Selasa, 16 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akibat Tindakan Alvin Dan Vivian, Lelaki Ini Diculik, Dipukul Dan Dibogelkan..

Posted: 16 Jul 2013 08:09 AM PDT


Seorang penjaga kaunter kafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.

Pasangan itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof, di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam.

Wanita itu tidak diapa-apakan. Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.

Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.

Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvin dan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

"Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan mereka," katanya.

Pada Isnin, Alvin dan Vivian telah memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Pembekal Dakwat Kekal Yang Tak Kekal Akhirnya Didedahkan!!

Posted: 16 Jul 2013 01:34 AM PDT


Bila didesak SPR enggan mendedahkan pembekal dakwat itu kononnya atas alasan "isu keselamatan".. Apa kena mengena keselamatan dengan dakwat itu entahlah..

Bila terbongkar maka terdedahlah apa yang dimaksudkan dengan "isu keselamatan" itu.. keselamatan poket dan kroni rupanya..

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.  
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).  
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.  
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.  
SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasan "isu keselamatan" ~ The Malaysian Insider

Bersamalah kita nantikan, adakah rakyat Malaysia akan berebut-rebut mencari lelaki itu untu membeli dakwat darinya sepertimana yang dikatakan oleh Shahidan Kassin ini..

"Kita kena ingat bahawa dakwat ini bukan segalanya tapi yang penting ialah kad pengenalan. Saya nak sebut di sini, kalau sekiranya kita beritahu siapa syarikat pembekal dakwat ini, kalau semua tahu, semua beli dakwat."

Lagi apa kenyataan bodoh Shahidan mengenai perkara ini sila baca di ( SINI )

Alvin dan Vivian mungkin dibiayai oleh DAP?.. Tapi dulukan mereka kempen untuk BN..

Posted: 15 Jul 2013 11:26 PM PDT


Dah sama tarafnya Ahli Parlimen Kebinatangan ni dengan macai-macai UMNO/BN nampaknya kini..

Macai-macai UMNO/BN sering melemparkan tuduhan terhadap sesiapa saja rakyat Malaysia dari keturunan Cina yang menentang atau tidak sealiran dengan kemahuan kerajaan adalah penyokong DAP ataupun Ahli DAP.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kebinatangan ini, beliau telah mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan bertindak seperti macai UMNO.. iaitu menuduh Alvin dan Vivian mungkin dibiayai oleh DAP..

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh ekoran tindakan MP Kinabatangan membangkitkan dakwaan bahawa DAP mungkin "menaja" tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuatkan kandungan kontroversi di Internet. 
Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dalam ucapannya pagi ini meminta agar kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit yang sebelum ini terkenal dengan kontroversi video seks.

Kekecohan tercebut apabila Bung mendakwa DAP mungkin "menaja" pasangan tersebut. "Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan. Penjarakan. 
 
"Saya rasa gejala ini berlaku selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) PRU 13, mungkin ini semua tajaan DAP," kata Bung.  
Kenyataannya itu mengundang kemarahan MP DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).  
"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," jerit Nga.  
Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat seorang demi seorang MP berkenaan bangun membantah kenyataannya.  
"Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya lagi sambil ketawa ~ Malaysiakini

Siapalah yang masih sokong Bung untuk jadi Ahli Parlimen ni?.. membazir duit pembayar cukai saja bayar gaji dia..

Bung Mokhtar patut tengok gambar ni dulu sebelum buat sebarang spekulasi.. takkanlah dibiayai oleh DAP untuk menyokong BN pulak kot...


Pasangan ini menulis "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!" dalam satu kiriman sebelum PRU13 yang lalu.

Dulu KJ pun tuduh mereka ini penyokong PR tanpa usul periksa.. sila baca di ( SINI )

TG Nik Aziz Sekolahkan Ahli Parlimen Pasir Salak..

Posted: 15 Jul 2013 09:11 PM PDT


PAS membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka".

"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.

"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik," katanya.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian , BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka. 
 
"Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.  
"Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara," katanya.  
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam ~ Sinar Harian

Lagi apa fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak yang berbagai-bagai tu sila baca di ( SINI )

Gara-gara nak menangi hati rakyat, Bomba dikerah bina semula rumah yang terbakar dalam masa 7 hari..

Posted: 15 Jul 2013 05:30 PM PDT


Semuanya gara-gara mahu memenangi hati rakyat, perkara yang jarang dilakukanpun mampu dilakukan.. hanya dalam masa 7 hari rumah bagi seorang mangsa kebakaran mampu dibangunkan..

Betullah kata orang Pilihan Raya Kecil ini sememangnya menguntungkan rakyat, kerana keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN amatlah luar biasa sekali..

Tetapi yang menghairankannya ialah sejak bila pula Bomba dikerah untuk membina kembali rumah yang terbakar?.. selama ini hanya anggota Tentera yang telibat dalah kerja-kerja ini...

Ini laporan berkaitan dari Berita Harian..

Rumah siap pasang 7 hari untuk keluarga miskin 

Jertih: Kerajaan memperkenalkan pembinaan rumah pasang siap menggunakan sistem Iris Koto bagi membantu keluarga miskin berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dan mangsa bencana termasuk kebakaran. 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata inisiatif baru diperkenalkan kerajaan itu hanya mengambil kos antara RM60,000 hingga RM70,000 bergantung kepada keluasan dan lokasi tapak digunakan. 

Katanya, pembinaan rumah itu hanya memakan masa tujuh hari untuk siap, hasil kepakaran tempatan dan teknologi dari Jepun. 

Ia dilaksana sepenuhnya Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

"Buat pertama kali, pembinaan rumah berkenaan akan dilaksana di Kampung Pok Kolok, Kuala Besut. Ia mula dibina hari ini (semalam) oleh bomba dan dijangka siap sepenuhnya Selasa depan dengan kos RM37,000," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program turun padang melihat pembinaan rumah berkenaan di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pok Kolok, di sini, semalam. 

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. 

Perluas konsep 

Abdul Rahman juga bercadang memperluaskan konsep rumah itu ke seluruh negara khusus bagi membantu golongan miskin yang tidak mempunyai kediaman selesa kerana pembinaannya terbukti selamat dan menjimatkan kos. 

"Pembinaan rumah seperti ini memang menjadi komitmen berterusan kerajaan, dilaksana melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). 

"Ia sebahagian usaha bagi mencapai sasaran kerajaan membina satu juta rumah dalam tempoh lima tahun," katanya. 

Sistem Iris Koto menggunakan rangka binaan ringan dengan simen dimasukkan ke dalam polisterin. 

Sementara itu, Pengarah Bomba Terengganu, Md Salleh Sarbini, berkata 10 anggotanya dari balai Besut dan Jertih akan terbabit dalam menyiapkan rumah berkenaan. 

Katanya, rumah yang akan dibina itu berkeluasan 83.6 meter persegi dan mempunyai tiga bilik tidur. 

Tengku Zaihan pula berharap pembinaan rumah murah seperti itu dapat diperbanyakkan lagi di Kuala Besut khusus bagi membantu nelayan.

UiTM Shah Alam Terbakar Lagi... (Gambar dan Video)

Posted: 15 Jul 2013 09:18 AM PDT


Ini adalah kali kedua kalau tak silap aku kebakaran berlaku di UiTM Shah Alam ini, kali pertama pada 28 September 2011 dimana ianya telah melibatkan Kolej Jati yang menempatkan pelajar-pelajar lelaki UiTM.

Daripada video yang dirakam oleh pelajar UiTM, kebakaran Kolej Jati ni berlaku di ruang tong sampah kalau tak silap.

Api kebakaran menjulang hingga ke tingkat atas sekali (tingkat 4/5), Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan kepada pelajar lelaki UiTM yang menetap di Kolej Jati itu.

Siasatan awal mendapati ada pelajar yang membuang puntung rokok di dalam saluran buang sampah yang mana kebetulan terdapat sampah-sampah mudah terbakar di dalamnya.

Ini Videonya..

 

Hari ini ianya terbakar lagi... makmal Sains lah pulak..

Makmal Sains UiTM Shah Alam Terbakar

SHAH ALAM: Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini terbakar petang Isnin.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota beserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami. -BERNAMA



Ini video kejadian..

 

Tiada ulasan: