Sabtu, 27 Julai 2013

Addin

Addin


Umno BN Akan Bela Guru Besar SK Seri Pristana

Posted: 27 Jul 2013 04:00 PM PDT

Guru besar SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor bakal mendapat pembelaan daripada kerajaan sekiranya jelas terbukti beliau tidak bersalah dalam isu membenarkan pelajar bukan Islam sekolah berkenaan menikmati makanan pada waktu rehat di bilik persalinan, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata isu SK Seri Pristana diputar belitkan pihak pembangkang bagi menunjukkan kerajaan bersalah dalam isu tersebut.

"Guru besar tersebut memang sengaja meletakkan pelajar sekolah itu menikmati makanan pada waktu rehat di bilik persalinan bagi melindungi pelajar daripada terdedah kepada sinaran matahari.

"Pihak pembangkang telah memutar-belit perihal sebenar yang berlaku di sekolah berkenaan dengan menyalahkan pihak sekolah dan kementerian," ujar beliau semasa satu sidang media sempena majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur.

Setiusaha Agung Umno itu turut mengulas perselisihan faham yang berlaku di antara Perkasa dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) semasa mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) di Kuala Lumpur semalam.

Tengku Adnan berkata pembangkang turut mengapi-apikan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat bagi membentuk persefahaman antara kaum sambil terus memberikan persepsi yang buruk kepada Perkasa dengan melabelkan mereka sebagai pertubuhan perkauman."Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah persepsi yang cuba dimainkan pembangkang bagi memburukkan Perkasa. Mereka ini sengaja menangguk di air yang keruh.

"NGO seperti ini wajar dipuji kerana telah menunjukkan semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa bagi mencapai satu tujuan. Jangan kita biarkan pihak pembangkang untuk melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Mereka hanya mahu mengelirukan rakyat dan bermain dengan emosi rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata beliau akan berusaha keras bagi meningkatkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) di wilayah itu dengan cuba mengembalikan kegemilangan BN sebagaimana yang pernah diterajuinya dahulu pada tahun 2000.

Beliau bertekad untuk menambah penguasaan BN yang mana hanya menang dua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menjadi kepada empat kerusi pada PRU akan datang. Majlis berbuka puasa di masjid berkenaan adalah yang kelapan dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sempena meraikan bulan Ramadhan.

Pasangan suami isteri yang kurang berkemampuan di kawasan tersebut menerima sepasang persalinan dan wang tunai RM100 setiap pasangan.Semalam, semasa Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, Tengku Adnan telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan sementara Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebagai timbalannya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Mamat Ni Cuba Bela Najib

Posted: 27 Jul 2013 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR - Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.   

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.   

"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu. 

"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk 'Scorpene : The Untold Story', yang diterbitkan di sini hari ini.   Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.   Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris.   "Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. 

Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir.   Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu.   Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah.

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002.   Menjawab satu soalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, memandangkan beliau kerap dirujuk terutama melalui laman blog, Jasbir secara sinis berkata :"Anda tanya saya kenapa blog-blog ini asyik menjaja bahawa gadis ini penterjemah Razak. Anda patut ajukan soalan itu kepada blog-blog itu,".   

Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris.   Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris,  Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu.   Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu.

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris.   "Dengan pengakuannya, keseluruhan hubungan ini adalah hal peribadi antara (Abdul) Razak dan Altantuya. 

Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene.   "Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini," katanya.   Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.

Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu. ~bernama






Iklan C (ii)

Hassan Ali Belasah Najib

Posted: 27 Jul 2013 01:59 AM PDT

Badan bukan kerajaan, Jalur Tiga (Jati) mahu kerajaan mengkaji semula keperluan menubuhkan kedutaan Vatican City di negara ini berikutan kenyataan Dutanya ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengenai isu kalimah Allah.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Marino yang hanya memohon maaf di atas kenyataan yang dibuatnya mengenai isu kalimah Allah, tanpa menarik balik kenyataan yang menyokong pengunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini serta berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan itu pada masa hadapan.

"Jati berpandangan jika Joseph Marino gagal untuk mengambil tindakan yang digariskan, Jati mendesak supaya beliau dihantar pulang ke Vatican City dan digantikan dengan seorang yang benar-benar memahami perkara sensitif kepada penduduk negara ini, dan akur dengan etika diplomatik yang lazim dipraktikkan perwakilan asing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasan berkata, perkara itu disampaikannya kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin di Wisma Putra, Putrajaya, semalam, ketika perjumpaan Hamzah dengan beberapa pemimpin NGO yang lain bagi mendengar pandangan dan pendapat mereka berhubung isu campur tangan Marino.

Beliau berkata, Hamzah juga mengambil peluang untuk menerangkan langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan berikutan dengan kenyataan Marino itu."Jati mengambil kesempatan pertemuan itu untuk menyuarakan pandangan mengenai isu itu," katanya.

Beliau berkata, Jati menyambut baik pelawaan Hamzah untuk mengadakan pertemuan antara NGO dengan Wisma Putra secara berkala bagi membincangkan isu membabitkan hubungan antarabangsa yang mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan rakyat di negara ini.

"Jati berharap langkah ini akan dicontohi oleh kementerian lain supaya isu yang timbul dapat dirumus mengguna pakai input dalaman," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Rupanya Ini Punca Sebenar Kenapa Harga Ayam Naik Melambung

Posted: 26 Jul 2013 11:00 PM PDT

Harga ayam yang mencatatkan peningkatan baru-baru ini disebabkan susut nilai ringgit, peningkatan gaji dan peningkatan kos makanan ayam. Tetapi, ia bukan disebabkan kekurangan bekalan, kata sekumpulan penternak kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Jeffrey Ng berkata peningkatan kos menyebabkan harga ayam meningkat meskipun ahli persatuan meningkatkan pengeluaran ayam kepada 11.9 juta ekor secara mingguan pada bulan ini berbanding 10.7 juta ekor setiap minggu pada Julai 2012.

"Pengeluar ayam menghadapi masalah berganda apabila kos makanan ayam import meningkat iaitu 60 peratus kos pengeluaran dan susut nilai ringgit."Kos seekor ayam meningkat kepada RM5.12 sekilogram pada Julai tahun ini berbanding RM4.67 sekilogram pada Julai 2012," jelas Ng dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Beliau berkata, situasi bertambah meruncing dengan pelaksanaan gaji minimum RM900 sebulan yang diwajibkan kerajaan pada tahun ini."Ahli FLFAM sebelum ini membayar gaji seorang pekerja di ladang ternakan purata RM600 sebulan dan gaji baru meningkat 50 peratus termasuk elaun," katanya. 

Beliau menjelaskan, harga ayam di pasar basah bergantung kepada upah memotong ayam dan membuang kulit ayam. Harga runcit ayam meningkat kepada RM9 sekilogram bulan ini daripada harga sebelumnya RM6 hingga RM6.50 sekilogram pada pertengahan Jun.

Ng berkata, Akta Persaingan dan Akta Anti Pencatutan 2011 diwujudkan bagi mengawal industri daripada mengambil kesempatan kenaikan harga semasa bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Harga ayam ditentukan oleh jumlah permintaan dan bekalan namun di pihak pembekal, kami  meningkatkan pengeluaran apabila terdapat lebih permintaan. Adakah ada pernah mengalami situasi di mana kurangnya bekalan ayam di pasar besar atau pasar basah?" katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan untuk mengimport ayam dan mencadangkan pengguna untuk memboikot daging mentah berkenaan sementara harga ditetapkan menjelang musim perayaan.

Semalam, harga ayam ditetapkan kepada RM7.70 sekilogram bagi tempoh 17 hari.Ng berkata, ahli FLFAM berpuas hati dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawal harga ayam daripada terus melambung.

Namun, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata isu kenaikan harga ayam adalah isu yang sering dimainkan menjelang musim Ramadan.

"Fomca tiada kaitan dengan kenaikan harga ayam dan kami percaya peningkatan harga semasa musim perayaan adalah perkara biasa yang disebabkan oleh pertambahan permintaan.

"Pengguna sebenarnya mempunyai alternatif. Mereka yang tidak mampu menanggung harga ayam di pasar basah boleh mendapatkan bekalan ayam di pasar besar," katanya kepada The Malaysian Insider. ~the malaysian insider


Iklan C (ii)



Gara-Gara Kenyataan Zulkifli Noordin, NGO India Naik Angin

Posted: 26 Jul 2013 07:11 PM PDT

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.

Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Noor.

"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana."Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.

Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: