan digalakkan sama sekali dalam negara," tegasnya. Kenyataan yang dimaksudkan sila lihat di ( SINI ) Turut hadir menemani Karpal membuat laporan polis itu ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto. Kit Siang turut mengecam kenyataan itu yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan orang yang melakukannya tidak boleh terlepas daripada hukuman. "Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, jentera keadilan negara bukan sahaja perlu adil tetapi dilihat adil di mata umum dan sesiapa saja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti dilakukan Tajuddin mesti didakwa. "Apa yang dilakukan Tajuddin itu adalah satu daripada beberapa siri kenyataan berunsur hasutan yang dibuat dalam tempoh enam minggu lalu," ujarnya. – Roketkini.com |
Saya diculik dan dipukul bukan kerana Alvin dan Vivian kata mangsa culik Posted: 16 Jul 2013 11:05 PM PDT Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan. Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka. Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook (lihat di SINI), sebelum keterangannya diambil oleh polis. "Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya ~ The Malaysian Insider Apa cerita yang sebenar ni?.. Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, sepenuhnya sila baca di ( SINI ) |
Ulama Muda UMNO kata Tazkirah itu amalan bidaah tapi demi UMNO dia lakukan juga.. Posted: 16 Jul 2013 09:10 PM PDT Berkatalah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya mengulas isu pengharaman tazkirah oleh Kerajaan Pahang sebelum Ramadhan bermula baru-baru ini.. "Adapun pendapat yang lebih tegas, pandangan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani menetapkan bahawasanya sesiapa yang menetapkan amalan bertazkirah ini antara solat malam, ia merupakan amalan bid'ah, tidak ada dalil ataupun sandarannya daripada Nabi SAW." Tazkirah itu amalan bid'ah dan tidak ada dalil katanya.. baca sebahagian laporan dari BERNAMA ni.. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menunaikan solat Isyak dan bertarawih bersama penduduk setempat di Masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut. Solat tarawih itu diimamkan oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya dan disertai kira-kira 200 jemaah. Turut serta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Besut, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Usai solat, Muhyiddin dan jemaah mendengar tazkirah oleh Fathul Bari yang menyentuh mengenai pembaharuan yang perlu dilakukan untuk memperoleh kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat. Timbalan Perdana Menteri yang diminta menyampaikan ucapan ringkas kemudian, mengambil kesempatan mengingatkan jemaah agar mengambil iktibar daripada kejadian yang melanda umat Islam di Mesir dan Syria dengan memperkukuhkan perpaduan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di negara ini. "Peristiwa itu satu iktibar bagi rakyat Malaysia untuk merasa begitu bersyukur kerana berada dalam keadaan aman dan selesa di Malaysia. "Sebab itu yang penting bagi kita ialah bagaimana untuk memupuk semangat persefahaman di kalangan umat Islam, walau tidak seteruk di negara luar, tetapi kita bimbang disebabkan perbezaan politik telah menggugat semangat ukhuwah yang terjalin sekian lama," katanya. Tazkirah itu amalan bid'ah?.. Lidah bercabang betul dia ni.. sokong larangan tazkirah tapi dia sendiri lakukannya... Mhyiddin pula berpolitik dalam Masjid.. Itulah budaya UMNO.. orang lain buat kononnya mengganggu jemaah tarawih lah tak ada dalam sunnah lah.. bidaahlah.. tapi kalau depa buat boleh pulak.. Mana Harussani?.. Tak nak komen ke? |
Posted: 16 Jul 2013 05:30 PM PDT Malang buat mantan Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad, nasibnya umpama sudah jatuh ditimpa tangga.. Setelah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM. Beliau telah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula 4 Mei lalu kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal. Zaidi membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal, hilang apabila dibasuh dengan air sabun. Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan mangkuk. Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi 1 Mei 2013. Kesediaanya membuat lapuran polis menurutnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah prinsip ketenteraan. Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim. Setelah ditukarkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta tekanan terus diberikan terhadapnya oleh pihak TUDM. Baru-baru ini mereka telah dihadapkan di hadapan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Shabre, dan telah dipertuduhkan (didakwa) melakukan 7 kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (AAT 72) pula... DIKENAKAN 7 PERTUDUHAN DAN ELAUN TERBANG RM4000 SEBULAN BAKAL DITARIK BALIK Kesimpulan dari kejadian ini.. Bagi UMNO dan Pemimpin-pemimpinnya biarpun negara bakal kerugian beratus ribu RM yang dilaburkan untuk melatih dua juruterbang tentera ini dengan menggantung perkhidmatan mereka ianya tidak mengapa.. Kerana yang penting bagi mereka ialah sifat bodek dan pak turut menjadi kriteria utama pilihan mereka.. Dalam hal ini juga kepentingan dan keselamatan UMNO dan pemimpinnya lebih diutamakan dari kepentingan negara.. |
Polis Minta Bantuan Jejak Polis ini yang terlibat kes bunuh Dharmendran.. Posted: 16 Jul 2013 03:30 PM PDT Polis Kuala Lumpur semalam (16 July 2013) memapar gambar dan butiran suspek kes kematian dalam tahanan, N Dharmendran di laman Facebook. Tindakan itu dibuat kira-kira sebulan selepas kejadian berkenaan mendapat perhatian media, selain tekanan pelbagai pihak. Suspek itu ialah Inspektor Hare Krishnan a/l K Subramaniam yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL). Dia dipercayai menghilangkan diri sejak 15 Jun lalu. Mengikut kenyataan media petang semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah meminta orang ramai yang ada maklumat itu menghubungi balai polis terdekat atau mengirim SMS kepada 32728. Pada sidang media , Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tanggapan pihaknya mengamal dwistandard apabila berlaku kes membabitkan polis. Beliau merujuk kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa polis cuba melindungi suspek apabila enggan mendedah butiran maklumat peribadi inspektor berkenaan. Polis sebelum ini menyatakan, pegawai itu bercuti ketika siasatan dibuat terhadapnya sebelum pihak berkuasa menyedari kemudian Hare Krishnan menghilangkan diri. Kata Khalid: "Kita beri dia masa mencukupi untuk tampil. Sekarang kita paparkan gambarnya sebagai orang yang dikehendaki." Badan peguam hak asasi, Lawyers for Liberty turut mengkritik polis atas sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa dalam memburu suspek itu." Sebelum ini, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari yang didakwa atas pembunuhan Dharmendran pada 5 Jun lalu. Turut didakwa ialah seorang yang tidak dinamakan dan dipercayai merujuk kepada Hare Krishnan. Dharmendran, 31, mati ketika dalam tahanan polis IPKKL ketika ditahan reman. Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat trauma pelbagai benda tumpul dan kematian itu diklasifikasi sebagai bunuh ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan