Addin |
- Detik-Detik Cemas Sebelum Morsi Di Tahan
- Dilema Wanita Umno
- Pegawai Tinggi SPR Sendiri Akui Daftar Pengundi Bermasalah - Rafizi Ramli
- Apa?? Al-Baradei Lari Ke Arab Saudi, Morsi Bakal Berkuasa Kembali?
- Pemberian Paling Bermakna Dari BN Buat Rakyat Pahang
- Tentera Mesir Rakus.. Saksikanlah!!
- 3 Penyokong Morsi Di Tembak Mati Oleh Tentera Mesir
- Ibrahim Ali Tak Nak Berbincang Tapi Suruh Naib Ketua Pemuda Pergi Main Snooker
Detik-Detik Cemas Sebelum Morsi Di Tahan Posted: 06 Jul 2013 09:12 AM PDT ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR' mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa. "Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini," bisiknya di dalam hati. Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan. Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu. Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau. "Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi," pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu. "Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu," katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku? Wajah Abdel ditatap tanpa gentar. "Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini," kata Abdel. "Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir," katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah. Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya. "Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!," pinta Abdel. "Kamu langkah mayat aku dulu!," Mursi mengulangi kata-katanya itu. Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah. "Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!," katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi. "Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita," katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh. Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin. "Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!," kata seorang komando. "Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?" teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi. "Itu bukan urusan kamu!," balasnya. "Tuan sila ikut kami!" Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan. Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi. "Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu," kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media. "Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?," tanya seorang wartawan. "Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera," katanya. "Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?," tanya wartawan itu lagi. "Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA! "Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?" jelas Ali. ************ "Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti," katanya. "Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH," kata wanita tabah itu. Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata. "Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?" "Ya saya tahu Jeneral." kata Mursi pendek. "Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan," pintanya. "Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam 'alaikum!" Ganggang terus diletakkan. '"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati. ************ Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir. Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti. "Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan," begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen. ~sinar harian |
Posted: 06 Jul 2013 06:22 AM PDT Ini adalah dilema Umno: dua wanita bersemangat tinggi dan degil percaya mereka mempunyai reputasi yang tidak tercemar dan layak untuk bertanding bagi posisi paling kanan dalam Wanita Umno. Mereka tentunya sengaja memekakkan telinga dan enggan mendengar pendapat daripada luar parti, malah sememangnya yakin dengan kekuatan parti apabila Umno menang besar sebagai parti tunggal yang berjaya memperoleh 88 daripada 222 kerusi dipertandingkan. Apa kritikan terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil? Rakyat Malaysia pasti tidak melupakan kisah geran kerajaan bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaganya bagi projek National Feedlot Corporation (NPC) yang kemudian disalahgunakan. Rakyat juga tahu mengenai pembelian kondominium mahal, kereta mewah dan bagaimana akhirnya pertaruhan kerajaan itu gagal dengan teruk. Dari Perlis hingga ke Johor mengkritik beliau dan berpendapat beliau patut memberi ruang kepada pemimpin muda. Respon Shahrizat? "Mereka boleh pergi mati." Bagaimana dengan krtikan untuk Datuk Seri Azalina Othman Said? Rakyat Malaysia masih ingat laporan rasuah dan salah guna kuasa dalam Kementerian Pelancongan, yang akhirnya tuduhan itu menamatkan harapannya untuk mendaki kedudukan dalam arena politik Malaysia. Azalina juga bersikap acuh tidak acuh dengan persekitaran negatif yang menyelubungi tawarannya untuk bertanding kerusi tertinggi dalam Wanita Umno. Katanya: "Rekod saya bersih. Saya menang kerusi Pengerang, itu bermakna saya tidak `berhutang' dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa kesalahan saya ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan? Apa yang saya buat? Saya melaksanakan tugas dengan baik," katanya. Berita mengenai kedua-dua wanita yang menawarkan diri untuk duduk di jawatan tertinggi dalam Wanita Umno itu mengundang tawa dan ada juga yang tidak percaya. Ini membawa kepada persoalan adakah ini yang terbaik boleh Umno berikan: ahli politik dengan masalah berbangkit. Ahli parti yang berfikiran teliti mula bimbang dengan setengah juta pengundi baru yang datang setiap tahun hingga pemilihan akan datang dalam tempoh lima tahun, Umno menyajikan takdir yang hanya memfokuskan kepada apa yang boleh diterima kepada parti dan bukan untuk populasi lebih besar. Ahli ini sedar bahawa majoriti golongan muda rakyat Malaysia mengundi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana percaya pemimpin Barisan Nasional(BN) rasuah dan tercemar. Dalam tempoh lima tahun, kumpulan pengundi ini akan menjadi lebih besar. Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata parti tidak lagi mampu berfungsi seperti biasa dan keadaan ini memerlukan sayap Umno mempunyai barisan kepimpinan di setiap peringkat yang ada kredibiliti dan boleh dipercayai. "Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi Wanita Umno dan ahli parti perlu memastikan mereka tidak hanya memilih pemimpin sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dalam parti," kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. Beliau menasihatkan ahli parti supaya memikirkan mengenai masa depan parti, yang pastinya akan tergambar dalam pemilihan ketua mereka. Warlord Sehingga hari ini, hanya Shahrizat dan Azalina yang sudah menawarkan diri bertanding di gelanggang Wanita Umno. Maka, begitu kurangkah pemimpin dalam Wanita Umno? Pengarah Institut Pengajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak berpendapat begitu. "Dalam Wanita Umno ada pelapis, namun politik dalaman Umno adalah politik warlord yang akan bertanding hanyalah warlord bukan orang suruhan. Daipada Kumpulan orang suruhan akan dipilih salah seorang daripadanya oleh warlord sebagai pengganti. "Sistem ini diamalkan kerana kepentingan warlord mesti terjaga walaupun selepas bersara. Kepentingan orang suruhan pula dipayungi oleh warlord. Itulah putaran ganas dalam pimpinan Umno, termasuk dalam Wanita Umno," katanya. Seorang lagi ahli akademik, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Dr Kartini Aboo Talib turut bersetuju masalah dalam Wanita Umno tidak ada kena mengena dengan kekurangan calon berkelayakan. "Ada beberapa nama seperti Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) dan Noriah Kasnon (Sg Besar) serta Datuk Rosnah Shirlin yang sudah mencapai usia matang untuk bergerak dalam sayap Wanita Umno dan tidak lagi berpayung di sebalik Puteri Umno. Tetapi kepimpinan wanita kurang memberi peluang untuk calon lain dalam Wanita untuk maju. "Shahrizat dan Azalina masih lagi yakin yang pucuk pimpinan mereka mendapat sokongan kuat Wanita. Bukan saja persoalan keyakinan diri, tetapi juga isu status quo yang dilihat sangat signifikan dalam kepimpinan Wanita," katanya. Selain itu, katanya, ahli-ahli bawahan juga tidak berani mencabar kedua-dua pemimpin ini kerana bimbang nasib mereka yang mungkin berdepan dengan perpecahan dalam parti hingga memusnahkan organisasi wanita dan ini tidak dianggap sebagai persaingan yang sihat. "Budaya feudal dan patron client masih kuat berakar umbi dalam Wanita Umno. Selagi mentaliti ini tidak berubah, Wanita Umno akan hilang taringnya dan menjadi kurang effektif dalam memberi impak penyertaan wanita dalam politik," katanya. Calon pra pemilihan Shahrizat, yang menewaskan Rafidah pada 2009 dalam merebut mahkota Wanita Umno, berkata beliau mengalu-alukan lebih ramai wanita bertanding dalam pemilihan kali ini. "Lebih ramai lebih baik dan saya mengalu-alukan lebih ramai wanita tampil dan menawarkan diri untuk mengetuai Wanita Umno," katanya. Ada kemungkinan, isu pencabar yang terhad ini disebabkan ada pencalonan pra pemilihan daripada kepimpinan tinggi parti. Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedar mengenai kebimbangan terhadap kualiti calon yang menawarkan diri mereka untuk bertanding dalam pemilihan parti. Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider, keputusan muktamad senarai calon berada di pejabatnya. "Pejabat Setiausaha Agung Umno akan memutuskan perkara itu selepas meneliti banyak kriteria calon berkenaan. Kita akan memeriksa rekod mereka dalam parti, kesetiaan mereka dan banyak lagi faktor lain sebelum membenarkan mereka bertanding. Mereka boleh menawarkan diri untuk berebut mana-mana jawatan, tetapi kami yang akan memutuskan," katanya. ~the malaysian insider |
Pegawai Tinggi SPR Sendiri Akui Daftar Pengundi Bermasalah - Rafizi Ramli Posted: 06 Jul 2013 05:37 AM PDT Cadangan seorang pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sendiri agar semua pengundi didaftarkan semula merupakan pengakuan bahawa daftar pengundi sekarang sarat dengan pengundi ragu. Justeru, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, SPR harus pertimbangkan cadangan itu dengan serius kerana pendaftaran semula 13 juta pemilih boleh menjamin daftar pengundi bersih dan berwibawa. Cadangan itu dikemukakan sendiri Pengarah SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah baru-baru ini. "Kenyataan Pengerus SPR Sabah itu adalah adalah kenyataan yang amat kukuh yang dikeluarkan daripada seorang Pengarah SPR negeri dan beliau sendiri yang berpengalaman mengemukakan kenyataan itu dalam RCI," kata beliau. Rafizi berkata demikian dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR di sini. "Saya mengalu-alukan kenyataan itu kerana ia selari dengan perjuangan menuntut daftar pengundi yang bersih," kata beliau. Rafizi berharap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dapat memberikan respon segera berhubung kenyataan itu. "Jika sebelum ini pandangan untuk merombak sistem SPR daripada pihak pembangkang ditolak hidup-hidup maka cadangan oleh Pengarah SPR Sabah sendiri ketika RCI perlu diberi perhatian khusus," kata beliau. Sebelum ini, Md Idrus berkata pendaftaran semula itu adalah cara terbaik bagi menangani pelbagai perkara seperti kematian pemilih yang tidak dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pertukaran alamat pemilih. Md Idrus juga berkata terdapat kira-kira tiga juta warganegara yang layak menjadi pemilih, tetapi tidak mendaftarkan diri dengan SPR. ~selangorku |
Apa?? Al-Baradei Lari Ke Arab Saudi, Morsi Bakal Berkuasa Kembali? Posted: 06 Jul 2013 05:01 AM PDT Khabar angin? Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi (kalau nama dia patah sisi kan sedap ... wakaka) menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara. Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah. Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami." Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi." Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru... Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas. Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular,yahudi dan syiah Mesir. Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas. Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Sementara itu..... Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau. Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi. ~abdul malik |
Pemberian Paling Bermakna Dari BN Buat Rakyat Pahang Posted: 06 Jul 2013 02:03 AM PDT Pengundi-pengundi yang telah menyokong hingga membolehkan UMNO/BN kekal berkuasa di Pahang sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada UMNO/BN yang telah gagal mengawal perkara ini.. Macai-macai UMNO pula bolehlah menganggap perkara ini sebagai kejayaan transformasi Najib..Kerana dalam hal ini Najib telah membuktikan kejayaannya men'transformasikan'kan rakyat dari miskin menjadi papa kedana..
Ahli-ahli UMNO Pahang dinasihatkan menunjukkan kad keahlian UMNO mereka sebelum setiap pembelian kerana dipercayai potongan harga istimewa buat mereka akan diberikan oleh para peniaga.. ~anak sungai derhaka |
Tentera Mesir Rakus.. Saksikanlah!! Posted: 05 Jul 2013 11:04 PM PDT RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang. Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza. Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku. Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan."Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir," katanya.Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan. "Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut," katanya dalam satu kenyataan.Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu. Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa. Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain. Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir. ~sinar harian |
3 Penyokong Morsi Di Tembak Mati Oleh Tentera Mesir Posted: 05 Jul 2013 09:09 PM PDT Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC. Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi. Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera. Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran. Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah. Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa. Izin Demonstrasi Tentera yang berjaga-jaga di sekitar pejabat Pengawal Presiden meminta demonstran untuk tidak menyeberang jalan menuju ke bangunan. Tetapi semakin besar jumlah pemrotes, mereka menjadi semakin marah dan menerobos pihak keselamatan. Pihak berkuasa menurunkan kereta kebal dan tentera ke lokasi-lokasi yang dijangkakan tempat demontrasi. Demontrasi besar ini terjadi dua hari setelah Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera berkait dengan krisis politik yang tidak berhasil diatasi. Tentera selanjutnya mengangkat Ketua Mahkamah Perlembagaan Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga disusun undang-undang dasar baru dan dilaksanakan pilihanraya umum. Tentera juga telah berjanji akan mengizinkan demonstrasi damai dan tidak akan bertindak ke atas kumpulan tertentu, meskipun banyak pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. |
Ibrahim Ali Tak Nak Berbincang Tapi Suruh Naib Ketua Pemuda Pergi Main Snooker Posted: 05 Jul 2013 07:32 PM PDT PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ekoran kenyataan beliau menyelar Umno kerana meminggirkan Perkasa. Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa tiada sebab bertemu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. "Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno. "Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker," Ibrahim menambah. Dalam pada itu, Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu. "Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap," ujar beliau. Pada Rabu lepas, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan Perkasa. Beliau berkata Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu. Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah. ~free malaysia today |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan