Isnin, 1 Julai 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ingat biawak, ingat Utusan ....

Posted: 01 Jul 2013 09:00 AM PDT

Tony Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan, bahawa beliau tidak pernah meminta supaya pasar Ramadhan ditutup.

Sebaliknya, Tony mendakwa , Jonker Walk dan bazar Ramadhan di Taman Cempaka yang mempunyai sejarah selama 13 tahun itu sebenarnya ditutup oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

"Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar tanpa moral, yang lidah bercabang bagai biawak," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen kelmarin di sini 

Kerajaan negeri Melaka dalam penafiannya berkata , Jonker Walk hanya dibuka untuk laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat bermula Jumaat.

Menurutnya, tindakan tersebut tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

Bangang punya Ketua Menteri.Kenyataannya sangat berlawanan dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz yang mahukan jalan tersebut terus ditutup kepada kenderaan.

"Nama pun Jonker Walk, ia memerlukan pedestrians (pejalan kaki) berjalan bukan hanya di kaki lima. Orang mesti berjalan di atas jalan.

"Tiada sebab selepas 13 tahun baru nak fikir semula benda ni. Sudah 13 tahun orang kenal Jonker Walk. Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau faedah kalau kita buka Jonker Walk untuk kenderaan. Ia tidak lagi jadi Jonker Walk, ia akan jadi Jonker Highway," katanya di sini

Bukan Syiah sahaja patut di pecat, PAS cop ayam pun patut kena pecat !

Posted: 01 Jul 2013 04:28 AM PDT

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad atau lebih dikenali sebagai 'Din Ayam' (gambar kiri) berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti," katanya di sini

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini bukan benda baru. Nasrudin Tantawi juga telah dengan panjang lebar menyatakan benda yang sama pada 6 Disember, 2011 dulu di sini

Tapi saya juga selaku ahli dan pemerhati politik ingin menyatakan bahawa PAS juga patut pertimbangkan pemecatan keahlian orang yang membuat kenyataan itu sendiri, iaitu keatas Din Ayam.

Din Ayam sebagai ahli PAS telah melakukan perkara yang merugikan parti berikutan isu penyertaan calon PAS di Kota Damansara dalam PRU 13 yang lalu. Beliau telah menggunakan pengaruh peribadinya sebagai menantu Presiden dan telah mengelirukan Presiden parti hingga Presiden sanggup mengeluarkan watikah kepada calon PAS yang terlibat walaupun tugas itu sebenarnya adalah tugas Seiausaha parti, iaitu Cikgu Mustafa Ali.

Tindakan Din Ayam itu jelas tidak mendapat restu dari PAS negeri Selangor dan juga PAS Pusat.

Din Ayam sepatutnya dipanggil berhadapan dengan Badan Disiplin parti untuk membuat penjelasan.

Setidak-tidaknya, Badan Disiplin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan Din Ayam dari cakap-cakap kotor dan busuk mengenai Din Ayam oleh sebilangan ahli PAS sendiri.

Kalau tidak, ramai beranggapan bahawa beliau patut dipertimbangkan untuk diambil tindakan sebagaimana PAS ambil ke atas Hasan Ali dahulu iaitu memecatnya serta merta bersabit menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 82(9)

Tiada ulasan: