ALHUSSEYN |
Kudeta Tentera di Mesir di tentang oleh Kumpulan Islam - 30 terkorban Posted: 06 Jul 2013 09:00 AM PDT ~ Credit: RTV Tiga puluh orang terbunuh dan 1,138 yang lain cedera dalam pertempuran Jumaat di seluruh Mesir, Ketua Penguasa Ambulans Dr Mohamed Sultan berkata. Sementara itu, saluran satelit Al-Arabiya memetik sumber perubatan pada tengah hari Sabtu sebagai berkata 36 orang telah terbunuh dalam keganasan di seluruh negara. Di kawasan Sidi Gaber Iskandariah Timur, 14 terbunuh dan 200 cedera, di samping beratus-ratus lagi yang dirawat di padang hospital berdekatan, ketua pihak berkuasa ambulans di bandar ini, Amr Nasr, katanya. Mereka yang cedera, jelas Nasr, telah dikejarkan ke hospital Anfoushy and Sport selepas Universiti Awam Iskandriah, General Ras al-Tin, di Iskandariah Timur dan Hospital Mostafa Kamal penuh sesak dengan mangsa-mangsa pertempuran. Lima puluh dua suspek ditahan kerana didakwa terbabit dalam pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mohamed Morsydi Sidi Gaber. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Mejar Alexandria , Jeneral Nasser al-Abd, dua penembak tepat diatas bumbung berdekatan ditahan selepas didapati memiliki bom, senjata api dan birdshot. Polis melancarkan buruan mencari suspek lain di Sidi Gaber dan telah mengepung bangunan di mana penembak tepat yang disyaki dipercayai bersembunyi, tambah Nasser al-Abd. Sementara itu Ikhwan Muslimin berkata 12 anggotanya terbunuh dalam pertempuran di Sidi Gaber, menyalahkan "samseng yang disokong oleh pasukan keselamatan dan polis tentera di hadapan kawasan utara tentera" dalam satu kenyataan. Ikhwan telah mengumumkan nama-nama enam daripada mangsa tersebut : Adel Shalaby, Amr Farouq, Ahmed Yehya, Gamal Zaghloul, Abdallah Awad dan Mohamed Mohie. Pertempuran di jalan-jalan di antara pro dan anti-Morsy bertumpu di Kaherah menyaksikan pusat pertempuran di Jambatan ke-6 Oktober dan tembuk Sungai Nil berhampiran dengan bangunan televisyen negera, Maspero. Di tempat lain, lima pegawai polis telah mati ditembak dalam kejadian berasingan di sekitar bandar Utara Sinai Arish, Reuters melaporkan Sabtu. Sementara itu, agensi berita negera, MENA melaporkan lapan orang pegawai polis telah dibunuh dalam pertempuran di seluruh negara sejak 29 Jun, manakala 82 yang lain telah tercedera. Lebih 1,000 orang telah dimasukkan ke hospital di seluruh negara selepas pertempuran Jumaat, manakala 62 kes dirawat di tempat berlakunya keganasan. Terjemahan oleh al-Husseyn disunting dari Al-Masry Al-Youm |
Posted: 05 Jul 2013 08:59 PM PDT Persoalan yang sangat menarik bila mendengar saranan dari TGHA yang memperkatakan tentang 'Kebenaran' yang perlu sentiasa menjadi amalan sementara 'Pembohohongan' perlu dihindari agar amanah dapat dipelihara dan tidak berlakunya pengkhianatan. Adakah apa yang berlaku di dalam negara Sosialis dan negara Kominis sebagaimana yang TGHA katakan (transkrip di bawah) tidak berlaku dalam PAS hari ini? Sesiapa saja boleh menafikannya. Tetapi , sila jelaskan dahulu perkara berikut : a) DR Dzulkifli Ahmad pernah buat kenyatan yang disiarkan oleh Harakah Online pada 9 Jun 2013 mengenai penubuhan jawatankuasa untuk menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU-13 dalam isu penipuan dan pertindihan kerusi agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang. Apakah setelah hampir sebulan berlalu, masih belum cukup masa untuk disiapkan ? Mana itu post mortem mengenai isu pertindihan calon di Kota Damansara PRU-13? Saya bertanyakan hal tersebut kerana terdapat pertelingkahan kenyataan yang dibuat antara YB Khalid Samad dan Zaharudin Mohamad (Din Ayam) Bahawa kenyataan mereka tersiar di ruang awam / media terbuka ~ boleh dibaca oleh sesiapa saja, maka adalah wajar penjelasan mengenainya juga adalah untuk bacaan masyarakat awam.PAS tidak boleh menyapu masalah ini ke bawah tikar atau karpet atau memandang sepi saja. b) Kalau pendedahan Khalid Samad mengenainya tidak betul, sila ambil tindakan ke atas beliau melalui badan disiplin PAS. c) Dan kalau apa yang Khalid Samad dedahkan itu benar, sila ambil tidakan yang perlu keatas mereka yang terlibat melalui badan disiplin PAS. Kita tidak mahu apabila ada berlaku penyelewangan dan salah laku dalam PAS, bukan sahaja fakta 'dipulas biar jadi betul; dengan berbagai takwil', malah orang yang cuba mendedahkannya turut dipulas sama ~ bukan di telinganya tetapi di lehernya! Kah! Kah! Kah! Sila ikuti transkrip ucapan TGHA berikut : 0:01 ~ Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Pemimpin itu salah, beritahu salah! 0:16 ~ Apa yang berlaku dalam negara Sosialis dan negara Kominis ialah menyembunyikan kesalahan. Rakyat tak boleh tahu kesalahan pemimpin. Kalau ada salah pun ia pulas biar jadi betul juga; dengan berbagai-bagai takwil. 0:32 ~ Maka berlakulah pembohongan dan merosakan rakyat dan merosakan negara. 0:38 ~ Jelas, ajaran sosialis sama dengan kapitalis , sama dengan komunis; bercanggah dengan Islam , dan sama-sama bertuhankan kebendaan. 0:51 ~ Kapitalis, kebendaan menjadi matlamat . Komunis , kebendaan menjadi matlamat, Sosialis juga kebendaan menjadi matlamat. 1:00 ~ Yang berbeza ialah cara sahaja , Kapitalis mengutamakan kepentingan orang perseorangan.Komunis dan Sosialis mengutamakan kepentingan masyarakat. 1:13 ~ Cuma komunis menggunakan kekerasan dan komunis menolak agama.Sosialis membenarkan agama. Ugama dibenarkan tapi ugama yang tidak ada kuasa. Politik suku, ugama suku.Ini bercanggah dengan syariat Allah yang dibawa oleh nabi kita Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam. Sumber dari Klip berikut : |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan