Addin |
- Malaysia Negara Paling Selamat Di Dunia.. Ini Buktinya
- Berita Sedih Ini Tidak Di Siarkan Oleh Utusan
- Musa Hitam Sekolahkan Najib Dan Kuncu-Kuncunya
- Dr. Yusuf Al-Qardawi Labelkan Abd. Fatah As-Sisi Pengkhianat Rakyat Mesir
- Lim Guan Eng Bergambar dengan Siapa Pulak Ni.. Saksikanlah!!
Malaysia Negara Paling Selamat Di Dunia.. Ini Buktinya Posted: 29 Jul 2013 09:11 AM PDT Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari. Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital. Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013.Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta. Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu. "Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya," katanya. Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Berita Sedih Ini Tidak Di Siarkan Oleh Utusan Posted: 29 Jul 2013 06:59 AM PDT KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lebih mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat. Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka. Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan. "Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga. "Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan," katanya semalam. Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga. "Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar. "Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh," katanya. Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah. "Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan. "Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya," katanya. Sinar Harian akan cuba mendapatkan komen daripada wakil penganjur berhubung isu berkenaan hari ini. ~sinar harian Iklan C (ii) |
Musa Hitam Sekolahkan Najib Dan Kuncu-Kuncunya Posted: 29 Jul 2013 12:12 AM PDT Barisan Nasional (BN) perlu serius mengatasi masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi memenangi rakyat Malaysia kelas pertengahan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. "Apabila rakyat bersifat kritikal, jangan abai mereka dengan cara negatif. Kita kena hormati mereka. Rakyat kelas pertengahan berbeza cara berfikirnya. "Dan, cabaran kepada pemimpin ialah mereka perlu selangkah di depan tetapi ia tidak berlaku. "Ini masalahnya. Kita (kerajaan) menyediakan pendidikan kepada mereka tetapi kita pula menjadi tidak bijak dan tak tidak menukar corak berfikir," katanya kepada akhbar harian Singapura, Straits Times. Akhbar itu menyifatkan Malaysia boleh dianggap menjadi semakin lantang mengenai kehidupan sosial, ekonomi dan politik mereka dan giat membuat tuntutan terhadap kerajaan. Rasa tidak puas hati terutama di bandar terkumpul dan diluahkan pada pilihan raya umum Mei lalu - BN terus kekal berkuasa tetapi signifikannya, rakyat kelas pertengahan memberi undi kepada pembangkang. Malah, negeri kelahiran Musa di Johor, BN hanya menang 133 kerusi Parlimen, berkurangan dari 140 berbanding pilihan raya 2008. Beliau juga berpendapat, dua jawatan tertinggi parti perlu dibuka untuk pertandingan kerana ia sememangnya prinsip asas demokrasi. "Pandangan yang mengatakan jika ia dipertandingkan boleh membawa perpecahan dalam parti, sangat mengarut," katanya tanpa berselindung. "Ia semata-mata kenyataan politik dari penyandang jawatan yang bimbang akan kedudukan mereka," katanya. Tahun ini, kata akhbar itu, pemilihan parti dianggap genting kerana mereka akan menentukan hala tuju kepimpinan negara. Pada masa ini, Datuk Seri Najib Razak menerajui parti manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuar-uar antara pencabar kerusi Presiden Umno. Musa pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden antara 1981 hingga 1986 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meletak jawatan berikutan perselisihan dengan Dr Mahathir. Beliau gagal kembali mencapai kedudukannya sebelum meninggalkan arena politik dan kekal dengan situasi itu. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Dr. Yusuf Al-Qardawi Labelkan Abd. Fatah As-Sisi Pengkhianat Rakyat Mesir Posted: 28 Jul 2013 10:40 PM PDT Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah: 1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya. 2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim". 3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012. 4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain. 5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar." 6) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku." 7) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah." Iklan C (ii) |
Lim Guan Eng Bergambar dengan Siapa Pulak Ni.. Saksikanlah!! Posted: 28 Jul 2013 09:21 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan