Anak Sungai Derhaka |
- Kutipan Zakat meningkat tetapi malang masih ada yang terbiar merempat
- Calon BN menumpang populariti Idris Jusoh dan Bekas ADUN?
- Yang Dulu Terbengkalai, Muhyiddin Dan Mad Said Janjikan Rumah Pangsa Yang Baru Pulak Di Kuala Besut..
- Bagaimana mahu membeli Ayam dengan harga yang murah oleh Ismail Sabri Yaakob
Kutipan Zakat meningkat tetapi malang masih ada yang terbiar merempat Posted: 14 Jul 2013 05:00 AM PDT Kesedaran masyarakat berhubung pembayaran zakat memang bertambah berikutan peningkatan jumlah pembayar. Ini dibuktikan apabila tahun lalu PPZ Wilayah Persekutuan mengutip RM275 juta zakat harta iaitu lebih 25 peratus daripada RM1.27 bilion kutipan zakat harta seluruh negara. Malah, kajian mendapati pada 2011, potensi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan ialah 124,957, termasuk individu (120,328) dan syarikat. Kalau dilihat daripada pencapaian tahun lalu, pembayar zakat di Wilayah Persekutuan bagi individu dan syarikat ialah 89,101 pembayar. Dalam aspek pengurusan zakat, PPZ-MAIWP adalah antara negeri tertinggi kutipan zakat dan pengagihan wang zakatnya. Bagi zakat simpanan, peningkatannya kira-kira 16 peratus iaitu RM14.98 juta berbanding RM13.4 juta tahun lalu ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI ) Kutipan Zakat meningkat tetapi malang masih ada yang terbiar merempat... RAWANG – Seramai 20 orang anak yatim hidup serba daif di sebuah rumah teres setingkat selepas mendakwa mereka dihalau oleh pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas (Nur Ikhlas) di Sri Kundang di sini hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran bulanan RM150 kepada pusat jagaan itu. Mengapa jadi begini?.. Adakah perlu anak-anak Yatim yang berugama Islam ini mengemukakan masaalah mereka kepada pihak Gereja pula? Kemana perginya kutipan yang berjuta-juta RM jumlahnya itu? Kita sering ditekankan akan kewajipan membayar Zakat dan kepentingan Zakat dibayar dalam menyumbang kepada pembangunan negara.. tetapi kenapa tidak dipamirkan secara terbuka kemana setiap sen dari kutipan Zakat itu dibelanja? |
Calon BN menumpang populariti Idris Jusoh dan Bekas ADUN? Posted: 14 Jul 2013 03:30 AM PDT Populariti Datuk Seri Idris Jusoh dan rekod cemerlang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar bakal menjadi cabaran besar buat calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. Calon PAS Endut @Azlan Jusoh dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilihat perlu menyaingi rekod A Rahman yang sangat disenangi penduduk setempat terutama masyarakat di Pulau Perhentian. Mengakui perkara itu, Ketua Kampung Pulau Perhentian, Zainuddin Mohd, 44, berkata A Rahman mengambil berat keadaan masyarakat, malah sanggup berada bersama mereka sehingga jam 2 pagi mendengar masalah penduduk. "Kalau nak banding kita tidak boleh buat perbezaan, macam Dr Rahman ini perlu jadi 'role model', kepada calon (yang bertanding)," katanya Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Zainuddin yang menjadi ketua kampung sejak dua tahun lalu juga mengakui sikap A Rahman harus dicontohi calon BN. "Dia (A Rahman) tiada protokol. Tengku Zaihan perlu contohi dia," katanya yang mesra dengan panggilan Abang Din. Beliau berkata, pengaruh Idris yang juga Ahli Parlimen Besut turut menjadi cabaran calon bertanding. Hal itu juga diakui penduduk Pulau Perhentian, Dazrul Che Daud, yang berkata Menteri Pendidikan II itu sangat disenangi penduduk kerana usahanya membangunkan kawasan itu. "Majoriti orang di sini suka Idris. Dia bagus, buat kerja," katanya. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi tumpuan ekoran kematian A Rahman dan menjadi kerusi pertama berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh kurang dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh PRK DUN Kuala Besut. Pulau dengan populasi 2163 penduduk itu mempunyai 733 pengundi, berbanding keseluruhan 17,683 pengundi berdaftar di kerusi negeri berkenaan. Penyokong PAS bagaimanapun mengakui agak sukar untuk memenangi kerusi berkenaan tetapi yakin parti itu mampu mengecilkan jumlah majoriti BN. "Susah nak menang tapi saya yakin majoriti (BN) akan kecil," kata Razak Ishak, 57. Bapa tujuh anak yang bekerja dalam industri pelancongan itu mengakui Azlan, yang lebih mesra dengan panggilan Che Long tidak begitu menonjol bagi masyarakat tempatan, sebaliknya Tengku Zaihan lebih dikenali. "Kalau tiada pembangkang pun susah, kerajaan tidak buat kerja," katanya yang ditemui The Malaysian Insider ketika bersiar-siar di sekeliling pulau sambil membawa anak bongsunya berusia dua tahun. Antara isu yang dibangkitkan penduduk setempat ialah pembinaan masjid pulau berkenaan yang tertangguh sejak tiga tahun lalu. "Projek bermula Februari 2010 dan dijangka siap tahun ini tapi sampai sekarang belum siap," kata penduduk yang enggan mendedahkan identitinya. The Malaysian Insider difahamkan, jentera PAS mula bergerak di pulau itu secara berkumpulan bagi mengenal pasti sasaran pengundi menjelang PRK berkenaan. "Mereka bergerak dalam lima hingga enam orang dan mengenal pasti siapa yang akan mengundi mereka," kata penduduk yang merahsiakan identitinya. |
Posted: 14 Jul 2013 01:16 AM PDT 'Janji Tidak Ditepati'…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu. Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat. Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'. Ahmad membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu. Tinjauan mendapati projek perumahan pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus. Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan pangsapuri tersebut. Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini 'dijanjikan' rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan. "Kami (penduduk) terutama anak-anak muda telah dijanjikan rumah di pangsapuri ini dengan syarat menangkan calon Umno BN di Dun Kuala Besut ini. Persoalannya, kenapa sampai 3,000 orang dijanjikan sedangkan rumah ada 300 unit sahaja," soal beliau yang menjadi antara pemohon pangsapuri terbabit ~ Harakahdaily Tanpa sebarang rasa bersalah, sekali lagi pemimpin-pemimpin UMNO berjanji di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut ini.. TPM: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut |
Bagaimana mahu membeli Ayam dengan harga yang murah oleh Ismail Sabri Yaakob Posted: 13 Jul 2013 10:46 PM PDT 12 Julai lalu, Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula mencukupi. "Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9 dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya pada sidang media di sini hari ini. Katanya, harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram. Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini. Sebelum ini dilaporkan dikebanyakkan negeri harga ayam didapati jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram... Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran. Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa. Bagaimanapun saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib itu dibidas oleh ramai pembaca dan ianya disifatkan sebagai sekadar melepaskan batuk ditangga dalam menghadapi kenaikkan harga ayam itu. Dan beliau disifatkan tidak turun padang atau langsung tak peduli malah telah dianggap mengeluarkan kenyataan secara membuta-tuli. Ini kerana seorang pembaca telah mendakwa di Pasar Tani Kuala Terengganu harga ayam RM8.00 - RM8.80, begitu juga di pasar Tani Melawai Selangor. Di Pasar Tani Manjung RM8.60, di pasar tani Saujana Impian RM 8.20 sekilo, di pasar tani Kemaman ayam dijual dengan harga RM8.50 sekilo. Malah ramai yang menyifatkan harga ayam di pasar tani jauh lebih mahal dari kedai-kedai runcit biasa. Sekaligus ianya membuktikan saranan oleh Menteri yang dilantik oleh Najib tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya auta.. Bagaimanapun menurut sumber Ahli-ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan kenaikkan harga ayam secara mendadak ini.. Ini kerana mereka masih boleh membeli ayam dengan harga di bawah RM6.50 dengan menunjukkan kad keahlian UMNO mereka dipasaraya dan juga dipasar-pasar.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan